You are on page 1of 5

RUKUN HAJI

Setiap rukun haji di bawah mestilah dilakukan jika tidak haji seseorang itu tidak
sah. Sila klik untuk makluman lanjut.

NIAT

Niat mengerjakan haji mengikut jenis haji:

HAJI TAMATTU' DAN HAJI IFRAD


Lafaznya :

Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana


Allah Taala

HAJI QIRAN
Lafaznya :

Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah dan aku berihram dengan
kedua-duanya kerana Allah Taala

WUKUF
MAKSUD WUKUF
Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang
keadaan.

WAKTU WUKUF
Bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari 10
Zulhijjah.

WAKTU AFDAL WUKUF


Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari
malam 10 Zulhijjah

SYARAT BERWUKUF
Telah berihram dengan niat haji
Seorang yang ahli beribadat (Tidak Gila/Tidak Mabuk/Tidak
Hilang Akal Sepanjang Masa)
Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf

AMALAN-AMALAN SUNAT BERWUKUF


Sembahyang berjemaah
Bertalbiah
Berdoa
Berzikir
Membaca al-Quran
Sembahyang-sembahyang sunat

TAWAF
PENGERTIAN TAWAF
Mengelilingi Kaabah dengan syarat-syaratnya.

SYARAT-SYARAT TAWAF
Suci daripada hadas
Suci badan/pakaian/tempat tawaf daripada najis
Menutup aurat
Bermula pada sudut Al Hajar Aswad, berniat tawaf jika Tawaf
Qudum/Wada'/Sunat/Nazar
Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
Berjalan bertujuan tawaf, bukan tujuan lain
Cukup 7 kali keliling dengan yakin
Dilakukan dalam Masjid haram dan di luar Hijir
Ismail/Syazarwan

JENIS-JENIS TAWAF
Tawaf Rukun
Tawaf Qudum (Selamat Datang)
Tawaf Wada' (Selamat Tinggal)
Tawaf Sunat
Tawaf Nazar

SUNAT-SUNAT TAWAF
Berjalan kaki
Berittiba' bagi Tawaf yang diiringi dengan Sa'ei (lelaki)
Melakukan Ramal (berlari-lari anak bagi tawaf yang diiringi
dengan Sa'ei ) (lelaki)
Istilam Hajarul Aswad dan mengucupnya / Istilam Rukun Yamani
dan tidak mengucupnya
Membaca zikir dan doa
Berturut-turut 7 kali pusingan
Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk
Sembahyang sunat Tawaf

SA'EI
PENGERTIAN SA'EI
Berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah

SYARAT-SYARAT SA'EI
Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Tawaf Qudum
Bermula di Bukit Safa, berakhir di bukit Marwah
Cukup 7 kali dengan yakin. Dikira sekali daripada Safa ke
Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa
Hendaklah sampai ke penghujung Sa'ei di Safa dan Marwah
Hendaklah Sa'ei di Batnul Wadi (tempat yang termaklum)
Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Sa'ei

SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'EI


Keluar ke temapt Sa'ei melalui Babussafa
Menaiki Bukit Safa/Marwah hingga sampai batu-batu bukit
Mengadap qiblat dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir
di Safa dan Marwah
Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda
lampu hijau atau tiang hijau
Muwalat (berturut-turut)
Suci dari hadas kecil dan besar
Berjalan kaki
Berdoa

Kedudukan Safa dan Marwah

BERCUKUR/BERGUNTING
PENGERTIAN BERCUKUR/BERGUNTING
Bercukur atau bergunting semasa mengerjakan haji

CARA MELAKSANAKANNYA
Mencukur rambut di kepala bagi lelaki atau menggunting rambut di
kepala sekurang-kurangnya 3 helai bagi lelaki atau perempuan

MASA DAN TEMPAT


Selepas melontar Jamratul Aqabah di Mina

PERHATIAN
Amalan bercukur atau bergunting selepas melontar Jamratul Aqabah
dinamakan sebagai Tahallul Awal

TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN

You might also like