You are on page 1of 4

SOLAT JAMA’ DAN QASAR

SOLAT JAMAK

Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di
jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak Takdim
Soalt Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magrib
dengan Isyak dalam waktu Magrib.

Syarat Jamak Takdim :

Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor


i.
kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang
iii.
kedua.

Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :

Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia


i.
akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASAR

Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :

Musafirnya tidak bertujuan maksiat.


Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
MEngetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituj, jika tiada tujuan atau matlamat tidak
sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar soalt yang ditinggalkan semasa di tempat
kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di
qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :

Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus
melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara
dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan
di antara satu yang berikut :

Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar

Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :


i. Solat Zohor dan Asar.

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan
Asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam,


maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk)
dan berniat pula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii. Solat Maghrib dan Isya'

Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya
Isya' kerana Allah Taala

Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim


maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi
salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jama' Takhir dan Qasar:


i. Solat Zohor dan Asar

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan
Asar kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti
berikut :

Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii. Solat Maghrib dan Isya'

Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai
kerana Allah Taala.

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti
berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

You might also like