You are on page 1of 13

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 101

UNIT PELAJARAN 9 KANAK-KANAK PELBAGAI KECACATAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menyatakan definisi pelbagai kecacatan 2. Mengenalpasti jenis pelbagai kecacatan. 3. Menjelaskan strategi pengendalian kanak-kanak pelbagai kecacatan.

PENGENALAN
Kanak-kanak dilahirkan berbeza-beza dan unik dari segi keupayaan fizikal dan kognitif. Keunikan dan perbezaan ini perlu dihargai dan dijaga dengan sebaiknya oleh ibu bapa dan guru. Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan serta kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai. Kanak-kanak yang mempunyai lebih dari satu kecacatan atau kecacatan pelbagai merupakan tamparan hebat kepada ibu bapa dan keluarga dan ini merupakan satu cabaran yang sangat besar. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu kecacatan mempunyai pola permasalahan yang berbeza daripada kanak-kanak yang hanya mempunyai satu kecacatan. Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran memerlukan lebih perhatian oleh ibu bapa dan keluarga kerana ibu bapa perlu memahami masalah-masalah khusus yang berkaitan dengan kanak-kanak kategori ini. Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan merupakan kelompok terbesar dalam kategori kanak-kanak kurang upaya (Diane, Deborah & Brian, 2008). Menurut penyelidik-penyelidik ini lagi, kebanyakan negara menetapkan bahawa kanak-kanak yang memiliki lebih dari satu kecacatan termasuk dalam kategori kanak-kanak pendidikan khas. Mereka mungkin berkeadaan lumpuh, kehilangan pendengaran dan disertai dengan buta atau gangguan penglihatan.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai adalah mereka yang secara tradisinya dianggap kanak-kanak yang mempunyai masalah mental yang cukup berat di mana mereka menghadapi kesulitan dalam pergerakan dan masalah dalam tingkah laku. Kanakkanak ini memerlukan sokongan secara berterusan, bagi menikmati kualiti hidup yang bagus dan selesa dalam bergaul dan berada di sekeliling kanak-kanak normal yang lain. Di Malaysia, perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah cacat fizikal teruk, kerencatan akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 102 tidak membolehkan kanak-kanak tersebut untuk belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Khas, Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia). Selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas ini, kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai pelbagai kecerdasan dan kebolehan yang pelbagai boleh dicungkil sekiranya dapat dipupuk dan diperkembangkan ke arah kecemerlangan individu yang optimum. Lantaran ia merupakan aset yang dapat menyumbangkan dalam kemajuan masyarakat dan tidak hanya dilihat sebagai liabiliti sahaja. Dengan menyatakan bahawa pendidikan khas dapat melahirkan insan yang berkemahiran, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri, justeru persamaan peluang pendidikan dapat dicapai dengan membolehkan setiap murid mengembangkan kapasitinya sendiri dan memaksimukan potensinya. Oleh sebab itu, dalam program pendidikan bersepadu, pengenalan kepada kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah penting. Walaupun mereka mempunyai keupayaan yang berbeza, semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan dan hak ini termaktub dalam beberapa perisytiharan antarabangsa antaranya, Deklarasi Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu Mengenai Hak kanak-kanak 1989 dan 'The Proclamation on the full participation and equality of persons with disabilities 1994). Semua kanak-kanak perlu diberi pendidikan tanpa mengira kaum, latar belakang sosial, ataupun perkembangan intelek mereka. Ini termasuk keperluan pendidikan patut diberikan kepada kanak-kanak yang menghidapi kecacatan yang pelbagai. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat (Kementerian Pelajaran Malaysia).

Definisi Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan


Menurut Nibedita (2003), kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah mereka yang mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalah penglihatan, masalah pendengaran serta keadaan yang melumpuhkan. Punca utama mengapa terjadinya kecacatan pelbagai tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi dalam sesetengah keadaan boleh dikesan ketika bayi di dalam kandungan. Menurut Edward & Yvonne (2007) pula, pelajar yang menghidapi kecacatan pelbagai mempunyai kombinasi kecacatan di mana terdapat dua atau lebih kecacatan iaitu seseorang yang menghadapi kecacatan lebih daripada satu jenis ketidakupayaan misalnya, seseorang yang menghadapi keccatan penglihatan dan pada masa yang sama menghadapi keccatan pendengaran. Kecacatan pelbagai ialah istilah di mana merangkumi pelbagai kombinasi kecacatan yang melibatkan pendidikan, pemulihan sokongan kerajaan dan kumpulan-kumpulan sukarela tertentu. Dalam IDEA, kategori ini tidak termasuk dalam pendidikan khas di mana program pendidikan khas hanya membuka peluang kepada mereka yang menghadapi satu jenis kecacatan sahaja (Richard, 2003). Jadual 1.1 di bawah menunjukkan contoh-contoh kecacatan pelbagai.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 103 Jenis-jenis Kecacatan Fizikal Fizikal Kecederaan Otak Traumatik dan Kecederaan Tulang Belakang Kekejangan Otot Kebutaan dan Cerebral Palsy Apraxia dan Kecederaan Otak Traumatik Mental dan Spina Bifida Gangguan Kecacatan Cerebral Palsy dan Kekejangan Otot Kekejangan otot dan Asma Pekak Apraxia dan Diabetis

Gangguan Kecacatan Sensori Komunikasi Kognitif

Masalah Pembelajaran dan Asma Psikososial Gangguan Tingkah Laku Gangguan Tingkah Laku dan Asma (Sumber: Diadaptasi daripada Heller K. W., Alberto P. A., Forney P. E. and Schwartzman, Understanding Physical, Sensory, and Health Impairments. Pacific Grove, CA: Brooks/Cole.1996) Menurut Mohd Sharani Ahmad (2009), kecacatan pada kanak-kanak dikenalpasti berlaku akibat daripada baka. Apabila dikaitkan dengan baka, ia bermula pada hubungan seksual suami dan isteri. Umumnya, suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom dan begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan kromosom. Ia berlaku dalam dua jenis pewarisan. Pertamanya, ibu bapa mempunyai kecacatan dan diwarisi oleh anak dan keduanya, ibu bapa tidak mengalami kecacatan tetapi anak yang mengalami kecacatan. Setiap pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat. Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu autosomal dominant, di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Contohnya jika salah seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat maka peluang mendapat anak cacat adalah 50% pada setiap kali kandungan. Pewarisan kedua, autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa cacat. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan tidak cacat cuma masih sebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi pasangan yang normal tetapi keduaduanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa baka cacat. Peratus mendapat anak cacat adalah 25 peratus, 50 peratus menjadi pembawa manakala 25 peratus lagi mungkin normal. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Contohnya daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka normal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal juga mempunyai anak cacat (Mohd Sharani Ahmad, 2009).

Punca dan Ciri-ciri Pelbagai Kecacatan


Menurut Jamila Mohamed (2006), sebenarnya sukar untuk menentukan kanak-kanak yang mengalami kecacatan dalam kategori tertentu sahaja secara total. Terdapat perbezaan antara kanak-kanak itu sama ada dalam pendengaran, penglihatan, mental ataupun sosial. Malah terdapat kanak-kanak yang mengalami lebih daripada satu kecacatan termasuklah autistik, terencat akal, palsi serebrum, hiperaktif, pekak-buta dan lain-lain.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 104 Biasanya kanak-kanak yang mengalami kecacatan pada tahap teruk dan sangat teruk turut menghadapi pelbagai kecacatan ataupun ketidakupayaan lain, namun begitu tidak dinafikan terdapat juga yang pintar cerdas seperti Hellen Keller yang pekak dan buta tetapi menjadi manusia berjaya. Dalam keadaan ini, individu mempunyai beberapa kecacatan yang dialami. Kecacatan tersebut boleh menjadi masalah seperti masalah penglihatan dan pendengaran, masalah penglihatan dan masalah fizikal dan sebagainya. Keadaan ini boleh berlaku akibat beberapa sebab seperti baka atau diperolehi (Jamila Mohamed, 2006).

a. Apakah kesan pendidikan terhadap kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai. b. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda menangani masalah kecacatan pelbagai dari aspek pedagoginya.

MASALAH PENGLIHATAN DAN MASALAH PENDENGARAN (DEAFBLINDNESS)


Ling (1989) dalam Safani Bari et.al (2009), menekankan bahawa pendengaran dan penglihatan kepada seseorang pelajar amat memainkan peranan yang sangat penting kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa, dan keadaan ini menjadi halangan yang paling besar dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan. Masalah penglihatan dan pendengaran sangat memainkan peranan penting untuk menguasai sesuatu pertuturan dan tindak balas pertuturan tersebut dalam berkomunikasi. Seorang kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran sekaligus boleh menyebabkan kesukaran untuk menguasai pertuturan dan seterusnya menguasai komunikasi serta bahasa. Kegagalan menguasai bahasa pula akan mengakibatkan kesukaran kepada mereka untuk berinteraksi, belajar dan juga menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial. Deafblindness adalah kombinasi antara masalah penglihatan dengan masalah pendengaran. Jarang keadaan berlaku di mana individu deafblindness buta sepenuhnnya dan pekak sepenuhnya. Deafblindness berlaku kepada tiga daripada 100,000 kelahiran. Kanakkanak deafblindness termasuklah kanak-kanak yang menghidap retinophaty of prematurity (masalah retina akibat pramatang) dan mengalami kehilangan pendengaran akibat meningitis. Terdapat juga individu deafblindness yang memang dilahirkan pekak dan mempunyai masalah penglihatan akibat rentitis pigmentosa (Julia Jantan et.al, 2009). Deafblindness tidak bermaksud pekak sepenuhnya atau buta sepenuhnya. Mereka masih lagi mempunyai sisa penglihatan atau sisa pendengaran. Keadaan deafblindness mempengaruhi kehidupan seseorang individu bergantung kepada tiga perkara iaitu jenis dan tahap kebutaan dan kepekakan, umur ketika kehilangan penglihatan dan pendengaran serta kehadiran kecacatan yang lain. Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa deafblindness adalah keadaan di mana seseorang individu mengalami masalah untuk mendapat maklumat secara visual dan auditori.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 105 Menurut Hallahan 2003, individu deafblindness mempunyai ciri-ciri yang sama berkaitan pembelajaran dan interaksi iaitu mereka suka menyendiri, terlalu fokus kepada sesuatu perkara sahaja atau sibuk memikirkan atau mengambil berat tentang diri mereka sahaja, mereka perlu untuk berasa selamat, mempunyai masalah dalam perkembangan dan memahami konsep, bermasalah dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain, memerlukan pengubahsuaian yang spesifik untuk membantu dalam pembelajaran dan berinteraksi dengan dunia luar dan mereka mendapat faedah daripada arahan yang sistematik dan rutin. Manakala menurut Richard (2003), sebenarnya terdapat banyak sebab boleh terjadinya deafblindness. Penyebab kepada deafblindness boleh dikategorikan kepada dua keadaan iaitu diperolehi selepas kelahiran dan keadaan kongenital (sejak dilahirkan).

a. Diperolehi selepas kelahiran


Keadaan deafblindness boleh terjadi selepas kelahiran berlaku pada pelbagai peringkat umur. Kebanyakan daripada mereka mengalami masalah pendengaran dan penglihatan selalunya mempunyai kedua-dua deria tersebut. Deria-deria tersebut menghadapi masalah kerana penyakit, kecederaan atau faktor umur. Individu yang mengalami keadaan ini selalunya dapat menggunakan maklumat dari penglihatan dan pendengaran yang pernah mereka alami. Kadangkala individu dilahirkan dengan cacat pendengaran dan memperoleh cacat penglihatan akibat daripada glukoma atau katarak dan sebaliknya.

b. Kongenital (sejak dilahirkan)


Kongenital adalah keadaan di mana kanak-kanak dilahirkan dengan kedua-dua kecacatan penglihatan dan pendengaran. Keadaan ini berlaku kerana jangkitan semasa dalam kandungan seperti rubela, sindrom down dan pengambilan dadah oleh ibu. Jadual 1: Penyebab Utama Deafblindness

1. Sindrom Down

Penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya terdapat dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Sindrom Patau (Trisomy 13) adalah berlakunya Trisomy 13 kelainan pada bilangan kromosom. Terdapat kromosom yang lebih pada kromosom 13 (biasanya terdapat 2 kromosom pada bilangan 13 tetapi Sindrom Patau mempunyai 3 kromosom). Keadaan ganguan genetik yang berkaitan dengan Usher mutasi satu daripada 10 gen. 2. Anamoli congenital Pelbagai Sindrom CHARGE adalah berlaku kecelaruan pada CHARGE genetik dominan autosomal di mana berlaku mutasi Association pada gen protein-7 (CHD7). Fetal alcohol Berlaku kecacatan pada embrio kerana pengambilan alkohol yang berlebihan oleh ibu mengandung. syndrome Keadaan di mana lilitan kepala bayi adalah lebih kecil Microcephaly

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 106 dari kebiasaan kerana otak tidak membesar secara normal atau otak tidak membesar langsung.

3. Pramatang Aids

Rubela

Sifilis

Toxoplasmosis

Adalah serangan retrovirus terhadap sistem imunisasi, menjadikan sistem imunisasi tidak dapat melawan jangkitan-jangkitan penyakit luar. Jangkitan rubella ketika hamil boleh menyebabkan kecacatan janin yang sedang dikandung dan dikenali sebagai Sindrom Rubella Kognital (CRS). Kecacatan yang mungkin berlaku adalah seperti kecacatan pada jantung, rabun, buta, pekak atau anak tidak membesar ketika hamil. Penyakit sifilis adalah disebabkan oleh satu organism yang dinamakan Treponema pallidum. Cara penyebaran Sifilis sangat kerap berlaku melalui hubungan seksual. Akan tetapi, terdapat juga Sifilis yang didapati melalui ibu kepada bayinya di dalam rahim, iaitu Sifilis Kongenital yang mana memberi kesan kepada jantung, otak, mata dan tulang. Adalah jangkitan yang disebabkan oleh parasit yang dikenali sebagai Toxoplasma Gondii. Jangkitan selalu didapati daripada sentuhan dengan kucing, najis kucing atau memakan daging mentah atau separuh masak.

4. Penyebab post- natal

Jangkitan bakteria seperti bakteria meningitis yang merebak terus ke otak. Keradangan pada mambran yang melindungi otak dan Meningitis saraf tunjang. Sumber: Hallahan, 2003. Exceptional Children: Introduction To Special Education.

Enceplalitis

Terdapat beberapa ciri kanak-kanak deafblindness yang mempunyai kesan ke atas pembelajaran mereka. (Jamila Mohamed, 2006). Antara kesan ke atas pembelajarannya adalah: i. Kesukaran dalam berkomunikasi. Guru-guru perlukan pendekatan yang berlainan dalam mengajar kanak-kanak deafblindness kerana mereka tidak boleh mendengar dan melihat. Persepsi yang terhad. Mereka mengalami kesukaran untuk mengaitkan dan menggambarkan sesuatu keadaan. Dalam erti kata lain mereka sukar untuk mempelajari konsep. Jangkaan. Kesukaran dalam menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya kerana mereka tidak terdengar dan tidak terlihat sebarang kiu yang diberikan oleh guru. Motivasi. Faktor motivasi tidak dapat diberikan kerana motivasi tersebut tidak dapat didengar dan dilihat.

ii.

iii.

iv.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 107 v. Pembelajaran berkait. Tidak mampu mengaitkan antara satu perkara dengan perkara yang lain.

Contoh gambar kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan dan masalah pendengaran (deafblindness)

MASALAH PENDIDIKAN YANG DIHADAPI


Kanak-kanak kecacatan pelbagai mempunyai pelbagai kombinasi kecacatan iaitu mengalami masalah pertuturan, masalah mobiliti fizikal, masalah pembelajaran, terencat akal, masalah pendengaran, masalah penglihatan, kecederaan otak dan sebarang kemungkinan yang lain. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai, mereka juga mempunyai deria rasa yang tidak berfungsi, masalah tingkah laku dan masalah sosial. Mereka juga mempunyai pelbagai keistimewaan yang luar biasa yang akan mengubah tingkah laku mereka. Murid-murid ini mungkin mempunyai kelemahan dalam proses pendengaran (auditory processing) dan mempunyai masalah pertuturan yang terbatas. (Byers, 2004) Byers (2004) berpendapat kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai akan mengalami kesukaran untuk mencapai dan mengingat kemahiran ataupun untuk memindahkan kemahiran tersebut daripada satu situasi kepada situasi yang lain. Sokongan biasanya diperlukan sekiranya berlaku di luar batasan di dalam bilik darjah. Bagi murid-murid yang mengalami cerebral palsy dan autism dan kecederaan otak, mereka seringkali mengalami implikasi perubatan dan juga terdapat banyak implikasi pendidikan bagi kanak-kanak ini. Matlamat yang diambil kira dalam pengajaran akademik hendaklah bersesuaian dengan keupayaan pembelajaran mereka. Keupayaan pembelajaran mereka dilihat dari sudut :

a.Kebolehan membaca dan menulis (Literacy)


Walaupun kebanyakan murid-murid yang mengalami kecacatan pelbagai tidak dapat memperolehi kemahiran membaca dan menulis, tidak semestinya mereka tidak dapat melibatkan diri dengan aktiviti tersebut. Murid-murid mungkin boleh membaca dengan bantuan guru dan rakan sebaya serta dengan bantuan gambar bagi meningkatkan kefahaman mereka. (Alberto & Fredrick, 2000; Erickson & Koppenhaver, 1995) Sesetengah murid-murid yang mengalami kecacatan pelbagai, mereka mungkin boleh belajar mengenali sesetengah huruf seperti huruf yang biasa dan kerap digunakan seperti namanya dan perkataan kegemarannya (contoh : Loceng, TV dan bola). Murid-murid tersebut juga boleh gunakan gambar bagi membantu mereka mengenali perkataan dan mereka boleh menulis perkataan berdasarkan gambar tersebut. Bagi murid yang mempunyai penglihatan yang terhad, objek atau bahagian objek tersebut boleh dilekatkan di dalam buku latihan mereka bagi memudahkan pemahaman mereka semasa membaca buku. Selain itu juga, tulisan tersebut boleh di buat dalam bentuk tulisan Braille (Downing, 2002; Lewis & Tolla, 2003) Walau bagaimanapun motivasi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran kemahiran membaca dan menulis bagi murid-murid kecacatan pelbagai. Di samping itu juga, pembinaan aktiviti pembelajaran berdasarkan minat murid-murid juga adalah amat penting.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 108

b.Bahasa lisan (Oral Language)


Kesukaran komunikasi pertuturan dengan murid-murid kecacatan pelbagai adalah disebabkan oleh kognitif dan kecacatan fizikal. Murid-murid tidak boleh bergantung kepada pertuturan untuk berkomunikasi ataupun pertuturan mereka adalah sukar untuk difahami. Mereka boleh menggunakan sesetengah perkataan yang dapat difahami, terutamanya dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan, tetapi kebanyakkan murid-murid akan menggunakan bentuk komunikasi bukan verbal. Contohnya ialah mimik muka (facial expression), gerak badan (body gesture), gambar (picture) dan objek (object) (Beukelman & Mirenda, 1998; Downing, 1999). Penggunaan bahasa lisan yang mudah boleh membantu murid-murid kecacatan pelbagai memahami apa yang dituturkan oleh guru. Mereka mempunyai tahap kesukaran yang tinggi dalam proses memahami bahasa lisan. Mereka boleh memahami perkataan yang dituturkan, sekiranya guru, kawan-kawan atau pun keluarga memperkenalkan maklumat lisan dengan perkataan dalam bentuk isyarat, gambar dan objek.

c.Matematik
Jika seorang guru ingin mengajar murid yang hanya boleh belajar kemahiran matematik yang asas, jadi apakah kemahiran yang perlu dititikberatkan? Kenapa? Sebab murid yang mempunyai kecacatan pelbagai menggambarkan kemahiran matematik itu dalam pelbagai cara. Sesetengah murid ini, belajar dengan cara mengenalpasti atau memadankan nombor. Mereka mungkin belajar melalui aktiviti seperti menggunakan alat bantuan mengajar. Kebanyakkan murid boleh belajar matematik apabila mereka boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian dan itu juga berlaku kepada murid kecacatan pelbagai. Contohnya murid belajar mengenalpasti nombor dengan menggunakan kalkulator atau melakukan langkah dalam membuat penomboran. Contoh lain yang berkaitan dengan wang seperti urusan jual beli. Sesetengah pelajar yang mengalami kecacatan pelbagai mungkin boleh belajar mendail 911 ketika kecemasan, tetapi mungkin terdapat sesetengah pelajar tersebut tidak dapat mencapai kemahiran matematik ini, kerana mereka tidak dapat mengenalpasti nombor di atas telefon tersebut. Kemahiran matematik yang mempunyai aplikasi secara langsung dalam aktiviti seharian, boleh memberikan kesan yang baik ke atas kualiti hidup pelajar dan menjadi sebahagian daripada kurikulum yang bermakna (Westling & Fox, 2000 dalam Heller, 2005)

a. Pada pandangan anda apakah pendekatan yang sesuai mengajar kanakkanak yang mengalami masalah pelbagai kecacatan fizikal dan mental? b.Sebagai guru apakah alat bantu mengajar yang boleh membantu meningkatkan kemahiran motor kanak-kanak pelbagai kecacatan fizikal dan mental ?

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 109

PENDIDIKAN YANG DISARANKAN UNTUK MURID PELBAGAI KECACATAN


a.Kurikulum secara individu dan bermakna
Kurikulum bermakna adalah sangat sesuai dibekalkan kepada setiap murid-murid yang mengalami kecacatan pelbagai kerana bersesuaian dengan minat, matlamat peribadi dan tahap untuk mencapai matlamat tersebut. Walaubagaimanapun, kurikulum ini secara kronologinya mestilah bersesuaian dengan tahap umur dan tahap pembangunan latihan yang bersesuaian. Oleh itu, strategi dan aktiviti perlu dirancang dan direka untuk meningkatkan langkah-langkah pembelajaran murid-murid. Contohnya; murid yang berumur lima belas tahun mempunyai pengalaman dan belajar jenis permainan di tahap usia remaja bukan tahap murid-murid pra sekolah, walaupun tahap kemahiran murid-murid tersebut adalah di tahap kanak-kanak pra sekolah (Heller, 2005)

b.Membuat kurikulum teras yang bermakna


Murid-murid pelbagai kecacatan memerlukan kepada pengalaman kurikulum yang sama dengan rakan yang tidak cacat yang lain. (Downing, 2002; Fisher & Frey, 2001). Tanpa pendedahan tentang kurikulum, murid-murid ini tidak dapat belajar dengan baik dan tahap kebolehan mereka tidak dapat dikenalpasti. Bagi menentukan kurikulum yang bermakna dibina kepada murid-murid tersebut, kumpulan dan pengamal pendidikan khususnya dalam pendidikan khas perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat dan objektif dengan menganalisis aktiviti kurikulum yang sesuai.

c.Pendekatan pendidikan kolaborasi (Kerjasama)


Kolaborasi merupakan satu pendekatan yang penting dalam pendidikan khas. Bagi murid yang mengalami kecacatan pelbagai, kolaborasi bersama keluarga dan ahli professional adalah amat penting dan perlu dilengkapkan dengan perkhidmatan terkini.

d.Penglibatan keluarga yang aktif


Perkara yang paling penting dalam program pendidikan biasanya melibatkan ahli keluarga. Keluarga merupakan orang yang penting dalam pembangunan program individu yang berkesan kerana merekalah yang paling rapat dengan murid-murid tersebut dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap tingkah laku mereka.

STRATEGI MEMASTIKAN KEMAJUAN MURID PELBAGAI KECACATAN

Dalam memastikan kejayaan dalam kurikulum, terdapat lima perkara yang berkaitan dengan kejayaan penyertaan iaitu : Kolaborasi bersama dengan guru dan ibu bapa di dalam bilik darjah Mengajar dengan kemahiran yang baru di dalam pendidikan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 110 Menerapkan nilai-nilai persahabatan di kalangan ali keluarga yang terlibat dan kanakkanak berkenaan Memberi galakan yang positif kepada murid tanpa mengambil kira kecacatan yang mereka alami. Mengadaptasikan murid-murid dengan kurikulum yang bermakna

Strategi dan modifikasi


Antara strategi yang perlu dilakukan bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai ialah : Intervensi awal adalah diperlukan intervensi ini perlu dilakukan dengan cepat iaitu sewaktu kanak-kanak memulakan persekolahan. Penglibatan ahli professional, contohnya ahli terapi, terapi bahasa dan pertuturan, psiko terapi dan pakar-pakar berkaitan. Pendekatan kumpulan di peringkat sekolah yang melibatkan agensi luar atau perhubungan komuniti. Pengurusan fizikal di dalam kelas yang memerlukan penyesuaian diri kanak-kanak yang baik. Menyediakan peralatan yang baik dengan bantuan teknologi yang canggih. Integrasi bersama rakan sebaya adalah amat penting dalam membantu proses pembangunan sosial kanak-kanak kecacatan pelbagai. Adalah amat penting untuk mengintegrasikan kanak-kanak ini sekerap yang mungkin. Penyelidikan dibuat untuk menandakan murid tersebut menghadiri di dalam komuniti sekolah dan melibatkan diri dalam aktiviti yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Ini merupakan proses pembinann kemahiran social dan boleh ditingkatkan Memastikan murid-murid kecacatan pelbagai mempunyai rasa hormat dan menjadi tanggungjawab guru untuk mengajar dan menanam rasa hormat kepada murid-murid di dalam kelas Rancangan Pendidikan Individu (RPI) perlu dirancang dengan sistematik dan perlu diubah mengikut pencapaian murid tersebut Rancangan keselamatan perlu dibina dan selalaunya termasuk di dalam Rancangan Pengajaran Individu (RPI) Penjagaan yang rapi diperlukan sekiranya berlaku di luar jangkaan dan bagi memastikan keadaan murid-murid sentiasa terkawal.

Apakah yang anda faham dengan strategi pengendalian kanak-kanak pelbagai kecacatan.

RUMUSAN
1.Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan merupakan kelompok terbesar dalam kategori kanak-kanak kurang upaya.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 111 2. Kanak-kanak pelbagai kecacatan mempunyai beberapa halangan dari segi kemahiran dalam pembelajaran dan juga dalam kehidupan mereka. Halangan tersebut termasuklah masalah berkomunikasi, mempunyai kesukaran dalam mengeneralisasi pembelajaran dari satu perkara kepada perkara lain. Kanak-kanak ini memerlukan sokongan kemahiran dalam kehidupan mereka. 3. Kanak-kanak yang mempunyai kerosakan pancaindera, di samping mempunyai kerosakan kognitif mempunyai cabaran dalam pengajaran, mobiliti dan penjagaan diri. Namun, sekarang ini terdapat banyak jenis bantuan teknologi yang disediakan untuk membantu mobiliti dan penjagaan diri. Kanak-kanak yang mengalami kerosakan kognitif mempunyai kebolehan yang terhad untuk berfikir secara abstrak dan memerlukan bantuan dan sokongan yang baik dalam membantu mengeneralisasikan kemahiran dari satu ke situasi yang lain. 4.Guru, ibu bapa dan komuniti yang lain perlu bersama-sama memberi sokongan bagi kanakkanak luar biasa ini yang merupakan kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Oleh yang demikian, program perlu dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid ini. Perkara yang perlu dititikberatkan ialah termasuk pengunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid tersebut. 5. Selaras dengan falsafah Pendidikan Khas, kanak-kanak ini perlu dididik dan dibentuk melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan integrasi sosial dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu juga, intervensi-intervensi perlu dilakukan untuk menolong kanak-kanak khas ini bagi mencapai kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari dalam kehidupan mereka.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 112 RUJUKAN Byers, R. and Rose, R. (2nd ed). 2004. Planning The Curiculum for Pupils With Special Education Needs. London: David Fulton Publisher. Diane P. B., Deborah D. S. & Brian R. B. 2008. Teaching Students with Special Needs in Inclusive Classrooms. Boston: Pearson. Edward L. Meyen & Yvonne N. Bui. 2007. (eds). Exceptional Children in Todays Schools: What Teachers Need to Know. USA: Love Publishing Company. Hallahan, D. & Kauffman. 2003. Exceptional children: Introduction to special education. Boston: Ally and Bacon. Heller K. W., Alberto P. A., Forney P. E. & Schwartzman. 1996. Understanding Physical, Sensory, and Health Impairments. Pacific Grove, CA: Brooks/Cole. Heward, W. L. 2006. (ed). Exeptional Children An Introduction To Special Education. Boston: Prentice Hall. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.gov.my/jpkhas/. (akses : 20 Dec 2009. 11.50 am). 2009.

Jamila K. A. Mohamed. 2006. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Siri Pendidikan Khas. Shah Alam: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Ms. 84 Julia Jantan, Hamidah Sulaiman, Imamshah Natharasah, Siti Suhaila Samian, Zinaida Ariffin. 2009. Pengenalan Kepada Masalah Penglihatan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Ms. 131-137. Kirk, S. A., Gallagher, J. J. & Anastasiow, N. J. 2003. (eds). Educating Exeptional Children. Boston: Prentice Hall. Mohd Sharani Ahmad. (2009). Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur: PTS Publication. Portal Myhealth, Kementerian Kesihatan Malaysia. 2008. http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja. (akses : 18 Jan 2010. 11.50 am)

Rebecca, D. K., Daniel, H., & James, K. 2001. Special education for today. New Jersey: Prentice Hall. Richard, M. G. 2003. Special Education: In Contemporary An Introduction To Exceptionality. United States: Thomson Wadsworth. 538-556. Kindshealth. 2009. Juvenile Rheumatoid Arthritiss. http://kidshealth.org/parent/medical /arthristis (akses : 09 Januari 2010. 11.15 pm) Nibedita Dash. 2003. Integrated Education for Children with Special Needs. New Delhi: Dominant Publishers and Distributors.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 113 Ryndak, D. L. and Sandra, A. 1996. Curiculum Content for Students With Moderate and Severe Disabilities In Inclusive Settings. Boston: Allyn & Bacon. Safani Bari, Manisah Mohd Ali, Norani Mohd Salleh dan Aliza Alias (2009). Penggunaan Alat Bantuan Pendengaran Di Kalangan Murid-Murid Bermasalah Pendengaran. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dipetik daripada http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/SafaniUKMkk.pdf. (akses : 2 januari 2010 : 09.45pm) Sherwood, J. B., Heller, K. W., June, L. B. 2005. Teaching Individuals WithPhysical or Multiple Disabilities. United States: Pearson Merrill Prentice Hall. 386-387. Sparkle. 2009. Deafblindness. http://www.sparkle.usu.edu/Topics/deafblindness. (akses : 2 Jan 2010. 9.30am) T. Santhanam, B. Prasad Babu, S. Sugandhi, Digumarti Bhaskara Rao. 2007. Children With Learning Disabilities. New Delhi: Sonali Publications. Ms. 6-7.

You might also like