You are on page 1of 25

i.

Surat Khabar

Nama akhbar : Harian Metro Tarikh : Sabtu , 25 Ogos 2011 Halaman :M/S 60 Ruangan :Bisnes

ii . Internet

Alamat laman web : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahulu

iii.Orang Sumber

1. Nama : Rohamiza binti Abdul Hamid 2. Umur :34 Tahun 3. No Kad Pengenalan: 4. Alamat : No. 93, Kampung Masjid Lama, Naka, 06350 Alor Setar, Kedah Darul Aman. 5. Transkripsi perbualan: a. Apakah keistimewaan bahulu ini? b. Berapa orangkah pekerja yang bekerja dengan perusahaan ini? c. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat bahulu? d. Apakah peralatan yang digunakan untuk membuat bahulu? e. Bagaimanakah cara bahulu dihasilkan? f. Bagaimanakah langkah mengawal mutu? g. Bagaimanakah dengan rangkaian pemasaran bahulu? h. Apakah pengiktirafan atau sambutan daripada pengguna? i. Adakah produk ini berkembang maju? j. Apakah perancangan masa depan?

iv . Melawat tempat kajian

Nama Syarikat : Kantung Rezeki Enterprise Alamat : Kantung Rezeki Enterprise,No.93,Kampung Masjid Lama,Naka,06350 Alor Setar,Kedah.

Senarai Kandungan

ASPEK Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

MUKA SURAT

Penghargaan
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya untuk melaksanakan dan menyempurnakan kerja kursus Sejarah PMR 2012.Semua ini tidak dapat disiapkan tanpa izin-Nya.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Agama al-Khairiah , Puan Hajjah Zalihah binti Haji Ibrahim kerana telah memberikan kebenaran untuk kami menjalankan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih juga kepada guru sejarah saya iaitu Puan Sharifah binti Zainul kerana telah banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan serta pendedahan untuk saya melengkapkan kerja kursus PMR 2012.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada orang sumber iaitu Puan Rohamiza binti Abdul Hamid yang telah memberikan maklumat tentang produk tempatan yang dihasilkan olehnya iaitu kuih bahulu.Tanpanya saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus sejarah ini.

Di samping itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas Muhammad Badri bin Abdul Rani,Muhammad Faiz bin Abdul Halim dan Muhammad Zulhilman bin Abdul Manas yang sanggup berkongsi maklumat dan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dalam mengenalpasti fakta-fakta untuk dimasukkan dalam kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya amat terhutang budi terhadap kedua insan tersayang iaitu ibu bapa saya Mohd Nazri bin Talib dan Noraini binti Muhammad yang banyak bekorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk saya menyempurnakan kerja kursus.

Objektif Kajian
1. Kajian ini dilakukan secara amnya untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul , jelas dan tepat.

2. Kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang produk tempatan yang terdapat di negara kita.

3. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR).

4. Kajian ini juga dapat menyedarkan orang Melayu akan kepentingan membeli barangan buatan Malaysia agar wujud semangat cintakan negara.

KAEDAH KAJIAN

1. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari lama-laman web yang berkenaan dan berkaitan dengan tajuk kajian.

2. Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada buku-buku ilmiah yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah ini dan sekolah-sekolah lain.

3. Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya menemubual orang sumber berkenaan dengan produk tempatan.Orang sumber yang menjadi rujukan utama saya semasa menyiapkan kajian ini.

4. Kaedah melawat tempat kajian.Saya telah melawat tempat kajian untuk memperoleh maklumat yang diperlukan.Dengan kaedah ini saya dapat mengetahui bagaimana bahulu dihasilkan.

Maklumat Asas Produk Tempatan


Nama produk ini ialah Bahulu Tok Ngah.Bahulu Tok Ngah dikategorikan dalam produk makanan tempatan.Pengusahanya ialah Puan Rohamiza binti Abdul Hamid.Kantung Rezeki Enterprise merupakan syarikat tunggal yang dimiliki oleh Puan Rohamiza.Syarikat ini terletak di Kampung Masjid Lama,Naka,06350 Alor Setar,Kedah Darul Aman.

Latar Belakang
Bahulu Tok Ngah diasaskan oleh Che Puan atau lebih dikenali sebagai Tok Ngah semenjak 30 tahun dahulu secara sambilan pada musim perayaan dan menerima tempahan pada majlis-majlis keramaian.Resepi bahulu ini telah diwarisi oleh anaknya iaitu Puan Rohamiza.Pada mulanya,bahulu ini dibuat secara tradisional.Namun demikian,memandangkan permintaan yang sangat menggalakkan dan disukai ramai perusahaan ini telah di naik taraf dan dikomersialkan menjadi lebih teratur dengan menggunakan mesin moden. Namun semua itu tidak semudah yang disangka kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk membeli mesin-mesin moden dan membangunkan bengkel membuat bahulu.Namun dengan berkat usaha Puan Rohamiza dan suaminya,mereka berdua telah berjaya membangunkan bengkel dengan wang simpanannya yang berjumlah sebanyak RM 40,000.Selain itu,Lembaga Pertubuhan Peladang melalui PPK Naka telah memberi sokongan dan bimbingan untuk mengembangkan perusahaan. Syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mendapat lesen perniagaan iaitu AS 0316099- T.Semua ini dilakukan bagi menjamin kepercayaan pengguna

terhadap Bahulu Tok Ngah.Bahulu Tok Ngah sangat penting kerana masyarakat masa kini mungkin akan melupakan makanan tradisional jika tiada sesiapa yang mengusahakan makanan tradisional ini. Bagi menarik minat pelanggan,Puan Rohamiza telah mempelbagaikan perisa bahulu seperti Ros,Strawberry,Lemon,Madu,Coklat,Pandan,Keladi dan Manik Urai.Ia juga dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti ikan hantaran (besar),ikan sederhana,ikan emas,udang dan gelugur.

Kaedah dan Cara Penghasilan


Untuk melancarkan dan mempercepatkan proses penghasilan bahulu,Puan Rohamiza telah mengambil 2 orang pekerja.Selain itu,mesin yang moden seperti oven,flour mixer dan pengacau telur digunakan untuk memudahkan peroses penghasilan bahulu.Bahan yang digunakan untuk membuat bahulu adalah telur,gula dan tepung gandum. Cara membuat bahulu: 1. Kacau telur dengan gula sehingga kedua-dua bahan menjadi sebati. 2. Kemudian,masukkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan tepung. 3. Kacau adunan sehingga sebati. 4. Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan. 5. Akhir sekali,masukkan acuan ke dalam oven. 6. Tunggu sehingga 10 minit untuk dihidangkan. Untuk menjamin kualiti dan mutu produk,kebersihan bengkel membuat bahulu dijaga rapi.Selain itu,Puan Rohamiza juga telah menjalani kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan agar produk bersih dan tahan lama.Bahulu juga dipek dengan kemas agar bahulu tidak lemau.

Perkembangan Produk
Rangkaian pemasaran Bahulu Tok Ngah sekitar kawasan utara iaitu negeri Kedah,Perlis,Pulau Pinang dan utara Perak.Melalui sokongan daripada pengguna dan Lembaga Pertubuhan Ladang,Bahulu Tok Ngah diberi peluang menyertai aktiviti promosi dikarnival-karnival usahawan dan program sua rasa TV9.Setakat ini,pendapatan bulanan hasil penjualan bahulu mencecah RM 6,000 memandangkan Bahulu Tok Ngah mendapat sambutan yang menggalakkan dan terkenal di merata tempat. Beberapa masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh Puan Rohamiza untuk berada pada tahap ini.Antaranya ialah,modal yang besar untuk membeli peralatan moden seperti oven,flour mixer dan lain-lain lagi.Selain itu,persaingan dari segi pasaran juga merupakan satu cabaran besar dalam dunia perniagaan. Puan Rohamiza telah merancang untuk mengembangkan perusahaan bahulu.Beliau ingin melebarkan sayap perusahaan ini keseluruh semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak.Selain itu,beliau juga bercadang untuk membeli peralatan yang lebih canggih dan moden agar bahulu lebih berkualiti dan tahan lama.Beliau juga ingin menambah lagi bilangan pekerja kerana itu akan memudahkan lagi urusan perniagaan.Kata beliau jika usaha berterusan Allah akan mengadili,jika doa dipanjatkan Insyaallah semua ini akan terjadi.

Rumusan
Konklusinya,negara kita yang sudah 55 tahun mengecapi nikmat merdeka sudah mampu bangun sebagai sebuah negra yang aman dan rakyatnya sedang menikmati arus kemajuan.Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berasa bangga kerana masyarakat majmuk telah memberi peluang dan ruang kepada kita untuk hidup bersama-sama.Kepelbagaian sumber ekonomi seperti industri kecil dan sederhana,industri desa daan sebagainya telah berjaya mengeluarkan ramai dalam kalangan rakyat dari kepompong kemiskinan. Selain itu,kita dapat mengamalkan bangga semangat dengan setia negara dalam diri setiap yang

individu.Seharusnya

kita berasa

keupayaan

pemimpin negara

bertanggungjawab menjaga keharmonian negara dan menjaga kemakmuran negara.Pelbagai kemudahan telah disediakan kepada mereka yang mahu memajukan diri dan keluarga sama ada di sektor pertanian,perniagaan,industri dan sebagainya.Peluang pendidikan yang luas membolehkan semua rakyat menikmati erti kemajuan. Akhir sekali,sebagai rakyat Malaysia,kita perlu berusaha dan produktif dalam membangunkan negara,keharmonian dan kekayaan negara.

Gambar

Fakta Nutrisi Makanan

Peta Negeri Kedah

Peta ke Padang Terap

Produk Makanan Tempatan Lain

Dodol

Kopi

Rempeyek

Kerepek Ubi Kayu

Popia Simpul Kasih

Serunding

You might also like