You are on page 1of 11

SELASA, 31 OGOS 2010

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK


TEORI-TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK Oleh : Zawawi Bin Hussin Pengenalan Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan menengah bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata bahawa matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Mengapakah keadaan demikian terjadi? Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana murid-murid di sekolah rendah dan menengah mempelajari matematik. Sebagai contoh, pada masa dahulu apabila mengajar operasi darab di sekolah rendah, guru cuma menulis sifir darab pada papan tulis dan murid menyalinnya kedalam buku latihan. Kemudian, murid-murid menghafaznya dan meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung apabila disoal oleh guru. Selain itu, mereka juga diberi banyak latihan kira-mengira dalam topik berkenaan. Akibatnya, muridmurid memang mahir dalam kira-mengira operasi darab tetapi tidak mengerti apa yang dilakukannya. Oleh sebab matematik merupakan mata pelajaran yang bertimbun dan memerlukan kefahaman pada pelajaran yang diajar dahulu sebelum mempelajari topik baru dimulakan, pembelajaran matematik akan bertambah susah kepada murid-murid apabila umur mereka meningkat sehingga kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham pada peringkat awal. Sebagai seorang guru matematik yang berkesan dan pendidik matematik yang pakar, maka wajar bagi kita mengetahui perkembangan kognitif murid-murid dan cara-cara bagaimana mereka memahami konsep matematik supaya pengajaran kita lebih berkesan. Dengan mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak, pendidik-pendidik matematik dapat memperbaiki kurikulum matematik lagi dengan memasukkan topik-topik matematik yang sesuai dengan kebolehan kognitif dan psikologi murid dalam mata pelajaran matematik. Ramai ahli psikologi yang terkenal telah menjalankan kajian, tinjauan dan eksperimen terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dan telah mengemukakan berbagai-bagai teori pembelajaran yang membawa kesan pesat terhadap kurikulum matematik masa kini. Saya akan mengemukakan secara ringkas beberapa teori pembelajaran yang memberi sumbangan besar dalam pendidikan matematik. 1. TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET Jean Piaget yang dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Switzerland, adalah ahli psikologi yang agung dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat latihan awal dalam bidang biologi dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang biologi pada umur 22 tahun. Tetapi beliau lebih menumpukan perhatiannya terhadap kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Sebelum meninggal dunia pada tahun 1980, beliau adalah Pengarah Pusat Antarabangsa Epistimologi Genetik di Geneva. Telah diketahui umum bahawa perkembangan intelek murid bergantung kepada potensi semula jadi dan alam persekitaran yang meransangnya. Tugas guru ialah menyediakan alam persekitaran membina kepada murid supaya pemindahan pengetahuan dapat dilaksanakan dengan licin. Jean Piaget telah banyak membuat kajian dan eksperimen dalam bidang psikologi pembelajaran kanakkanak. Beliau berpendapat bahawa pemikiran kanak-kanak berbeza dari satu peringkat ke satu peringkat dan telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada empat peringkat. 1.1 Peringkat Deria Motor

Peringkat ini bermula dari masa lahir hingga ke umur dua tahun. Kanak-kanak mengetahui alam sekitarnya melalui kesan deria dan gerak balasnya. Mereka mengetahui benda-benda wujud dalam alam persekitaran mereka secara fizikal dan bukan fizikal, tetapi tidak berfikir langsung kenapa benda itu wujud. Misalnya, kanak-kanak tahu ibu akan mendampinginya jika dia menangis. Dia juga mengetahui adanya perhubungan antara benda-benda. Misalnya, jika dia berasa lapar, dia menangis; jika hendak menaiki meja, dia akan menggunakan kerusi. 1.2 Peringkat Pra-Operasi Peringkat ini bermula dari umur dua tahun hingga keenam tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih sosial dan menggunakan bahasa serta tanda untuk menggambarkan sesuatu konsep. Mereka masih tidak dapat membuat perbandingan antara benda, tidak mengetahui padanan satu dengan satu antara objek dan hubungan antara objek; tidak dapat mengelaskan objek-objek mengikut saiz, warna dan sebagainya. Tambahan pula, pemikiran mereka dipengarui oleh apa yang diamatinya. Dalam eksperimen yang dijalankan oleh Piaget, kanak-kanak berumur antara empat tahun dan lima tahun diberikan tujuh cawan berbaris dengan sekumpulan telur. Rajah (a)

Kanak-kanak disuruh menyusun telur sehingga sama panjang dengan cawan (Rajah (a)). Kemudian kanak-kanak diminta memasukkan telur ke dalam cawan untuk mengetahui bahawa bilangan telur lebih banyak daripada bilangan cawan. Telur yang berlebih disimpan balik dan kanak-kanak mengeluarkan telur dari cawan dan menyusunnya rapat-rapat sebagai satu garisan di depan cawan. Sekarang kanakkanak itu menyatakan bilangan cawan lebih banyak daripada bilangan telur. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini tidak mampu mengerti padanan 1 dengan 1. Jawapan kanakkanak semata-mata berdasarkan perbandingan diantara kedua-dua panjang yang ditunjukkan oleh cawan dan telur. Eksperimen ini juga dijalankan juga untuk kanak-kanak berumur antara lima hingga enam tahun. Kanak-kanak dapat membina konsep padanan satu-satu dengan memasukkan sebiji telur ke dalam setiap sebiji cawan. Tetapi apabila telur dikeluarkan dan disebarkan sebaris secara longgar, kanakkanak menyatakan bahawa bilangan telur lebih banyak daripada bilangan cawan. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat membentuk konsep paduan 1-1 antara kedua-dua set tetapi tidak dapat mengekalkannya sebaik sahaja bentuk atau rupa diubah, iaitu operasi songsang tidak diamati oleh kanak-kanak. Kanak-kanak hanya dapat mempelajari satu perkara pada satu masa sahaja dan pemikirannya dipengaruhi oleh satu aspek pada satu masa. Piaget telah menjalankan satu eksperimen apabila kuantiti air yang sama dituangkan ke dalam dua silinder yang berlainan diameter dan tinggi seperti dalam Rajah (b) dan Rajah (c). Rajah (b) Rajah (c) Kanak-kanak yang dipengaruhi oleh diameter menyatakan bahawa kuantii air pada Rajah (b) lebih banyak daripada kuantiti air pada Rajah (c), sedangkan kanak-kanak yang dipengaruhi oleh tinggi menyatakan kuantiti air pada Rajah (c) lebih banyak daripada kuantiti air pada Rajah (b). Jelaslah bahawa, daripada eksperimen ini kanak-kanak belum dapat menguasai konsep keabadian kuantiti. 1.3 Peringkat Operasi Konkrit Peringkat ini bermula dari umur enam tahun hingga dua belas tahun. Kanak-kanak mula dapat mengekalkan konsep padanan 1 dengan 1 antara dua set; mereka dapat juga memahami konsep keterbalikan dan dapat membalikkan proses secara abstrak. Dalam eksperimen cawan dengan telur yang sama banyak, kanak-kanak berumur enam tahun menyatakan bahawa telur dan cawan adalah

sama banyak, walaupun telur disebarkan jauh sebaris kerana semuanya dapat dimasukkan balik ke dalam setiap cawan. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mempelajari lebih daripada dua perkara pada satu masa dan dapat menguasai konsep keabadian. Dalam eksperimen menuangkan kuantiti air yang sama ke dalam dua silinder berukuran berbeza, kanak-kanak menyimpulkan bahawa kuantiti air tidak berubah walaupun bentuk berubah. Selain itu, kanak-kanak mempunyai kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek. Mereka dapat juga memahami aritmetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan proses matematik. Tetapi pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. 1.4 Peringkat Operasi Formal Peringkat ini bermula daripada umur dua belas tahun. Kanak-kanak memasuki peringkat pemikiran abstrak. Mereka mempunyai kebolehan berfikir tanpa pengalaman konkrit, membuat kesimpulan dengan menstrukturkan situasi secara mental, misalnya, membuktikan teori-teori matematik. Selain itu, ia dapat menggunakan simbol-simbol matematik dan mengulas idea abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain, memanipulasikan konsep secara mental dan menggunakan logik dalam menyelesaikan masalah.

TEORI PIAGET Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaiman kanak-kanak belajar. Dari kajain dan permerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalaui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 2 tahun), pra-operasi ( 2 7 tahun), operasi konkrit (7 11 tahun) dan operasi formal ( 11 tahun ke dewasa). Walau bagaimana, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Menurut Jere Confrey (1999), Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities. Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatnnya penting untuk perkembangan mental. Permainan kad seperti ini adalah salah satu daripada alat bantuan mengajar yang dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Klik untuk mendapatkan keterangan lanjut.

A. Teori Jean Piaget


Jean Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Piaget berminat dalam bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek

falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi, khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak.

Rajah 1.1: Jean Piaget Sumber: bp0.blogger.com/.../5-WZnWd5MH0/ s320/piaget.gif Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar. Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan moral. Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi mental. Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu: 1. 2. 3. 4. Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan

merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget. Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan. Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.

4.0 Perhubungan Teori Jean Piaget (1896-1980)

4.1 Aplikasi Teori Piaget dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal individu. Mengikut Piaget, pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsic individu, guru hendaklah menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Joyce, Weil dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif konstruktivisme) menyaran dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif. 4.2 Teori Pembelajaran Kognitif Piaget dalam Pengajaran Sebagai guru yang mengajar pelbagai subjek di tadika, kita harus menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah. Muridmurid sekolah rendah hanya memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Pengajaran geometri harus diperkenalkan dengan gambar rajah atau model dan kaedah membuktikan teorm harus dielakkan. Muridmurid dalam peringkat operasi konkrit tidak berupaya membuktikan teorm geometri yang abstrak. Adalah didapati murid-murid sekolah rendah mahupun tadika tidak dapat membuat generalisasi daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu, mereka tidak boleh memahami hukum hukum matematik seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu. Ramai murid sekolah rendah suka menghafal apa yang di ajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh itu, didapati ramai daripada mereka kurang mampu menyelesaikan nasalah dengan menggunakan symbol matematik yang mereka pelajari. Untuk membimbing murid mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalan symbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit.

3.1 3.1.1

Teori

Perkembangan Latar

Kognitif

Jean

Piaget Jean

dan

Implikasinya Piaget

Belakang

Jean Piaget dilahirkan pada 9 september 1896. Beliau dilahirkan di Neuchatel

(Switzerland). Beliau merupakan anak pertama kepada pasangan Aurthur Piaget dan Rebecca Jacen. Bapanya merupakan seorang professor sastera pada zaman pertengahan. Pada usia 10 tahun beliau menulis notis pendek berkenaan dengan pipit yang albino albino sparrow. Jean Piaget sangat berminat dalam bidang moluska. Sewaktu kecil beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Moluskalogis yang terkenal. Setelah tamat sekolah menengah beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang sains persekitaran di Universiti Neuchatel. Di university tersebut beliau memperoleh Ph.D. Dalam tempoh tersebut juga beliau menerbitkan dua buah artikel berkenaan dengan falsafah. Beliau berminat terhadap bidang psikoanalisis di Universiti Zurich. Beliau meninggalkan Switzerland untuk ke Perancis dan bekerja selama setahun di Ecole de Larue de la Grange-aux-Belles, sebuah institut pendidikan bagi pelajar lelaki. Di sana beliau memulakan kajian dan eksperimen berkenaan kognitif. Di sana juga beliau telah menyelaraskan kajian tahap kecerdikan dan melakukan eksperimen pertama mengenai perkembangan kognitif. Pada tahun 1921 beliau menjadi pengarah pendidikan di Institut J-J Rousseau yang terletak di Geneva. Pada tahun 1923 beliau berkahwin dengan Valentine Chatenay dan dikurniakan tiga orang Jacqualine, Lucienne dan Laurent yang menjadi bahan uji kaji beliau sejak usia anak-anak beliau masih kecil. Anakanak beliau juga menjadi bahan uji kaji beberapa 3.1.2 untuk jawatan Teori ujian dan perkembangan beberapa bahasa anugerah Kognitif (RUJUK Jean kanak-kanak. LAMPIRAN) Piaget Beliau melakukan banyak eksperimen dan melahirkan beberapa teori serta menjawat menerima Perkembangan

Bagi Piaget proses pemikiran berubah secaramenyeluruh bermula selepas lahir hingga mencapai tahap kematangan. Setiap individu pasti mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. (Mok Song Sang 2009:42) Piaget menyatakan terdapat empat faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu. Faktor tersebut adalah faktor kematangan biologi yang secara amny gen yang diwariskan merupakan pengaruh proses pemikiran. Faktor kedua adalah faktor perseketaran, faktor ini melibatkan interaksi antara individu dengan persekitaran. Proses pemikiran akan menjadi luas, tajam serta bertambah sekiranya berlaku interaksi antara individu dengan persekitaran dan impaknya ialah, penerokaan, pengujian,pemerhatian dan penyunsunan dalam diri kanak-kanak apabila mendapat maklumat baru. Faktor seterusnya ialah faktor sosial. Faktor sosial ialah pergaulan kanak-kanak dengan ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. Semakin banyak kanak-kanak bersosial, semakin banyak input yang diperoleh maka semakin bagus perkembangan kognitif kanak-kanak. Faktor terakhir ialah keseimbangan. Keseimbangan di sini bermaksud kebolehan mengadaptasi situasi baru dalam kehidupan.

Jean Piaget membahagikan peringkat perkembangan kognitif kepada empat peringkat iaitu peringkat peringkat sensorimoto yang berlaku sebaik sahaja selepas lahir hingga ke usia 2 tahun, peringkat pra operasi yang bermula pada usia dua hingga tujuh tahun, peringkst operasi konkrit yang bermula pada usia tujuh tahun dan berakhir pada usia sebelas tahun dan akhir sekali peringkat operasi formal iaitu perkembangan kognitif yang berlaku pada usia sebelas tahun keatas, Pada peringkat sensorimotor pergerakan fizikal dan penggunaan deria merupakan elemen penting dalam proses perkembangan kognitif kanak-kanak. Kebanyakkan skema yang dibina adalah berdasarkan komunikasi fizikal bayi dengan persekitaran. Sebenarnya selepas lahir bayi dapat membezakan objek di persekitaran. Pada usia 4 hingga 8 bulan kanak-kanak mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. (Mok Song Sang 2008:82). Mulut merupakan alat untuk berinteraksi dengan persekitaran kerana kanak-kanak menggungunakan mulut untuk mengisap objek yang diminati. Pada peringkat ini juga kanak-kanak memulakan menunjkan pemikiran yang logic. Setiap aktiviti yang dilakukan ada matlamatnya dan pada peringkat ini juga kanakkanak boleh mengulang proses asal secara fizikal. Peniruan (imitasi) mudah berlaku dalam peringkat ini juga kanak boleh menggambarkan objek dalam memori. Antara aktiviti yang dapat dilakukan pada peringkat ini untuk membantu perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini ialah menggunakan objek yang berbunyi terutama objek yang mengeluarkan lagu kanak-kanak untuk menarik perhatian mereka supaya mereka mempunyai koordinasi yang baik dan deria motor yang tajam. Ibu bapa pula boleh membeli puzzle yang berbentuk konkrit (Rujuk Lampiran) kerana ianya merupakan satu permainan yang bermatlamat dan melatih pemikiran logic kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak haruslah sentiasa positif kerana telah dinyatakan pada peringkat ini kanak-kanak suka meniru, jadi model yang terbaik diperlukan untuk memastikan perkembangan kognitif kanak-kanak itu positif. Setiap pengajaran yang dilakukan dengan cara meniru mestilah betul. (IMPLIKASI DALAM P&P) Peringkat seterusnya iaitu peringkat pra operasi yang berlaku pada usia dua hingga tujuh tahun. Pada peringkat ini akan menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Menggambar dan merancang aktiviti pergerakan membantu memperkembangkan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini. Pada peringkat inimereka menggunakan konsep simbol dalam bahasa. Kanak-kanak mula melambangkan objek dengan simbol (bahasa). Proses perlambangan dikenali sebagai fungsi semiotik.Pada peringkat ini kanak-kanak mula bermain permainan membanyangkan (pretend play). Mereka akan mengambil watak-watak yang menarik pada mereka untuk ditiru dalam permainan membanyangkan ini. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009:48) kanak-kanak turut memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup contohnya kilat terjadi kerana bumi marah. Pemikiran kanak-kanak pada masa ini bergantung kepada benda-benda yang konkrit. Kanak-kanak juga belum boleh berfikir secara logik dan rasional. Kanak-

kanak pada peringkat ini mampung menceritakan semula pengalaman mereka dengan ayat yang mudah dan mengingati segala arahan yang pendek dengan mudah dan tepat. Pada masa ini kanak-kanak tiada keupayaan untuk menggambarkan proses transformasi diamana kanak-kanak tidak boleh melihat perubahan yang berlaku dalam sesuatu proses transformasi dan dalam keadaan ini kanak-kanak hanya boleh memerhati satu keadaan pada satu-satu ketika sahaja (Mok Song Sang 2008:83). Pada peringkat ini juga kanakkanak tidak berkeupayaan untuk menghayati operasi songsang. Ini bermakna kanakkanak tidak boleh membezakan proses yang telah diubah dengan proses asal. Kanak kanak pada peringkat ini juga belum menguasai konsep pengabadian diaman mereka menganggap bilangan dan panjang adalah sama. (Contoh Ketidakupayaan:Rujuk Lampiran). Pada peringkat ini juga kanak-kanak mempunyai egosentrik yang tinggi. Implikasi terhadap P&P pada perigkat pra operasi ini ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit. Contohnya sekiranya seorang guru bahasa ingin menambah perbendaharaan kata dalam tema alatan sukan, maka guru tersebut boleh membawa alatan sukan seperti bola, bad pingpong, raket tenis, net dan lain-lain kedalam kelas untuk mengaplikasi fungsi semiotic. Untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang matematik pula guru boleh menggunakan guli atau batang ais krim untuk nmenyelesaikan masalah matematik. Arahan yang diberikan kepada kanak-kanak ini haruslah pendek dan mudah difahami kerana dengan cara ini mereka boleh mengingat arahan yang diberikan, jadi sekiranya guru ingin melaksanakan aktiviti untuk muridnya sama ada di dalam kelas ataupun diluar kelas, arahan yang pendek dan jelas adalah penting. Nasihat dan nilai yang ingin diajar kepada murid harus disampaikan dalam ayat yang mudah.Untuk mengajar nilai-nilai yang baik lakonan boleh diaplikasikan dengan menggunakan watak-watak yang digemari contohnya Ultraman. Guru-guru dan ibu bapa mesti mengaja anak-anak menggunakan perkataan yang sesuai dengan ayat. Perkataan dan frasa yang kurang sesuai boleh menyebabkan kekeliruan apabila berkomunikasi. Pengajaran luar kelas juga boleh dilakukan untuk memperkuatkan daya ingatan mereka. Peringkat seterusnya iaitu peringkat operasi konkrit berlaku pada usia tujuh hingga dua belas tahun. Pada peringkat ini mereka telah menguasai prinsip identiti iaitu prinsip yang menekankan jmlah, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga berkeupayaan untuk menguasai proses pengelasan dan proses penyusunan secara bersiri (dari kecil ke besar atau sebaliknya atau bilangan menaik kepada menurun atau sebaliknya). Pemikiran kanak-kanak pada usia ini mula mengubah pemikiran mereka iaitu daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered (memahami persepsi orang lain). Kanak-kanak ini juga mula bersosial dan masih tidak dapat berfikir secara abstrak. Pada peringkat ini proses P&P menggunakan bahan yang konkrit boleh diteruskan tetapi menggunakan bahan yang lebih menarik. Sebagai contoh sekiranga sesorang guru bahasa itu ingin mengajar tajuk haiwan, haiwan-haiwan mainan plastik boleh

diguanakan. (RUJUK LAMPIRAN). Dalam matapelajaran sains eksperimen boleh dilakukan supaya kanak-kanak pada usia ini dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Kanak-kanak harus diberi peluang untuk bercerita untuk memsatikan penigkatan dalam bidang bahasa. Selain ini bahan bacaan haruslah ringkas dan tersusun. Kaitan antara pengalaman harian dengan proses P&P boleh dilaksanakan. Soalan-soalan berbentuk analik dan logic serta jalan penyelesaian juga dapat diaplikasi dalam P&P. (IMPLIKASI DALAM P&P) Pada peringkat operasi formal (12 tahun keatas) kanaka-kanak ini boleh berfikir secara sistematik untuk memberi idea terhadap beberapa kemungkinan enyelesaian, boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif untuk menyesalkan masalah. Mereka juga mula menerima konsep induktif dan deduktif dalam P&P dan egosentrik remaja mula muncul dalam peringkat ini. Implikasinya guru boloeh menggunakan bahan konkrit untuk mengajar contohnya dalam matapelajaran sains. Sekiranya guru hendak menerangkan tentang organ dalaman. Haiwan seperti katak boleh digunakan. Guru sebenarnya patut memberi peluang kepada pelajar untuk membuat hipotesis atau ramalan awal supaya mereka dapat mengembangkan lagi kognitif mereka serta menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. Guru juga sepatutnya memberi peluang kepada pelajar untuk menjana idea. Dalam penulisan karangan berpandu misalnya, guru sepatutnya membiarkan pelajarnya membina idea sendiri dan memberi galakan. Fungsi guru hanya memerhati dan membetulkan 3.2 Teori sekiranya Pembelajaran Jean salah. Piaget

Menurut Mok Song Sang (2008:87) dalam teori perkembangan kognitif kanak-kanak Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan individu. Beliau perpendapat pembelajaran berlaku sekiranya individu mendapat pengalaman baru daripada persekitaran akibat daripada interaksi pengalaman tersebut dengan orang lain, persekitaran atau benda yang terdapat dalam sekitar. Dalam buku Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda karangan Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009:43) Piaget menyatakan setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran. Individu cenderung untuk memahami situasi tertentu dan menyelesaikan kekusutan. Menurut beliau lagi ketidakselesaan timbul dalam keadaan yang tidak dijangka, maka ketidakselesaan ini mendorong manusia mencari penyelesaian atau keseimbangan. Proses keseimbangan atau penyelesaian masalah ini bermula dengan SKEMA. Skema dalam individu bermula apabila individu memperoleh pengalaman baru, menyusun pengalaman-pengalaman tersebut di dalam minda dan kemudiannya membentuk suatu sistem. ORGANISASI merupakan proses penyusunan pengalaman-pengalaman baru. Skema-skema yang terbentuk ini akan digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Pembentukan skema bermula dengan skema yang ringkas kemudian ke skema yang kompleks. Skema yang sedia ada biasanya akan sentiasa berdepan dengan situasi yang baru, oleh itu penukaran skema adalah perlu. Proses penukaran skema lama kepada skema baru disebut adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi terjadi apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan menyesuaikannya dengan pengalaman lama, manakala akomodasi ialah penukaran skema lama kepada skema baru. Proses mengorganisasi, asimilasi, adaptasi dan akomodasi merupakan proses untu mencapai keseibangan. Individu hanya akan berjaya menelesaikan masalah apabila berjaya memenuhi kesemua proses ini. Proses-proses ini penting untuk diketahui oleh bakal-bakal guru kerana proses ini membantu guru untuk memahami cara muridnya berfikir dan mengajar serta menerangkan Proses Contoh: Dalam matapelajaran matematik Izlam menyatakan bahawa priamid segi empat mempunyai empat permukaan. Gurunya membetulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan model yang konkrit agar Izlam tahu bahawa pyramid segi empat mempunyat lima permukaan dengan tepat input-input yang hendak rajah disampaikan. berikut:keseimbangan diringkaskan dalam seperti

You might also like