You are on page 1of 3

PANDUAN BERSUCI

PENGERTIAN BERSUCI

Firman Allah swt maksudnya, "Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang


bertaubata dan yang suka menyucikan diri " (Al Baqarah : 222)

Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagi


menghilangkan hadas atau najis yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggal
kita. Ia mesti dibersihan supaya kita boleh melakukan ibadah. Di dalam ajaran
Islam bersuci adalah sesuatu yang WAJIB. Sebahagian dari bersuci adalah
berwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.

JENIS-JENIS BERSUCI

Bersuci dari hadas kecil. Apabila kita berada dalam keadaan begini kita
dilarang dari mengerjakan sembahyang dan menyentuh Al Quran. Cara
untuk menyucikan ialah dengan mengamil wuduk ataupun bertayammum.

Bersuci dari hadas besar. Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah
termasuk di dalam golongan ini. Cara bersuci daripadanya ialah dengan
mandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang,
puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid dan menyentuh atau membaca Al
Quran.

Beristinjak. Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari dua


saluran iaitu qubul dan dubur.

ISTINJAK

RUKUN ISTINJAK

Rukun istinjak ada 3 iaitu :

Islam
Menggunakan air, batu, kertas, daun dan benda keras yang suci
Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur

SUNAT-SUNAT ISTINJAK

Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3x, 5x atau 7x dan
seterusnya.
Menggunakan tangan kiri

BERISTINJAK DENGAN BATU


Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah:

Pastikan benda tersebut tidak mengalir


Pastikan najis belum kering
Pastikan tempat keluar najis tersebut tidak terhalang oleh benda-banda lain

BERISTINJAK DENGAN AIR

Perlakuannya ialah lebih kurang sama dengan batu. Terlebih dahulu mestilah
dibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesai
disunatkan membaca doa.

BENDA-BENDA BERNAJIS

Antara benda-benda najis menurut Islam adalah seperti berikut :

Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan
mayat manusia. Bianatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.
Darah kecuali hati dan limpa
Semua jenis benda yang keluar dari qubur dan dubur
Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor
Arak dan semua jenis minuman yang memabukkan
Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup

JENIS-JENIS NAJIS

Terdapat 2 jenis najis yang boleh diklasifikasikan dalam Islam iaitu:

NAJIS MUGHALLAZAH
Iaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh badannya. Cara
menyucikannya ialah dengan menyiram sekali air tanah atau lumpur dan 6
kali dengan air yang bersih

NAJIS MUKHAFFAFAH
Iaitu najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2
tahun kebawah dan hanya memakan susus ibunya sahaja. Cara
menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda yang
terkena najis itu kemudian lapkannya

NAJIS MUTAWASSITAH
Iaitu najis pertengahan. Najis ini terbahagi kepada dua bahagian :
(a) Hikmiah adalah najis yang kita yakini adanya tetapi tidak nyata zatnya
seperti air kencing yang sudah lama kering hinggakan sifatnya sudah
hilang. Najis ini disucikan dengan mengalirkan ari keatasnya
(b) 'Ainah adalah najis yang dicuci dengan menghilangkan dan
membersihkan semua zatnya

JENIS-JENIS AIR

Terdapat 5 jenis air iaitu :

AIR MUTLAK
Sifatnya adalah suci lagi menyucika. Air ini boleh digunakan bagi
menyucikan benda lain. Contohnya air hujan, laut, perigi, air mata air, salji,
sungai dan air embun

AIR MUQAYYAT
Sifatnya adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Air ini tidak sah
digunakan untuk menyucikan benda lain seperti air kopi, teh, ar buah-buahan
dan sebagainya.

AIR MUTANNAJJIS
Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

(a) Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna , bau dan rasa dengan
najis. Air ini tidak boleh digunakan lagi sama ada banyak ataupun sedikit.
(b) Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari 2 kolah
(lebih kurang 13 tin minyak tanah) tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2
kolah atau lebih maka hukumnya suci lagi menyucikan.

AIR MUSYAMMAS
Ialah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain dari
bekas emas dan perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak
untuk pakaian

AIR MUSTAGHMAL
Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda-benda lain dan
sukatannya adalah kurang dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk
bersuci walaupun tidak berubah sifatnya.

You might also like