You are on page 1of 25

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Copyright 2007. www.rozazcrafts.com. All Rights Reserved

-i-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

-ii-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Disclaimer/Legal Notice Segala maklumat yang terkandung dalam manual ini adalah tepat pada masa ianya dihasilkan. Pihak Rozaz Crafts tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti atau apa juga risiko yang mungkin dihadapi oleh pengguna manual ini. Segala kerugian atau kesan negatif hasil penggunaan manual ini adalah atas tanggungan pengguna sendiri. Penghasilan manual ini adalah bertujuan baik. Pengguna dinasihatkan merujuk kepada pakar bidang ini untuk tujuan komersial dan sebagainya.

-iii-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com Seni Kraftangan Surat Khabar Lama


Isi Kandungan Pengenalan Peralatan & Bahan Teknik Asas (Bakul Mini) Teknik Menganyam Mewarna Kraf Informasi & Penutup

-iv-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Pendahuluan
Cara tradisional melupuskan kertas akhbar lama adalah dengan membuangnya kedalam bakul sampah atau membakarnya. Cara bijak pula adalah dengan mengumpulkannya sebanyak mungkin dan menjual ke pusat-pusat kitar semula. Terkini, cara yang paling inovatif dan kreatif adalah dengan menukarkan kertas akhbar lama menjadi kraftangan yang cantik untuk hiasan dan harga pasaran serta permintaannya adalah tinggi! Objektif penerbitan manual ini oleh penulis hanyalah untuk mendedahkan serta berkongsi pengetahuan serta kemahiran dengan sesiapa jua yang sangat berminat dengan seni pembuatan kraftangan berasaskan kertas akhbar lama. Dengan itu, pendedahan teknik pembuatan kraftangan surat khabar lama dalam manual ini adalah mudah untuk dipelajari. Hanya ikuti langkah-langkah yang dipaparkan serta memerhati dengan teliti semua gambar-gambar serta rajah-rajah yang dipaparkan dan anda akan dapat memahirkan diri dengan cepat, InsyaAllah. Anda dinasihatkan agar tidak cepat berputus asa seandainya pada permulaan pembelajaran anda merasa sukar untuk melakukannya. Cuba dan terus mencuba sehingga anda menjumpai kesilapan dan memperbetulkannya sehingga anda mendapat teknik yang sebenar untuk menghasilkannya. Penulis telah melalui ratusan kesilapan dan kegagalan semasa membuat kajian dan eksperimen sehinggalah teknik yang sebenarnya diperolehi dan kini didedahkan kepada anda. Harapan saya, semoga anda akan berjaya dan menikmati keseronokan membuat kraftangan surat khabar lama yang cantik menawan. Sila hubungi saya seandainya anda memerlukan khidmat nasihat berkaitan dengan proses membuat kraftangan ini.

Rozaz
papercraftsmen07@yahoo.com Tel: 017-9316 774 -1-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Peralatan & Bahan

Peralatan: 1. Gunting Kertas 2. Pisau Pemotong Kertas 3. Lidi Satey 4. Pistol Gam Letrik Peralatan & Bahan Mewarna: 1. Bekas Bertutup ( 1 untuk membancuh varnish & 1 untuk rendam berus) 2. Berus Cat inci atau berus cina (saiz besar) 3. Varnish Warna (PU/Timber Tone) pelbagai jenama. 4. Minyak Petrol atau Tiner atau Minyak Tanah 5. Kain Buruk Bahan Utama: 1. Beberapa naskah (sebaiknya bersaiz kecil Metro/Sinar Harian/Star dsb.) 2. Gam Kertas 3. Gam Lilin Panas (Hot Glue Stick)
-2-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Teknik Asas (Bakul Mini )


A. Memotong Kertas Surat Khabar
Keluarkan sedikit helaian dari naskah surat khabar (4 atau 5 helaian adalah paling baik) agar tidak terlalu tebal semasa proses memotong.

#1. Potong (1cm) pada kedua belah sisi

#2. Lipat 2

#3. Gunting (1cm) dari sisi lipatan

#4. Ulangi proses #2 & #3

Saiz akhir adalah lebih kurang dari 1 helai mukasurat surat khabar. 1 keping kertas yang dipotong digunakan untuk menghasilkan 1 straw kertas. Biasanya 1 bakul mini memerlukan 37 hingga 40 batang straw kertas, bergantung kepada saiz bakul mini yang ingin dihasilkan. -3-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

B. Membuat Alat Penggulung (Meraut Lidi Satey)

6cm

Raut 6cm dari hujung runcing lidi satey dan sehalus mungkin (lebih kurang 1mm)

C. Menggulung Kertas (membuat straw)


Rajah 1

Rujuk Rajah 1 dengan teliti. Kedudukan penggulung adalah pada sudut 80 darjah ikut jam pada bucu bawah kertas sebelah kiri (jika anda kidal, lidi penggulung adalah pada bucu bawah kertas sebelah kanan dan sudut lidi penggulung adalah 80 darjah lawan jam). Langkah-langkah teknik menggulung adalah seperti paparan gambar-gambar berikut: -4-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

#1. Guna jari telunjuk kiri & kanan. Lipat sedikit bucu kertas sekadar untuk membolehkan lidi menggulung kertas. .

#2. Gulung perlahan-lahan hingga hujung runcing penggulung, berhenti & tahan (tekan sedikit) dengan jari telunjuk kiri.

#3. Keluarkan penggulung, telunjuk kiri masih menahan gulungan kertas.

#4. Telunjuk kiri masih menahan, gerakkan telunjuk kanan dengan 2 putaran penggulung dan terus kedua-dua jari-jari kiri & kanan menggulung lurus & bucu kertas atas (kanan) setentang dengan bahagian tengah gulungan straw.

-5-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

#5. Sapu gam pada bucu kertas sambil jari telunjuk & ibu jari kiri mengepit straw.

#6. Kepit sedikit straw dengan jari telunjuk & ibu jari kiri, sambil jari-jari kanan memutar-mutar straw untuk lekatan gam yang kemas.

Proses menggulung sebatang straw selesai. Akan terhasil straw yang runcing di 1 hujung dan besar di 1 hujung. Tujuannya adalah agar sambungan straw boleh dilakukan dengan kemas & kuat. Buat straw kertas sebanyak 40 batang untuk proses menganyam 1 bakul mini

-6-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

D. Membuat Taja/Tapak Bakul

#1. Sambungkan 2 batang straw dan buat 5 set

#2. Susun rapat 3 set straw di atas lantai dan sapukan gam lilin panas ditengah-tengah.

#3. Dengan cepat, lekatkan 2 set straw di tengah-tengah sapuan gam lilin panas dan tekan dgn jari untuk lekatan yang kemas.

-7-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

#4. Lekatkan 1 batang straw (tambahan) #5. Renggangkan semua straw pada kedudukan Barat Laut (North-West) & laraskan sudut sama besar.

#6. Lekatkan 1 Set Straw (Sambungan 2 batang straw Straw Anyaman) pada kedudukan arah Timur Laut (North-East) Untuk lebih memahami kedudukan taja dan tiang kraf serta straw anyaman, sila perhatikan dengan teliti rajah-rajah berikut:

-8-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Rajah 2 U
Tiang #1

Sapu gam lilin panas(hotglue)

Straw Tambahan

Straw Anyaman

Rajah 3
Straw Anyaman

Straw Tambahan (Tiang #4)

-9-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Teknik Menganyam
Untuk proses menganyam seterusnya, sila rujuk Rajah 3 & 4. Putaran anyaman adalah mengikut arah lawan jam. Gunakan pen merah untuk tanda Tiang #1. Apabila Straw Anyaman tinggal dari panjang asalnya, sentiasa membuat sambungan straw. Lingkaran anyaman adalah lengkap apabila straw anyaman kembali pada kedudukan (dibawah & diatas berselang-seli) Tiang #1. Biasanya, 4 atau 5 lingkaran anyaman diperlukan untuk membuat bakul mini sebelum kesemua tiang dilipat keatas untuk proses menganyam dinding bakul pula. Rajah-rajah berikut menjelaskan keterangan di atas. Rajah 4
Langkah 1: Membuat Tapak Bakul Angkat sedikit Tiang #1 dengan jari kiri dan patahkan straw anyaman ke kiri di bawah Tiang # 1 (atas Tiang #2) menggunakan jari ibu & telunjuk kanan. Kemudian angkat sedikit Tiang # 3 & patahkan straw anyaman kebawah (di atas Tiang # 4 & bawah Tiang # 5). Ulangi proses serupa sehingga straw anyaman kembali semula pada Tiang #1 (kali ini ianya berada di atas Rajah 5)

Rajah 5

Ulangi proses anyaman Langkah 1 sehingga lengkap 5 Lingkaran Anyaman. -10-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Nota: Untuk membuat bakul mini dengan saiz lebih besar, anda perlu menambah lingkaran anyaman tapak bakul Untuk menjelaskan lagi proses anyaman tapak bakul mini, sila perhatikan gambar-gambar berikut: Tiang #1 Straw Anyaman

#1. Ikut Arahan Rajah 4 & 5

#2.

#3. Straw Anyaman berselang-seli


di atas & bawah tiang-tiang

#4. Sentiasa buat sambungan straw

-11-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Langkah 2: Membuat Dinding Bakul

# 5. Apabila lengkap 5 lingkaran anyaman tapak, teruskan anyaman sambil melipat tegak kesemua tiang. Sambil menganyam, sentiasa laraskan tiang agar lurus tegak untuk menghasilkan anyaman lentang dinding bakul yang kemas.

Setelah lengkap 3 lingkaran anyaman dinding, bolehlah diangkat kraf untuk memudahkan proses anyaman seterusnya sehingga lengkap 14 lingkaran anyaman. Sentiasa laraskan tiang -tiang agar lurus tegak. Perhatikan Gambar #6, kedudukan jari-jari kiri dan kanan.
#6

Ibu jari kanan berada didalam menahan tiang sambil jari telunjuk kanan mematahkan straw anyaman ke kiri (jari-jari kanan lainnya berfungsi untuk memegang serta mengampu tapak bakul). Jari ibu & telunjuk kiri pula membantu meregangkan tiang-tiang seterusnya agar senang straw anyaman diselitkan kedalam & keluar berselang seli. Jangan lupa, sentiasa laraskan tiang-tiang agar tegak & lurus. Anyam dengan perlahan & tidak terlalu kasar ( jangan penyekkan straw anyaman, hanya patahkan sahaja). Teruskan anyaman sehingga lengkap 14 lingkaran. -12-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

#7.

#8.

#9. Setelah lengkap 14 lingkaran anyaman, sapukan gam kertas pada hujung straw anyaman dan lekatkan di sebelah dalam dinding kraf.

#10. #11. Biarkan 6 tiang (3 tiang bertentang dengan 3 tiang), yang selebihnya lipatkan ke bawah (Gambar #10) dan gunting tiang tersebut pada pangkalnya (Gambar #11). Tiang-tiang yang tidak dipotong itu akan menjadi tangkai bakul (Gambar #12).

-13-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

#12.

#13

Silangkan tiang kiri & kanan & tiang tengah berada di atas silangan tersebut. Buat Simpulan Tochang (Gambar #13). Ulangi proses untuk 3 tiang yang bertentangan. Setelah itu temukan selisih hujung kedua-dua simpulan tochang tersebut dan ikat ditengah menggunakan cebisan kecil tape pelekat. Untuk kemasan tangkai bakul; lilit cebisan kertas (1 cm) yang tersedia sewaktu proses memotong kertas akhbar sebelumnya dan gam dengan kemas (Gambar #14).

#15.

#14.

Maka selesailah proses menganyam sebuah bakul mini sebelum melalui proses terakhir iaitu mewarna.

-14-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Penganyam yang mahir membuat bakul mini di atas, biasanya boleh menyiapkan anyaman sebuah bakul dalam masa antara 10 hingga 15minit. Sebaiknya bahagian potongan tiang-tiang juga disapu dengan gam kertas agar ianya lebih kuat dan kemas serta straw anyaman tidak terlucut dari tiang.

-15-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Mewarna Kraf

Pewarna yang berkualiti tinggi akan menghasilkan warna yang menyerlah (berkilau), straw kertas akan menjadi keras dan kalis air. Oleh itu saya mengesyorkan anda menggunakan PU Timber Seal atau Timber Tone yang digunakan untuk mewarna serta mengilatkan perabut kayu. Anda boleh perolehi bahan tersebut dari kedai-kedai hardware dan terdapat pelbagai jenama serta kod warna yang standard. Antara jenama yang saya gunakan adalah Color Land & San Cora dengan kod warna 102 Mahogany atau 107 Redwood. Anda boleh pilih warna dengan meminta katalog dari kedai hardware. Harga biasa untuk 2 jenama di atas adalah RM15 untuk tin liter, RM23 untuk tin 1 liter & RM90 untuk tin 5 liter. Jika membuat kraf dengan kuantiti yang banyak untuk tempahan, membeli PU Timber Seal tin 5 liter adalah lebih menjimatkan. Pertama kali anda membeli bahan pewarna tersebut dan sedia untuk digunakan, terlebih dahulu anda perlu mencampurkan sedikit dengan minyak petrol atau minyak tanah atau tiner untuk mencairkannya. Buka tin PU Timber Seal dan tuangkan sebahagian yang diperlukan ke dalam bekas pembancuh. Campurkan sedikit minyak petrol dan kacau rata. Gunakan berus cat inci atau berus cina untuk membuat sapuan kepada kraf. Masa yang paling sesuai untuk mewarna kraf adalah ketika cuaca panas. Setelah selesai mewarna, jemur kering selama lebih kurang 1 hingga 2 jam. Anda boleh mengetahui jika ianya belum kering jika kraf disentuh dan merasa ianya melekit. Setelah kering warnanya masih pudar, maka anda perlu membuat sapuan warna kedua dan jemur semula untuk menghasilkan kraf dengan warna yang berkilau.

-16-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Minyak petrol / minyak tanah / tiner juga digunakan untuk mencuci tangan atau anggota badan anda yang terkena bahan pewarna tersebut. Gunakan kain buruk yang dicelup ke dalam minyak petrol dan cuci bahagian yang terkena bahan pewarna tersebut. Untuk memastikan berus boleh digunakan berulang kali, tuangkan sedikit minyak petrol ke dalam bekas bertutup (plastik atau tin biskut) untuk merendam dan menyimpan berus. Dengan itu, selesailah semua proses membuat bakul mini yang comel, cantik dan menarik. Pertama kali saya membuat bakul mini ini dan dijadikan cenderahati majlis perkahwinan adik perempuan saya, pada mulanya ramai tetamu jemputan yang tidak percaya ianya diperbuat dari kertas surat khabar. Malah ramai yang menyangka yang ianya diperbuat dari rotan atau buluh.

-17-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Informasi & Penutup


Semoga anda berjaya menguasai teknik pembuatan kraf bakul mini berasaskan kertas surat khabar yang dipaparkan dalam manual ini, dan saya mengalualukan anda untuk menghantarkan gambar-gambar kraf yang akan dihasilkan nanti, sila e-mail ke:

papercraftsmen07@yahoo.com
Rozaz Crafts juga telah menerbitkan sebuah lagi E-Manual yang mendedahkan Rahsia Teknik Anyaman Silang yang menghasilkan kraf yang lebih menarik bentuknya dan lebih mudah proses pembuatannya.

Anda boleh menempah & memperolehi melayari :

e-manual ini dengan

www.rozazcrafts.com
Dan anda boleh juga menempah produk kraf koleksi rekaan Rozaz Crafts.
-18-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Pasu Gergasi Berat 5.4Kg, Tinggi 4 -19-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Koleksi Rekaan Beg Tangan

dan banyak lagi. Layari:

www.rozazcrafts.com

-20-

Seni Kraftangan Surat Khabar Lama Rozaz Crafts

www.rozazcrafts.com

Semoga anda berjaya dan terus maju. Terima Kasih.


Hobi Menjadi Bisnis, Penjana Pendapatan Ketika Ekonomi Gawat

Rozaz
(Azmi Bin Rosli)
Pereka, Penulis & Pengasas RozazCrafts
4 Jun, 2007 Rozaz Crafts No. 5 Kg Ulu Cheka 27030 Jerantut Pahang Darul Makmur Tel: 017 9316 774 E-mail: papercraftsment07@yahoo.com Cawangan: No.12 Jalan Kebun Nenas 2D/KS7 Bandar Putera Off Jalan Kebun 41200 Klang Selangor Darul Ehsan

You might also like