P. 1
Mesyuarat Dewan Negeri Johor November

Mesyuarat Dewan Negeri Johor November

4.33

|Views: 840|Likes:
Published by dun_maharani

More info:

Categories:Types, Research
Published by: dun_maharani on Jan 02, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2011

ISKANDAR MALAYSIA Iskandar Malaysia (IM) telah dilancarkan selama hampir dua tahun.

Setakat ini dinyatakan sebanyak RM3.9 bilion pelaburan telah diterima dalam perindustrian dan RM2 bilion dalam bidang perkhidmatan. Kerajaan juga telah membuat kenyataan bahawa semua kaum terutama Melayu atau bumiputera akan mendapat manfaat daripada projek-projek dan pelaburan yang dilaksanakan di Iskandar Malaysia. Persoalannya, sejauh manakah Iskandar Malaysia (IM) benar-benar memberikan laluan kepada penyertaan Melayu atau Bumiputera. Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Johor) dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (Johor) membuat pendedahan dimana pembinaan Lebuhraya Pesisir Pantai (Coastal Highway) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Nusajaya sejauh 15 kilometer dengan kos pembinaan RM1 bilion tidak melibatkan kontraktor Melayu sepertimana yang dijanjikan. Persoalan saya; 1. Apakah benar kontrak pembinaan lebuhraya tersebut diberikan kepada Syarikat Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd. secara rundingan terus? Siapakah pemegang saham utama Syarikat Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd. ? 2. Kenapakah syarikat kontraktor bumiputera tidak dilibatkan dalam pembinaan lebuhraya tersebut?
JAWAPAN Y.A.B. DATO' MENTERI BESAR:

"Pemberian kontrak pembinaan Lebuhraya Pesisir Pantai (Coastal Highway) adalah "cost plus" kepada SJIC Bina Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah anak syarikat 100% milik Iskandar Investment Berhad. Didalam pembinaan kontrak ini, Kementerian Kewangan telah mensyaratkan supaya Pembinaan Kota Selat Tebrau (PKST) dilantik secara rundingan terus sebagai subkontraktor (Design & Build) kepada SJIC Bina Sdn. Bhd. untuk melaksanakan kerja-kerja reka bentuk dan pembinaan. Pembinaan Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd. adalah anak syarikat sepenuhnya oleh syarikat Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd. (KST) dan pemegang saham KST adalah Iskandar Investment Berhad (51.2%), Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (12.3%) dan Danga Bay Sdn. Bhd. (36.5%). Dalam pelaksanaan projek ini, sekurang-kurangnya 30% daripada kos kontrak telah disyaratkan untuk dilaksanakan oleh kontraktor kecil

bumiputera. ISU PEMBERSIHAN PERPARITAN a) Peparitan kiri dan kanan dari Parit Sakai hingga ke Parit Perupok, Jalan Jonid, Muar. Parit ini dipenuhi semak dan rumput sehingga sama tinggi dengan jalanraya. Apabila hujan air tidak dapat mengalir dan bertakong ke kebun dan halaman rumah penduduk sehingga beberapa hari. b) Parit besar di Pt. Amal Jln. Jonid menuju ke Pengkalan Nelayan. Tepi parit semak dan ada anak pokok yang semakin besar. c)Peparitan dari Parit Limbong hingga ke Parit Jawa , Jalan Temenggong Ahmad. Bilakah langkah-langkah responsif yang akan diambil untuk mengatasi masalah berikut. JAWAPAN: a) Perparitan di Jalan Parit Sakai hingga ke Parit Perupok, Jalan Joned di bawah penyelenggaraan Majlis Perbandaran Muar. b) Parit besar di Parit Amal, Jalan Joned menuju ke Pengkalan Nelayan di bawah penyelenggaraan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). c) Perparitan dari Parit Limbong hingga ke Parit Jawa, Jalan Temenggong Ahmad akan dibersihkan pada bulan November dan Disember 2008 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Muar. PROJEK PEMBINAAN JETI NELAYAN Saya ada memohon pembinaan jeti baru di pantai parit Keroma Laut, Jalan Jonid kepada pejabat daerah Muar bertarikh 20 Mei 2008. Pihak pejabat daerah telah menyiasat ke kawasan tersebut. Pejabat daerah telah menghantar surat kepada Pengarah Pembangunan Negeri Johor untuk mendapatkan peruntukan bagi pembinaan jeti. Dianggarkan RM 100.000.00 dan surat salinan telah dihantar kepada saya bertarikh 12 Jun 2008. 1. Bilakah kerajaan akan memberikan peruntukan untuk membina jeti

berkenaan. 2. Bilakah pembinaan jeti baru ini akan dimulakan. JAWAPAN: Permohonan dari Pejabat Daerah Muar telah diterima pada 12 Jun 2008. Walaubagaimanapun, permohonan tersebut tidak dapat diluluskan tahun ini memandangkan peruntukan tahun ini amat terhad. Permohonan tersebut akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan di bawah Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dengan peruntukan Kementerian Kewangan pada tahun 2009. PEMBERIAN TANAH 'TOL' DI DUN MAHARANI 1.Berapa ramai yang telah menerima tanah ’TOL’. Contoh di Parit Prupok Laut dan Parit Sakai Laut. 2.Masihkah lagi dibuka ’TOL’ kepada orangramai dan dimanakah kawasan tersebut. 3.Apakah syarat untuk memohon tanah tersebut.

JAWAPAN: Di Parit Sakai Laut, sejumlah 86 plot pernah dikeluarkan TOL bagi tujuan pertanian, namun begitu ianya telahpun terbatal dan kesemua tanah-tanah ini telahpun dikeluarkan hak milik kepada pemilik-pemiliknya. Tiada lagi tanah-tanah yang dikeluarkan TOL bagi tujuan pertanian samada kepada pemohon individu mahupun syarikat. Ini adalah kerana pemberian TOL hanya untuk pertanian yang bercorak sementara iaitu bagi tujuan tanaman barang makanan seperti sayuran. Bagi tujuan penanaman barang makanan atau sayuran, kerajaan akan mengeluarkan TOL kepada Pegawai Daerah di bawah konsep Bumi Hijau dan peserta-peserta yang berminat dan berkelayakan boleh mendaftar di Pejabat Daerah. Walau bagaimanapun, TOL masih boleh dikeluarkan bagi tujuan seperti Tapak Khemah Sementara, Pengalihan Bahan Batuan, Papan Iklan, Rumah Kediaman Sementara, Warong, Bengkel, Panggung Pertunjukan Sementara dan binaan bercorak sementara.

Bagi pemohon yang ingin memohon tanah tersebut adalah sama dengan syarat yang dikenakan bagi permohonan-permohonan tanah kerajaan sebagaimana Seksyen 423 Kanun Tanah Negara seperti: i. Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas ii. Tidak muflis iii. Telah mengenalpasti kawasan tanah kerajaan yang hendak dipohon iv. Keutamaan kepada penduduk tempatan yang tiada mempunyai tanah lain. SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR 1.Apakah syarat dan berapa lama untuk guru ’kontrak’ mendapat pengesahan jawatan guru tetap? 2.Berapa ramai jumlah guru agama kerajaan negeri Johor mengikut kriteria guru kontrak dan tetap dan kelulusan mereka( SPM/Diploma)? 3. Berapa jumlah Sekolah Agama Johor dan berapa jumlah murid mengikut daerah?

JAWAPAN: 1) Syarat-syarat kelayakan bagi dilantik ke jawatan tetap iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 adalah seperti berikut: * Warganegara Malaysia * Berumur tidak kurang 18 tahun * Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan)

* Memiliki Diploma Perguruan/ Pendidikan yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Bagi tujuan pengesahan jawatan pula, guru-guru yang telah dilantik ke jawatan tetap perlu memenuhi syarat-syarat berikut: * Lulus dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Khusus * Mendapat sokongan/ perakuan daripada Ketua Jabatan Untuk makluman, guru kontrak yang hendak menjawat jawatan tetap iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 perlulah memajukan borang permohonan SPAJ01 kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor (SPAJ) apabila terdapat kekosongan jawatan tersebut yang mana ianya akan diiklankan didalam akhbar tempatan. 2) Terdapat seramai 1,507 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah Gred DB17 (guru agama bertaraf kontrak) dan seramai 1,440 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 (guru agama bertaraf tetap). Bagi guru agama kontrak, kelulusan minimum yang diperlukan adalah seperti berikut: i) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya berserta: - kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) - kepujian dalam 4 matapelajaran yang lain - lulus Bahasa Inggeris dan Matematik - lulus Bahasa Arab Tinggi/ Komunikasi ii) Memiliki Sijil Darjah Khas (Pangkat I & II sahaja) iii) Keutamaan diberikan kepada yang memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia. Manakala bagi guru agama tetap kelulusan minimum ialah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian didalam mata pelajaran Bahasa Malaysia serta memiliki Diploma Perguruan/ Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

3) Terdapat 550 buah Sekolah Agama didalam Negeri Johor dan mempunyai 216.980 orang murid. MASALAH SOSIAL MAT REMPIT Masalah sosial seperti Mat Rempit sangat membimbingkan. Apakah tindakan kerajaan untuk membendung dan juga membimbing belia-belia dari gejala tersebut? JAWAPAN: Kerajaan Negeri sedar bahawa isu Mat Rempit merupakan masalah sosial yang membimbangkan buat masa kini. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah merangka dan sedang melaksanakan program jangka pendek dan jangka panjang bagi membendung masalah ini. Diantara program jangka pendek yang dirancang oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor pada tahun ini ialah:1) Program Kembara Rakan Muda Bermotosikal Program Kembara Rakan Muda Bermotosikal diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan. Pengisian program meliputi aktiviti pemanduan berhemah, penerapan nilai-nilai kemerdekaan dan aktiviti kemasyarakat. Aktiviti pemanduan berhemah mengandungi pengenalan undang-undang jalanraya, tatacara pemanduan yang betul dan lesen memandu. Penerapan nilai-nilai kemerdekaan serta semangat jati diri dikalangan para belia juga dititikberatkan didalam program ini. Aktiviti kemasyarakatn pula menyemai sikap tanggungjawab sosial terhadap masyarakat seperti gotong-royong membina rumah miskin, pertandingan sukan rakyat dan aktiviti khidmat masyarakat yang melibatkan penduduk dan persatuan belia dan sukan di setiap daerah. 2) Pertandingan Drift Penganjuran aktiviti dan pertandingan drift telah diadakan dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Pihak Kementerian Belia dan Sukan juga buat masa ini sedang menumpukan perhatian kepada pembangunan

program sukan bermotor termasuk motosikal lasak dan sukan drift. 3) Auto Saloon Pada kebiasaannya, "Pertandingan Ubahsuai Kereta" ataupun Auto Saloon diadakan bersama-sama program-program berbentuk karnival bertujuan untuk menarik minat golongan belia menyertai acara dan program yang dianjurkan selain mempamerkan hasil kreativiti mereka dalam aspek pengubahsuaian dan reka bentuk aksesori kereta serta sistem audio kenderaan. Program jangka panjang meliputi kursus latihan terbuka seperti mekanik, kimpalan, membaiki telefon bimbit dan latihan intensif untuk sukan bermotor dengan kerjasama Kelab Bermotor Negeri Johor. Latihan intensif ini adalah bertujuan bagi mencungkil bakat remaja/ belia dalam aspek perlumbaan sebenar di litar. Berikut adalah program jangka panjang yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor:a) Kejohanan Motorsikal Lasak Johor 2008 Kejohanan Motorsikal Lasak Johor merupakan satu-satunya program anjuran Kerajaan Negeri Johor. Acara tahunan yang dianjurkan dengan kerjasama kelab bermotor seperti Kelab Sukan Bermotor Johor dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia ini telah menarik perhatian golongan belia dari seluruh negara. Golongan belia bukan sahaja sebagai pengunjung malah mengambil bahagian sebagai peserta di dalam kejohanan ini. Jumlah penyertaan amat menggalakkan sejak kali pertama diadakan pada tahun 2004. Pada tahun ini, kejohanan ini disertai oleh 153 orang pelumba dan menyaksikan kehadiran lebih 10,000 orang pengunjung. b) Klinik Advance Riding And Driving Klinik anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri dengan kerjasam Kelab Sukan Bermotor Johor ini dianjurkan menggunakan format teori dan praktikal yang mensasarkan penyertaan golongan belia. Para peserta akan didedahkan dengan teknik pemanduan dan pengendalian motosikal dan kereta secara selamat. Pada bulan Februari 2008, klinik ini diadakan di Kota Tinggi dan Pengerang sementara pada tahun 2007, klinik ini diadakan pada bulan Oktober di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.

c) Klinik MotorCross Program ini merupakan langkah awal mendedahkan para belia dan peminat motosikal lasak untuk mempelajari teknik menunggang motosikal lasak. Klinik ini dikendalikan di Kota Tinggi dan Muar oleh para pelumba tempatan yang mahir serta berpengalaman luas dalam sukan motorcross.

LETAK KERETA 'PARKING' DI BANDAR MUAR Penggunaan kereta oleh orang ramai semakin hari semakin bertambah. Ini akan menimbulkan kesulitan kepada mereka untuk meletak kereta kerana tempat terhad. 1. Apakah perancangan pihak berkenaan untuk menangani masalah ini?. 2. Berapa jumlah petak letak kereta dan petak rezab yang ada di bandar Muar? 3. Berapakah jumlah pendapatan sebulan? 4. Bagaimankah kedudukan penswastaan tempat letak kereta?

ISU KECERIAAN BAHU JALAN DALAM KAWASAN MPM 1.Berapakah perbelanjaan untuk menceriakan bahu jalan dengan menanam pokok-pokok. Contohnya: sepanjang Jalan Temengong Ahmad. 2.Siapakah kontraktor yang menguruskan penanaman pokok tersebut? 3.Berapa batang pokok ditanam sepajang jalan dan berapa kosnya?

JPMM

1. Apakah fungsi dan aktiviti yang telah dijalankan oleh JPMM sejak Mac 2008 dalam DUN Maharani? 2. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan sehingga kini?

PEMBINAAN SEMULA MASJID DALAM DUN MAHARANI. Dalam DUN Maharani terdapat 2 buah masjid papan iaitu di Masjid Jamek Pt. Bakar Darat dan Masjid Sulaimaniah Pt. Pinang Seribu Darat. 1. Bilakah masjid ini akan dibina semula? 2. Pendudukan kampong telah dimaklumkan tentang peruntukan lebih RM 1 juta yang telah diluluskan untuk membina masjid di Pt. Bakar Darat. Malangnya projek itu belum dimulakan sehingga hari ini.

PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN JALAN UTAMA MUAR-BATU PAHAT. Projek yang tidak siap ini telah memberikan kesulitan kepada penduduk setempat. Jambatan Parit Jamil ini juga kerap berlaku kemalangan. Bilakah projek ini akan disiapkan dan berapa jumlah kosnya?

ISU PROJEK PERUMAHAN DI TANAH PERTANIAN. Kebelakangan ini terdapat banyak projek perumahan sepanjang jalan daripada Parit Samsu ke Parit Jawa, Jalan Temenggong Ahmad yang dibina di tanah pertanian. 1. Apakah syarat yang ditetapkan untuk mendirikan Taman Perumahan di tanah pertanian dan tanah rezab melayu? 2. Berapa banyak projek Taman Perumahan yang telah diluluskan di tanah pertanian dalam Parlimen Muar?

ISU AYAM HARAM Pada Selasa (21 Oktober 2008) yang lalu, Akhbar Harian Metro telah mengejutkan rakyat jelata khususnya yang berada di Muar. Artikel yang menjadi Berita Muka Depan itu bertajuk AYAM HARAM dan tertera Gambar Ayam yang dimaksudkan.Dikatakan bahawa Pegawai Jabatan Agama Johor (JAJ) yang memeriksa jualan ayam segar di sebuah pasar raya di bandar ini, terkejut apabila mendapati ia dijual tanpa sembelihan sempurna dengan urat halkum dua ekor ternakan itu belum putus sepenuhnya. 1) Adakah disediakan satu jadual pemantauan pemeriksaan bagi mengatasi masalah ini? 2) Jika ada, berapa kali dalam setahun? ISU GEJALA SOSIAL Gejala sosial dan jenayah oleh Pendatang Asing. Kenyataan oleh Tn. OCPD Batu Bahat 70%kes jenayah dilakukan pekerja-pekerja asing. Apakah tindakan pihak berkuasa terhadap penjenayah yang terbabit? MASALAH IKLAN ALONG Kebelakangan ini terdapat iklan ALONG dipasang tempat awam dan juga diedarkan dirumah-rumah dan taman perumahan. Apakah tindakan pihak berwajib bagi membendung kegiatan tersebut? ISU PENIAGA-PENIAGA KEDAI PEKAN TAMPOI Peniaga-peniaga kedai pekan Tampoi seramai 12 orang, berada di atas tanah Lot PTD 90667 HS(D) 420178 Mukim Tebrau iaitu di Jalan Dato’ Toh Ah Boon, Tampoi telah tinggal dan berniaga secara turun temurun di kawasan ini sejak tahun 1954. Atas faktor-faktor keselamatan daripada ancaman komunis, kerajaan telah memindahkan mereka daripada kawasan sekitar ke perkampungan ini yang dikenali sebagai Kampung Baru Tampoi. Pada tahun

1972 mereka telah dianugerahkan Lesen Menduduki Sementara(TOL) oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan telah memberi kemudahan yang bersesuaian kepada pekedai di sini. Pada 14hb September 1985 melalui MCA Cawangan dan Gerakan Pemuda Dan Kaum Wanita, Tampoi, Johor telah menghantar surat kepada pejabat Menteri Besar Johor bagi mengadu masalah yang berkaitan dengan pembangunan di kawasan ini. Pada 16hb Mei 1989 mereka telah memohon perubahan daripada tanah TOL kepada tanah bergeran kepada pihak Kerajaan Johor. Mereka menunggu dengan penuh harapan tetapi malangnya pada 3hb Mei 2006, pihak Kerajaan Negeri Johor telah menganugerahkan tanah tersebut kepada pihak Johor Corporation, anak syarikat Kerajaan Negeri Johor. Akhirnya pada 24hb September 2007 mereka telah mendapat notis mengosongkan bangunan daripada pihak Johor Corporation sebelum atau pada 25hb Oktober 2007. Rayuan telah dibuat kepada pihak Johor Corporation melalui YB Low Teh Hian, Adun Kawasan Pengkalan Rinting merangkap Ketua Biro Aduan MCA Johor pada 5hb Oktober 2007. Permohonan pajakan telah dibuat sepertimana yang diucapkan oleh Y.B Dato’ Haji Osman bin Sapian, Adun Kempas dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 25 Jun 2008. Dialog dengan pihak Johor Corporation juga telah dipohon melalui Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas pada 10hb Julai 2008. Malangnya pihak Johor Corporation tidak mahu melayan sebarang cadangan daripada pihak mereka. Malah pihak Johor Corporation mahu peniaga di sini mengosongkan kedai mereka seberapa segera seperti yang terkandung dalam surat jawapan kepada Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas bertarikh 17hb Julai 2008. Serentak dengan arahan mengosongkan kedai, mereka berasa hairan bagaimana pihak tertentu telah diberi kebenaran untuk menyewa di kawasan tersebut dalam tempoh masa 3 tahun. Mereka telah merayu kepada pihak Y.A.B Menteri Besar Johor Dato’ Haji Abdul Ghani Othman agar dapat mengarahkan anak syarikat Kerajaan Negeri Johor, Johor Corporation mengizinkan mereka menyewa, membangunkan dan berniaga di kawasan ini pada kadar yang bersesuaian. Jika pihak tertentu berhak mendapat sewaan tanah di sini mengapa pula mereka yang membangunakan kawasan ini sejak tahun 1954 tidak dilayan oleh pihak Johor Corporation. Mereka mahu perbincangan lanjut mengenai perkara ini di antara pihak pekedai dengan pihak Johor Corporation. Persoalannya :

1) Apakah nama syarikat yang telah dibenarkan menyewa seperti yang tersebut di atas? 2) Mengapakah syarikat ini terpilih untuk menyewa kawasan tersebut? 3) Jika pekedai seramai 12 orang ini ingin menyewa dikawasan ini, adakah mereka akan dibenarkan? 4) Apakah mereka akan diberi pampasan jika mahu berpindah daripada kedai tersebut? 5) Apakah pihak Y.A.B Menteri Besar Johor Dato’ Haji Abdul Ghani Othman bersedia untuk menjadi orang tengah mempertemukan Johor Corporation dengan pekedai? ISU PENDUDUK RUMAH PANGSA TAMAN CEMPAKA, TAMPOI Jawatankuasa Bertindak Rumah Pangsa Taman Cempaka, Tampoi telah ditubuhkan pada ahad 8hb Jun 2008 oleh Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas. Tujuan penubuhannya adalah untuk membela kepentingan penduduk yang tinggal di rumah pangsa khususnya di Taman Cempaka. Rumah pangsa ini telah dibina lebih kurang 23 tahun yang lalu. Ia mempunyai 27 Blok dengan kapasiti lebihkurang 1800 unit rumah. Setiap blok diketuai oleh seorang Ketua Blok dan ahli jawatankuasanya bertanggungjawab terhadap segala permasalahan penduduk. Jawatankuasa ini dikenali sebagai Management Committee (MC) atau Perbadanan Pengurusan. Penduduk rumah pangsa Taman Cempaka hanya mampu membayar lebihkurang RM15 sebulan untuk yuran perkhidmatan sedangkan kadar yang sesuai untuk pengurusan sesebuah blok seperti rumah pangsa ini adalah RM65 sebulan. Ini bermakna mereka kekurangan RM50 sebulan bagi sebuah unit rumah. Kesannya adalah MC tidak mampu menguruskan blok dengan sempurna dan terpaksa berdepan dengan masalah-masalah berikut : Ketidakmampuan untuk mengecat blok yang menyebabkan persekitaran mereka kurang ceria dan tidak menarik. Ketidakmampuan untuk menampal kebocoran dinding blok menyebabkan

blok mereka sentiasa bocor ketika hujan. Ketidakmampuan untuk menyelengara sistem paip dan tangki air menyebabkan blok mereka sering menghadapi masalah kebocoran paip. Ketidakmampuan untuk menyelengara atap blok menyebabkan mereka berhadapan dengan kebocoran setiapkali hujan. Kebocoran serius adalah ditingkat paling atas. Berita Harian 1 Ogos 2008 telah menyiarkan kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Baharu(MBJB) Datuk Mohd Naim Bin Mohd Nasir bahawa RM 1.3 Juta diperuntukkan untuk mengecat rumah pangsa di Jalan Terus, Jalan Skudai dan Flet Cempaka. 1) Adakah benar rumah pangsa Taman Cempaka mendapat peruntukkan untuk mengecat rumah mereka? Jika benar, bilakah masanya bangunan mereka akan dicat? 2) Apakah nama kontraktor yang bertangungjawab mengecat bangunan tersebut? 3) Apakah MC akan dirundingi sebelum proses mengecat bangunan dibuat? 4) Apakah cadangan-cadangan kerajaan untuk mengatasi masalah ketidakmampuan MC mengurus bangunan di Taman Cempaka? 5) Jika terdapat aduan daripada penduduk rumah pangsa atau masalah yang berkaitan dengan pihak MC, apakah badan diperingkat Kerajaan Negeri Johor yang bertanggunjawab secara khusus menangani masalah rumah pangsa di Negeri Johor? 6) Jika kerajaan memperuntukkan kewangan kepada kampung-kampung tertentu diluar bandar, adakah sebarang peruntukkan-peruntukkan tertentu daripada kerajaan negeri untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah pangsa di Negeri Johor? ISU KEMAYAN CITY

Bangunan terbengkalai Kemayan City di hadapan Bukit Mewah, Tampoi telah mencacatkan pandangan khususnya penduduk disekitar taman tersebut. Persoalannya : 1) Apakah status bangunan tersebut? 2) Pihak mana yang bertanggungjawab menguruskan bangunan tersebut? 3) Apakah rancangan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah di atas? 4) Memandangkan bahawa kawasan tersebut ketiadaan dewan orang ramai tempat dimana aktiviti masyarakat setempat dapat diadakan. Adakah pihak kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil alih bangunan tersebut untuk kemudahan masyarakat setempat? ISU PENIAGA KECIL DI JOHOR BAHRU Pihak kerajaan tempatan telah banyak menyediakan kemudahan kedai untuk peniaga khususnya peniaga-peniaga kecil di Johor Baharu. Persoalannya: 1) Adakah terdapat kouta untuk semua bangsa berniaga ditempat-tempat tersebut? 2) Apakah syarat kelayakkan untuk seseorang pemohon dibenarkan berniaga di tempat tersebut? 3) Apakah prosidur yang diperlukan untuk berjaya menjadi peniaga ditempat tersebut?

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->