You are on page 1of 2

PANDUAN MENENTUKAN ARAH KIBLAT

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan


kepada matahari selain daripada menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini
amat perlu pelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berhadapan
dengan situasi yang terdesak seperti di tengah-tengah hutan belantara, pada
malam yang gelap gelita, atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka
bagaimakah kita hendak menentukan arah kiblat?

Di bawah ini beberapa panduan yang boleh digunakan bagi tujuan menenjukan
arah kiblat :

Kaedah 1 :
Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam
bentuk Buruj Belatik (Badabur Orion). Namun kaedah ini memerlukan
kepada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 2 :
Dengan memandang ke arah langit pada malam gelap gelita dan carilah
bintang Qutbi (Polaris) . Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara
bumi. Dengan berpandukan bintang ini, arah kiblat boleh dicari tatapi kaedah
ini juga memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 3 :
Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan
memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada
sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah
arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan
bagi menentukan arah kiblat.

Kaedah 4 :
Dengan menggunakan posisi zawal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah
berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada
suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya boleh berlaku dua kali sahaja
dalam setahun dalam pergerakan matahari.

Sekali apabila matahari bergerak menuju titik utara iaitu pada 28 Mei setiap
tahun dan sekali lagi pada 16 Julai apabila matahari kembali ke ekuinok.

Penzawalan matahari dengan Kaabah pada waktu hampir zohor akan


menyebabkan sebarang objek menjadi tegak di seluruh dunia dan ianya
bersamaan dengan arah kiblat.

Mengikut hisab waktu berkenaan ialah 16:16 tengahari watu di makkah dan
bersamaan 5:16 petang waktu di Malaysia. Pacakkan sebarang tiang di
kawasan yang lapang untuk menentukan arah kiblat.
Tepat jam 5:16 petang bayang matahari yang jatuh itu adalah bertepatan
dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari jatuh di sebelah barat maka
bayangnya adalah disebelah timur,jadi arah kiblat ialah arah yang
berlawanan dari arah timur iaitu sebelah barat.

You might also like