You are on page 1of 2

TAYAMUM

Menggunakan tanah yang bersih dan berdebu. Jika kita sakit dan dinasihatkan
oleh Doktor kita tidak boleh terkena air atau kita berada di suatu tempat yang
tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.

Fardu Tayamum

NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di


atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis
solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan
sembahyang ".
MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan
sekali tepukan.
TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah
yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan
kiri.
TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka
kemudian tangan).

"Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya

"Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".

SAPUKAN KE MUKA SAPUKAN TANGAN

Syarat-syarat Tayamum

Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh


bertayamum).
Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air
yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman
sahaja.
Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan
najis jika ada.

Sunat-sunat tayamum

Menghadap ke arah Kiblat.


Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
Menipiskan debu di tangan.

Perkara yang membatalkan tayamum

Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan
batal juga tayamum.
Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.

You might also like