You are on page 1of 9

HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP

Hidangan sepinggan lengkap ialah satu hidangan seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Nutrien-nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan garam mineral didapati dalam jumlah yang berpatutan dalam sesuatu hidangan sepinggan lengkap. Ia boleh dijadikan sebagai hidangan utama atau hidangan sampingan. Terdapat tiga kategori untuk hidangan sepinggan lengkap, iaitu Cara Timur Cara Barat Budaya Setempat

Antara kelebihan menyediakan hidangan sepinggan lengkap ialah: Mempunyai khasiat yang mencukupi Mudah disediakan dan dimasak Menjimatkan masa dan tenaga Boleh dihidang secara peranggu meja atau dipek

A. HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP CARA TIMUR Cara Timur merupakan cara yang paling popular di Malaysia. Contoh hidangan sepinggan lengkap cara ini ialah nasi tomato, nasi beriani, nasi dagang, mi goreng, nasi goreng, nasi lemak, dan lain-lain lagi yang mudah disediakan. Contoh yang sesuai ialah nasi tomato. Kini, nasi tomato menjadi pilihan kerana pelbagai faktor seperti menjimatkan masa, mudah disediakan, dan mengandungi nutrien yang cukup. Nasi tomato sangat popular dalam

kalangan penduduk Malaysia. Ia menjadi menu pilihan ketika sambutan hari lahir, hari raya, mahupun hari-hari biasa. Ia menjadi menu santapan makan malam dan makan tengahari.

Berikut ialah resepi dan cara membuat nasi tomato: Bahan untuk nasi : 2 cawan beras basmathi 2 cawan air 150gm minyak sapi / marjerin 150ml tomato puri 100gm badam hiris (dibakar) 80gm kismis Bawang goreng Sedikit garam

Bahan A: 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 1 biji bawang besar (dihiris)

Bahan B: 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 cm halia

Langkah-langkah membuat: Cuci beras. Rendam selama 5- 10 minit. Toskan. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan A. Masukkan bahan B. Tumiskan sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato puri dan kacau selama 2 minit Masukkan beras. Kemudian masukkan air mengikut sukatan beras. Kacau selama 3 minit atau sehingga kering airnya.

Seterusnya masukkan garam secukup rasa. Kacau dan tutupkan periuk. Setelah nasi kering, taburkan bawang goreng, kacang peas, kismis, dan badam hiris.

Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah Madu: Ayam yang telah digoreng 1 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah (dikisar bersama) 2 camca besar madu Sos tomato Cili kering dikisar Sedikit minyak masak Bawang besar, cili hijau, dan cili merah (hiasan) Garam Serbuk perasa Gula Air

Langkah-langkah membuat: Panaskan minyak Tumiskan bawang putih, bawang merah, dan halia yang dikisar sehingga naik bau Kemudian, masukkan cili kisar Kacau sampai kelihatan garing dan naik bau Masukkan sos tomato dan madu, sedikit serbuk perasa, gula, garam, dan air Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga sebati Akhir sekali bawang besar, cili hijau, dan cili merah untuk hiasan hidangan ayam masak merah madu tadi.

Nutrien, Kaedah Memasak dan Kegunaan Nutrien Kaedah Memasak Kegunaan

Nasi : Karbohidrat Ayam : Protein Madu: Kalsium Tomato: Vitamin Minyak sapi/ marjerin: Lemak Badam: Karbohidrat Buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis: Garam mineral

Menumis Menggoreng

Memberikan menjalankan seharian

tenaga

untuk kegiatan

Cara menghidang nasi tomato

B. HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP CARA BARAT Cara Barat juga digemari oleh masyarakat di Malaysia. Ianya mudah disediakan dan menjimatkan masa. Contohnya seperti burger, macaroni, pizza, sandwich, stik, dan lain-lain lagi. Contoh hidangan sepinggan lengkap cara Barat ialah stik daging lembu. Stik biasanya disajikan sebagai hidangan makan malam di restoran-restoran. Berikut ialah resepi dan cara menyediakan stik daging lembu:

2 pieces sirloin/tenderloin beef - bersihkan dan tos 3 ulas bwg putih - ditumbuk halus 1 inci halia - ditumbuk halus 2 sudu besar sos steak atau sos bbq 2 sudu besar sos tiram sedikit garam 1 sudu besar madu 1 sudu besar ketumbar - ditumbuk kasar 1/2 sudu kecil jintan manis - ditumbuk kasar 1/2 sudu kecil jinta putih - ditumbuk kasar 1/2 sudu kecil serbuk kari French fries, lobak, brokoli 1 sudu kecil serbuk oregano

Langkah-langkah: Gaul semua bahan dan gaul rata pada daging. Perap lebih kurang 3-4 jam atau lebih.

Letakkan sedikit minyak zaitun pada grill pan dan masak daging dengan api sederhana. Balik-balikkan sehingga daging masak (lebih kurang 10 minit). Hidangkan stik dengan lobak, brokoli, dan French fries.

Nutrien, Kaedah Memasak dan Kegunaan Nutrien Daging lembuKarbohidrat, lemak BrokoliVitamin, garam mineral French friesKarbohidrat Lobak- Vitamin Jus oren- Vitamin, pelawas Kaedah Memasak Kegunaan

Menggril

Memberikan nutrien secukupnya untuk tubuh

Cara menghidang stik daging lembu:

C. HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP BUDAYA SETEMPAT Hidangan sepinggan lengkap mengikut budaya setempat ialah hidangan yang popular di sesebuah negeri di Malaysia. Contohnya, negeri Johor terkenal dengan lontong dan laksa, negeri Perlis dengan laksanya, dan negeri Kelantan dengan nasi kerabunya. Contoh hidangan sepinggan lengkap bagi budaya setempat ialah nasi kerabu. Nasi kerabu sangat popular di Kelantan. Kini, ia juga diminati oleh masyarakat luar Kelantan kerana

keenakkannya yang tersendiri selain mengandungi khasiat penting untuk kesihatan tubuh badan. Berikut ialah resepi dan cara membuat nasi kerabu:

Bahan-bahan (sambal) 5-6 orang

15 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia 10 tangkai cili kering 3 batang serai diketuk 2 sudu minyak masak 1/2 inci belacan 4 cawan santan Garam dan gula

Bahan-bahan (ulam kerabu)Daun kesum Bunga kantan Kobis Kacang panjang Taugeh

Bahan-bahan (nasi)

Beras Pewarna biru (resepi asal guna bunga seri pagi)

Bahan-bahan (ikan)

4 ekor ikan kembung 3 ulas bawang merah 1 sudu besar lada hitam Garam dan gula

Bahan-bahan (kerisik)

Kelapa parut

Cara-cara 1. Untuk sambal kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Tumis bahan kisar dan serai selama 10 minit, kemudian masukkan belacan, santan, garam dan gula. Masak sehingga pekat. 2. Untuk ulam kerabu semua bahan dihiris nipis-nipis kecuali taugeh. Gaul hingga sekata. 3. Untuk nasi masak nasi seperti biasa, cuma tambah pewarna biru. 4. Untuk ikan rebus ikan sehingga lembut. Asingkan isi daripada tulang. Goreng isi ikan dan bawang merah tanpa minyak. Masukkan lada hitam, garam dan gula. 5. Untuk kerisi goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga keperangan.

Hidangkan nasi kerabu dengan telur masin, solok lada, ikan kering, ayam goreng atau keropok goreng. Lagi sedap kalau ada budu yang diperah limau nipis/kasturi.

Nutrien, Kaedah Memasak dan Kegunaan Nutrien Nasi kerabu : Karbohidrat Ikan kembung : Protein Ulam-ulaman : Vitamin & Garam Mineral Sambal: Lemak Air Sirap: Pelawas Kaedah Memasak Kegunaan

Menggoreng Merebus Menumis

Memberikan tenaga Membuka selera Mengandungi nutrien diperlukan

Cara Menghidang

You might also like