 Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan

Akta Pendidikan 1996
Pengenalan:  Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan. Telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah: 1. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum. 2. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama . 3. Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. 4. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini. [ke atas] Laporan Razak  Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah: 1. 2. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama

3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 4. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. 5. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. 6. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 7. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. 8. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan. 9. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. 10. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.  Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961. [ke atas] Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961  Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah: a. b. c. d. e. f.

Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. Murid naik darjah secara otomatik Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. g. Pendidikan akhlak dititikberatkan. Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan.

juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. [ke atas] Laporan Hussein Onn (1971)  Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran ketika itu. namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Sains Rumah tangga. sosial. sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan negara. Cina dan Tamil. tetapi secara praktikalnya. iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. 1971) Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara.ehwal antarabangsa. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkatperingkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu. Inggeris. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai.Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan. kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu. muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. (Laporan Hussein Onn. Sains Pertanian dan Perdagangan. Menurut laporan ini:  "Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya.  Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga hal. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini. Peringkat penguasaan bahasa . Ketika itu.

b. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. 1976) Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn. c. Dr. Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan. (Laporan Hussein Onn.Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. . Mahathir Mohamad. 1971) [ke atas] Laporan Mahathir (1985)  Pada bulan september 1974. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu: a. Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin. berdisiplin dan terlatih. Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya. (Laporan Mahathir. Laporan ini bertujuan:  Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang. kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu.

Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi. Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah. Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik. akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah. Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan. yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak. pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika. iaitu sekolah kerajaan . konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Politeknik juga boleh mengadakan . maka dari keluarga yang kurang berada di bandarbandar. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita. dan meliputi semua kategori sekolah. Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.[ke atas] Akta Pendidikan 1996  Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak. termasuk program pertukaran. Dalam Akta Pendidikan. sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan.

dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu. Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni. tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah. iaitu secara berkembar. Ini dijelaskan seperti berikut: DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu. Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan. teknologi dan maklumat. Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996. . [ke atas] Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil. 1. sama ada dalam negeri atau luar negeri.program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusiinstitusi pendidikan tinggi.Landasan dan wawasan Di dalam Akta Pendidikan 1996 dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan. Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. [ke atas] Perbezaan Dan Persamaan Antara Akta Pendidikan 1996 Dengan Akta Pelajaran 1961 1. kesan daripada perkembangan pesat sains. kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global. Dalam pada itu.

" (Akta Pendidikan 1996) Di dalam Akta Pelajaran 1961 kita dapati falsafahnya yang tidak tertulis dan tidak jelas." (Penyata Razak. Ini dapat dilihat dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan mengikut Laporan Razak yang menjadi asas kepada Akta Pelajaran 1961: "Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialahh bermaksud hendak menyatuukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar. Yang kita dapati hanyalah untuk menyatukan kaum di Malaysia selari dengan masyarkat yang berbilang kaum. dan kekuatan rohani. . Sistem Pendidikan Kebangsaan di semua peringkat Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan. "The National Education System shall comprise – pre-School education. ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu. berkhlak mulia. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. moral dan etika. masyarakat dan negara. demokratik. Perenggan 12) [ke atas] 2. walapun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. berketerampilan. Usaha ini adalah untuk menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan.DAN BAHAWASANYA pendidikan mempuunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi utnuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi. rohani. yang meliputi semua peringkat dan jenis sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. liberal dan dinamik. keadilan sosial. ……………….

but shall not include education in expatriate schools. post-secondary education.15) "There shall be three categories of educational institutions in the National Education System . namely – government educational institutions. education in the educational institutions referred to in paragraph (a) to (d) o f section 25. sec. upper secondary education. secondary education. and higher education. sec. Kedudukan Bahasa Kebangsaan . government-aided educational isntitutions.primary education. "For the purpose of this act. (Education Act 1961. ( Education Act 1996. and private educational institutions. Sec. 16) Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 menyebut bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan hanyalah meliputi sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan sahaja. (Educational Act 1996.19) [ke atas] 3. lower secondary education. the stages of statutory education system shall be as follws: primary education.

19) [ke atas] 6. "Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under this Act. subject to subsection (3). Sec. (Education Act 1996. tiada langsung peruntukan. " (1) The National language shall be the main medium of instruction in all educational institutions in the National Education System except an national-type school established under section 28 or any other educational intitution exempted by Minister from this section.Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam Akta Pandidikan 1996 dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian." (Education Ac 1996. 17) Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja. melainkan yang dikecualikan. " (1) The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National Curriculum which. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 pula tiada peruntukan diberi. Sec. Kurikulum kebangsaan Dalam Akta Pendidikan 1996. Bahasa Kebangsaan Sebagai Mata Pelajaran Wajib .18) 5. (Education Act 1996. Peperiksaan Awam Dalam seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah menyediakan murid untuk peperiksaan awam. Sec. [ke atas] 4. Di sini soal bahasa telah diperkukuhkan. shall be used by all schools in the National Education System. seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.

jika didapati munasabah dan praktik Melalui peruntukan ini . 2. jika didapati munasabah dan praktik. b. Dengan ini lebih mudah mengadakan kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil. 1. Di sini menampakkan kepada kita bahawa Akta Pendidikan 1996 lebih mudah mengadakan kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.Seksyen 17(2). Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh diajar dengan dua syarat: a. Bahasa Kaum Asli  Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa kaum asli dengan dua syarat: a. Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil  Dalam seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat : jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih. . Sec. (2) Where the main medium of instruction in an educational institution is other than the national language . b. ada permintaan dari 15 orang ibu bapa c. (Education Act 1996. Manakala Dalam Akta Pendidikan 1961. telah memberi pengiktirafan kepada bahasakaum Bumiputera untuk diperkembangakan. jika ada permintaan dari 15 ibu bapa c.17) Manakala dalam Akta Pelajaran 1961. [ke atas] 7. Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah. Bahasa kebangsaan adalah wajib bagi sekolah-sekolah yang dibiayai oleh kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. the national language shall be taught as a compulsory subject in the educational institution.

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961. Kategori Sekolah Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sekolah atau institusi pendidikan dibahagi kepada tiga kategori : kerajaan. [ke atas] "The Minister may subject to the provisions of this Act establish and maintain kindergartens" (Education Act 1996. 21) 3. memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika. Menubuh dan meyenggara tadika Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996.Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 tiada diperuntukkan.  (Education Act 1996. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 institusi pendidikan atau sekolah dibahagikan secara tidak langsung kepada dua kategori iaitu bantuan penuh (termasuk kerajaan dan bukan milik kerajaan) dan swasta. Sec. 2. Tempoh Pendidikan Rendah . sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961 perkara ini tidak begitu jelas.2) 1. Sec. Kurikulum untuk Tadika Dalam seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan kurikulum untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan di peringkat tersebut dan wajib digunakan oleh semuua tadika. Klasifikasi institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 lebih memudahkan pentadbiran khususnya berkaitan dengan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Bantuan kerajaan dan swasta. garis panduan ini tidak wajib digunakan bagi semua tadika. 4. Seksyen ini perlu untuk membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.  (ii) the indigenous languages shall be made avaiable if it reasonale and practicable so to do and if the parents of at least fifteen pupils in the school so request.

Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas bahawa pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun (lihat Seksyen 29). Dalam akta ini tempohnya agak ketat. sains dan teknologi serta informasi. kelas matrikulasi dan sebagainya. Dalam Akta Pelajaran 1961 tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun. Seksyen 37 dan 38 ini amat diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan tenaga manusia. sederhana dan lembab. berteraskan matematik. dapat menampung keperluan murid cerdas. means a fully-assited primary school – providing a six-year course of primary edducation appropriate for children between the ages of six and eleven years. Politeknik Boleh Mengadakan Kerjasama Akta Pendidikan 1996 seksyen 37.29) "national primary school". or Sekolah kebangsaan. kolej atau mana-mana institusi pendidikan lain. Dengan adanya peruntukan ini.Manakala seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain. tiada peruntukan yang jelas tentang pendidikan lepas menengah. . memperuntukkan pendidikan lepas menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan . Melalui Seksyen ini boleh manampung dengan jelas kelas tingkatan 6. Pendidikan Lepas Menengah Seksyen 33. Akta Pendidikan 1996. membolehkan politeknik mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi. Dengan ini wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan selaras denga itu juga akan lahirnya sebagai sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sec. [ke atas] "A national or national-type school established under this Act shall provide a course of primary education designed for duration of six years but which may be completed within to seven years" (Education Act 1996." (Education Act 1961. [ke atas] 6.2) 5. Sec. perbadanan atau organisasi perindustrian. Dalam Akta Pelajaran 1961.

peruntukan mengenai pendidikan guru adalah terlalu umum. Maktab Perguruan Melalui seksyen 47 (1) . 10. Pengajaran Agama Islam Dalam Seksyen 50. Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam Akta Pelajaran pula menyebut bahawa Pendidikan Islam diwajibkan apabila terdapat 15 orang atau lebih murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain. [ke atas] 9. yang membolehkan Menteri mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. Akta Pendidikan 1996 . 7. Melalui seksyen ini. Akta Pendidikan 1996 mengkehendaki semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaa. matematik dan IT yang lebihh banyak selaras dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah bestari dan perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia. . membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah. perkara ini tidak jelas. 8. Pendidikan Khas Selaras dengan sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat penyayang. Khususnya hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains.Tiada Peruntukan berkenaan dengan perkara ini dalam Akta Pelajaran 1961. maka dalam Akta Pendidikan 1996 telah diperuntukkan dalam seksyen 40. memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih murid Islam. Ini amat penting untuk syiar dan nilai-nilai murni yang sejagat. Dalam Akta Pelajaran 1961. di sekolah-sekolah. Larangan tentang Pengendalian Peperiksaan Seksyen 69. Tujuan seksyen ini ialah untuk mengesan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak luar dan melindungi calon-calon dari tertipu dan mendapat sijil-sijil atau apa-apa anugerah yang tidak diiktiraf oleh kerajaan. selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar.

selain dari pada memudahkan ke arah Malaysia sebagai "Centre of Education Excellence". Seksyen-syeksen ini akan membolehkan Pendaftar Besar bertindak dengan lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan bagi mengawal kepentingan masyarakat pengguna. Dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam ketiga-tiga seksyen ini. tiada peruntukan tentang perkara ini. Dalam Akta Pelajaran 1996. semua kategori sekolah termasuk sekolah kerajaan perlu menubuhkan lembaga pengelola. Kuasa Untuk menyiasat  Seksyen 136 Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada Pendaftar untuk menyiasat. 12. Program "Twinning" dan "Lingkage" Dalam seksyen 77 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu. Lembaga Pengelola Peruntukan dalam seksyen 62. Tujuan seklsyen ini ialah untuk mengawal institusi-institusi pendidikan tinggi swasta yang sedang pesat menjalankan program "twinning" dan lingkage". seksyen 137 kuasa untuk masuk tanpa waran. [ke atas] 13. 11. .Perkara yang berkaitan dengan sekyen ini tiada diperuntukkan dalam Akta Pelajaran 1961. Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka . Akta Pendidikan 1996 . Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberikuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor mempunyai kuasa dalam ketiga-tiga perkara dalam ketiga-tiga sekyen tadi. membolehkan Lembaga pengelola sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi dimansuhkan kecuali bagi sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah tertentu. Ini adalah merupakan satu pembaharuan untuk memudahkan penyiasatan dan tindakan diambil kepada mereka yang melanggari akta ini. tiada peruntukan-peruntukan seperti ini. Dalam Akta Pelajaran 1961. Lembaga Pengelola Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta memang dikekalkan kerana masih diperlukan. seksyen 138 memulakan dan mejalankan pendakwaan serta kuasa untuk mengkompaun kesalahan.

menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan.Hubungan Akta Pendidikan 1996 Dengan Pekembangan Sejarah Negara  Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan dengan Akta Pendidikan 1961. semua kursus di institusi pengajian tinggi (sastera. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama. Undang-undang dan sebagainya) dikehendaki diajar dalam bahasa Melayu kecuali beberapa kursus yang dilonggarkan penggunaan bahasa pengantar itu. Dalam aspek ini. Melalui Akta Pendidikan 1996 dengan jelas telah menyentuh tentang perkara ini. Unutk mewujudkan proses pemasyarakatan ini. Ekoran dari Akta Pendidikan 1961 telah lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia(1971) yang menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dalam soal ini sepanjang tempoh negara kita merdeka sampai ke hari perkara ini amat diambil perhatian. Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Menjelang tahun 1983. budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Perubatan . Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu merupakan amat payah untuk kita selesaikan. Mendaulatkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan untuk semua kaum adalah termasuk dalam ciri ini  [ke atas] Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum. Walaupun tidak sepenuhnya. sebagai sebuah Akta untuk melihatkan negara yang memunyai masyarakat majmuk hidup bersatu padu di bawah satu bumbung demokrasi melalui perlembagaan yang telah dibuat sebegitu rupa. Hal ini kerana semua pelajar yang memasuki universiti-universiti selepas itu adalah daripada aliran Melayu. Hal ini telah menampakkan bahasa Melayu bukan sahaja untuk dijadikan bahasa untuk pembinaan pemuafakatan tetapi juga sebagai bahasa ilmu. kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. . perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak dan Rahman Talib dulu telah menampakkan kejayaan . Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu. adalah diharapkan semoga melalui Akta Pendidikan 1996 dapat membaiki dan memantapkan perpaduan semua kaum di negara kita. Hasrat. adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Kejuruteraan. Dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dengan jelas kepada kita hasrat kerajaan untuk menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan satu bentuk kurikulum yang sama. Ini semua adalah wujud hasil dari kesinambungan dari Akta Pendidikan 1961 dan berdasarkan Laporan Tun Hussein Onn (1971) . Sains.

kedudukan maktab perguruan. Oleh itu pelajaran dan kurikulum pendidikan haruslah berkembang selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan melahirkan masyarakt yang berilmu pengatahuan.Berikut adalah kronologi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa di sekolahsekolah: 1. . dunia teknologi. Oleh itu amat sesuai dengan adanya peruntukan-peruntukan tertentu yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang berbentuk teknik dan vokasional. Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains 7. dari dunia pertanian. Melalui Akta Pendidikan 1996. universiti dan sebagainya. Maka satu pendekatan dalam pendidikan harus diambil. bukan lagi hanya mahu melihat dalam aspek perpaduan semata-mata tetapi merupakan satu akta yang berupa agenda negara yang perlu ditunaikan kerana bukan sahaja ke arah memupuk masyarakat bersatu padu. Kini. Bahasa pengantar tingkat 1 4. kini zaman dunia teknologi maklumat ( zaman global) yang memerlu kepakaran dan kecanggihan yang tersendiri. Sejaran negara telah berkembang ke era Sains dan tekonolgi. Dengan memberi peruntukanperuntukan tertentu terhadap institusi pendidikan kita. maka akan lahirlah masyarkat yang serba maju dan serba boleh . Merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah. tetapi turut menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat penyayang dan berkahlak mulia. Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan 8. [ke atas] Perkembangan pendidikan hendaklah sejajar dengan perkembangan negara. Beberapa buah sekolah yang bercorak teknik dan vokasional telah ditubuhkan. Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di universiti 6. dikaji dan dibina semula. Lantaran itu masyarakat kian maju sesuai dengan penggunaan sains dan teknologi. Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sastera 5. Semua sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah Rendah Kebangsaan 3. Kesemuanya di berikan peranan dan kuasa-kuasa tertentu untuk meningkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan hasrat dan falasafah pendidikan negara kita. Lantaran itu wjudnya sekolah-sekolah khas seperti yang telah dinyatakan dalam akta tersebut. Malaysia sebagai sebuah negara baru tidak kecuali untuk merebut peluang dan berjalan seiring dengan negara-negara lain.bahasa pengantar darjah Satu 2. Untuk pengisian agenda negara bukanlah mudah seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan ini tetapi memerlukajian dari semasa ke semasa agar ia tetapi sesuai dan mana-mana yang tidak sesuai dalam akta ini perlu diperbetulkan mengikut kesesuaian. Bahasa pengantar semua kursus di universiti 9. Kini negara telah mula melangkah ke tahap yang ketiga.

tidak seperti bahasabahasa lain yang merupakan bahasa ibunda kaum di Malaysia. Lantaran itulah lahirnya Akta Pendidikan 1996 yang lebih canggih dan dapat mencapai cita-cita negara sekarang. hala tuju dan wawasan pendidikan kita . Hanya tercatat dalam seksyen 2 . memasuki premis dan membuat dakwaan walaupun tanpa waran dari mahkamah merupakan satu perkara yang boleh ddikaji semula kerana seolah-olah autoriti dan kuasa yang ada atau diberikan kepada pengetua atau tuan punya premis tercabar dan boleh menjejaskan reputasi pendidikan negara. yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan negara yang dilihat bukan sahaja pembangunan dari segi material tetapi juga emosi dan jasmani serta intelektualisme individu. perkara (iii). tidak seperti Akta pelajaran 1961 yang jelas hanyalah untuk menyatupadukan kaum di Malaysia. Dalam soal bahasa bukan bahasa ibunda teutama sekali bahasa Arab (sebagai bahasa Al-Quran) tidak disentuh dengan jelas dalam akta ini. Walaupun Akta Pendidikan 1996 ini merupakan satu akta yang dapat kita katakan boleh memenuhi cita rasa dan aspirasi negara tetapi dalam beberapa aspek dan sudut tertentu ia boleh diperbaiki lagi.[ke atas] Komen Terhadap Akta Pendidikan 1996  Akta Pendidikan 1996 telah menampakkan secara jelas. maka hasrat dan cita –cita negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Dalam seksyen 136. Waupun ini adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pelajar dan mutu pendidikan tetapi kekerasan untuk memasuki premis pendidikan oleh pihak berkuasa itu hendaklah dikaji semula. Kehadiran dan penggelidahannya di premis pendidikan itu tanpa waran dapat dianggap sebagai satu bentuk kekasaran. Hal ini penting pada waktu itu sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan tugas utama untuk menjaga perpaduan kaum. turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020. Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi:  [ke atas] . 137 dan 138 yang memberi kuasa begitu besar dan longgar kepada Ketua Pendaftar dan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor untuk menyiasat. Akta Pelajaran 1961 adalah sesuai pada waktu itu dan ia perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi pendidikan masa kini. dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif . Dengan adanya akta baru ini.

1999). Manakala dalam seksyen 17 perkara 1 .000 murid dan 550 buah Sekolah Kebangsaan Tamil dengan 96. Begitu juga dalam seksyen 23.Arabic. Pengabaian bahasa juga boleh menjejaskan perpaduan negara kerana akan memperluaskan lagi jurang ketidakseimbangan ekonomi . Perpaduan yang wujud sekarang memang telah jauh berubah. Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan kebangsaan. German or French or any other foreign language may be made available if it reasonable and practicable so to do. Japanese. memburukkan lagi ketidakseimbangan dari segi penyediaan tenaga iktisas di kalangan bumiputera. Pada tahun 1997. maka kita dapati 1. Wahid lagi. Kesan daripada membenarkan bahasa-bahasa lain menjadi bahasa pengantar. Dari jumlah tersebut cuma 5 peratus sahaja pelajar Melayu dan di IPTA jumlah pelajar bumiputera adalah 55 peratus dan bukan bumiputera 45 peratus. Malah bahasa Arab juga adalah merupakan satu bahasa ilmu yang kita tidak boleh anggap ringan. Bahasa Arab sebagai bahasa untuk memperkembangkan agama Islam sepatutnya diberi penekanan selaras dengan Islam sebagai agama rasmi negara. Sejarah perkembangan dan ketamadunan khususnya tamadun Islam amat perlu kepada bahasa tersebut supaya ilmu yang dimilik terutama oleh orang-orang Islam bukan hanya perlu merujuk kepada golongan orientalis. seperti yang terdapat dalam Seksyen 15.000 pelajar di Institu Pendidikan Tinggi Swasta. Isu bahasa mempunyai perkaitan yang rapat dengan perpaduan. iaitu terdapat 84. (Datuk Zainal Abidin A. tidak terikat dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.000 pelajar terus menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Jika pengabaian isu bahasa boleh menjejaskan perpaduan kerana keadaan ini boleh merosotkan nilai ekonomi bahasa Melayu. yang membicarakan tentang kedudukan bahasa pengantar di sekolah tadika. Misalnya kedudukan sekolah-sekolah ekspatriat begitu bebas. Menurut Datuk Zainal Abidin bin A. namun usaha-usaha memupuk dan meningkatkan perpaduan merupakan agenda penting. tetapi ada juga kekecualian yang diberi iaitu sekolah kebangsaan yang ditubuhkan dibawah seksyen 28 atau mana-mana pendidikan lain yang dikecuali oleh Menteri.290 buah sekolah Kebangsaan Cina dengan 580. Manakala 250 buah institusi pendidikan tinggi swasta terus menggunakan Bahasa Inggeris. Di sini menampakkan kepada kita kedudukan bahasa kebangsaan masih lagi belum mantap sepenuhnya dalam Akta ini. Peruntukan-peruntukan yang membenarkan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan melalui akta ini sepatutnya disemak semula. Rujukan-rujukan agama Islam adalah tidak lepas dan tidak sudah tanpa menggunkan bahasa Arab. Wahid. boleh menjejaskan tata bahasa rasmi dan bahasa perpaduan.

aliran Inggeris dan aliran Cina. pada 18 Disember 1995 (yang menjadi Akta Pendidikan sekarang). jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan atau demi kepentingan murid atau awam.Dengan harapan melalui . mengucualikan institusi pendidikan atau mana-mana golongan atau golongan-golongan institusi pendidikan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini kecuali peruntukan pendaftaran. tetapi seksyen ini juga turut memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan penggunaanya oleh mana-mana institusi pengajian kita. Di antara kata-kata beliau ialah:  "………. melalui perintah yang disiarkan dalam warta. Begitu banyak kuasa yang diberikan. Dalam Akta Pendidikan 1996.. Walaupun ada beberapa perkara yang bolehh diperbincangkan lagi terhadap beberapa keratan atau seksyen. Apakah makna kata-kata ini? Apakah ia melambangkan kesungguhan untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan atau ia permulaan sikap tolak ansur kita dan seterusnya mebenarkan kedudukan Bahasa Kebangsaan kita musnah? Atauu ia permulaan kepada usaha untuk melenyapkan cita-cita Allahyarham Tun Razak untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat? Bahasa kebangsaan yang bererti bahasa Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan . apa yang nampak kura selesa ialah dari segi kuasa yang diberikan kepada Menteri. perkara 152 hendaklah menjadi teras dan asas dalam memantapkan perpaduan dan pendidikan negara. dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu. Sehingga menampakkan bahawa kuasanya bboleh menghapuskan kemurniaan Akta Pendidikan itu. sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan. Kuasa Menteri seperti mana dalam seksyen 143 dalam akta ini adalah dikira begitu besar:  Menteri boleh. Oleh itu perkara yang longgar berkenaan dengan isu ini hendaklah perlu dikaji semula. Seksyen ini menyatakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. juga mengakibatkan muculnya dua atau tida kumpulan pelajar . Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan 1995 di dewan Rakyat. aliran kebangsaan. tetapi ternyata ia adalah merupakan satu perundangan yang dapat menggambarkan hasrat negara.Inilah yang tersurat di dalam seksyen 17 (1) rang undang-undang ini.antara kaum.

Hamedi Mohd Adnab. Sesungguhnya ciri-ciri lama untuk menyatupadukan kaum masih terkandung dalam Akta baru ini dan gabungjalin di antara hasrat Akta Pelajaran 1961 dengan hasrat yang dibincangkan itulah maka lahirnya satu bentuk kurikulum pendidikan yang canggih dan telah mulai dirasai oleh rakyat kini. Dr. International Law Book Service. 1988 4. Kuala Lumpur. Leo Pau Wing. Pendidikan di Malaysia. Akta Pendidikan 1961. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur.  1993  .Saedah Hj. 1994 5. kedudukan institusi pendidikan dan kuasa-kuasa menteri dan kuasa penyiasat yang tidak memerlukan waran untuk memasuki premis dan kuasa penggeledahan adalah difikirkan patut disemak semula. Bahasa Melayu STPM . Shahril @ Charil Marzuki. Namun usaha-usaha penyemakan terhadap kedudukan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan di institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia . 1984 2. Kuala Lumpur.akta ini akan dapat melahirkan satuu corak pendidikan yang unggul dan menjadi kebanggaan bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Akta Pendidikan 1996. 2. 3. Zainun Ishak. [ke atas] Rujukan:  1. Kuala Lumpur. International Law Book Service. Siraj. 1998 1. Utusan Publication.Nurin Enterprise. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga kemurnia Akta Pendidikan itu sendiri dan mancapai matlamat pendidikan negara dan Wawasan 2020.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.