You are on page 1of 5

TARTIL AL QURAN

Firman Allah swt di dalam alQuran 4:73

( ‫) ورتل القران ترتيل‬

Menurut Ibn Kathir di dalam Said Hawa ( t.th : 6204 ), ayat ini membawa maksud :

Bacalah al Quran dengan perlahan-lahan serta menjelaskan sebutan huruf-hurufnya

dengan terang kerana ianya membantu untuk memahami dan merenung al Quran.

Ini kerana, salah satu cara bagi pendengar memahami al Quran dan mentaadabbur

serta mengekplorasi makna-maknanya dan ianya sebenarnya menjadi satu kemestian

bagi setiap pembaca al Quran menbacanya dengan tartil agar dapat menghadirkan

makna sesuatu ayat.

Syed Qutb (2000:518) pula mengertikannya dengan membaca al Quran

dengan teliti iaitu membacanya dengan memanjangkan suara mengelokkan

bacaanmya tanpa berlagu-lagu dan memainkan irama.

An Nasafi di dalam Said Hawa ( t.th ) menjelaskan bahawa : bacalah al Quran

dengan (tuaddatin), dipelihara tempat wakafnya, serta dilengkapkan harakat panjang

pendeknya.

Pengarang buku Fathul Bayan di dalam Bustami Abd Ghani (t.th : 435) pula

mengatakan : yang dimaksudkan dengan pengertian tartil ialah kehadiran hati ketika

membaca dan tidaklah dimaksudkan itu asalkan mengeluarkan bunyi dari kerongkong

dengan memoncong-moncongkan muka dengan alunan lagu.


Perkataan ‫ رتل‬merupakan fiil amr yang membawa perintah wajib. Manakala

di hujung ayat ini terdapat kata terbitan dari fiel yang sebelumnya iaitu ‫ترتيل ) ترتيل‬

‫) رتل يرتل‬. Pengulangan kata terbitan dari fiel yang sebelumnya ini adalah untuk
‫؛‬

menguatkan lagi perintah ataupun kewajipan tersebut. Di dalam ilmu Balaghah

pengulangan ini menggambarkan sesuatu yang ditekankan dan perlu diberikan

perhatian. ( az Zuhliy : 190)

Terdapat banyak hadith rasulullah yang menunjukkan tuntutan bacaan al Quran ini

secara tartil dan memperelokkan suara ketika membacanya…antaranya:

1. riwayat al Hakim :

‫زينوا القرآن بأصواتكم‬

"Hiasilah al Quran dengan suara-suara kamu"

2. riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah :

‫ليس منا من ل يتغن بالقرآن‬

" bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang tidak memperlagukan al Quran"
- Hukum membaca al Quran dengan tartil : ( az Zuhliy :196)

Hukumnya adalah wajib dan tidak ada sebarang percanggahan. Walau bagaimanapun

terdapat 2 pendapat mengenai hokum memperlagukan al Quran dan menyanyikannya

Pendapat pertama mengatakan harus memperlagukan al Quran.

Golongan ini diketuai oleh Imam Abu Hanifah dan Imam al Syafie. Antara

hujah-hujah serta dalil yang digunakan oleh kumpulan ini ialah : ( ms 197)

1. Hadith riwayat Muslim :

‫ليس منا من ل يتغن بالقرآن‬

"Bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang tidak memperlagukan al Quran"

2. Hadith riwayat Abu Daud dan An Nisai :

‫زينوا القرآن بأصواتكم‬

"Hiasilah al Quran dengan suara-suara kamu"

3. Hadith riwayat Muslim daripada Abu Harairah:

‫ما أذن ال لشيء كأذنه – استماعه – لنب حسن الصوت يتغن بالقرآن‬

" tidak ------------------ bagi nabi suara yang merdu memperlagukan al Quran."
4. Tarannum al Quran ini akan masuk ke dalam jiwa serta memberi kesan yang

mendalam pada jiwa

Pendapat kedua mengatakan adalah karahah. Antara hujah yang mendukung pendapat

ini ialah : ( az Zuhliy:198)

1.riwayat at Turmuzdi :

‫ وإيكم ولون أهل الكتاب والفسق‬.‫اقرؤوا القران بلحون العرب وأصواتم‬.

"Baca lah al Quran dengan bacaan orang-orang arab, celaka lah mereka yang

melagukan al Quran serta ahli kitab dan orang2 fasiq."

2. Riwayat Daruquttni bahawa Rasulullah melarang muazzin yang (Todriib) pada

azannya. Ini menunjukkan larang pada todriib dan pada bacaan al Quran adalah lebih2

lagi.

3. Anas bin Malik melarang Ziyad al Namiiri ketika mana beliau membaca al Quran

dan meninggikan suaranya.

4. diriwayatkan daripada Rasulullah bahawa baginda telah menyebutkan tanda2 hari

kiamat. Antaranya ialah menjadikan bacaan al Quran itu seperti sseruling

( menyanyi2kannya) sabda baginda :

" ‫ليس بأقرئهم ول بأفضلهم ليغنيهم غناء‬، ‫" يقدمون أحدهم‬


"pada suatu ketika nnti akan dibangga2kan sesorang bukan kerana kemuliannya akan

tetapi kerana kepandaiannya membaca al Quran dengan berlagu "

Kesimpulan : Wahbah al Zuhailiy berpendapat bahawa hendaklah Bersederhana di

dalam hal ini. Sekiranya memperlagukan al Quran tersebut akan mengubah makna al

Quran atau memperlagukanya sehinggakan menyerupai lagu2 muzik maka hukumnya

adalah haram dan dilarang. Tetapi sekiranya dengan membaca al Quran itu dengan

tarannum, dengan memperlagukannya mengundang rasa gerun, rasa sedih, rasa

gementar pada makna ayat yang dibaca maka tiada halangan memperlagukan al

Quran. ( ms 198)

Rujukan ;

Al Zuhailiy, Wahbah. 1998. Al Tafsir al Munir. Juz 29-30. Beirut : Dar al Fikr

Said Hawa, t.th. al Asas fi al Tafsir. Jil 11. Kaherah : Dar as Salam.

Said Qutb. 2000. Fi Zilal al Quran. Terj. Yusooff Zaky Haji Yacob. Jil 16. Kelantan :

Pustaka Aman Press Sdn Bhd

Bustami Abd Ghani. T.th. al Quran dan Tafsirannya. Jil X. Juz 28-30. Semarang:

Effhar Offset.

You might also like