P. 1
BAB 8 Etika Dan Nilai

BAB 8 Etika Dan Nilai

|Views: 113|Likes:
Published by Jaisun Midin

More info:

Published by: Jaisun Midin on Jun 16, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/12/2013

pdf

text

original

 BAB 8 Etika dan Nilai-Nilai Murni Malaysia & Aplikasinya dalam Etika Pengurusan, Perniagaan & Alam Sekitar  2.

Etika dan Nilai-Nilai Murni Malaysia Etika yang menjadi norma kepada masyarakat Malaysia dinamakan etika nilai-nilai murni Malaysia. Malaysia sebagai negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, memiliki ciri-ciri sosialnya tersendiri. Ini dapat dilihat pada bahasa, agama, kepercayaan dan cara hidup iaitu warisan setiap kaum tersebut. Natijahnya ialah berbilang budaya. Fenomena ini seharusnya dilihat sebagai suatu yang positif, sesuatu aset atau kekuatan, bukannya punca pergeseran atau pertelingkahan. Satu natijah masyarakat berbilang bangsa ialah persoalan bagaimana hendak membina dan memantapkan Kebudayaan Kebangsaan.  3. Tiga prinsip menjadi dasar kepada Kebudayaan Kebangsaan iaitu: Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Menerima unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Bersandarkan kepada prinsip-prinsip di atas, terdapat tiga objektif iaitu: Perpaduan bangsa dan negara. Pemupukan dan pemeliharaan keperibadian kebangsaan. Pengayaan dan pemeringkatan kualiti kehidupan dalam aspek kemanusiaan dan kerohanian.  4. Etika Dan Nilai-nilai Murni Malaysia Nilai-nilai murni merujuk kepada ciri-ciri yang baik pada diri seseorang seperti sifat kasih-sayang, baik hati, kejujuran, kesopanan dan kesederhanaan. Orang yang menghayati nilai-nilai ini dikatakan beretika, bersusila, berakhlak, bermoral atau berperibadi mulia. Enam belas nilai yang diterap melalui pendidikan moral yang diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah merangkumi unsur-unsur kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Matlamat penghayatan norma dan nilai-nilai ini adalah untuk membolehkan pelajar memahami, menganalisis dan membuat keputusan yang rasional, melibatkan pertimbangan moral dalam kehidupan seharian

mereka.Inilah bekal untuk mereka menempuh zaman kewarganegaraan sepenuhnya kelak, khususnya sebagai warganegara Malaysia dan amnya sebagai warga dunia  5. Enam belas nilai murni itu ialah: baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormatmenghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional semangat masyarakat.  6. Nilai-nilai Islam Nilai-nilai Islam juga merupakan landasan utama bagi membentuk perkembangan masyarakat Malaysia yang mempunyai asas-asas etika dan moral yang tinggi. Nilai-nilai Islam yang dipentingkan ialah nilai-nilai universal yang diterima dan sesuai dengan masyarakat Malaysia. Nilai Islam juga penting bagi membendung pengaruh sekularisme dan pengaruh kebendaan yang boleh melemahkan aspek kemoralan, keimanan dan akidah masyarakat Islam di negara ini. Nilai-nilai Islam, bagaimanapun tidak dipaksakan kepada kaum lain yang bebas berpcgang kepada kepercayaan agama masing-masing. Penonjolan nilai Islam dalam pentadbiran dan pengurusan dikira boleh mencorakkan nilai moral dan etika yang kuat, di samping dapat mencegah nilai-nilai negatif dan amalan-amalan yang tidak sihat dalam merupakan nilai-nilai yang amat dipentingkan dalam Islam. Nilai-nilai murni yang menjadi teras nilai Islam ialah amanah, kejujuran, bertanggungjawab, rajin,, ikhlas, tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan menepati janji.  7. Berikut nilai-nilai dalam Islam: Percaya kehidupan selepas mati Persaudaraan sesama Islam Kesabaran TakutkanTuhan dan keesaan-Nya Kehidupan seimbang Kesucian hati Kepatuhan Perkongsian Amanah Tanggungjawab Ikhtiar Dedikasi Kesederhanaan Tekun Bersih Berdisiplin Bekerjasama  8. Nilai-nilai Timur Malaysia merupakan blok negara timur yang kaya dengan pelbagai kebudayaan. Kcbudayaan ditonjolkan sebagai suatu kebanggaan dan identiti tradisi unggul masyarakat timur. Selain kaya dengan adat istiadat, kepercayaan, dan norma-norma hidup

orang timur, nilai-nilai timur masih kuat mendasari identiti masyarakat Malaysia. Sifat kepelbagaian budaya menjadikan Malaysia kaya dengan pelbagai tradisi dan kepercayaan nenek moyang penduduk yang masih lagi diamalkan walaupun pemodenan dan pengaruh nilai-nilai barat sudah bertapak begitu kuat dalam kehidupan menempuh perubahan alaf ke21. Bagaimanapun nilai-nilai timur semakin terhakis disebabkan pengaruh hidup moden yang bertunjang kepada nilai-nilai barat. Nilai-nilai timur yang begitu tinggi dengan nilai budaya, moral, etika dan nilai-nilai kemanusiaannya perlu dipertahankan untuk membina kekuatan bangsa timur yang mampu men- capai perubahan dan kemajuan. Nilai-nilai murni masyarakat timur juga perlu dipertahankan untuk membolehkan masyarakat timur lebih berupaya menangani dan mengatasi krisis moral yang sedang dihadapi.  9. Berikut Nilai-Nilai Timur yang perlu diamalkan: Kepatuhan dan kesetiaan Kerjasama Menghormati orang tua Memelihara kepentingan adapt Mementingkan " status quo " Merendah diri dan mengalah Sedia mengorbankan kepentingan sendiri Sabar Bersifat feudal  10. Nilai-nilai Barat Malaysia sebagai negara membangun tidak dapat memencilkan diri daripada pengaruh barat. Nilai-nilai barat telah lama bertapak dan mencorakkan perubahan masyarakat Malaysia sejak zaman penjajahan sehinggalah merdeka. Rakyat Malaysia menyanjung tinggi kejayaan dan pemodenan yang disumbangkan oleh masyarakat barat. Pengaruh nilai-nilai barat telah berjaya merombak sistem sosial, ekonomi dan politik yang membolehkan Malaysia membangun dengan lebih pesat selepas merdeka. Malahan nilai-nilai barat masih kuat berakar umbi dalam semua sistem pentadbiran dan pengurusan negara seperti perundangan, ekonomi, politik, pendidikan dan sistem sosial. Pengaruh pendidikan menyemai dan menyebarkan nilai-nilai barat yang dikembangkan melalui pendidikan dan persekolahan di Malaysia telah menjadikan masyarakat Malaysia lebih berfikiran terbuka,

berhemah, demokratik, rasional, toleransi, inovatif, kritis, kreatif dan mempunyai daya saing yang tinggi.  11. Pendidikan sebagai agen pemodenan dan perubahan memberikan kesan yang amat luas ke atas perkembangan nilai-nilai barat khususnya dalam mencorakkan budaya baru seperti perubahan gaya hidup, pandangan dan pemikiran. Nilai-nilai barat bukan sahaja wujud dalam sistem pendidikan, tetapi Juga dalam semua aspek kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagai suatu masyarakat yang terbuka, rakyat Malaysia dapat menerirna nilai-nilai barat sebagai sebahagian daripada unsur dinamik, yang mencorakkan perubahan dan kemajuan diri mereka. Nilai-nilai barat Juga tersebar secara meluas melalui pendidikan, bahan bacaan, filem, rancangan televisyen, dan pcrmainan komputer. Nilai-nilai barat yang kurang sihat dan negatif memberikan yang buruk kcpada perkembangan nilai masyarakat kita, khususnya golongan belia. Nilai-nilai barat yang songsang dan negatif yang menjadi ikutan dan tiruan ternyata membawa golongan muda terjerumus kepada kegiatan budaya yang tidak sihat. Budaya pop, hippies, punk, kebebasan seks, jenayah belia barat dan sebagainya membawa ancaman dan kemusnahan kepada belia-belia timur yang terpengaruh dan suka meniru. Masyarakat belia di Malaysia akan terus terancam sekiranya nilai-nilai barat yang tidak sesuai dengan norma dan kebudayaan masyarakat timur dibiarkan menguasai masyarakat kita.  12. Langkah bagi mencegah nilai-nilai barat yang bersifat negatif dibuat dengan menolak nilai-nilai tersebut dan mengambil tindakan membanteras kegiatan yang bercanggah dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Pcngaruh nilai buruk boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada masyarakat dan negara. Rakyat Malaysia perlu dididik supaya lebih bertanggungjawab dan menghormati nilai-nilai murni yang menjadi asas kemajuan dan perubahan. Demokrasi Hak individu Hak asasi manusia Rasionaliti Pemikiran terbuka

Kebebasan Individualisme Sekularisme Konsumerisme Ekualiti Kebebasan pendapat Nilai kerja  13. Kemahiran pengurusan yang baik memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi. Namun demikian perkembangan kemahiran pengurusan sahaja tidaklah mencakupi. Tidak kurang pentingnya penekanan yang seimbang diberikan kepada penerapan dan pengamalan nilai-nilai positif serta beretika. Pengurus-pengurus yang tidak mempraktikkan nilai-nilai kerja yang cemerlang, walaupun mereka mahir dalam proses pengurusan, boleh memberikan kesan yang merugikan kepada organisasi masing-masing. Justeru itu, setiap pengurus perlu membimbing para pekerjanya untuk mencapai perkhidmatan cemerlang dengan berazam untuk meningkatkan mutu kerja mereka secara bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh kemesraan, bekerjasama untuk membanteras kelemahan dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Etika Pengurusan  14. Secara umumnya ciri-ciri nilai dan etika pengurusan yang baik adalah seperti disenaraikan di bawah: 1. Amanah Menggunakan masa pejabat dengan efisien dan efektif. Membelanjakan harta awam mengikut peraturan yang ditetapkan. Tidak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah. Menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditentukan. Tidak melakukan kerja-kerja peribadi dengan berselindung di sebalik kerja-kerja rasmi. 2. Bersih Mengawalkan sikap saling membantu dengan rakan-rakan sekerja. Memelihara rupa diri dengan pakaian yang kemas ke pejabat. Menggunakan tutur kata dengan teratur dan bersopan santun. Menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan yang keji, seperti pecah amanah dan penipuan.  15. 3. Berdedikasi Melaksanakan kerja tanpa mengharapkan upahan tambahan, ganjaran dan puji pujian. Melaksanakan setiap tugasan dengan cepat, berkesan dan berkualiti. Bersedia menerima nasihat, teguran dan tunjuk ajar. 4. Berdisiplin Patuh dan taat kepada peraturan dan

arahan. Berpegang teguh kepada ajaran agama. Sentiasa menjaga imej dan maruah diri dan pejabat. Menghasilkan kerja yang cemerlang.  16. 5. Bertanggungjawab Melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh dan sempurna. Merasa bersalah jika tidak dapat disempurnakan tugas yang dipikul mengikut tahap piawaian. Menjaga maruah agama dan negara. 6. Bersopan-santun Menerima kunjungan pelanggan dengan mesra. Memberi perkhidmatan dengan cepat dan tepat. Melayani pelanggan mengikut giliran yang sepatutnya. Melafazkan ucapan yang membuatkan pelanggan merasa dirinya dihargai. 7.Syura (Pemesyuaratan) Mengkaji kedudukan semasa melaksanakan sesuatu projek. Mengenal pasti masalah yang dihadapi. Mengambil tindakan untuk mengelak tunggakkan kerja. Menentukan tindakan penyelesaian.  17. 8.Adil Memilih pemohon yang benar-benar layak dan berkebolehan bagi sesuatu jawatan. Mengesahkan jawatan kakitangan yang layak dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mengetahui dengan jelas tugas-tugas yang dilaksanakan oleh kakitangan bawahan sebelum membuat penilaian prestasi. Mereka yang berkelayakan sahaja dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat atau anugerah khidmat cemerlang. 9.Berintegrasi Mengutamakan kepentingan awam lebih daripada kepentingan peribadi. Menepati masa dan janji. Tidak suka kepada pembaziran. Tidak rasuah dan tidak menyeleweng. Tidak menggunakan kemudahan pejabat untuk urusan peribadi.  18. 10.Berilmu Memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang yang relevan. Bertindak dengan berasaskan ilmu untuk mewujudkan keadilan dalam semua aspek kehidupan. Berusaha mencari ilmu dan fikiran seperti yang dituntut oleh agama. Bersedia mengikuti seminar, kursus, perbincangan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan. 11.Akauntabiliti Pihak pengurusan perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap tugas dan tanggungjawab. Sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi yang menetapkan tugas setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Akauntabiliti perlu dinyatakan secara bertulis dan didokumenkan melalui undang-undang, peraturan dan arahan-arahan yang spesifik. Akauntabiliti di peringkat individu perlu dipertingkatkan dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif.  19. 12.Produktiviti Meningkatkan produktiviti dengan membuat perbandingan tentang bilangan output pada dua masa yang berlainan. Mengurangkan kos produktiviti dengan mengamalkan kaedah pengurusan yang cekap dan bersistematik. Meningkatkan produktiviti dengan memberi perhatian kepada teknologi moden, menggunakan bahan-bahan berkualiti, mengadakan latihan dan motivasi kepada tenaga manusia, mewujudkan struktur organisasi yang fleksibel dan memperkemaskan sistem dan prosedur kerja.  20. Nilai-Nilai Cemerlang Dalam Program Pembudayaan Kakitangan Awam Usaha-usaha pembaharuan struktur Pentadbiran Awam melalui dasar-dasar yang diperkenalkan tidak akan mendatangkan hasil sekiranya kakitangan awam tidak bersedia untuk melaksanakan dasardasar tersebut. Oleh itu, satu usaha untuk membudayakan kakitangan awam dengan nilai-nilai cemerlang telah dilaksanakan. Bagi memupuk nilai-nilai cemerlang, beberapa dasar dan garis panduan telah diperkenalkan iaitu Etika Perkhidmatan Awam Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah Dasar Pandang Ke Timur Kempen Kepimpinan Melalui Teladan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam. Budaya Kerja Cemerlang  21. a) Etika Perkhidmatan Awam Etika Perkbidmatan Awam (EPA) adalab merupakan garis panduan etika kakitangan awam yang telah dimuatkan di dalam buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang yang diterbitkan pada tahun 1979. la menggariskan satu etika perkhidmatan awam yang berteraskan tujuh teras perkhidmatan, iaitu Berazam meninggikan mutu perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara Bekerjasama dan membanteras kelemahan dan musuh-musuh Negara Berpegang teguh kepada ajaran agama.

 22. Menurut perkara 132 Perlembagaaan Persekutuan, Perkhidmatan Awam adalah terdiri daripada badan-badan pentadbiran seperti berikut: Perkhidmatan Awam Persekutuan Perkhidmatan Awam Negeri-negeri Perkhidmatan Awam Bersama Perkhidmatan Pendidikan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Pasukan Polis Angkatan Tentera Badan-badan Berkanun Dan Penguasa Tempatan  23. Tonggak Dua Belas Dalam “Seminar Nilai dan Etika” pada Mac 1992, Dato‟ Seri Ahmad Sarji telah menggariskan satu set panduan etika untuk kakitangan awam, yang kini dikenali sebagai Tonggak Dua Belas. Tonggak Dua Belas adalah penjelasan mengenai konsep nilai, norma dan etika dalam kehidupan manusia. Tonggak Dua Belas dijadikan amalan semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi. Ia merupakan panduan-panduan, contoh-contoh nilai murni dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan bagi mengelakkan unsur-unsur yang negatif. Semua tonggak dan contoh-contoh yang di kemukakan menekankan aspek-aspek peribadi seseorang. Ia didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang penting akan membentuk peribadi tertentu. Peribadi ini seterusnya akan mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi. Sasaran asal Tonggak Dua Belas ini ialah kakitangan jabatan awam, namun sektor swasta juga dapat turut menerimapakainya sama ada sesebuah agensi itu dikategorikan sebagai awam atau swasta, kecemerlangan patut menjadi komitmen kita.  24. Senarai Nilai Tonggak Dua Belas ialah: Menghargai Masa Ketekunan Membawa Kejayaan Keseronokan Bekerja Kemuliaan Kesederhanaan Ketinggian Peribadi Kekuatan Sifat Baik Hati Pengaruh Teladan Kewajipan Menjalankan Tugas Kebijaksanaan Berhemat Keutamaan Kesabaran Peningkatan Bakat Nikmat Mencipta  25. 1) Menghargai Masa (The Value of Time) Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup. Maksudnya, apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian, masa yang berlalu secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang telah lesap.

Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-„Asr 103: ayat 1-3 menyatakan bahawa: “Demi masa, sesungguhanya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Terdapat kata-kata hikmat yang tentang masa. Contoh: “ Time and tide wait for no man”, “ Time flies” dan “Masa itu Emas”.  26. Amalan positif: Mempunyai perancangan waktu Bijak menguruskan tempoh masa yang diberikan Menyelesaikan tugas pada masa yang ditetapkan Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja Menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif Amalan negatif: Membuat kerja peribadi di pejabat Membuat kerja yang tidak mustahak Melayan tetamu yang tidak berkenaan Tidak peka dengan pembaziran masa Tinggalkan pejabat untuk urusan peribadi  27. 2) Ketekunan Membawa Kejayaan Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurna dan membawa kejayaan dan kecemerlangan kepada agensi dan individu. Orang yang tekun tidak menerima kekalahan.Genggam bara api biar jadi arang, kata orang tua-tua. Umat Islam pula sedia maklum bahawa Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bersabar. Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisipilin. Orang yang berdisiplin, bekerja apabila diperlukan bekerja, manakala mereka yang tidak berdisiplin pula tidak bekerja atau curi tulang semasa mereka sepatutnya bekerja. Ketabahan diperlukan apabila berhadapan dengan masalah, besar atau kecil. Setiap halangan adalah cabaran dan bukannya pematah semangat. Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan. Sikap “hangat-hangat tahi ayam” tidak boleh dijadikan model, sebaliknya contohi semangat “ kaizen ” (lakukan sesuatu secara berterusan dan berkesinambungan) seperti yang diamalkan dalam budaya kerja Jepun.  28. Amalan positif: Bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi Cekal

menghadapi kesulitan semasa bertugas Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan Amalan Negatif Tidak tahan kena marah Disuruh buat, baru buat Tidak bercita-cita tinggi Mudah tersinggung Tidak bersemangat  29. Keseronokan Bekerja Kerja merupakan satu beban yang perlu dilakukan untuk hidup. Bekerja merupakan perlakuan yang tiada penghujungnya. Namun begitu, pendirian yang optimis boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan.Jika kerja dianggap ibadat, ia tidak akan membebankan atau membosankan. Penerimaan hakikat ini akan mendatangkan kepuasan bekerja, dan semangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. Manusia yang seronok bekerja bersifat proaktif. Bagi seorang ketua pula, minat dan penghargaan yang ditunjukkan kepada usaha-usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Amalan positif: Menghasilkan sesuatu yang berfaedah Mempunyai komitmen terhadap kerja Menganggap kerja adalah ibadat Mempunyai inisiatif sendiri Sedia memberi bekerjasama Amalan Negatif Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar Sentiasa mengharap dorongan oleh ketua Tidak dipercayai dan selalui dicurigai Tidak diberi masa yang mencukupi Menganggap kerja sebagai beban  30. 4) Kemuliaan Kesederhanaan Kesederhanaan adalah sikap yang menolak keterlaluan, sama ada keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peratuaran, perbelanjaan dan sebagainya. Kesederhanaan menimbulkan keadaan yang bersih, kemas, selesa dan harmoni. Sesuatu yang keterlaluan, umpamanya hiasa yang berlebihan, tidak menmyenangkan mata memandang. Dalam tugas seharian, sikap sederhanaan dalam percakapan, mengeluarkan arahan, bergaul, berpakaian dan lain-lain adalah sangat penting bagi meningkatkan kecekapan sesuatu organisasi. Umat Islam telah diperingatkan bahawa sebaik-baik pekerjaan itu yang sederhana. Kesederhanaan akan menjamin tidak berlakunya pemborosan.  31. Amalan positif: Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat Bijaksana dalam membuat pertimbangan Sedia

menerima cadangan dan nasihat Tidak tamak pangkat dan kedudukan Berlaku adil dalam semua tindakan Bersifat pemaaf dalam pergaulan Tidak memperagakan kemewahan Senang didampingi oleh semua pihak Bermaruah dan berhemah tinggi Amalan negatif: Kedekut atau berlebihan dalam memnehui keperluan organisasi Bercakap dengan menggunakan perkataan bombastik Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal Memperagakan kemewahan dan kedudukan Membazir dan merosakan harta kerajaan  32. 5) Ketinggian Peribadi Peribadi seseorang ialah kesempurnaan personaliti yang meliputi watak, sikap, perilaku, gaya dan penampilan di rumah, organisasi dan masyarakat. Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang.Antara petunjuknya adalah tuturkata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata memandang. Keikhlasan juga nyata, bukan dibuat-buat.Sekali pun ia menduduki tempat sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak angkuh, boleh menegur dan ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa dipelihara. Amalan positif: Teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan Bersopan santun dan sederhana dalam kelakuan Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan Amalan negatif: Bersunguh-sungguh mempertahankan kelemahan dan keburukan diri Suka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaikinya Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain  33. 6)Kekuatan Sifat Baik Hati Tersangat banyak sifat terpuji pada diri orang yang menghayati nilai ini.Sebagai ketua yang kaya dengan sifat perikemanusiaan: simpati, suka menolong orang bawahnya, sedia memberi tunjuk ajar dan adil dalam keputusannya. Salahuddin Al-Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan dikagumi oleh musuh-musuhnya. Dia pernah mengangguhkan serangan ke atas sebuah kubu orang Kristian, kerana seorang knight sedang melangsungkan upacara perkahwinannya pada ketika itu.

Amalan Positif: Merendah diri Berbudi mulia Boleh menerima teguran Sedia menerima cadangan Ikhlas dan bertimbang rasa Amalan Negatif Bersikap tidak peduli terhadap teguran dan nasihat Berdendam apabila tidak dapat sesuatu kemahuan Sombong, bongkak dan membesar-besarkan diri Cepat menghukum tanpa siasatan Tidak boleh menerima kritikan  34. 7) Pengaruh Teladan Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat itu dipimpin oleh seorang pemimpin atau sekumpulan pemimpin, maka segala gerak laku pemimpin itu akan menjadi ikutan. Sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan tamadun agung dibangunkan oleh pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana. Sebaliknya runtuhnya sesuatu tamadun juga disebabkan kelemahan, kegagalan dan kelalaian pemimpinnya. Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan kejayaan atau kecemerlangan. Satu sifat yang dicela pada diri seorang ketua ialah yang berkata, “buat seperti apa yang aku kata, bukan seperti apa yang aku buat.” Ini dapat disamakan dengan ketam mengajar anaknya berjalan betul. Dalam banyak kes pula, teladan buruk apabila ditiru, ditiru dengan terlebih buruk lagi. Pentadbiran kerajaan di negara kita pada masa ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui teladan.Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada semata-mata memberi arahan.  35. Amalan Positif: Tertib dan beradab sepanjang masa Sederhana dalam tutur kata dan tindakan Tidak tamak kepada harta dan kedudukan Berani mempertahankan kebaikan dan kebenaran Mengutamakan kepentingan masyarakat berbanding diri sendiri Amalan Negatif Suka mencai helah untuk mengelak tanggungjawab Suka mengumpat dan mengadudomba Terlalu sensitif dan cepat marah Buruk perangai dan tingkah laku Hasad dengki dan buruk sangka  36. 8) Kewajipan Menjalankan Tugas Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya menyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yang tepat ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh tanggungjawab, bukan sekadar memenuhi syarat saja. Dalam Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna

lari daripada tanggung jawab. Hukumnya, berdosa. Ada orang yang “mencuri” waktu pejabat, berniaga secara sambilan, seperti menjadi pengedar barangan solekan atau pinggan mangkuk dan sebagainya.Pendapatan daripada perniagaan sebegini yang menggunakan waktu “Curi” ini adalah haram. Dalam hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan keprofesionalisme adalah menjadi kayu ukur yang dikehendaki. Amalan positif: Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan Boleh diharap untuk menyempurnakan tugas Cermat dan berdisiplin dalam segala hal Tekun dan sabar menjalankan tugas Sentiasa belajar daripada kesilapan Amalan Negatif: Mengabaikan nasihat dan tujuk ajar Tidak suka membantu rakan sejawat Mudah menyeleweng daripada tanggungjawab Suka membangkang atau berdalih apabila diberi tugas Menggunakan harta kerajaan seperti menggunakan harta sendiri  37. 9) Kebijaksanaan Berhemat Berhemat ertinya berjimat cermat, tidak boros. Boros atau pembaziran adalah dikutuk, dikatakan sahabat syaitan.Dalam kajian yang dibuat di Amerika Syarikat tentang mereka yang mantap kedudukan kewangannya, satu faktor yang sentiasa terdapat pada setiap mereka ini adalah berhemat dalam perbelanjaan mereka, yakni tidak pernah melebihi pendapatan. Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam penggunaan alat tulis dan eletrik. Kertas yang telah dipakai pada sebelah halaman boleh digunakan sebagai scratch paper ; lampu bilik air ditutup selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa waktu rehat. Amalan Positif: Bertanggungjawab terhadap harta kerajaan Menyelenggara harta kerajaan dengan baik Mengadakan sistem kewangan yang berkesan Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan Menyedari bahawa hasil kerajaan dating daripada rakyat Amalan Negatif: Tidak cermat dengan harta kerajaan Suka bermewah dengan harta kerajaan Mempertonjolkan kehebatan dan kemewahan Kurang peka dan bakhil dengan keperluan awam Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya

 38. 10) Keutamaan Kesabaran Orang yang sabar dapat menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Islam, kesabaran adalah sifat terpuji. Lumrah diketahui bahawa tidak ada kemenangan atau kejayaan tanpa kesabaran. Dalam sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w., penentangan daripada pembesar-pembesar Quraisy tidak mematahkan semangat perjuangan beliau. Berkat kesabaran, akhirnya Islam diterima dan berkembang. Demikian juga dengan kemajuan sains dan teknologi dunia di mana para perekacipta seperti Thomas Edison, Elaxander Graham Bell, Marconi, J.L. Baird dan banyak lagi ahli-ahli sains yang telah berjaya kerana sifat kesabaran mereka yang tinggi. Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif dan dinamik. Dia tidak takut mencuba dan tidak jemu mencari alternatif-alternatif. Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah satu eset, terutama dalam menghadapi kerenah orang lain. Amalan Positif: Tenang menghadapi masalah rumit Mempunyai perhitungan jauh Pemaaf dan berhemah tinggi Taham menreima cabaran Cermat dalam tutur kata Amalan Negatif: Selalu mengubah pendirian dan keputusan Tidak tahan menghadapi kesusahan Tidak sanggup berkorban Tidak bertanggungjawab Berpandangan sempit  39. 11) Peningkatan Bakat Bakat sebenarnya adalah manifestasi kecerdikan, mengikut teori multiple intelligences. Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan dapat menghasilkan kerja yang bermutu. Bakat jika tidak dipupuk dan dipertingkatkan menjadi sia-sia. Sebaliknya, jika dipertingkatkannya, individu sendiri dan organisasinya akan turut menerima faedahnya. Di bawah konsep Persyarikatan Malaysia, negara juga akan turut mendapat keuntungan daripada peningkatan bakat individu-individu, kejayaan sektor swasta akan turut mempengaruhi juga sektor awam. Ketua Jabatan wajar mengenal pasti orang bawahannya yang berbakat serta menggalakkan bakat tersebut dipertingkatkan dan diperkembangkan. Amalan positif: Memberi dorongan terhadap kreativiti Memberi galakan kepada pemikiran yang baru Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif Memberi pengiktirafan kepada

usaha-usaha original Menyediakan persekitaran dan suasana yang dapat melahirkan idea-idea kreatif Amalan negatif: Menyekat pemikiran baru Tidak menggalakkan percubaan Takut mencuba sesuatu yang baru Tidak menghargai bakat yang ada Memperkecilkan usaha-usaha original  40. 12) Nikmat Mencipta Bahan utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti. Idea-idea lateral seperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de Bono, dapat membantu mencipta sesuatu. Di jabatan-jabatan kerajaan banyak tradisi kerja yang boleh digantikan dengan yang baru. Misalnya, tradisi pegawai atasan mengelak daripada berjumpa dengan pelanggan. Dalam perbankan, biasanya pelanggan datang ke bank untuk menyelesaikan urusan, misalnya pinjaman.Tetapi, hari ini ada bank yang menghantarkan pegawainya untuk mendapat tanda tangan peminjam yang sedang menunggu penerbangan di lapangan terbang. Banyak idea yang pada mulanya nampak janggal atau “gila-gila”, akhirnya diterima dengan baik. Misalnya pembinaan Jambatan Pulau Pinang, KLCC, Putrajaya dan sebagainya.  41. Amalan positif: Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah Gembira melihat wujunya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran Senang bermain dengan idea dan berani mencuba Sentiasa berada dalam cabaran intelektual Over-zealos dengan pekerjaan Amalan negatif Mempertahankan status quo secara membuta tuli Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada Memandang remeh usaha orang lain Tidak sabar dalam penciptaan baru Takut menemui kegagalan  42. b) Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah telah diperkenalkan pada April 1982. Tujuan pelancaran dasar ini adalah untuk mewujudkan etika kerja dan sikap kakitangan perkhidmatan awam yang bersih, cekap dan amanah. Dengan adanya sikap-sikap positif ini diharapkan dapat meninggikan lagi mutu kerja dan produktiviti mereka. Pengertian amalan "Bersih, Cekap, dan Amanah" dalam konteks

perkhidmatan awam adalah seperti berikut: i) Bersih Sikap bersih bermaksud memiliki akhlak mulia, bersifat berkecuali, tidak mementingkan diri, bertertib, dan berdisiplin serta tiada perasaan hasad dan dengki. ii) Cekap Sikap cekap bermaksud pantas di dalam mengambil tindakan dan keputusan, berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan, memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi, tegas memegang prinsip, produktif, serta berilmu pengetahuan. iii) Amanah Amanah bermaksud melaksanakan tugas dengan tekun dan ikhlas, mempunyai sifat luhur dan mumi, sertajujur di dalam pergaulan dan perhubungan dengan organisasi.  43. c) Dasar Pandang ke Timur Dasar Pandang Ke Timur telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Dasar ini bertujuan untuk mencontohi Negara Jepun dan negara-negara Asia lain yang maju seperti Korea Selatan dan Taiwan. Matlamat dasar ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai kerja dan sikap-sikap positif seperti tekun, rajin, berdedikasi, bekerjasama, bersih dari segi rohani dan jasmani serta cekap supaya penghasilan kerja dapat ditingkatkan. Di antara program-program yang dijalankan di bawah dasar ini ialah penubuhan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK), konsep pejabat terbuka, penggunaan kad perakam waktu dan tanda nama, serta program-program latihan dan kursus seperti Latihan Perindustrian dan Teknikal dan Program Pengajian Akademik. d) Kempen Kepimpinan Melalui Teladan Kempen ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 19 Mac 1983 bertujuan menanam dan memupuk ciriciri berkesan untuk dicontohi, dihayati, dan diamalkan oleh segenap lapisan anggota kerajaan Malaysia. Antara nilai-nilai kepimpinan yang seharusnya ada pada kakitangan awam adalah seperti sifat rajin, jujur, bersih, cekap, dan amanah.  44. e) Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran telah diperkenalkan pada tahun 1985. Dasar ini cuba menanam nilai-nilai keislaman kepada kakitangan awam tanpa mengira kaum dan agama. la bukannya

bertujuan untuk mengislamkan bangsa-bangsa lain sebaliknya menjadi satu kaedah untuk memupuk kerjasama melalui pegangan kepada nilai-nilai mumi yang dikongsi bersama. Sebelas nilai-nilai Islam telah dikenal pasti untuk diterapkan kepada kakitangan awam iaitu amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia, bersyukur.  45. f) Budaya Kerja Cemerlang Menyedari tentang kepentingan Perkhidmatan Awam untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan, gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang bertemakan "Kualiti Teras Kejayaan" telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 November 1989. Tujuannya adalah untuk memupuk satu budaya kerja yang berorientasikan kualiti dalam mewujudkan Perkhidmatan Awam yang lebih cemerlang. Tiga aspek telah dikenal pasti untuk meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam melalui Budaya Kerja Cemerlang iaitu: Kualiti perkhidmatan-kakitangan awam dapat memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh sopan, menepati masa dan peka kepada kehendak rakyat; Kualiti proses-proses pemberian perkhidmatan dikawal dengan baik dan peraturan- peraturan yang digunakan hendaklah munasabah, cekap dan tidak membebankan; dan Kualiti tenaga manusia-kakitangan awam itu sendiri hendaklah berpengetahuan dan berketerampilan dalam bidang masing-masing serta mempunyai ciri-ciri profesionalisme yang tinggi.  46. Etika Organisasi Dan Pekerja Gabungan yang mantap dan sempurna di antara pengurusan dan pekerja merupakan faktor yang penting ke arah kesejahteraan organisasi. Bagi memastikan matlamat itu tercapai, peranan dan tanggungjawab kedua-dua pihak itu perlu dikenal pasti dengan jelas agar tidak timbul sebarang perselisihan. Etika yang perlu dititikberatkan oleh pengurusan terhadap para pekerjanya dapat di lihat dari aspek-aspek berikut: Menilai dan memperbaiki perkhidmatan pekerja Aspek ini perlu dilakukan dari masa ke semasa dalam urusan pengendalian tugas. Pentingnya perkara ini dilaksanakan adalah

supaya para pekerja benar-benar faham tugas-tugas yang diberikan memenuhi peraturan dan saling membantu antara satu sama lain. Menghindarkan pengamalan pilih kasih Para pekerja perlu diberikan layanan yang seadil mungkin agar mereka tidak merasai wujudnya amalan pilih kasih. Mereka perlu dilayan dengan rasa penuh kemesraan oleh pegawai-pegawai atasan. Suasana demikian akan mewujudkan rasa hormat-menghormati dan sumbangan serta kepercayaan pekerja kepada organisasi akan bertambah.  47. Memberikan perhatian kepada keperluan Penyediaan tempat dan suasana kerja yang kondusif adalah perlu bagi menjamin keprihatinan terhadap para pekerja. Sebarang ugutan dan sungutan hendaklah dipertimbangkan dengan penuh rasa simpati tanpa dibiarkan berlarutan. Ini akan memastikan moral mereka tidak menurun disebabkan kurangnya layanan dan perhatian yang sewajarnya. Memastikan perdapatan yang berpatutan Pemberian upah yang tidak setimpal dengan tugas boleh dianggap sebagai pencabulan hak asasi manusia. Sebarang penangguhan bayaran upah/gaji tanpa sebab yang munasabah merupakan penindasan dan kezaliman. Demikian juga para pekerja berhak mendapat kemudahan kesihatan, pampasan dan jaminan hidup selepas bersara. Semua ini adalah aspek kebajikan sosial yang perlu diambil kira untuk kesejahteraan para pekerja.  48. Mengagihkan tugas berdasarkan kepakaran dan kemampuan Sebarang penyusunan dan penentuan tugas perlulah dikendalikan dengan wajar. Tindakan menyerahkan tugas kepada yang bukan sepatutnya akan menjejaskan prestasi pekerja berkenaan. Masalah seperti ini sekiranya tidak dibendung akan memberi kesan kepada organisasi secara langsung. Mementingkan perhubungan dan komunikasi dua hala Untuk menjalinkan hubungan yang erat di antara pekerja dan organisasi, perhubungan dan komunikasi dua hala penting diamalkan. Sebarang persoalan dan masalah kerja, perbezaan pendapat serta penyelesaian masalah yang terbaik dapat dicapai dan diselesaikan dengan mudah dan segera.

 49. Mengagihkan tugas berdasarkan kepakaran dan kemampuan Sebarang penyusunan dan penentuan tugas perlulah dikendalikan dengan wajar. Tindakan menyerahkan tugas kepada yang bukan sepatutnya akan menjejaskan prestasi pekerja berkenaan. Masalah seperti ini sekiranya tidak dibendung akan memberi kesan kepada organisasi secara langsung. Mementingkan perhubungan dan komunikasi dua hala Untuk menjalinkan hubungan yang erat di antara pekerja dan organisasi, perhubungan dan komunikasi dua hala penting diamalkan. Sebarang persoalan dan masalah kerja, perbezaan pendapat serta penyelesaian masalah yang terbaik dapat dicapai dan diselesaikan dengan mudah dan segera.  50. Etika Organisasi Terhadap Pekerja Kita perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk menjamin kebajikan dan keselamatan para pekerjanya. Ini adalah kerana sebarang perasaan terancam, tertekan, tergugat dan segala macam penindasan akan merendahkan moral para pekerja dan semestinya membawa kesan negatif kepada produktiviti. Oleh yang demikian, pihak organisasi mestilah berusaha mengelakkan berlakunya perkara-perkara negatif untuk menjaminnya sentiasa berkeadaan efisien dan cekap.Untuk kepentingan kedua-dua pihak sesebuah organisasi perlu mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan para pekerjanya seperti berikut: 1) Kebajikan Kebajikan merupakan etika yang mesti dilaksanakan oleh pengurusan agar kesejahteraan dan keharmonian hidup para pekerja lebih terjamin. Para pekerja bukan sahaja perlu diberikan peluang untuk memperoleh keselesaan bekerja tetapi juga perlu diberikan peluang untuk mengembangkan idea, potensi dan kebolehan supaya mereka terus maju. Apabila mereka terus maju pihak organisasi juga, secara tidak langsung, bakal menerima impak yang sama akibat daripada kemajuan itu.  51. 2) Keselamatan Keselamatan para pekerja lebih memusatkan kepada perlindungan keselamatan yang mungkin berlaku di tempat kerja. Kemalangan di tempat kerja yang sering berlaku bukan sahaja menjejaskan produktiviti bahkan juga menyebabkan organisasi

berkenaan menghadapi kesukaran dalam proses pengambilan pekerja ganti. Semakin ketaralah lagi akibatnya sekiranya tempat kerja itu diketahui umum sebagai salah sebuah tempat kerja yang berbahaya. Lantaran itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan mengambil inisiatif serta menggemblengkan tenaga untuk mewujud dan memperkemaskan langkah-langkah keselamatan di tempat kerja masingmasing. Sekiranya langkah-langkah keselamatan dapat dilaksanakan dengan jayanya maka peratusan kemalangan akan berkurangan dan seterusnya akan menjamin kesejahteraan kepada para pekerja dan juga organisasi terbabit. Kesimpulannya, aspek kebajikan dan keselamatan pekerja yang diawasi dengan sempurna akan mewujudkan suasana bekerja yang lebih tenteram dan selamat. Tanpa kedua-dua aspek tersebut, kemantapan perjalanan sesebuah organisasi akan menjadi tidak bermaya berbanding dengan pesaing-pesaingnya yang terus menempa kejayaan.  52. Tindakan Mengawal Kebajikan Pekerja Salah satu tanggungjawab penting pengurus adalah memastikan pada setiap masa organisasinya dapat diuruskan dengan betul dan terkawal. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini pengurus perlu menggunakan kuasanya secara efektif dan positif, misalnya beliau perlu guna autoriti untuk mempengaruhi pekerja supaya memberikan lebih komitmen terhadap organisasi melalui teguran yang membina atau mewujudkan sistem kenaikan pangkat/merit berdasarkan kesungguhan pekerja memberi sumbangan. Pengurus yang berkaliber harus menetapkan matlamat yang hendak dicapai dengan jelas dan menjadikan matlamat itu sebagai panduan dalam pengurusannya. Selain itu, pengurus juga perlu sedar tentang kehendak. para pekerja dan memastikan kebajikan mereka terjamin. Ini adalah kerana pekerja-pekerja merupakan aset terpenting yang memastikan produktiviti berjalan dengan lancar. Sebarang ketidakadilan terhadap mereka hanya akan menyebabkan penentangan yang membawa kepada kejadian yang tidak diingini. Kini kita dapati keperihatinan kerajaan Malaysia terhadap hal-ehwal para pekerja telah membawa kepada kewujudan pelbagai tindakan yang menguntungkan golongan yang berkhidmat

dengan majikan. Antara tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pekerja untuk meningkatkan suasana kerja ialah melalui penubuhan Kesatuan Sekerja dan tindakan "tiupan wisel".  53. Kesatuan Sekerja Dalam sesebuah masyarakat yang adil, Kesatuan Sekerja memainkan peranan penting untuk membela nasib ahli-ahli pertubuhannya. Berdasarkan kepada keperihatinan kerajaan terhadap pekerja-pekerja itulah maka wujudnya kesatuan yang bertujuan seperti berikut: Membolehkan pekerja-pekerja melibatkan diri dalam kesatuan. Menggalakkan tawar-menawar secara kolektif antara pihak majikan dan pekerja. Meningkatkan taraf hidup pekerja. Menambahkan produktiviti pekerja. Menyediakan kemudahan keselamatan yang lebih semasa menjalani tugas di dalam dan di luar masa kerja. Tujuan sebenar diwujudkan Kesatuan Sekerja adalah untuk: Mengurangkan bidang kuasa pengurusan terhadap pekerja; Membolehkan pekerja melibatkan diri dalam pembentukan dasar-dasar yang menyentuh kebajikan dan perkhidmatan kakitangan; Memaksimumkan pembangunan ahli secara keseluruhannya dan tidak hanya tertumpu kepada individu-individu tertentu sahaja; dan Menerajui pertumbuhan ahli-ahli kesatuan dan meluaskan pengaruhnya. Pertubuhan yang mewakili para pekerja ini memperjuangkan hak bersuara dan hak asasi mereka, seperti kadar bayaran gaji atau upah serta waktu bekerja. Di samping itu membantu untuk mendapatkan pampasan.  54. Tiupan Wisel Setiap organisasi bertanggungjawab secara moral untuk melindungi kebajikan pekerjanya, terutamanya untuk mengelak daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini, seperti kecederaan fizikal atau mental. Pada amnya, pihak pengurusan mempunyai tanggungjawab moral untuk mengelakkan sesuatu kejadian yang boleh menyebabkan seseorang menerima akibatnya. Salah satu cara yang dilakukan oleh para pekerja untuk mendedahkan salah laku skandal atau rahsia di dalam organisasi ialah tiupan wisel. la merupakan suatu tindakan yang dilakukan oleh pekerja untuk memberitahu kepada pihak

awam tentang sebarang kesilapan majikan yang tidak bermoral atau menyalahi undangundang. Keadaan-keadaan yang boleh mengakibatkan tindakan tiupan wisel boleh diambil adalah seperti berikut: Menyebabkan kecederaan kepada pihak ketiga Mencerobohi hak asasi manusia; dan Mengadakan aktiviti yang bertentangan dengan tujuan atau matlamat penubuhan sesebuah organisasi.  55. Namun demikian, tiupan wisel hanya boleh dilakukan dengan syarat ia memenuhi kriteriakriteria berikut: la dilakukan dengan bermotif moral, misalnya mengelakkan kecederaan kepada pihak ketiga. Sekiranya dilakukan semata-mata untuk kepentingan peribadi maka tindakan itu menyimpang dari etika. Peniup wisel kecuali dalam keadaan tertentu, telah menggunakan beberapa cara atau saluran dalaman sebelum diambil keputusan untuk mendedahkan kepada pihak awam. Peniup wisel mestilah mempunyai bukti yang kukuh berkaitan dengan perkara tersebut. Tiupan wisel dilakukan setelah dikaji secara mendalam tentang bahayanya tindakan yang akan diambil. Peniup wisel telah memikirkan bahawa tindakannya mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya. Walaupun tiupan wisel pada dasarnya boleh mendatangkan kebaikan jikalau dilakukan mengikut prosedur tertentu, namun ia memerlukan keberanian dan bukti-bukti yang kukuh sebelum dilakukan. Peniup wisel harus menyedari risiko yang akan dihadapinya seperti dipulaukan, atau lebih teruk lagi is mungkin terus dibuang kerja. Tetapi ia tetap menjadi suatu tindakan yang beretika jika perbuatan itu mendatangkan implikasi yang baik terhadap hak asasi manusia keseluruhannya.  56. Etika Pekerja Terhadap Organisasi Para pekerja juga mempunyai etika dan tanggungjawab terhadap organisasi. Aspek ini penting untuk memastikan organisasi berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan oleh para pekerja adalah seperti berikut: 1. Memberikan komitmen yang jitu Sesebuah organisasi mengharapkan komitmen yang tinggi daripada pekerjanya dalam pengendalian tugas masing-masing. Organisasi yang bernasib baik mendapat pekerja-pekerja yang komited

mudah mencapai matlamat yang dituju. Apabila matlamat mudah dicapai, kesejahteraan yang bakal diterima oteh organisasi juga akan turut meningkat. 2. Mempunyai keyakinan terhadap kemampuan organisasi Para pekerja mestilah menaruh sepenuh keyakinan terhadap organisasinya bagi mewujudkan semangat dan motivasi kerja yang tinggi. Oleh yang demikian, para pekerja akan terdorong untuk memberi sumbangan yang semaksimum mungkin.  57. 3. Bertimbang rasa dan tidak terlalu mengharapkan ganjaran Para pekerja seharusnya sentiasa bertimbang rasa dan tidak terlalu memikirkan soal ganjaran semata-mata. Perasaan sedemikian dengan sendirinya timbul dari kepuasan yang mereka peroleh daripada perkhidmatan yang tidak terancam. Sekiranya pihak organisasi mampu memberikan ganjaran hendaklah dianggapkan sebagai bonus untuk menggalakkan peningkatan motivasi dan prestasi yang lebih mantap. Jelaslah kepada kita sekarang bahawa pihak pengurusan dan pihak pekerja saling memahami kewajipan masing-masing. Dengan demikian prestasi organisasi yang menyara hiclup para pekerja dapat terus maju dan menguntungkan kedua-dua pihak. Semangat bekerjasama dan perasaan kekitaan di antara organisasi dan pekerja-pekerja membawa kepada peningkatan organisasi. Nilai-nilai positif seperti bertolak ansur dan saling mempercayai hendaklah dijadikan sebagai suatu amalan.  58. Etika Negatif Dalam Pengurusan Jenayah Kolar Putih Jenayah ini merupakan perbuatan yang melanggar etika pengurusan. Golongan yang melakukan jenayah ini tidak mengendalikan tugas secara jujur dan tidak mematuhi undang-undang. Jenayah kolar putih melibatkan golongan berjawatan tinggi dalam sesebuah organisasi, ahli-ahli profesional dan berpendidikan tinggi. Di antara jenayah kolar putih yang sering dilakukan ialah pecah amanah (criminal breach of trust), penipuan, pemalsuan, pengedaran wang palsu dan penyalahgunaan kad kredit. Penjenayah-penjenayah berkenaan berbuat demikian mungkin

kerana hutang yang banyak, kalah dalam perjudian, terlampau aktif dalam pelaburan saham, dan mengamalkan corak hidup mewah.  59. Rasuah Rasuah melibatkan dua pihak iaitu pihak memberi dan pihak lagi menerima suapan sebagai dorongan atau upah atau galakan supaya melakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan. Wang yang dikenali sebagai kickbacks merupakan alat penting dalam amalan rasuah. Ada juga rasuah dalam bentuk hadiah berharga, keraian, hamper, lawatan dan sebagainya. Rasuah mendatangkan keuntungan kepada pihak pemberi dan penerima. Jenayah yang dilakukan secara "scratch your back and you scratch my back" ini sukar dikesan kerana dilakukan secara sulit. Namun is meninggalkan pelbagai kesan terhadap individu, masyarakat dan negara. Salah satu kesan rasuah ialah ia membeban pengguna yang secara tidak langsung "membiayai" rasuah itu, di samping menerima produk yang tidak berkualiti. Lantaran itu, segenap lapisan masyarakat perlu memberikan kerjasama kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menangani gejala tersebut.  60. Bahagian Ketiga ETIKA PERNIAGAAN Etika Perniagaan perlu ditegaskan bagi membasmi dan memelihara pengurusan perniagaan daripada berlakunya kecurangan dan pelanggaran hak masyarakat. Oleh sebab itu, etika perniagaan sangat diperiukan untuk menjamin semua unsur ini berada dalam keadaan harmoni yang akhimya boleh memberi keuntungan kepada semua pihak. Secara umunnya, tujuan etika perniagaan ialah ialah: a) Memelihara hubungan Perniagaan ialah kegiatan yang dijalankan oleh manusia. Hubungan antara manusia amat penting bagi menjalankan sesuatu perniagaan. Peniaga tidak boleh hanya mementingkan kepentingan diri sahaja. Seseorang peniaga harus prihatin kepada kepentingan orang lain misalnya kepentingan syarikat, pekerja, pembekal, pelanggan dan sebagainya. Hubungan yang tidak baik akan membawa masalah kepadanya. Dari sudut sesebuah syarikat, hubungan antara syarikat dengan pekerja, syarikat dengan pelanggan, syarikat dengan syarikat pesaing dan syarikat dengan pemerintah juga perlu diutamakan.

Setiap pihak yang terbabit memainkan peranan dalam memelihara kestabilan dan kemajuan syarikat. Justeru etika adalah penting dalam aspek perniagaan.  61. b) Mengawal tingkahlaku Imej sesebuah syarikat amat penting memberi keyakinan kepada pelanggan. Sesebuah syarikat yang tidak mengamalkan etika perniagaan yang baik akan menjatuhkan imej syarikat tersebut. Selain daripada mengawal tingkahlaku dengan pihak luar syarikat, etika juga penting untuk mengawal tingkah laku semua pihak di dalam sesebuah syarikat. Contohnya mengawal tingkah laku pekerja agar syarikat berkembang stabil dan produktiviti. c) Mengelak campur tangan luaran Amalan etika perniagaan yang baik dapat mengelak campur tangan kerajaan dan badan-badan luar seperti Persatuan Pengguna, Persatuan Pengilang, Majlis Peguam dan sebagainya yang sentiasa memantau keskes rasuah, merahsiakan kemalangan, menyalahgunakan akaun belanja dan sebagainya.  62. Kod Etika Perniagaan Setiap perniagaan mempunyai kod etikanya tersendiri yang mesti dijaga. Kod etika yang hendak dilaksanakan perlu ditentukan dan dipraktikkan. Pembentukan kod etika perniagaan akan ditentukan melalui perbincangan bersama daripada peringkat tertinggi hingga ke peringkat rendah dalam syarikat tersebut. Kod ini tidak boleh dilanggar kerana ia merupakan nadi kejayaannya. Terdapat 4 kod etika yang dibincangkan iaitu: 1) Perniagaan mesti mengiktirafkan pengguna Pengguna atau pelanggan mempunyai hak ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan kerana mereka telah membayar harga dan mempunyai hak milik ke atas barangan tersebut, Oleh itu, mereka berhak mendapat kuantiti dan kualiti yang setimpal dengan wang yang dibayarnya. Peniaga mesti mengakui dan menerima hakikat ini bersesuaian dengan peruntukan undang-undang yang sentiasa memelihara hak pengguna.  63. 2) Perniagaan mesti jujur Seseorang peniaga mempunyai tanggungjawab terhadap semua pihak bagi sebarang urusan yang telah dijalankan. Kejujuran dan ketelusan hati adalah satu daripada nilai asas manusia. Jadi, peniaga tidak patut dan tidak harus menyembunyikan

sebarang perkara yang melibatkan hak kepentingan bagi pihak yang berurusan dengannya. Sebagai seorang peniaga beliau bertanggungjawab untuk memberitahu dengan jelas kuantiti, kualiti dan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dijual kepada pelangganpelanggannya. Peniaga tidak boleh menipu kerana perbuatan yang buruk itu akan menyusahkannya apabila ia disisih oleh semua orang dan memberi kesan kepada imejnya dan kemungkinan akan menjejaskan perniagaannya. 3) Perniagaan mesti adil Peniaga juga perlu mengamalkan sikap adil dan saksama semasa menjalan sebarang urusan. Beliau patut tidak berat sebelah dalam semua tindakan yang diambil olehnya. Misalnya, upah kepada semua pekerja mesti wajar dan setimpal dengan tugas yang dijalankan. Sebarang hukuman, Jika dikenakan ke atas merekajuga mesti dilaksanakan dengan saksama, tidak berat sebelah dan tiada pilih kasih. Dari segi aspek penentuan harga pula, harga barangan atau perkhidmatan untuk pelanggan mesti wajar dengan kuantiti dan kualitinya, Seseorang peniaga yang mengamalkan penetapan harga yang berbeza kepada pelanggan yang berlaman adalah suatu tindakan yang telah menyalahi etika perniagaan. Cuba bayangkan, jika tindakan peniaga tersebut diketahui oleh salah satu pelanggan, apakah tindakan yang akan lakukan oleh pelanggan tersebut pula. Pelanggan tersebut mungkin akan memberitahu perkara tersebut kepada orang-orang yang sekelilingnya. Tindakan ini akan menyebabkan imej peniaga tersebut terjejas dan jika keadaan ini berterusan, maka ia akan mengakibatkan perniagaannya mengalami kerugian.  64. 4) Perniagaan mesti bersaing secara sihat Persaingan yang sihat bererti semua peniaga perlu menjalankan urusan perniagaan secara jujur dan sihat. Dalam unia perniagaan yang sihat, segala perniagaan tidak patut mengkhianati perniagaan yang lain dengan apa cara sekalipun. Misalnya dilarang menjatuhkan pesaingnya dengan memburuk-burukkan pesaingnya, mendapatkan maklumat penting syarikat lain dengan cara yang haram seperti pemberian rasuah kepada kakitangan syarikat tersebut. Sebaliknya, mereka patut berkongsi

untuk mencari faedah bersama seperti mengamalkan perkongsian pintar supaya sama-sama untung dalam perniagaan. Kesimpulannya, empat kod kesimpulan tersebut sebenamya tidak lari daripada prinsip-prinsip asas etika iaitu menghargai kehidupan, mewujudkan kebaikan, menghapuskan keburukan, mencari kebenaran, menegakkan keadilan dan mencintai kebebasan yang akhimya melahirkan kebahagian dan kesejahteraan manusia keseluruhannya. Dalam kod perniagaan ini lebih menekankan apa yang patut dan tidak patut dilakukan oleh seseorang peniaga semasa menjalankan urusan perniagaan.  65. Kaedah Syarikat Mengamalkan Etika Perniagaan Memandangkan pengamalan etika perniagaan semakin penting dan aktiviti yang tidak beretika atau haram telah dilakukan oleh para pengurus dan pekerja semakin melanda. Kini terdapat banyak syarikat telah menjadikan faktor tambahan yang mempengaruhi tingkah laku etika individu. Demi membasmikan kelakuan yang tidak bertika, terdapat banyak syarikat telah menetapkan tata tingkah laku dan mewujudkan pendirian yang jelas tentang cara firma dan kakitangan mereka menjalankan perniagaan, Sesetengah syarikat juga mengedarkan buku kecil etika kepada semua pekerjanya. Untuk memastikan pengamalan etika perniagaan sesebuah syarikat secara bekesan, beberapa tindakan telah dilaksanakan. Diantaranya: a) Mengamalkan kod bertulis Kini banyak syarikat telah mengamalkan kod etika bertulis secara rasmi memaklumi niat mereka untuk menjalankan perniagaan dengan sikap yang beretika. Kod etika perniagaan yang diamalkan berfungsi untuk: Menambahkankan keyakinan awam terhadap firma tersebut. Mengurangkan kemungkinan kawalan kerajaan dengan menunjukkan komitmen bagi kawalan diri. Menentukan tindakan apabila tingkah laku tak beretika berlaku.  66. b) Menjalankan program beretika Pengajian perniagaan telah menjadi pemain utama dalam perdebatan tentang pendidikan etika. Kebanyakan analisis bersetuju bahawa walaupun pengajian perlu menyentuh isu etika di tempat kerja, namun syarikat-syarikat mestilah mengambil tanggungjawab utama mendidik pekerja. c) Membentuk orientasi beretika

Membentuk kod etika bukan tugas yang mudah, tetapi para analisis dan pengurus tahap atas bersetuju bahawa hal ini boleh dan mesti dilakukan. Seperti yang dinyatakan oleh pengerusi Johnson&Johnson, James Burke, "Kelakuan berertika memang selalunya membuatkan perniagaan menjadi sangat baik." Dalam satu hal, kos kelakuan etika lebih murah daripada aktiviti yang boleh dipersoalkan. d) Membuat Keputusan Menurut Etika Sesuatu keputusan yang dibuat oleh sesebuah syarikat dapat dilihat dari dua segi iaitu samada ia beretika atau tidak beretika dan sah di sisi undang-undang atau tidak sah di sisi undangundang.  67. Bahagian Keempat ETIKA PERNIAGAAN ISLAM Masalah etika telah melanda masyarakat hampir di sepanjang zaman dalam hampir setiap aspek hidup, termasuklah urusan perniagaan. Apa yang sering berlaku di kalangan peniaga ialah sungutan bahawa mereka terpaksa memberi sogokan kepada orang-orang tertentu jika mereka hendak mendapatkan sesuatu projek. Sungutan atau memberi rasuah juga sering didengar oleh kita bahawa sesuatu projek yang dilaksanakan itu tidak siap mengikut jangka masa yang ditetapkan, tidak memenuhi spesifikasi-spesifikasi yang dikehendaki dan lain-lain lagi. Di samping itu, para pelanggan juga sering kena tipu apabila membeli sesuatu barangan, seperti buah durian, cempedak, tembikai, dan lain-lain. Kerapkali kita dapati barang itu tidak sebaik yang kita inginkan, walaupun semasa kita membeli, kita diberi berbagai jaminan yang sangat meyakinkan. Perkara-perkara seperti ini berlaku dengan berleluasa, ia dilakukan dengan cara yang teliti dan berperancangan sehingga sukar dikesan atau dibawa ke mahkamah. Justeru itu, walaupun hukuman berat boleh dijatuhkan, tetapi penjenayah kolar putih masih berlaku dengan berleluasa. Dalam keadaan seperti ini, Islam menentukan supaya setiap orang yang hendak melakukan sesuatu perbuatan haruslah mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan, sebelum mereka menceburkan diri dalam hal itu.

 68. Pendekatan dalam Etika Perniagaan Islam a) Prinsip Tidak Memudaratkan Prinsip ini menghalang atau mengurangkan sifat atau tindakan negatif terhadap orang lain, dengki mendengki, mementingkan diri sendiri atau tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang. Ia merujuk kepada kesan produk atau perkhidmatan terhadap pengguna dan alam sekitar. Prinsip ini bersifat universal dan boleh dipraktikkan dalam semua aspek dan dimensi kehidupan manusia. la bukan sahaja melarang tindakan atau sikap yang memudaratkan orang lain tetapi juga memudaratkan diri sendiri. Dalam konteks pengeluaran dan perkhidmatan pengamatan prinsip 'tidak memudaratkan' ini akan memastikan bahawa sesebuah oraganisasi perniagaan atau syarikat itu tidak terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan perkembangan mental, emosi, spiritual dan fizikal masyarakat dan individu. b) Niat Yang Betul Peniaga muslim harus mempunyai niat yang ikhlas dalam perniagaannya agar dia mendapat keredhaan Allah s.w.t. dalam segala aspek kehidupannya. c) Al-Adl wa Ihsan Salah satu daripada etika penting dalam perniagaan ialah melaksanakan 'al-Adl wa Ihsan' atau keadilan dan ihsan melalui: Kita disuruh memberi sedekah Kita disuruh melakukan keadilan Kita dilarang membuat kezaliman Kita disuruh melakukan kebajikan Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkar  69. ) Keadilan Dalam Perniagaan Keadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang dikehendaki oleh syari'at Islam. e) Amanah Dan Benar Dalam Urusan Perniagaan Tindakan dan keputusan yang berdasarkan sifat amanah dan kebenaran adalah perlu bagi memastikan urusan perniagaan itu adil dan setiap orang samada pembeli atau pengusaha mendapat haknya. Penipuan dan perpecahan akan dapat dielakkan sekiranya semua pihak bersifat amanah dan benar. Dengan sifat ini usahawan akan mendapat untung yang sewajarnya dan pembeli akan mendapat barangan atau perkhidmatan yang sepadan dengan harga yang dibayar.

 70. f) Amar maaruf nahy mungkar Pendekatan ini adalah berdasarkan kepada akal dan keadilan serta dituntut mengamalkan cara berniaga yang betul dengan menolak segala yang buruk dan jelas bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Agama Islam menekankan kehidupan yang beretika dan bebas daripada segala kejahatan. Setiap Muslim dikehendaki berlaku adil, bermurah hati dan berlaku adil dalam apa-apa jua keadaan. Agama Islam melarang segala perbuatan atau tindak laku yang sumbang, jahat, kejam, tidak adil dan menindas orang lain. Sistem pengurusan perniagaan Islam adalah berbeza daripada amalan ekonomi kapitalis yang membiarkan pasaran berjalan secara bebas tanpa sebarang kawalan, sehingga ia menjadi medan penindasan pihak yang kuat ke atas pihak yang lemah. Islam menetapkan kebebasan perniagaan secara beratur. la tidak membenarkan sebarang keuntungan yang diperolehi dengan cara yang tidak jujur seperti mengurangkan timbangan, menyembunyikan kerosakan, menyorok barangan untuk menaikkan harga, memonopolikan pemilikan barangan dalam pasaran dan sebagainya. Sebaliknya, urusan perniagaan adalah bersih dan bebas daripada sebarang penipuan samada terhadap penjual atau pembeli.  71. Sifat-sifat falam Etika Perniagaan Islam Keseimbangan Islam memberi penekanan yang seimbang terhadap kehidupan dan dunia akhirat. la menyeru agar setiap peniaga Islam agar tidak melupakan kewajipannya kepada Allah. Bagi peniaga yang gagal dalamurusan kebendaan akan rugi besar sekiranya dia tidak pemah mengingati Tuhan dan segala perhitungan mengenai haram halal, dosa-pahala dan syurga-neraka. Selain itu, para peniaga juga perlu menjaga keseimbangan kehidupan rohani dan jasmaninya. Setelah mengambil kira keseimbangan dalam kehidupan dunia dan dunia akhirat, peniaga barulah hanya boleh mengimbangi kepentingan dirinya dengan kepentingan masyarakat di sekitamya. Kejujuran Islam melarang sebarang penipuan, pemalsuan dan kecurangan dalam urusan perniagaan. Misalnya, ia tidak membenarkan peniaga meletakan harga yang lebih tinggi daripada harga yang telah ditetapkanoleh kerajaan. Ini adalah kerana tindakan ini telah bertentangan dengan

prinsip perniagaan Islam yang tidak membenarkan penindasan ke atas mana-mana pihak samada penjual atau pembeli.Sebaliknya, ia menggalakkan penyampaian maklumat yang betul lengkap kepada para pembeli mengenai barangan yang dijual. Islam sangat mementingkan kejujuran para peniaga dalam menjalani urusan niaga mereka kerana sikap kejujuran merupakan punca keberkatan dankeredaan daripada Allah, Maka, para peniaga dikehendaki berterus terangatau mengamalkan sikap ketelusan dengan tidak menyembunyikan sebarang maklumat penting.  72. Keadilan Islam tidak membenarkan urusan perniagaan yang mengandungi unsur ketidakadilan kerana ia boleh menyebabkan pihak yang terlibat dalam sesuatu urusan perniagaan itu mengalami kerugian dan menanggung beban yang tidak sepatutnya. Ini adalah kerana ketidak adilanyang berlaku dalam urusan perniagaan akan melibatkan kebajikan orangramai. Contohnya, jika seseorang peniaga itu terlibat dalam urusan pengeluaran barangan, maka dia mesti berlaku adil kepada pekerjanya dengan memberikan upah yang setimpal dengan kerja-kerja yang dilakukan. Amanah Amanah adalah kepercayaan yang diberikan kepada seseorang.Bagi peniaga yang beramanah tidak akan mengambil kesempatan terhadaporang lain sebaliknya dia hanya akan mengambil apa yang di bawah kuasahaknya. Islam tidak membenarkan peniaga bertindak secara tidak amanahterhadap para pelanggannya dengan menindask mereka dari segi harga, upah, sewa dan sebagainya. Ihsan Ihsan merupakan kebaikan yang meliputi kebajikan, kasih sayang dan kemurahan hati. Islam mewajibkan penganutnya berlaku ihsan terhadap semua makhluk. Sehubungan itu, peniaga Muslim perlulah mengambil kira hal-hal kebajikan dalam urusan perniagaannya, Dengan erti kata lain, peniaga Muslim tidak sepatutnya hanya mementingkan keuntungan yang maksimum sahaja tetapi mengorbankan kepentingan orang lain. la menghalalkan perniagaan yang mengamalkan penindasan terhadap pelanggannya.

 73. Bahagian Kelima ETIKA ALAM SEKITAR Etika alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai suatu disiplin pengajian yang membahaskan tentang sistem nilai yang perlu wujud bagi menjustifikasikan tindakan manusia, sama ada tindakan yang diambil itu baik atau buruk ke atas alam sekitar. Dengan berdasarkan sistem nilai tersebut, sesuatu tindakan manusia ke atas alam sekitar boleh dikategorikan sebagai tindakan yang baik atau buruk. Sesuatu sistem nilai tentang alam sekitar yang diterima oleh sesebuah masyarakat boleh diaplikasikan sebagai kod etika atau garis panduan moral kepada setiap anggota masyarakat, malah dapat berkembang menjadi perundangan dan polisi yang berkaitan dengan alam sekitar dan ekologi. Alam sekitar atau di dalam bahasa Inggerisnya ialah Environment merupakan salah satu unsur alam tabii ciptaan Allah S.W.T. Sistem alam sekitar mempunyai ciri-ciri seperti imbangan, keseimbangan, segar, indah dan kudus. Alam sekitar juga merupakan buku ilmu pengetahuan yang sangat berguna dan bermanfaat kepada manusia. Menerusi alam sekitar, manusia mengetahui dan mempergunakan disiplin-disiplin zoologi, botani, mikrobiologi, fizik, kimia, geologi, hidraulik dan sebagainya. Alam sekitar juga merupakan anugerah Allah S.W.T bagi memudahkan umat manusia hidup sebagai khalifah. Setelah mengetahui manfaat alam sekitar kepada manusia, kewujudan dan konsep manusia mestilah juga difahami setepatnya untuk memahami konsep Islam terhadap terhadap alam sekitar.  74. Manakala Ekologi adalah ilmu yang menerangkan hubungan antara organisma (haiwan dan tumbuhan) dengan alam sekitar tempat organisma tersebut hidup. Istilah ekologi ini buat kali pertamanya telah digunakan oleh seorang ahli biologi Jerman, iaitu Ernest Haekal, dalam tahun 1869. Perkataan ekologi berasal daripada bahasa greek, „oikos‟ yang bererti rumah dan logos yang bererti ilmu. Dengan demikian, ekologi adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang makhluk hidup di tempat hidupnya. Ekologi juga dapat diertikan sebagai sebagai suatu ilmu yang mengkaji struktur dan fungsi alam dan manusia sebahagian daripada alam.

 75. Prinsip-Prinsip Etika Alam Sekitar Masa Kini Pertikaian tentang prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar masih berlarutan di kalangan para pengkaji Etika Alam Sekitar. Di antara pertikaian tersebut ialah yang berhubung dengan kecen-derungan prinsip-prinsip EtikaAlam Sekitar tersebut. Adakah kecenderungan prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar itu menjurus kepada pandangan antroposentrik, biosentrik, ekosentrik atau teknosentrik? Persoalan ini terus menjadi topik perbahasan di kalangan para pengkaji. a) Pandangan antroposentrik Antroposentrik membawa maksud faktor kemanusiaan adalah matlamat terakhir kepada keseluruhan yang berlaku di alam ini. Menurut pandangan antroposentrik, pengutamaan kepentingan manusia dalam etika alam sekitar secara tidak langsung memenuhi kepentingan komponen-komponen alam sekitar yang lain. Ini sejajar dengan krisis alam sekitar yang berlaku zaman ini adalah akibat aktiviti kemanusiaan. Oleh itu, golongan antroposentrik berpendapat adalah wajar faktor kemanusiaan dijadikan fokus di dalam pembentukan sistem nilai yang berkait dengan Etika Alam Sekitar. Menurut mereka lagi, tanpa meletakkan faktor kemanusiaan sebagai fokus, sesuatu sistem nilai yang berkait dengan Etika Alam Sekitar tidak mungkin dapat diaplikasikan dalam realiti kehidupan manusia khususnya pada masa kini.  76. b) Pandangan biosentrik Pandangan biosentrik memperluaskan ruang lingkup kepentingan meliputi keseluruhan kehidupan yang terdiri daripada manusia, bumi, tujuan kehidupan dan taraf kedudukan makhluk yang sama. Oleh yang demikian, golongan biosentrik menyatakan setiap kehidupan mempunyai hak asasi masing-masing bagi survival mereka. Oleh sebab itu, manusia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya mencerobohi hak asasi kehidupan yang lain semata-mata bagi memenuhi kesenangan mereka. c) Pandangan ekosentrik Golongan ekosentrik meletakkan keseimbangan ekosistem sebagai matlamat kepada aktiviti-aktiviti kehidupan. Prinsip-prinsip ekosentrik menggambarkan manusia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang tertakluk kepada hukum

ekosistem semulajadi. Pelanggaran ke atas hukum-hukum ekosistem semulajadi ini mengganggu keseimbangan ekosistem keseluruhannya. Oleh sebab itu, kepentingan bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem adalah lebih perlu diutamakan daripada sekadar memenuhi hak-hak seluruh kehidupan sebagaimana pandangan biosentrik. Terdapat persamaan antara pandangan ekosentrik dan biosentrik daripada aspek nilai fitrah yang wujud dalam alam sekitar semula jadi atau nilai intrinsik.  77. d) Pandangan teknosentrik Pandangan teknosentrik memberi penekanan kepada potensi manusia melalui sains dan teknologi bagi terus membangun tanpa menjejaskan alam sekitar. Para pendokong teknosentrik dapat dianggap sebagai golongan optimis yang berkeyakinan masalah alam sekitar ini dapat diatasi melalui pengurusan dan pengawalan alam sekitar yang teratur. Penghasilan dan penggunaan teknologi yang cekap lagi sesuai dikatakan dapat mengharmonikan alam sekitar dan pembangunan. Pendekatan bagi merealisasikan prinsipprinsip Etika Alam Sekitar iaitu: Penerapan prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar dalam kehidupan adalah sesuatu yang sukar kerana ia memerlukan interaksi manusia dengan alam sekitar, memberi dorongan kepada manusia bagi memulihara alam sekitar, menyediakan garis panduan alternatif bagi aktiviti kehidupan manusia dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul berkait dengan sistem nilai Etika Alam Sekitar. Prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar tidak mungkin dapat direalisasikan sekiranya diterapkan kepada seseorang atau sesebuah masyarakat yang tidak mempercayai kebenaran dan kebaikannya. Justeru beberapa pendekatan diperlukan dalam mengarapkan pengaplikasian prinsip-prinsip  78. Etika Alam Sekitar iaitu: Kesatuan Kesatuan bermaksud menyatukan kepercayaan dan kefahaman yang berkait dengan alam sekitar dalam kehidupan manusia. Penyatuan ini akan membawa kepada keharmonian antara aktiviti kemanusiaan dengan alam sekitar. Kemanusiaan Kemanusiaan pula mengajak manusia supaya berkongsi hidup dengan semua kehidupan masa kini dan masa hadapan khususnya di dalam penggunaan sumber-sumber

keperluan hidup secara adil. Keazaman Keazaman untuk membanteras pencemaran dan menjamin kualiti alam sekitar agar sentiasa terpelihara. Pertimbangan Pertimbangan pula adalah merujuk kepada pilihan yang paling tepat dengan kepentingan alam sekitar di dalam memilih dua matlamat yang mempunyai nilai yang bertentangan.  79. Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Islam Penciptaan alam semesta adalah kurniaan kepada manusia dalam mengendaikan keperluan hidup mereka. Bagaimanapun, manusia mesti menyedari alam semesta adalah milik Allah, justeru mereka tidak dibenarkan sama sekali memusnahkannya. Sebagai contoh, Allah menurunkan air supaya dapat digunakan oleh manusia untuk bersuci dalam proses melakukan ibadat kepadanya dan air untuk diminum. Ia juga bertujuan untuk menguji tahap keimanan manusia. Oleh yang demikian manusia mesti tunduk kepada peraturan Allah agar dapat menjalani kehidupan yang harmoni bersama alam semesta yang lain. Sifat-Sifat Alam Menurut Perspektif Islam Tawazun Bererti keseimbangan, iaitu sesuatu fenomena yang tidak melampau. Keseimbangan yang wujud menghasilakan keharmonian alam. Peraturan-peraturan yang ditentukan oleh Allah adalah untuk menghalang tercetusnya gangguan kepada keseimbangan alam semesta.  80. 2) Nasim Seluruh alam semesta mempunyai sifat nasim atau segar, sebagai lambang rahmat Allah kepada kehidupan. Sifat kesegaran itu turut digambarkan oleh Al-Quran melalui penjelasan berkenaan kesuburan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kepelbagaian jenis dan sifat. 3) Jamal Keindahan kejadian alam semesta merupakan zinah atau perhiasan yang menimbulkan ketenangan kepada manusia. Sifat keindahan mempunyai hubungan yang rapat dengan kejadian alam semesta yang penuh dengan keistimewaan. 4) Qana'ah Qanaah adalah sikap meredai segala kurniaan yang diperolehi daripada Allah untuk keperluan hidup. Mereka yang mempunyai sifat ini terhindar daripada ketamakan serta sentiasa bersyukur bagi rezeki yang diperolehi. Dalam konteks pemuliharaan alam sekitar, sifat ini penting bagi memastikan

setiap manusia tidak mengeksploitasikan sumber alam secara berlebih-lebihan. Seseorang yang mempunyai sifat qanaah menggunakan sumber alam sekadar untuk keperluan hidupnya sahaja dan sentiasa menghargai segala nikmat yang diperolehi.  81. 5)Mahabbah Mahabbah ialah sikap mengasihi manusia dan makhluk lain. Manusia dituntut supaya memupuk perasaan kasih sesama manusia kerana mereka berasal daripada keturunan yang sama. Dalam konteks ini, manusia dituntut supaya mengasihi komponen alam tabii yang lain kerana semuanya itu lambang kebesaran Allah dan rahmat daripadanya, Manusia perlu menyedari setiap komponen alam tabii sentiasa berzikir memuji Allah. Oleh sebab itu, berdasarkan sifat mahabbah manusia dilarang sama sekali bertindak dengan kejam ke atas alam sekitar. 6) Ihsan Ihsan merujuk kepada sikap manusia yang sentiasa berhati-hati di dalam melakukan tindakan kerana merasai Allah sentiasa mengawasinya. Seseorang yang mempunyai sifat ini sudah tentu sentiasa melakukan tindakan yang baik serta menghindarkan diri daripada tindakan yang buruk. Di dalam konteks pemuliharaan alam sekitar, sifat seperti ini diperlukan bagi memastikan setiap manusia tidak melakukan kerosakan alam sekitar, walaupun tindakan yang dilakukannya tidak diketahui oleh orang lain. 7) Ta'awun Ta'awun adalah sikap bertolong-menolong di kalangan anggota masyarakat untuk memperolehi kebaikan serta menghindarkan keburukan. Oleh sebab itu, sifat ta'awun sesuai direalisasikan ke arah membentuk masyarakat mapan. Masyarakat yang sentiasa tolong-menolong sudah pasti dapat menjamin keharmonian alam sekitar.  82. Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Agama Kristian Manusia adalah makhluk yang istimewa yang dianugerahkan tanggungjawab yang besar sebagai pengurus kepada alam sekitar. Konsep tanggungjawab ini lebih dikenali sebagai stewardship. Berdasarkan konsep stewardship, manusia adalah merupakan wakil Tuhan yang bertanggungjawab menguruskan seluruh ciptaan Tuhan di atas muka bumi. Manusia sebenarnya adalah orang yang diamanahkan Tuhan untuk bertanggungjawab menguruskan alam. Tanggungjawab yang

dibebankan oleh Tuhan ke atas manusia untuk menguruskan bumi, secara langsung menghalang manusia daripada membuat sebarang kerosakan di atasnya. Bagi memastikan manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab stewardship ini, manusia perlu memahami peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan berkaitan dengan alam tabii (natural law). Kefahaman berkenaan peraturan-peraturan tersebut membolehkan manusia menggunakan alam tabii dengan cermat lagi berhati-hati.  83. Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Hindu Menurut agama Hindu penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan seluruh alam semesta ini adalah ditentukan oleh suatu kuasa yang mahapencipta. Keseluruhan alam semesta meliputi langit, bumi, lautan, spesis hidupan dan komponen-komponen alam tabii yang lain adalah tertakluk di bawah kuasa Tuhan. Segala yang berlaku di dalam alam semesta ini adalah di bawah pengawasannya. Oleh kerana itu manusia tidak mempunyai keistimewaan ke atas komponen-komponen alam tabii yang lain kerana semuanya adalah milik mutlak Tuhan. Manusia juga tidak boleh melakukan kekejaman kepada kehidupan yang lain atau fauna. Menurut doktrin Ahimsa, penganutpenganut Hindusime dilarang melakukan kekejaman kepada haiwan sebagaimana juga tidak boleh bertindak sedemikian kepada manusia. Doktrin ini mendorong mereka yang berpegang kuat kepada agama Hindu bersikap vageterian di dalam pemakanan. Selain daripada itu, agama Hindu mengajar penganutnya supaya memuja pokok kerana ia merupakan simbol kepada pelbagai sirat ketuhanan di samping setiap pokok mempunyai dewa masing-masing. Menurut agama Hindu, kawasan hutan adalah kawasan kediaman bagi dewa Krishna. Oleh sebab itu, penganut-penganut Hindu dilarang menebang pokok sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mengekalkan kawasan berhutan. Justeru penganut agama Hindu perlu bertindak secara bermoral ke atas alam sekitar sebagai menghormati alam.  84. Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Buddha Menurut agama Buddha, alam tabii ini adalah hidup walaupun pada pandangan manusia ia tidak bergerak. Doktrin yang menyatakan

alam tabii ini hidup turut dikaitkan dengan kepercayaan kepada bumi dan langit sebagai ibubapa kehidupan. Oleh sebab itu, manusia mesti bertindak secara berhati-hati ke atas alam sekitar sebagai tanda mengasihi dan menghormati ibu mereka (bumi). Para penganut Buddha diajar supaya sentiasa menyedari, alam tabii peka kepada sebarang tindakan yang dilakukan ke atasnya oleh manusia. Menurut agama Buddha lagi, alam tabii ini wujud dalam keadaan yang dinamik, malah semua yang ada di dalam alam tabii ini adalah hasil daripada proses perubahan yang berterusan. Selain daripada itu, agama Buddha mempercayai perubahan yang berlaku di dalam alam tabii ini dipengaruhi oleh moral manusia selain daripada faktor-faktor semulajadi. Menyedari hakikat tersebut, Buddha mengajar penganutnya supaya sentiasa berkelakuan baik demi untuk mengelakkan berlakunya perubahan alam secara besar-besaran. Oleh itu, penganut-penganut Buddha tidak boleh mengeksploitasikan sumber alarn secara sewenang-wenangnya melainkan hanya untuk keperluan hidup. Selain daripada menekankan persoalan pandangan alam, agama Buddha menumpukan perhatian kepada pembentukan moral individu sebagai teras kepada aktiviti kehidupannya. Panduan-panduan moral yang diajar oleh agama Buddha turut menekankan bentuk tindakan yang sewajarnya di lakukan oleh penganut-penganutnya ke atas persekitaran.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->