You are on page 1of 35

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

KARANGAN UCAPAN/SYARAHAN/CERAMAH

PANDUAN MENULIS KARANGAN JENIS SYARAHAN

1. karangan jenis ini biasanya ditulis untuk disampaikan dalam majlis.


2. Karangan jenis ini memerlukan pelajar menghuraikan fakta berdasarkan tajuk yang
diberikan mengikut format yang telah ditetapkan.
3. Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi
Majlis, para jemputan khas dan audiens.(Jika untuk pertandingan perlulah ditulis para
hakim yang arif lagi bijaksana selepas Tuan Pengetua)
4. Nyatakan tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan
5. Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan
6. Kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama
’tuan-
tuan dan puan yang saya hormati ’ tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin
yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum
kita mengemukakan sesuatu isi - sekurang-kurangnya 3 kali ).
7. Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu seperti selitkan unsur-
unsur peribahasa, humor, kata-kata hikmat supaya penulisan tidak menjadi kaku dan
membosankan.
8. Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh dan memohon maaf kepada
para hadirin jika terdapat ketelanjuran kata dalam syarahan tadi

CONTOH KARANGAN

Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan di sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ”
Cara-Cara Memupuk Perpaduan Rakyat”.Sediakan teks syarahan anda.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan
Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.
Pada hari yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan saya yang bertajuk ” Cara-Cata
Memupuk Perpaduan Rakyat”.
Hadirin sekalian,
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Sebelum saya memulakan syarahan saya, izinkan saya mendefinisikan maksud tajuk
syarahan saya. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ” cara-cara” bermaksud ”
langkah-langkah melaksanakan sesuatu. ”Memupuk perpaduan rakyat” pula membawa
maksud mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat berbilangan kaum. Dengan
perkataan yang mudah, syarahan saya bermaksud langkah-langkah untuk mewujudkan
integrasi dalam kalangan masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Oleh sebab rakyat Malaysia berbilangan kaum, maka kerajaan perlu mengambil
pelbagai inisiatif untuk memupuk perpaduan rakyat. Kerajaan boleh mengadakan kempen
untuk memupuk perpaduan rakyat melalui media massa seperti televisyen, surat khabar
ataupun internet. Mesej kepentingan perpaduan rakyat perlu diterapkan dalam minda
masyarakat bahawa bersatu teguh, bercerai roboh.

Rakan-rakan yang dikasihi,


Pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk integrasi dalam kalangan
masyarakat sekolah. Perpaduan rakyat mudah dipupuk jika dimulakan sejak bangku sekolah
lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah patut
mengadakan gotong-royong melibatkan pelajar dan guru yang berbilangan kaum. Penglibatan
pelajar berbilangan kaum dalam aktiviti kokurikulum sekolah turut memberi peluang kepada
warga sekolah saling berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti sebegini dapat menjalinkan
hubungan baik dan memupuk perpaduan masyarakat sekolah.

Hadirin yang dihormati,


Perpaduan rakyat juga bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memberi pendidikan
yang secukup kepada anak-anak. Anak-anak haruslah diajar dan dididik untuk
bertoleransi dan memahami budaya pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini dapat
mengelakkan anak-anak bersifat perkauman apabila dewasa kelak. Anak-anak akan
lebih senang bergaul dengan rakan kaum berlainan. Keadaan ini akan memudahkan
perpaduan dalam kalangan rakyat.

Hadirin sekalian,
Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, saya ingin menegaskan bahawa perpaduan rakyat
amat penting dalam konteks rakyat Malaysia yang berbilangan kaum dan agama. Perpaduan
rakyat dapat menjamin keamanan dan keharmonian hidup , seterusnya dapat merealisasikan
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Wawasan 2020. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa ” Bersatu Malaysia akan teguh,
Bercerai Malaysia akan roboh”.
Sekian ,terima kasih.

LATIHAN

SOALAN 1 Isu:Cara-cara Menjaga Kesihatan]

Selaku Pengerusi Kelab Kesihatan, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cara-
cara Menjaga Kesihatan

Berdasarkan rajah di bawah pelajar dikehendaki merangka ayat huraian di ruang yang disediakan
dan seterusnya menulis sebuah karangan yang lengkap di dalam buku latihan masing-masing.
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

CERAMAH Tajuk:Cara-Cara Menjaga Kesihatan


Perenggan Isi-isi Penting Huraian “Penambah Perisa”
Pendahuluan Kata alu-aluan-tajuk Menjalani
ceramah kehidupan yang
lebih bermakna

Isi 1 Kebersihan diri dan Mencegah lebih


tempat tinggal baik daripada
mengubati

Isi 2 Makan makanan yang Ingat sebelum


lebih seimbang kena,jimat sebelum
habis

Isi 3 Pemeriksaan Janganlah sudah


kesihatan secara terhantuk baru
berkala hendak tergadah

Isi 4 Melakukan aktiviti Tonggak


rekreasi kebahagiaan

Penutup Menghargai diri Diri


dengan menjaga kita,tanggungjawab
kesihatan kita

Soalan 2

Anda menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolah
anda bersempena dengan Minggu Bahasa Malaysia. Tajuk syarahan tersebut ialah ‘ Kepentingan
Aktiviti Sukan kepada Masyarakat’.

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang syarahan hendaklah lebih daripada 180
patah perkataan.

Strategi penyediaan jawaban


MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

T Aktiviti Sukan kepada Masyarakat


K Kepentingan / manfaat
F Syarahan - berformat

Isi 1 : menyihatkan badan

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 3

Anda diminta untuk menyampaikan syarahan dalam satu majlis perhimpunan sekolah. Tajuk
syarahan yang ingin anda sampaikan ialah “Langkan-langkah untuk Mendelakkan Diri daripada Kesan
Jerebu”.

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang syarahan hendaklah lebih daripada 180
patah perkataan.

T Mengelakkan Diri daripada Kesan Jerebu


K Langkah / Usaha
F Syarahan - berformat

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 4

Sebagai pegawai kesihatan , anda telah diundang oleh sebuah sekolah untuk memberikan ceramah
tentang “ Langkah-langkah untuk mengelakan demam denggi “.
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang syarahan hendaklah lebih daripada 180
patah perkataan.

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 5

Sebagai pakar motivasi, anda dikehendaki untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “ Ciri-ciri
Pelajar yang Cemerlang’.

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang syarahan hendaklah lebih daripada 180
patah perkataan.

KARANGAN SURAT RASMI

1. Surat kiriman rasmi ditulis dan ditujukan kepada pihak tertentu dengan tujuan rasmi
seperti membuat permohonan, membuat pesanan, jemputan, rayuan, dan
sebagainya.
2. Surat kiriman rasmi mempunyai format atau susun aturnya yang tersendiri.
3. Fahami tajuk dan tujuan surat serta kepada siapa surat hendak ditujukan.

B. Format Surat Rasmi:


MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

1. Nama dan alamat pengirim – di sudut kiri surat.


(Selepas itu langkau sebaris dan lukis garisan panjang)
(Sebaiknya selepas setiap perenggan berakhir, langkau satu baris)

2. Penerima dan alamat penerima – di sudut kiri surat.

3. Tarikh dengan huruf besar – di kanan dan selari dengan baris terakhir alamat penerima.

4. Panggilan hormat (Tuan/ Puan/ Datuk dan sebagainya yang sesuai) – di kiri dan tanda koma.

5. Tajuk surat – Semua perkataan awal dengan huruf besar, kecuali untuk kata hubung, sendi dan
kata bantu. Garisi tajuk dan jangan letak tanda titik pada akhir ayat.

6. Pengenalan surat – nyatakan siapa anda + mewakili siapa (jika anda sebagai wakil) + tujuan surat
ditulis. (tulis rapat di kiri surat dan jangan letak sebarang nombor)

7. Isi surat: (Bermula dari perenggan kedua dan seterusnya, letak nombor bermula dengan 2 dan
seterusnya pada setiap perenggan dan mulakan perenggan agak ketengah – 2 ½ sm dari nombor)

i. Huraian isu atau huraian masalah yang ditulis (di mana + sejak bila + nama pihak penyebab
masalah + masa masalah berlaku + siapa terlibat + dan apa-apa juga maklumat awal tentang isu atau
masalah itu yang dapat digunakan bagi membantu pihak yang anda beritahu)

ii. Kesan daripada isu atau masalah itu kepada anda atau orang yang anda wakili. Kesan ini mesti
diulas, sama seperti anda menulis karangan biasa (ada isi, huraian, contoh dan kesimpulan kecil)
Sebaik-baiknya, 1 kesan ditulis dalam satu perenggan)

iii. Cadangan mengatasi masalah – anda boleh memberi cadangan awal untuk mengatasi masalah
atau isu yang anda tuliskan.
8. Penutup surat – tuliskan harapan anda dan iringan terima kasih.

9. Tulis ucapan terima kasih – di kiri dan rapat dengan garisan. (Jangan letak nombor)
(Selepas itu, langkau 3 hingga 4 baris)

10. Tulis pengesahan:


- “Yang menjalankan tugas” (jika tujuan rasmi) dan “Yang benar” (jika tujuan persendirian)
- Tandatangani
-(NAMA) dengan huruf besar dan dalam kurungan
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

-Nama jawatan (Ikut kehendak soalan jika dinyatakan), jika tidak tulislah Setiausaha. Jika tujuan
persendirian, tidak perlu menulis jawatan.
-Nama institusi, persatuan atau taman perumahan yang anda wakili.

11. Pastikan anda menggunakan frasa gramatis, peribahasa atau kata-kata hikmat seperti anda
menulis karangan yang lain.
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

CONTOH FORMAT SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Contoh Surat Kiriman Rasmi yang Lengkap

Kompleks Penghulu,
Mukim Jorak,
12, Pekan Pagoh,
84600 Muar,
Johor Darul Takzim.

Ketua polis,
Balai Polis Daerah Muar,
Jalan Petrie,
84600 Muar,
Johor Darul Takzim. 12 MAC 2000.

Tuan,

Cadangan Mengatasi Kemalangan di Pekan Pagoh

Merujuk perkara di atas, saya selaku penghulu yang bertanggungjawab atas


keselamatan penduduk Mukim Jorak, khususnya penduduk Pekan Pagoh, berasa
bimbang dengan kadar kemalangan yang semakin meningkat dari hari ke hari di
mukim kami. Perkara yang menyedihkan, tragedi ini melibatkan murid sekolah yang
melalui pekan ini untuk ke sekolah. Oleh itu, saya ingin membuat beberapa
cadangan kepada pihak tuan untuk mengatasi masalah kemalangan ini.

2. Cadangan saya yang pertama adalah untuk meminta pihak tuan mengadakan kawalan
lalu lintas, terutamanya pada waktu pelajar pulang dari sekolah. Langkah ini perlu diambil
bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas kerana pada waktu yang sama, kenderaan dari arah
Bukit Kepong dan Lengga juga sibuk menggunakan jalan di pekan ini. Dalam kesibukan
inilah, kemalangan mudah berlaku.Tambahan pula terdapat sebilangan kecil pemandu yang
mementingkan diri dengan tidak memberi laluan kepada murid-murid sekolah untuk melintas
jalan. Jika pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas pada masa itu, sudah tentu
kemalangan dapat dielakkan.

3. Saya juga meminta kerjasama daripada pihak polis supaya memberikan surat
sokongan bagi mendapat kemudahan lampu isyarat di simpang pekan ini. Setakat
ini, permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat tidak diluluskan oleh
pihak yang bertanggungjawab kerana kawasan ini masih dianggap terkawal dan
tidak terlalu sibuk. Untuk makluman tuan, pada bulan lalu, sebuah lori yang
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

membawa muatan simen telah terbabas lalu terbalik di kawasan Pekan Pagoh.
Kemalangan dikatakan berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat yang
menyebabkan pemandu lori dari Parit Sulong tidak memberhentikan lorinya ketika
sampai di simpang. Pada masa yang sama, sebuah motosikal datang dari arah
Lengga. Dalam usaha mengelakkan motosikal tersebut, lori berkenaan telah
terbabas dan terbalik menyebabkan seorang peniaga terbunuh. Oleh itu, jika
permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat diluluskan dengan
sokongan pihak tuan, saya yakin kadar kemalangan di pekan ini dapat dikurangkan.

4. Selain itu, saya mengharapkan agar pihak tuan dapat menganjurkan ceramah
keselamatan jalan raya kepada penduduk sekitar Pekan Pagoh, khususnya di kalangan
pelajar sekolah.Ceramah seperti ini bukan sahaja akan dapat memberikan kesedaran
kepada pelajar betapa pentingnya keselamatan di jalan raya malah dapat melindungi
pengguna jalan raya yang lain.

5. Saya juga mengharapkan kerjasama daripada pihak tuan untuk mengadakan sekatan
jalan raya pada waktu malam.Hal ini bertujuan untuk membanteras lumba motosikal haram
di sekitar Batu 8 hingga Batu 13. Kegiatan seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh
mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam di samping membahayakan
nyawa mereka.

6. Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan perhatian
kepada cadangan saya ini. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat meluangkan masa
untuk meninjau keadaan Pekan Pagoh ini.Seterusnya, saya berharap agar tuan dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan penduduk di pekan
ini terjamin.

Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Atas kerjasama tuan, saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(Ali Bin Mohamad)

Penghulu Mukim Jorak


MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Soalan 1 [Isu:Teknik untuk Meningkatkan Pencapaian Akedemik]

Kawasan tempat tinggal anda sangat kotor. Anda ingin mengadukan hal tersebutkepada pihak
berkuasa tempatan. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Surat Rasmi Tajuk:Aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan


Perenggan Isi-isi Penting Huraian “Penambah Perisa”
Pendahuluan Tajuk:Aduan tentang Keadaan Merujuk kepada
Kotor di Taman Merlimau perkara di atas
Utara
Isi 1 Sampah tidak diangkut oleh Menyakitkan mata
lori sampah yang memandang

Isi 2 Longkang tersumbat-banjir Mengambil inisiatif


kilat

Isi 3 Taman permainan kanak- Pergerakan anak-


kanak semak dan terurus anak sukar dikawal

Isi 4 Dewan orang ramai tidak Disia-siakan-tidak


diselenggara dengan baik dimanfaatkan

Penutup Mengambil tindakan segera Terima kasih

SOALAN 2

Perkhidmatan mengangkat sampah di tempat anda tidak dilakukan mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Hal ini menimbulkan pelbagai masalah seperti bau busuk dan sampah sarap yang
bertaburan. Bagi pihak penduduk tempat tinggal anda, anda rasa berasa bertanggungjawab untuk
menulis surat kepada pihak majlis perbandaran untuk menyatakan rasa tidak puas hati anda.

Tulis surat itu selengkapnya. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

T Perkhidmatan Pengangkutan dan Pembuangan Sampah


K Perkara
F Surat kiriman rasmi - Berformat

Isi 1 : melahirkan perasaan tidak puas hati tentang mutu perkhidmatan lori pengangkutan sampah

Isi 2 : lori pengangkutan sampah mengutip sampah tidak mengikut jadual


MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 3: nyatakan pelbagai masalah yang timbul seperti sampah sarp yang tidak dikutip menimbulkan
bau busuk

Isi 4 ; laporkan sikap segelintir pekerja lori mengangkut sampah yang tidak bertanggungjawab

Isi 5 : nyatakan harapan supaya tindakan segera dapat diambil

Soalan 3

Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda ingin mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) pada cuti sekolah nanti. Anda dikehendaki untuk menulis surat kepada DBP untuk menyatakan
tujuan lawatan dan memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan tersebut.

Tulis surat tersebut selengkapnya. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 4

Anda ingin menyatakan pendapat dalam ruangan pembaca tentang gejala sosial yang berlaku
dengan leluasa di Negara kita. Tulis surat kepada editor majalah tersebut. Panjang surat hendaklah
lebih daripada 180 patah perkataan.

F
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 5

Kawasan tempat tinggal anda masih tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Hal
tersebut amat menyukarkan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Selaku wakil penduduk, tulis
sepucuk surat kepada pihak terbabit untuk memohon kemudahan pengangkutan awam itu.
Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

KARANGAN SURAT TAK RASMI

1. Karangan jenis bersifat peribadi seperti peribadi aseperti surat kepada rakan, ibu bapa atau
ahli keluarga
2. Surat ini mempunyai format yang tertentu yang perlu dipatuhi dengan sepenuhnya seperti
yang berikut ini;
a) Alamat pengirim
b) Tarikh
c) Pembuka kata
d) Kata ganti diri pengirim
e) Isi dan perkembangan isi
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

f) Penutup
g) Pengakuan pengirim
h) Tandatangan pengirim
3. Semua perkara itu mestilah ditulis mengikut aturan yang ditetapkan itu.

CONTOH SURAT TIDAK RASMI

545, Jalan Bunga 1,


Taman Bunga Raya,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

30 September 2010

Menemui sahabatku David, yang kini sedang berada bersama keluarga di


Perth, Australia, semoga dalam kandungan sihat sejahtera hendaknya.

Saudara David,

Apa khabar saudara sekeluarga di sana? Maafkan saya kerana agak lambat
membalas surat saudara. Saya kini sibuk dengan persediaan menghadapi
peperiksaan yang tidak beberapa lama lagi. Tampaknya saudara benar-benar
berminat untuk mengetahui tentang tempat-tempat yang menarik di- Malaysia.
Kalau sebelum ini saya pernah bercerita tentang Tanah Tinggi Cameron, kali
ini saya ingin bercerita tentang Pulau Langkawi pula.

Pulau Langkawi terletak di Negeri Kedah, iaitu sebuah negeri yang terletak di
utara Semenanjung Malaysia. Pulau ini banyak keistimewaannya. Antaranya
termasuklah pemandangan yang cantik. Hal ini demikian kerana Pulau
Langkawi di keliling oleh pantai yang berpasir bersih, air laut yang tenang,
dan suasana yang nyaman. Kalau saudara berpeluang ke pulau Langkawi
dapatlah saudara menikmati keindahan yang saya maksudkan ini.

Untuk pengetahuan saudara, Pulau Langkawi terkenal sebagai Pulau Legenda.


Legenda Mahsuri telah diceritakan secara turun-temurun daripada nenek
moyang kami di sini. Secara ringkasnya, Mahsuri ialah seorang perempuan
yang cantik. Malangnya , beliau telah dijatuhi hukuman bunuh akibat fitnah.
Ketika hukuman dijalankan, darah putih mengalir daripada tubuh Mahsuri.
Beliau juga sempat mengenakan sumpahan iaitu Langkawi akan menjadi
padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunannya.
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Selain itu terdapat banyak tempat yang berkaitan dengan Legenda Mahsuri ini,
iaitu Makam Mahsuri, dan padang Mat Sirat. Lebih banyak maklumat yang
dapat saudara peroleh mengenai legenda ini sekiranya saudara berkesempatan
ke tempat-tempat ini. Selain itu, terdapat juga beberapa tempat yang berkaitan
dengan legenda dan mitos di sini seperti Tasik Dayang Bunting di Pulau
Dayang Bunting, Telaga Tujuh dan Beras Hangus.

Sebenarnya banyak tempat menarik di Pulau Langkawi ini. Kalau ada


kesempatan, akan saya ceritakan lagi tentang pulau ini. Saya juga akan cuba
menghantar gambar-gambar yang berkaitan dengan Pulau Legenda ini.

Setakat ini dulu yang dapat saya tulis buat saudara, Akhir kata , sambutlah
salam mesra daripada saya

Yang Benar

(Ali Bin Ahmad)

Latihan

Soalan 1 [Isu:Teknik untuk Meningkatkan Pencapaian Akedemik}

Sahabat anda menganggap bahawa anda berjaya dalam pelajaran. Dia bertanya kepada anda
tentang teknik untuk meningkatkan pencapaian akedemik. Panjang surat hendaklah lebih daripada
180 patah perkataan.
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Surat Tak Rasmi Tajuk: Teknik untuk Meningkatkan Pencapaian Akedemik


Perenggan Isi-Isi Penting Huraian “Penambah Perisa”
Pendahuluan Pembuka kata Menemui sahabatku

Isi 1 Membuat nota Peta minda meningkat


ringkas dan peta kan daya ingatan
minda
Isi 2 Membaca lebih Sediakan payung
awal topik sebelum hujan
pelajaran
Isi 3 Belajar secara Perkongsian pintar
berkumpulan

Isi 4 Mengurus masa Masa itu emas


dengan baik

Penutup Pertua dan teknik Berusaha dengan gigih-


diiringi disiplin tanggga kejayaan

Soalan 2

Sahabat pena anda di luar Negara ingin tahu mengenai usaha-usaha yang diambil di Negara kita bagi
membantu warga tua dan kebaikannya. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah
perkataan.

T Kerajaan Malaysia Membantu Warga Tua


K Usaha-usaha
F Surat kiriman tidak rasmi - Berformat

Isi 1 : mengambil berat tentang keperluan dan kebajikan warga tua.

Isi 2 :memberikan beberapa keistemewaan kepada warga tua

Isi 3: menggesa orang ramai menderma apa-apa sahaja kepada warga tua

Isi 4 : Memeberikan pencen kepada kakitangan awam yang telah bersara

Isi 5 : mengadakankan kempen kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya hubungan
kekeluargaan sesame ahli keluarga.

Soalan 3
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Anda sedang menghabiskan percutian di kampong. Anda menikmati keseronokan yang tidak dapat
dinikmati di Bandar. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan suasana percutian
itu. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 4

Rakan anda dari negeri lain menulis surat kepada anda untuk meminta nasihat daripada anda bagi
menghadapi peperiksaan. Sila balas surat tersebut dengan menyatakan langkah-langkah yang perlu
diambil untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Panjang surat hendaklah
lebih daripada 180 patah perkataan.

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Soalan 5

Anda mempunyai kenalan di luar Negara. Anda hendak menveritakan keindahan sebuah tempat
yang menarik di Malaysia untuk dikunjungi kepadanya. Tulis surat tersebut selengkapnya. Panjang
surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

KARANGAN LAPORAN

1. Karangan jenis ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu aktiviti yang
telah dijalankan seperti lawatan, pertandingan, pameran dan gotong-royong.
2. Kebiasaanya, laporan disediakan oleh setiausaha pertubuhan, kelab atau persatuan
3. Kerangan jenis ini mempunyai format yang khusus.

CONTOH KARANGAN LAPORAN

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY

Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan
sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008.
Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang
guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan
pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli
jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara
jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka
oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa kami
ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat itu,
kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas
mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangat tinggi dan menanyakan pelbagai
soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu
menyediakan laporan lawatan ini.

Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami


dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi
pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang
bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan
soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang
disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas
itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas.

Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai
kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian
pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis
coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar
jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan
mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk
menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.

Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang


kepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa
teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami
berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik mesyuarat, kami
diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Daripada
taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang
memegang para prinsip “genggam bara api biar jadi abu”.

Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa
untuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada kami.
Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga
sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam dengan tuan pengarah,
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu besar kilang itu. Ahli
rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke sekolah.

Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang
bertugas menjaga disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan walaupun
ada segelintir daripada mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke
rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar.
Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang
pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air. Kami berharap lawatan
umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Suria.

Laporan disediakan oleh,


29 JUN 2010

Amalina
(SITI NUR AMALINA BINTI AZMAN DARUS)
Setiausaha Persatuan Geografi
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.

Latihan karangan jenis laporan

Soalan 1 [Isu: Banjir di Kawasan Kediaman]

Suatu kejadian banjir telah berlaku di kawasan kediaman anda.Selaku penduduk di kawasan
tersebut,tulislah laporan tentang kejadian banjir berkenaan.Sediakan laporan anda selengkapnya.
Karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan

Pelan Induk Mengarang(PELINDUNG)

Laporan Tajuk;Laporan Banjir di Taman Tunku Jaafar


Perenggan Isi-isi Penting Huraian “Penambah Perisa”
Pendahuluan Taman Tunku Jaafar
di landa banjir

Isi 1 Punca utama –sistem Tidak mampu menampung


saliran teruk kuantiti air
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi2 Usaha menyelamat- Bersatu tenaga dan


para sukarelawan berkerjasama menghulurkan
bantuan

Isi 3 Memuji kecekapan Korban banjir


jentera penyelamat

Isi 4 Memuji kecekapan Berat mata


jentera penyelamat memandang,berat laagi bahu
memikul

Penutup Banyak kerosakan Tiada nyawa yang hilang


ditelan oleh air banjir.

Soalan 2

Anda ialah setiausaha Pertubuhan Bulan Sabit Merah di sekolah anda. Anda dikehendaki
menyediakan laporan aktiviti persatuan tersebut selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180
patah perkataan

T Aktiviti persatuan – Pertubuhan Bulan Sabit Merah


K Aktiviti yang telah dijalankan
F Laporan - khusus
Isi 1 : latihan kawad kaki (5W1H)

Isi 2 :latihan pertolongan cemas secara teori dan praktikal

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 3

Sekolah snda telah mengadakan Hari Usahawan Muda yang bertujuan untuk mengisi tabung PIBG.

Tulis laporan tentang Hari Usahawan Muda tersebut. Karangan hendaklah melebihi 180 patah
perkataan

K
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 4

Anda merupakan setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah. Anda dikehendaki untuk
menyediakan laporan tahunan persatuan.

Tulis laporan itu selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 5

Persatuan Sains sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke suatu tempat yang
menarik di Negara kita. Sebagai setiausaha anda dikehendaki untuk menyediakan laporan lengkap
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

tentang lawatan tersebut.Tulis laporan itu selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180 patah
perkataan

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

KARANGAN DIOLOG/TEMU RAMAH/WAWANCARA

PANDUAN MENULIS KARANGAN WAWANCARA/TEMU RAMAH

Contoh Soalan:

Sebagai pengarang majalah sekolah anda dikehendaki mewawancara seorang pelajar di sekolah
anda yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR tentang rahsianya mencapai kejayaan
untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tuliskan wawancara anda itu selengkapnya.

Pendahuluan

Menerangkan secara ringkas dalam bentuk perenggan:


a. siapa dengan siapa
b. tempat wawancara
c. masa wawancara diadakan
d. tujuan wawancara diadakan

Contoh Pendahuluan:

Pada 16 Mac yang lalu, saya iaitu Aleef Adham sebagai pengarang Majalah SUARA telah menjalankan
wawancara dengan seorang pelajar cemerlang dalam PMR yang baru lalu iaitu saudara Amirul
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Adhwa. Wawancara yang dijalankan di bilik gerakan ini bertujuan untuk dimuatkan ke dalam majalah
SUARA keluaran tahun 2008.

Pengenalan:

Ditulis dalam bentuk dialog


a.Mengucapkan salam
b.Memperkenalkan diri
c.Menerangkan tujuan wawancara diadakan

Contoh Pengenalan:

Aleef : Assalamualaikum saudara Adhwa.

Adhwa : Waalaikumsalam.

Aleef : Saya Aleef, selaku pengarang majalah SUARA sekolah kita,terlebih


dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi
diwawancara pada pagi ini.Wawancara kita ini akan dimuatkan di dalam
majalah SUARA keluaran tahun ini.

Isi Wawancara:

Mengandungi soalan pewawancara dan jawapan daripada yang diwawancara


Soalan yang bersesuaian dengan kehendak soalan karangan
Ditulis dalam ayat yang lengkap dan sempurna
Jangan menulis “singkatan” atau “bahasa pasar”
Masukkan 4 isi yang menjurus kepada kehendak soalan karangan

Contoh Isi:

Aleef : Siapakah yang menjadi pendorong kepada saudara sehingga mencapai


kejayaan yang sungguh cemerlang dalam PMR yang lalu?

Adhwa : Selain kedua-dua orang ibu bapa saya,orang yang paling banyak
mendorong saya mencapai kejayaan ialah Guru Tingkatan saya iaitu
Encik Nor Azam.Beliau begitu prihatin dengan pencapaian saya dalam
sebarang peperiksaan yang saya tempuhi sejak saya menjadi anak
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

muridnya.Terima kasih cikgu.

Penutup:

Nasihat/Saranan oleh orang yang diwawancara kepada pembaca


Ucapan terima kasih pewawancara kepada orang yang diwawancara

Contoh Penutup-Nasihat:

Aleef : Soalan saya terakhir.Apakah nasihat saudara kepada pelajar-


pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini?

Adhwa : Nasihat saya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR pada
tahun ini adalah selain tekun mengulangkaji pelajaran, kita perlu
menurut segala nasihat ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih
tua daripada kita.Akhirnya kita perlu berdoa kepada Tuhan Yang
Maha Esa.

Contoh Penutup-Terima kasih:

Aleef : Baiklah saudara Adhwa, akhir kata saya ingin mengucapkan tahniah
sekali lagi dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa
bersama-sama dengan saya pada pagi ini.

Adhwa : Terima kasih kembali.

http://azam09.blogspot.com/2009/06/panduan-menulis-karangan-wawancaratemu.html

Latihan

Soalan 1 [Isu: Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Andaikan anda ketua pengarang majalah sekolah.Anda dikhendaki meancara Guru Penolong
Sekolah anda tentang faedah menyertai aktiviti kokurikulum

Diolog/Temu ramah/Wawancara Tajuk:Faedah Menyertai Aktivii Kokorikulum


Perenggan Isi- isi Penting Huraian “Penambah Perisa”
Pendahuluan Kata alu-aluan
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Soalan 2

Sebagai wartawan akhbar, anda ingin mengadakan temu bual dengan Pegawai Jabatan Alam Sekitar
(JAS). Tajuk temu bual yang telah ditetapkan ialah ‘ Punca-punca Berlakunya Kejadian Jerebu’.
Sediakan teks wawancara tersebut selengkapnya.Tulis wawancara itu selengkapnya. Karangan
hendaklah melebihi 180 patah perkataan

T Jerebu
K Punca
F Wawancara - Berformat
Definisi jerebu

Punca 1 : Pembakaran terbuka

Punca 2 : aktiviti perindustrian

Punca 3 : _________________________________________________

Punca 4 : _________________________________________________

Soalan 3
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Anda salah seorang pengarang majalah sekolah. Anda telah ditugaskan untuk mewawancara
pengetua sekolah anda kerana telah Berjaya menaikkan nama sekolah, iaitu menjadi johan dalam
pertandingan keceriaan peringkat sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Tulis wawancara itu selengkapnya melebihi 180 patah perkataan.

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 4

Anda dan rakan berbincang tentang punca-punca sesetengah pelajar kurang berminat terhadap
pelajaran.

Tulis perbualan itu selengkapnya melebihi 180 patah perkataan.

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 5

Rakan anda terpilih sebagai tokoh pelajar di sekolah anda. Sebagai pengarang majalah sekolah, anda
ditugasi untuk menemu bual rakan anda itu. Sediakan teks temu bual itu melebihi 180 patah
perkataan.

Isi 1 : _________________________________________________________

Isi 2 :__________________________________________________________

Isi 3: __________________________________________________________

Isi 4 ; __________________________________________________________

KARANGAN BERITA

1. Berita ialah karangan berformat


2. Karangan ini memerlukan penjelasan atau maklumat tentang sesuatu kejadian seperti
kemalangan, bencana alam, kebakaran, aktiviti dan sebagainya.
3. Biasanya berita disediakan oleh wartawan atau pemberita yang membuat liputan tentang
sesuatu peristiwa.
4. Untuk menghasilkan sesuatu berita, murid perlu menjawab persoalan seperti apa, bila,
siapa, berapa, di mana, bagaimana dan mengapa.
5. Berita dimulakan dengan menyatakan tempat dan hari atau tarikh kejadian.
6. Bentuk atau format berita perlu dipatuhi.

CONTOH KARANGAN BERITA

KUALA TERRENGANU, Rabu-Sederet rumah kedai lima pintu, sebuah rumah dua
tingkat,dan tiga buah kereta musnah akibat dalam satu kebakaran yang barlaku di
JALAN PINAH pada pukul 12:00 tengah malam yang lepas.
Dalam kejadian tersebut,32 orang kehilangan tempat tinggal. Mangsa kebakaran tidak
sempat menyelamatkan harta benda mereka kerana api merebak dengan cepat.Lima
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

buah kereta bomba dan dua buah ambulan datang setelah mendapat pangilan
kecemasan pada jam 12:30malam itu.

Kebakaran itu berlaku begitu pantas sehinga kesemua pemilik rumah kedai
tidak sempat menyelamatkan kereta masing-masing.Dalam 10minit kebakaran
bermula mereka terdengar bunyi letupan yang sangat kuat di dalam lima buah kedai
itu.Letupan itu adalah gas dan gas itu menyebabkan kebakaran bertambah banyak.
Pihak bomba datang yang tiba pada jam pukul12;45malam hanya berjaya mengawal
kebakaran 30minit kemudian ,seterusnya menyelamat rumah- rumah yang
berhampiran daripada terbakar. Tuan pemilik sebuah kedai akuarium yang kerugian
sebanyak200,000.00 dalam kebakaran tersebut berkata,semasa kejadian dia baru
selesai mencuci tangki akuariumnya tiba-tiba terdengar dua letupan kuat sebelum api
menyambar pintu hadapan kedainya.

Tiada yang kehilangan nyawa dalam kebakaran itu dan hanya beberapa orang
mangsa cedera ringan akibat melecur .Mereka ingin dirawat sebagai pesakit luar.
Jumlah kerugian diaggarkan mencecah sejuta ringgit sementara punca kebakaran
masih disiasat.Pihak bomba bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa
kebakaran berpunca daripada litar pintas pada sistem pendawaian elektrik

LATIHAN

Tulis karangan di bawah ini. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan

SOALAN 1

Sebagai seorang pemberita,anda di tugaskan untuk menulis berita tentang sesuatu kejadian
kemalangan jalan raya.Tulis berita itu selengkapnya.

Berita Tajuk:Kemalangan Jalan Raya


Perenggan Isi-isi penting Huraian “Penambah Perisa”
Pendahuluan Empat sekeluarga terbunuh Kemalangan maut

Isi 1 Mangsa yang terlibat Kedua-dua mangsa

Isi 2 Punca kemalangan Mangsa tidak dapat


mengawal kenderaan
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 3 Usaha menyalamatkan Kesesakan lalu lintas


mangsa di kedua-dua hala
jalan
Isi 4 Pemandu serta penumpang Kemalangan terlalu
sebuah kereta lagi-cedera ngeri untuk diingat
ringan kembali
Penutup Tindakan pihak berkuasa Hargai nyawa

SOALAN 2

Anda wartawan sebuah akhbar tempatan. Anda dikehendaki untuk menulis berita tentang kejayaan
pasangan beregu badminton negara yang telah mencatat sejarah kerana memerangi Kejohanan
Badminton Seluruh England 2007. Tulis berita tersebut dengan lengkap.

T Kejayaan pasangan Beregu Badminton Negara dalam Kejohonan Badminton seluruh


England 2007
K 5W1H
F Berita – berformat

Isi-isi

Apa – pasangan beregu badminton negara- Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong – menjuarai
kejohanan yang paling berprestij iaitu Kejohanan Badminton Seluruh England 2007

Siapa – pasangan beregu badminton negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong

Bila – sejarah tercipta pada 11 mac 2007

Di mana – Kejohanan Badminton Seluruh England yang diadakan di National Indoor Arena,
Birmingham, England

Mengapa – kejayaan membanggakan kerana menamatkan penantian 25 tahun selepas kejayaan


Razif dan Jailani dalam kejohanan itu pada tahun 2002

Bagaimana – menang kedua-dua set

Soalan 3
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Sebagai wartawan sebuah akhbar, anda telah menyaksikan kejadian tanah runtuh di suatu tempat.
Tulis berita tentang kejadian tersebut untuk disiarkan dalam akhbar.

Soalan 4

Sebuah sekolah di tempah tinggal anda melancarkan program “ Masih Ada yang Sayang”. Sebagai
wartawan sebuah akhbar. Tulis suatu berita tentang majlis tersebut untuk dihantar kepada akhbar
tempatan untuk disiarkan.

Soalan 5

Seorang remaja perempuan telah mati lemas kerana mencuba untuk menyelamatkan adiknya
daripada dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai. Sebagai pemberita, tulis berita tentang
kejadian itu selengkapnya.

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA

SOALAN: ‘Sediakan payung sebelum hujan’.Tulis sebuah cerita yang menarik bagi
menggambarkan peribahasa ini.

Aku tidak berkenan langsung dengan sikap ibu bapaku yang boros berbelanja walaupun aku
amat menyayangi mereka. Setiap tahun, ibuku pasti membeli perabot baru untuk menghiasi
rumahku. Ada saja alasan yang diberikan ibuku kepada ayah untuk mendapatkan apa yang
dihajatinya.Pernah ibuku membelanjakan lebih daripada sepuluh ribu ringgit hanya untuk
membeli sofa yang diidam-idamkannya.

Ayahku pula asyik menukar aksesori kereta. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja aksesori
yang ditambah pada kereta Wish kesayangannya itu. Ekzos yang satu dijadikan dua, cat
kereta ditukar,cermin digelapkan dan bermacam-macam lagi pengubahsuaian yang
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

dilakukannya.Aku hanya mampu mengelengkan kepala. Kadang-kadang aku tertanya-tanya


juga di dalam hati. Adakah ayah dan ibuku menabung wang di bank? Soalan ini sering kali
berlegar-legar di kotak fikiranku.

Oleh sebab kesedaran yang tinggi tentang amalan menabung ini, aku mula menyimpan wang
sedikit demi sedikit di dalam tabung buluhku.Wang yang kusimpan itu ialah lebihan wang
saku yang diberikan oleh ayahku pada setiap awal bulan.Walaupun tidak seberapa, tetapi aku
berpegang pada prinsip sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.

Setiap hari aku membawa bekal ke sekolah untuk menjimatkan perbelanjaan harianku. Selain
itu, duit raya yang aku peroleh setiap tahun, aku simpan di dalam bank. Setiap kali aku
menatap buku akaunku, pasti senyuman akan terukir di bibirku kerana saban tahun jumlah
wang simpananku pasti meningkat.

Malang tidak berbau,tidak kuduga adik perempuan kesayanganku disahkan menghidap


penyakit jantung berlubang.Ingin sahaja aku memberikan jantungku kepadanya.Doktor yang
merawat adikku memberitahu kami yang adikku memerlukan rawatan segera dan perlu
menjalani pembedahan. Kos pembedahan dianggarkan dua puluh ribu ringgit.

Nasib keluargaku bagai jatuh ditimpa tangga kerana ayah dan ibu tiada simpanan di bank.
Ayah pula tidak berjaya memohon pinjaman daripada bank kerana sebelum ini ayah telah
membuat pinjaman untuk membeli kereta baru. Ibu hanya dapat menyumbangkan dua belas
ribu ringgit setelah menggadaikan barang kemas kesayangannya.Masih ada berbaki lapan
ribu ringgit yang harus dilunaskan.Dalam kebuntuan, aku teringatkan buku akaun bankku.
Aku segera ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak lapan ribu ringgit bagi menampung
baki yang masih diperlukan itu.Aku kemudiannya menyerahkan wang itu kepada ayahku.
Ayahku memelukku dengan linangan air mata di pipinya. Betapa ketika itu aku berasa amat
ber syukur kerana mengamalkan amalan keramat ini.

Adikku kemudiannya telah selamat menjalani pembedahan. Ketika aku melawat adikku di
hospital bersama-sama ibu bapaku, mereka menanyakan kepadaku dari mana aku mendapat
wang sebanyak itu.Aku hanya tersenyum seraya memberitahu mereka bahawa semua duit
yang aku peroleh selama ini, aku simpan kerana aku berpegang pada peribahasa sediakan
payung, sebelum hujan.Kulihat mereka terkesima. Barangkali malu ataupun menyesali
kesilapan diri.

380 patah perkataan

Hasil penulisan Nur Fatin Najwa 3 Cempaka 2008


MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Karangan perbahasan

Anda ialah pihak pencadang dalam satu pertandingan perbahasan.Tajuk perbahasan ialah
“Penghantaran Pelajar Ke Luar Negara Lebih Banyak Mendatangkan Kerugian”.Tulis teks perbahasan
itu selengkapnya.

Pelan Induk Mengarang (PELINDUNG)

Perbahasan Tajuk:Penghantaran Pelajar Ke Luar Negara Lebih Banyak Mendatangkan


Kerugian
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Perenggan Isi-isi penting Huraian “Penambah Perisa”


Pendahuluan Kata alu-aluan Barisan penal hakim
yang arif lagi bijaksana
Isi 1 Pembiayaan yang Membelanjakan
tinggi ratusan ribu ringgit
Isi 2 Nilai mata wang asing Ganjaran yang
amat tinggi diperoleh belum pasti
Isi 3 Risiko pelajar- Hangat-hangat tahi
mengalami kejutan ayam
budaya
Isi 4 Ada antara institusi Masa dibazirkan
tinggi di luar negara
tidak diiktiraf di negara
ini
Penutup Penghantaran pelajar Agar tidak
keluar Negara lebih mendatangkan
banyak mendatangkan kerugian kepada
kerugian banyak pihak

You might also like