You are on page 1of 18

1

Bil . 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tajuk Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian

Topik / Tajuk

Halaman

7. 8. 9.

Hasil Kajian i . Maklumat Asas Produk Tempatan ii . Latar Belakang iii . Kaedah / Cara Penghasilan iv . Perkembangan Produk Rumusan Lampiran Rujukan

PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya menjayakan tugasan ini . Terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya , Puan Ruzila bt Yusoff kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya tentang panduan kerja kursus dan telah menyatakan panduan secara terperinci bagi setiap aspek . Kepada kedua - dua ibu bapa saya , En . Samsuddin Naim , dan isterinya , Nor Faizah Mohd Ali , yang telah menyalurkan bantuan dari segi kewangan dan pengangkutan . Saya juga berterima kasih kepada rakan - rakan yang turut sama membantu saya menjalankan kajian dan memberi nasihat kepada saya tentang kerja kursus . Tidak lupa juga kepada pihak responden yang sudi bekerjasama memberikan maklumat dan idea bagi menjayakan lagi tugasan Kerja Kursus Sejarah ini . Bagi saya sekiranya Kerja Kursus ini tidak mencapai markah penuh , ia lebih dari penuh kerana ia telah dijayakan dengan jayanya . Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta yang telah memberi sokongan padu kepada saya .

OBJEKTIF KAJIAN
Mendefinisi dan menjelaskan konsep dan kepentingan produk tempatan di negara kita . Selain itu , menghuraikan maklumat asas produk tempatan di negara kita . Seterusnya , menghuraikan dan menjelaskan latar belakang produk tempatan di negara kita . Mengenalpasti kaedah / cara penghasilan produk tempatan di negara kita . Di samping itu , mencadangkan dan mengenalpasti perkembangan produk tempatan di negara kita . Akhir sekali , menerap nilai atau unsur patriotisme mencintai dan menyokong produk tempatan di negara kita .

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan kaedah Temu Ramah dan telah menemu ramah empat orang sumber iaitu En Sulaiman , Pn Norliza , En Ezat Akaruddin dan En Nadzri untuk mendapatkan maklumat tentang produk tempatan mi bandung . Selain itu , saya juga menggunakan kaedah Lawatan dan Pemerhatian dan telah melawat tempat kajian bagi mendapatkan gambar dan bukti perniagaan produk tempatan mi bandung . Saya juga telah melakukan pemerhatian di kawasan kajian untuk mendapatkankan maklumat tambahan . Seterusnya , saya telah menjalankan kaedah Analisis Dokumen dan telah menganalisis dokumen yang digunakan semasa perniagaan produk tempatan mi bandung . Akhir sekali , saya telah menggunakan kaedah Melayari Internet dan saya telah melayari internet untuk mendapatkan informasi tentang produk tempatan mi bandung .

Maklumat Asas Produk Tempatan


Nama produk tempatan di negara kita yang menjadi pilihan saya dan akan dijalankan kajian terhadapnya ialah produk tempatan mi bandung . Produk tempatan mi bandung dikategorikan dalam kategori makanan mengikut tugasan soalan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 Tugasan 1. Nama pengusaha atau pemilik restoran produk tempatan mi bandung ialah Encik Sulaiman b Naim . Nama restoran beliau ialah restoran Mee Bandong Parit Bulat . Lokasi restoran Mee Bandong Parit Bulat yang menjual produk tempatan mi bandung terletak di Ledang , Johor .

Latar Belakang
Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia.[1] Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain . Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D). Ia dimulakan sejak tahun 1970 oleh seorang wanita , Manisah bt Kedol . Bagi Mee Bandung pula ia adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering; sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung Parit Bulat yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah. Mi Bandung hendaklah tidak dikelirukan dan disalah anggapkan berkaitan dan berasal dari Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua - duanya adalah tiada berkaitan langsung.[4En Sulaiman telah menjalankan perniagaan menjual rempah ratus mi bandung sehingga tahun 2008 . Restoran Mee Bandong Parit Bulat telah mula beroperasi sejak tahun 2010 . Punca kewangan Restoran Mee Bandong Parit Parit Bulat adalah perkongsian daripada En Sulaiman , keluarga serta adik beradiknya . Antaranya Pn Norliza bt Adon , En Ezat Akaruddin b Sulaiman dan En Nadzri b Naim . Jumlah modal yang diperuntukkan secara purata adalah RM10,OOO sebulan . Tujuan dan kepentingan produk mee bandung Restoran Mee Bandung Parit Bulat adalah bagi menyedarkan generasi - generasi akan datang bahawa ia bukan sekadar makanan berbentuk produk tempatan tetapi ia adalah warisan nenek moyang mereka sendiri dan sewajarnya dihormati . Selain itu , untuk memastikan masakan nenek moyang mereka tidak tenggelam dibawa arus zaman . Keistimewaan dan keunikan yang terletak pada produk mi bandung Restoran Mee Bandong Parit Bulat ialah pada rempah ratusnya . Ramuan rempah ratus mee bandung telah digunakan selama 42 tahun lamanya . Oleh sebab itu , ramai pelanggan yang tertarik dengan hidangan ini . Memang ramai pengusaha yang menjual mi bandung tetapi tidak ramai yang menggunakan rempah ratus ini .

Kaedah / Cara Penghasilan


Tenaga kerja yang ada di Restoran Mee Bandong Parit Bulat ialah seramai 38 orang dan telah dibahagikan mengikut syif dan bahagian yang telah diaturkan . Antaranya ialah syif pagi dan malam . Bahagian dapur , bahagian kaunter , bahagian pintu masuk , bahagian layanan dan bahagian kebersihan . Senarai bahan yang di perlukan untuk membuat satu sajian mi bandong Restoran Mee Bandong Parit Bulat ialah mi kuning , rempah ratus , minyak , sawi , telur , air . Dan hidangan tambahan udang , cili merah , daun bawang , tauhu , daging bertulang gula dan garam . Senarai peralatan yang digunakan dalam penghasilan produk tempatan mi bandung Restoran Mee Bandong Parit Bulat semasa penghasilan produk ialah kuali bersaiz sederhana , ( sudip , senduk bersaiz sederhana ) , pisau tajam bersaiz sederhana dan sarung tangan . Semasa menghidangkan pula ialah mangkuk bersaiz sederhana , piring bersaiz kecil , sudu dan garpu bersaiz sederhana . Spesifikasi produk atau sukutan bahan ialah 500 gram mi kuning , 350 gram rempah ratus , 150 gram sawi , 2 biji telur 500 ml air . Dan hidangan tambahan 500 gram udang , 2 biji cili merah , 1 pokok daun bawang , 2 biji tauhu , 500 gram daging bertulang dan gula garam secukup rasa . Langkah - langkah kawalan mutu produk adalah rempah ratus telah dimasukkan ke dalam plastik dan kemudian telah divakumkan untuk mengekalkan kesegaran rempah . Semasa penghasilan produk tempatan mi bandung , sarung tangan telah digunakan bagi mengelakkan pencemaran pada bahan sebelum siap dihidangkan .

Perkembangan Produk
Rangkaian pemasaran telah dilaksanakan dalam bentuk laman sesawang dan telah diaplikasikan oleh ramai pengguna dalam laman tersebut . Juga dalam bentuk risalah dan iklan , dan telah dicetak dan dihantar ke setiap rumah dalam daerah Muar . Sambutan dari pelanggan juga telah dilangsungkan antaranya Lawatan Pengguna Barangan Buatan Malaysia oleh Persatuan Rukun Tetangga Parit Bulat pada 30 Mei 2011 yang lepas . Kemajuan yang dicapai sejak Restoran Mee Bandung Parit Bulat mula beroperasi ialah kapasiti pengeluaran meningkat secara purata ialah 350 hidangan setiap tahun . Dan keuntungan yang diperoleh juga meningkat iaitu secara purata RM50 hingga RM100 sebulan. Dari segi penghasilan rempah , dimana pada tahun 1999 menggunakan dua buah kawah dan senduk bersaiz besar sehingga 2008 , telah beralih kepada kemudahan teknologi iaitu dua buah mesin memproses rempah sehingga kini . Restoran Mee Bandong Parit Bulat telah menjadi lokasi pilihan bagi pelancong tempatan untuk merasai hidangan mi bandung . Kebanyakan penduduk di sekitar Muar telah mengesyorkan untuk berkunjung ke restoran ini sekiranya hendak mencuba masakan mi bandung . Ia juga telah menjadi lambang atau identiti bagi penduduk di sekitar Muar . Cabaran dan masalah yang dihadapi pengusaha Restoran Mee Bandong Parit Bulat telah dikenalpasti antaranya ialah kekurangan kakitangan untuk mengendalikan restoran . Namun , risalah dan iklan berjaya mengatasi masalah tersebut . Selain itu , masalah mengetahui lokasi restoran tersebut . Pengusaha berjaya mengatasi masalah ini dengan kemudahan teknologi iaitu dengan mewujudkan laman sesawang bagi pelanggan mencari lokasi restoran dengan lebih mudah . Penduduk sekitar Muar juga sering memberikan petunjuk ringkas iaitu kedai sebelah Giant . Setelah menemu ramah pemilik restoran dan kakitangan restoran Mee Bandong Parit Bulat . Perancangan untuk masa hadapan adalah untuk membuka cawangan bagi membesarkan lagi perniagaan mereka .

10

RUMUSAN
Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan sedikit sebanyak telah membantu saya untuk menyedari kepentingan produk tempatan di negara kita . Adalah penting bagi kita supaya menyokong pengusaha tempatan menjual produk ini bagi membantu memajukan industri perniagaan agar setaraf dengan barangan dari luar negara di samping membantu pengusaha menjana pendapatan mereka , Dan saya juga menyedari tanpa usaha dan keazaman yang tinggi tidak mungkin kejayaan akan dapat dicapai . Pengusaha pengusaha tempatan perlu prihatin dan tidak mudah berputus asa . Kemajuan dari segi teknologi juga memainkan peranan penting dalam memajukan produk tempatan di negara kita . Produk tempatan juga boleh menjadi identiti bagi sesebuah kawasan . Masyarakat menjadi akar tunjang kepada kemajuan ekonomi dan perniagaan bak kata pepatah dimanakah tumpah nasi kalau tidak ke buburnya .

11

( Mi Bandung Parit Bulat )

( Mee Bandung Parit Bulat Special )

12

( En Sulaiman dan posing mautnya )

( En Nadzri bergambar di bahagian kaunter )

13

( En Ezat dan anak-anaknya selesai menjamu hidangan mi bandung )

( Pn Lim dan kedua -dua anak lelakinyanya sedang menikmati sajian mi bandung )

14

( Antara Pelanggan yang berpuas hati dengan hidangan mi bandung )

( Lawatan dari Persatuan Rukun Tetangga Parit Bulat , Muar )

15

( Menu Minuman restoran Mee Bandong Parit Bulat )

16

( Antara Menu yang terdapat di restoran Mee Bandong Parit Bulat )

( Antara risalah restoran Mee Bandong Parit Bulat )

17

( Antara promosi hebat yang dipromosikan dalam bentuk iklan )

( Promosi ketika Perayaan Deepavali )

18

Rujukan

Orang Sumber Encik Sulaiman b Naim, 54 tahun, MBP384 Kampung Parit Bulat , Pekan Muar 84160 Johor . Puan Norliza bt Adon , 43 tahun , MBP521 Kampung Pandan Sari , Pekan Muar 84160 Johor . Encik Ezat Akaruddin , 20 tahun , MBP384 Kampung Parit Bulat , Pekan Muar 84160 Johor . Encik Nadzri b Naim , 34 tahun , MBP384 Kampung Parit Bulat , Pekan Muar 84160 Johor .

Melawat Tempat Kajian No 11 Tingkat Bawah Jalan Rivera Maharani Rivera Kesang , 84000 Ledang Johor .

Internet
https://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/makanan_dan_hidangan/ https://www.facebook.com/pages/MEE-Bandung-Parit-Bulat/186200368098037 https://resepi.mesra.net/Detailed/766.shtml https://wikipedia.net.html/asal-usulmibandungmuar/.776.htl

You might also like