You are on page 1of 3

Definisi Perlembagaan Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan

sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan adalah:

Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip

sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara

Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak

bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan

kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.

Kepentingan Perlembagaan Malaysia terhadap Rakyat Malaysia Di Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, India dan Cina. Selain itu, terdapat banyak kaum minoriti yang berada di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Kesemua kaum ini mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza daripada aspek-aspek linguistiknya. Melalui sebuah bahasa kebangsaan, kesemua kaum yang ada di Malaysia disatukan melalui penggunaan satu bahasa penyatu. Perlembagan juga menjadi wadah untuk menyelesaikan masalah khususnya berkaitan undang-undang. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Semua jenis undang-undang yang diluluskan tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan danundang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah. Kewujudan lima Peruntukan Utama ini di dalam perlembagaan dan pengamalannya di dalam sistem pentadbiran negara kita perlulah difahami secara holistik. Kita juga perlu memahami latar belakang sejarah, politik serta sosiologi sebelum kita membuat sebarang tafsiran. Selain itu, sebagai seorang warganegara tanpa mengira kedudukan atau status ekonomi, sosial, politik, pendidikan, agama atau apa sahaja perbezaan yang ada, kita mesti mengetahui dan faham hak-hak sebagai seorang warganegara yang sah seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Namun demikian, timbul persoalan yang kadang-kadang membuatkan kita menjadi sangat sedih apabila melihat generai pasca kemerdekaan yang seolah-olah tidak begitu mengambil berat

hal ehwal yang berkaitan dengan kenegaraan, perlembagaan mahupun kewujudan lima Peruntukan Utama ini. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk kembali menanam semangat cintakan negara, dan salah satu caranya ialah menggalakkan seluruh warganegara Malaysia agar memahami perlembagaan, dan tidak terkecuali lima Peruntukan Utama. Apa yang lebih mendukacitakan kita lagi andainya terdapat sebilangan rakyat negara ini yang terus mempersoalkan dan mengkritik Perlembagaan Negara Malaysia ini tanpa mengetahui langsung asal-usul dan sejarah penggubalannya. Justeru itu, menyanjung, menjunjung tinggi, dan mendaulat serta mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara Malaysia, tidak kira bangsa, keturunan, agama, dan kebudayaannya. Kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, ke arah pembentukan perpaduan nasional. Ketiga-tiga prinsip ini jelas kelihatan bertujuan supaya rakyat Malaysia bersatu-padu di bawah satu negara yang mempunyai perpaduan kukuh, sehingga sukar diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba memecah-belahkan kita. Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali prinsip ini merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara Malaysia itu sendiri. Sebagai wargenegara, sikap yang bertanggungjawab dan menyumbang adalah amat berguna untuk bersama mempertahankan kedaulatan perlembagaan Negara ini. Prinsip ketiga rukun negara menekankan tentang keluhuran perlembagaan yakin sesuatu yang mulia dan berdarjat tinggi. Ketinggian perlembagaan yang mengatasi ketinggian parlimen, mahkamah dan kerajaan sendiri sesungguhnya melayakkannya disebut luhur. Jesteru, wargenegara yang menikmati wajarnya menghormati semua peraturan negara yang dibuat berpandukan perlembagaan malaysia itu sendiri. Mudah-mudah generasi masa depan akan dapat memahami latar belakang dan sejarah pembentukan negara kita. Merdeka!

Tanggungjawab Warganegara Malaysia

You might also like