You are on page 1of 6

Ini adalah sebahagian dari bab Mad Far`ie yang disebabkan Hamzah Mad Far`ie disebabkan sukun.

Apa yang dimaksudkan sebagai mad far'ie yang disebabkan sukun di sini ialah apabila huruf mad yang tiga itu bertemu dengan sukun dalam keadaankeadaan yang tertentu. Sukun itu pula terbahagi kepada dua iaitu: a. Sukun 'Aridh (

) iaitu sukun yang didatangkan. Ini kerana sukun itu

pada asalnya tiada tetapi didatangkan kerana memberhentikan bacaan (waqaf) dan sukun itu hilang ketika menyambung bacaan (wasal). Ada dua jenis mad yang disebabkan sukun `Aridh. b. Sukun Asli (

) iaitu sukun yang sedia ada pada asal bukan


Ini kerana sukun itu tetap dengan

mendatang kerana sesuatu sebab.

keadaannya iaitu tidak berubah pada keadaan wasal atau waqaf. Ada empat jenis mad yang disebabkan sukun lazim (asli/tetap). Oleh itu ada enam jenis mad yang disebabkan oleh dua jenis sukun ini. Perbincangan tentang keenam-enam mad yang disebabkan oleh sukun `aridh dan sukun asli ini meliputi jenis-jenis mad, pengertian setiap satu, contoh-contoh, kadar harakat, hukum mad itu, tanda-tanda, sebab dinamakan, Insyaallah.

(a.) Mad yang disebabkan Sukun `Aridh

Sukun `Aridh bermaksud sukun yang bukan pada asal tetapi ia dibawa datang dengan sebab tertentu iaitu memberhentikan bacaan. Berlainan dengan sukun asli iaitu sukun yang memang telah ada dari asal lagi dan sukun itu kekal pada keadaan wasal dan waqaf. Ada dua jenis mad yang berlaku kerana Sukun `Aridh ketika waqaf: 1. Mad `Aridh Lis Sukun ( 2. Mad Lin (

).

Berikut adalah huraian bagi kedua-dua mad ini secara menyeluruh: 1. Mad 'Aridh Lis-Sukun ( (1.1.) Pengertian: Perkataan `Aridh dari segi bahasa bermaksud yang mendatang. Lis Sukun pula bermaksud kerana sukun. Ini kerana mad ini terjadi kerana adanya sukun yang dibawa datang. Dari segi istilah Mad `Aridh Lis Sukun ialah mad yang berlaku kerana pertemuan huruf mad dengan sukun yang dibuat kerana waqaf. (1.2.) Contoh-contoh: Contoh-contoh Mad ini adalah seperti berikut: -

$ 9$# 7=t
(2 : )

x69$# $p r' t % m 9$# u q 9$#


(1 : ) (3 : )

Perkataan

pada

, pada asalnya adalah dipanjangkan

secara Mad Asli dengan dua harakat atau jika disambungkan bacaan dengan ayat selepasnya. Tetapi jika seseorang itu memilih untuk memberhentikan bacaan (waqaf) pada perkataan maka huruf mim yang asalnya berbaris akan disukunkan. Keadaan seperti inilah yang dimaksudkan sebagai huruf mad bertemu dengan sukun yang didatangkan (`Aridh) kerana waqaf. Begitu jugalah keadaannya pada perkataan (1.3.) Kadar harakat: Kadar harakat mad ini adalah : dua, empat atau enam harakat. Kadar dua harakat itu sesuai untuk mereka yang membaca al-Quran secara Hadr (cepat), kadar empat harakat pula sesuai untuk mereka yang membaca al-Quran secara Tadwir (sederhana) dan kadar enam harakat pula sesuai untuk mereka yang membaca al-Quran secara Tartil (perlahan). dan pada contoh-contoh di atas tadi.

(1.4.) Hukum Mad ini: Mad `Aridh adalah mad yang Jaiz atau harus hukum pemanjangannya. Ini kerana Mad ini harus dibaca dengan 2, 4 atau 6 harakat di sisi para Qurra. (1.5.) Penamaan: Dinamakan Mad ini dengan `Aridh Lis Sukun, kerana sukun pada huruf yang diwaqafkan selepas huruf Mad itu adalah didatangkan. Di mana sukun itu datang kerana tujuan waqaf (memberhentikan bacaan), sedangkan jika diwasalkan ia dipanjangkan dengan kadar Mad Asli sahaja. (1.6.) Keadaan-keadaan Mad `Aridh Lis Sukun: Mad `Aridh Lis sukun ini tidak berlaku dengan sendirinya tetapi ia adalah Mad yang berlaku dengan sebab adanya huruf yang diwaqafkan selepas mad itu. Huruf-huruf yang diwaqafkan itu pula ada yang pada asalnya berbaris Fathah, Kasrah atau Dhommah. Mad yang datang sebelum huruf yang diwaqafkan itu pula mempunyai jenis Madnya yang asal. Maka di sini dinyatakan satu persatu keadaan Mad `Aridh itu berserta contoh-contoh dan cara-cara pemanjangan masing-masing. i. Mad 'Aridh yang berasal dari Mad Asli Mad Asli adalah sesuatu yang dipanjangkan dengan kadar 2 harakat, tetapi apabila huruf selepas Mad Asli itu diwaqafkan maka mad itu bertukar menjadi Mad `Aridh. Penjelasan dan contoh-contoh Mad Asli yang bertukar menjadi Mad `Aridh ketika waqaf telah pun diperjelaskan pada perenggan 1.1 hingga 1.3 di atas tadi. Apa yang akan diperluaskan di sini adalah bentuk-bentuk bacaan bagi Mad `Aridh yang berasal dari Mad Asli yang pada asalnya berbaris Fathah, Kasrah atau Dhommah.

Bentuk Bacaan Mad 'Aridh yang berasal dari Mad Asli harus dibaca dengan 14 cara dalam 3 keadaan Fathah, Kasrah dan Dhommah: a. Tiga cara bacaan jika huruf akhir berbaris Fathah seperti: (2 : !")

t n= y9$# b>u ! ys9$#


). ). ).

i. ii. iii.

2 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja ( 4 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja ( 6 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja (

b. Empat cara bacaan jika huruf akhir berbaris Kasrah seperti: (4 : !")

e$!$# t 7= t ). ). ).

i. ii. iii. iv.

2 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja ( 4 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja ( 6 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja ( 2 harakat beserta raum ( ).

c. Tujuh cara bacaan jika huruf akhir berbaris Dhommah seperti: (5 : !")

$ " tGn# x8$)u 7t! x8$) ). ). ).

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

2 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja ( 4 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja ( 6 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja ( 2 harakat dengan sukun beserta isymam ( 4 harakat dengan sukun beserta isymam ( 6 harakat dengan sukun beserta isymam ( 2 harakat beserta raum ( ).

$ ). $ ). $ ).

Bacaan raum hanya pada dua harakat sahaja kerana ia menyerupai bacaan wasal. Tentang pengertian raum dan isymam telah pun diperjelaskan pada Mad Muttasil sebelum ini. Lihat buku asal

Mad yang disebabkan Sukun Asli

Mad-mad yang disebabkan sukun asli itu adalah Mad Lazim berserta empat pembahagiannya. Perkataan Lazim merujuk kepada hukum bacaan mad-mad ini iaitu Lazim bermaksud mesti atau wajib hukum pemanjangannnya. Ia dinamakan demikian kerana telah sepakat para Qurra dalam memanjangkan mad-mad Lazim dengan satu keadaan sahaja iaitu 6 harakat. Perkataan Lazim dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang tetap atau asal. Perkataan Lazim juga bermaksud adanya sukun lazim iaitu sukun yang tetap pada asal yang kekal pada keadaan wasal dan waqaf. Ia merupakan lawan kepada sukun `aridh pada mad-mad `Aridh di mana sukunnya bukan sukun pada asal tetapi dibuat kemudian kerana mewaqafkan bacaan. Oleh itu apabila dikatakan Mad Lazim ia memberi maksud pertemuan huruf mad dengan sukun asli. Mad lazim pula terbahagi kepada dua iaitu Kalimi dan Harfi. Kalimi bermaksud satu perkataan dan Harfi bermaksud satu huruf. Oleh itu apabila dikatakan Mad Lazim Kalimi, ia bermaksud pertemuan huruf mad dengan sukun asli dalam satu perkataan dan apabila dikatakan Mad Lazim Harfi, ia bermaksud pertemuan huruf mad dengan sukun asli dalam satu huruf. Kedua-dua Mad Lazim Kalimi dan Mad Lazim Harfi itu pula masing-masing terbahagi kepada dua pula iaitu Kalimi Musaqqal dan Kalimi Mukhaffaf serta Harfi Musaqqal dan Harfi Mukhaffaf. Perkataan Musaqqal yang bermaksud berat pada pengertian bahasanya, membawa maksud suatu yang diidghamkan. Perkataan Mukhaffaf yang bermaksud ringan pula membawa maksud suatu yang tanpa idgham. Oleh itu apabila dikatakan Mad Lazim Kalimi Musaqqal, ia bermaksud pertemuan huruf mad dengan sukun asli dalam satu perkataan berserta idgham. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf pula bermaksud pertemuan huruf mad dengan sukun asli dalam satu perkataan tanpa idgham.

Thank you for evaluating AnyBizSoft PDF Converter.

You can only convert 5 pages with the trial version.

To get all the pages converted, you need to purchase the software from:

http://www.anypdftools.com/buy/buy-pdf-converter.html

You might also like