You are on page 1of 51

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH RENDAH


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS

Kursus

Pemantapan Pedagogi Guru Sains Sekolah Rendah Tahun 2012 (Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran) Aplikasi Proses Kreatif Terarah Dalam Model Inkuiri Penemuan 1 Jam Penceramah

Topik Masa Personel A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta / guru dapat : 1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan Model Inkuiri Penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains 2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran Model Inkuiri Penemuan

B. Kandungan Kursus Model Proses Kreatif Terarah, Model Inkuiri Penemuan, perkaitan proses kreatif terarah dengan model inkuiri penemuan dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran Model Inkuiri Penemuan. C. Kaedah Ceramah, Hands on / Minds on, Perbincangan kumpulan D. Bahan Pengajaran Nota, power-point E. Alatan Laptop, LCD,Printer,Kertas A4, Bahan dan radas

F. Penilaian 1. 2. 3. Interaksi secara lisan Hasil kerja (Rancangan Pengajaran) Borang penilaian kursus.

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

G. Rumusan / Refleksi

1. Berasaskan hasil kerja (Rancangan Pengajaran) 2. Berasaskan borang penilaian kursus

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

MODEL INKUIRI PENEMUAN

Model Inkuiri Penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa, dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahirankemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi. Model ini melibatkan penaakulan induktif di mana murid-murid akan mengkaji hubungan, perkaitan serta pola bagi menentukan konsep, fakta rumus, atau hukum matematik. Rajah di bawah menunjukkan proses pembelajaran menggunakan model inkuiri penemuan.

Mengenal pasti masalah

Merancang strategi penyelesaian

Mengumpul maklumat berkaitan

Mengkaji dan menganalisis maklumat yang dikumpul

Membuat generalisasi atau rumusan

Rajah 1: Proses pembelajaran melalui Model Inkuiri Penemuan

Sesuatu pembelajaran tidak akan berlaku dengan berkesan jika murid tidak dicabar untuk membentuk dan menguji hipotesis mereka, di samping menentukan maklumat tambahan yang perlu untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Guru perlu merancang aktivitiaktiviti yang sesuai supaya murid menjalankan aktiviti-aktiviti sendiri dengan cara memerhati, mencuba dan menguji, di bawah bimbingan guru dan seterusnya menemui fakta-fakta atau kesimpulan matematik sendiri. Dalam masa menjalankan aktiviti itu, guru tidak memberi jawapan.

Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran Model Inkuiri Penemuan:

Proses Kreatif Terarah Model P &P Persediaan Inkuiri Penemuan Memerhati Menciri Mengelas Menyoal Imaginasi Meneroka Merancang Meramal Membuat hipotesis Perkembangan Menguji hipotesis Tindakan Membuat kesimpulan Melapor Dokumentasi Mentaksir

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Inkuiri Penemuan

Contoh 1:
Bidang Tajuk Tahun Standard Kandungan : : : : Alam Bahan Asid dan Alkali 5 Murid dibimbing untuk : 2 .2 Memahami sifat bahan asid, alkali dan neutral Murid berupaya untuk : 2.2.1 Mengenal pasti bahan asid, alkali dan neutral dengan menggunakan kertas litmus 2.2.2 Mengenal pasti rasa bahan makanan berasid dan beralkali Murid dapat menyatakan sifat-sifat bagi bahan makanan sama ada berasid, alkali atau neutral dengan menggunakankertas litmus atau merasainya.

Standard Pembelajaran

Objektif

Masa: 60 minit (2 waktu) FASA 1. Persediaan Pemerhatian Indikator Amalan 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa atau bau CADANGAN AKTIVITI Guru menyediakan 4 jenis bahan makanan seperti kopi, garam, jus limau dan gula. 4 orang murid dipilih secara rawak untuk merasa bahan tersebut dengan mata ditutup. CADANGAN KOMUNIKASI

1. Apakah rasa (kopi/ garam/ jus limau / gula)? 2. Apakah perbezaan rasa antara 4 jenis makanan tersebut?

Analisis 1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul 2. Imaginasi Murid memberikan contoh makanan lain yang rasanya masam / masin / manis/ pahit / tawar 1. Berikan contoh makanan yang mempunyai rasa masam / masin / manis/ pahit / tawar

Penjanaan Idea Membuat hipotesis Indikator Amalan 2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

Sintesis Idea

Murid membuat hiptesis awal dengan bantuan guru. Bahan berasid menukarkan warna kertas litmus biru ke merah manakala bahan beralkali menukarkan warna kertas litmus merah ke biru

2. Apakah fungsi kertas litmus?

Indikator Amalan 2.2.3 Menentukan maklumat mencukupi atau memerlukan tambahan

3. Ramalkan apakah perubahan yang berlaku kepada kertas litmus apabila diuji pada bahan tersebut?

3. Perkembangan Menguji hipotesis Indikator Amalan 3.1.3 Memberi pelbagai rasional tentang idea Menilai Indikator Amalan 3.2.3 Membuat wajaran dengan betul

Setiap kumpulan dibekalkan 1. Bahan makanan dengan kertas litmus merah, manakah rasanya masam kertas litmus biru dan ? beberapa piring petri. 2. Bahan makanan Setiap kumpulan manakah rasanya pahit ? mengeluarkan bahan yang telah dibawa dan 3. Bahan makanan meletakkannya ke dalam manakah rasanya masin, piring petri. manis dan tawar ? Guru mengarahkan murid 4.. Apakah perubahan warna merasai makanan sama ada kertas litmus biru apabila dengan lidah atau tangan. dimasukkan ke dalam ( Langkah-langkah bahan rasa masam? keselamatan perlu dititikberatkan ) 5. Apakah perubahan warna kertas litmus biru apabila Murid menguji setiap bahan dimasukkan ke dalam makanan dengan bahan rasa pahit? menggunakan kertas litmus biru dan merah. 6..Apakah yang perlu diubah? Murid mencatat hasil keputusan di dalam jadual 7. Apakah yang yang disediakan. diperhatikan? (LAMPIRAN 1) Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka. Guru menerangkan konsep pelajaran pada hari itu dengan menjelaskan hipotesis yang dibuat samada betul atau salah 1. Berikan contoh bahan lain yang bersifat asid 2. Berikan contoh bahan lain yang bersifat alkali 3. Berikan contoh bahan lain yang bersifat neutral

4. Tindakan Pelaksanaan Indikator Amalan 4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Pentaksiran Murid dapat menyatakan bahan berasid, alkali dan neutral dari pengujian yang dibuat. 5/3/2.2.1 /2.2.2 KPS KPS2 K1, K2, K3. K4 KPS4 K1. K2 KPS6 K1, K2 ,K3, K4 KMS 1 K2, K3 , K4 KMS2 K2

Refleksi :

Nilai dan Sikap

Bekerjasama, kebersihan, berhati-hati

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

LAMPIRAN 1

Lengkapkan jadual di bawah

BAHAN

RASA

PERUBAHAN KERTAS LITMUS

SIFAT BAHAN

10

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Inkuiri Penemuan

Contoh 2:
Tahun Bidang Tajuk Standard Kandungan : : : : 6 Alam Fizikal Geseran Murid dibimbing untuk: 1.3 Menganalisis geseran. Standard Pembelajaran : : Murid berupaya untuk: 1.3.3 Murid dapat menerangkan cara-cara untuk mengurangkan geseran. Murid dapat menyatakan cara cara untuk mengurangkan daya geseran. 60 minit (2 waktu)

Objektif

Masa

FASA 1. Persediaan Memerhati Menyoal 1.1 Pemerhatian 1.2 Analisis Indikator Amalan 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan 1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh. 2. Imaginasi Meramal Membuat Hipotesis

CADANGAN AKTIVITI Guru meminta dua orang murid membawa beg sekolah yang berbeza di hadapan kelas. Murid A menarik beg yang beroda. Murid B menarik beg yang tidak beroda. Murid diminta untuk membandingkan daya yang diperlukan.

CADANGAN KOMUNIKASI 1. Beg manakah yang mudah ditarik? 2. Mengapakah anda berkata demikian?

Guru menayangkan slaid yang menunjukkan gambar beberapa orang nelayan yang sedang menarik sebuah sampan di atas pantai.

1. Adakah mudah atau sukar untuk menarik sampan tersebut? 2. Mengapa?

Indikator Amalan

3. Apakah dua kaedah yang boleh

11

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


2.1.2 Menghasilkan idea secara berterusan digunakan untuk membantu nelayan tersebut menarik sampan dengan mudah? 4. Bagaimana kaedah tersebut dapat membantu nelayan itu? Murid diminta memerhati slaid tersebut. Murid membuat hipotesis awal dengan bantuan guru. Objek beroda mudah ditarik berbanding objek tidak beroda.

3. Perkembangan
Menguji Hipotesis Indikator Amalan 4.1.1 Memberi pelbagai kategori atau aspek Membuat wajaran dengan betul

Guru meminta murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 kotak yang sama saiz. Salah satu kotak tersebut dibekalkan dengan 4 buah roda. Murid diminta membina sebuah troli dengan menggunakan roda tersebut. Kotak tersebut dilabelkan A dan B.

1. Kotak manakah yang mudah ditarik? 2. Mengapa?

3. Mengapakah kotak B mudah ditarik? 4. Kotak yang manakah mempunyai daya geseran yang tinggi? 5. Apa lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan objek yang berat mudah ditarik?

3.2.3

Setiap kotak dimasukkan 30 biji guli. Kotak A dan B diletakkan di atas lantai. Murid diminta menarik kotak- kotak tersebut.

12

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

B
*sila rujuk lampiran A Murid merekodkan pemerhatian di dalam jadual yang disediakan. Kotak A B (Beroda) 4. Tindakan Membuat kesimpulan Mentafsir Indikator Amalan 4.1. Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus. Murid membuat kesimpulan berdasarkan data yang diperolehi Objek yang mempunyai roda mempunyai daya geseran rendah berbanding objek yang tidak mempunyai roda. Guru menerangkan konsep pelajaran pada hari itu dengan menjelaskan hipotesis yang dibuat samada betul atau salah. 6/2/1.3.3 Pentaksiran KPS: KPS 1 K1,K2 KPS 4 K1,K2, K3 KPS 6 K1, K2,K3,K4 KMS 1- K2, K3 Melengkapkan lampiran yang diberi. 1. Apakah fungsi roda pada aktiviti yang telah dijalankan? 2. Apakah cara lain yang boleh digunakan untuk mengurangkan geseran? Daya

13

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

Refleksi

Nilai dan Sikap

Bekerjasama ,jujur dalam merekod hasil dapatan.

Lembaran A Nama: __________________________________________ Kelas:___________________ RODA OH RODA.... Bahan atau radas yang diperlukan Dua kotak yang sama saiz Benang Roda Penebuk lubang Guli Lidi sate Apakah yang perlu saya lakukan? 1. Aktiviti dijalankan dalam kumpulan. 2. Sediakan dua kotak yang sama saiz. Salah satu kotak tersebut dibekalkan dengan 4 buah roda. 3. Murid diminta membina sebuah troli dengan menggunakan roda tersebut. 4. Kotak tersebut dilabelkan A dan B.

5. Setiap kotak dimasukkan 30 biji guli. Kotak A dan B diletakkan di atas lantai. 6. Murid diminta menarik kotak- kotak tersebut.

14

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH RENDAH


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS

Kursus

Pemantapan Pedagogi Guru Sains Sekolah Rendah Tahun 2012 (Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran) Aplikasi Proses Kreatif Terarah Dalam Model Konstruktivisme 1 Jam Penceramah

Topik Masa Personel A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat : 1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran 2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme B. Kandungan Kursus 1. 2. 3. 4. Penerangan berkaitan Kreativiti terarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerangan berkaitan Model dan strategi pengajaran Konstruktivisme. Membina Rancangan Pengajaran harian PDK merentas PdP dengan strategi pengajaran Konstruktivisme. Pengajaran Mikro dalam kumpulan

C. Kaedah Ceramah, Hands on / Minds on, Perbincangan kumpulan D. Bahan Pengajaran 1. Modul Kreativiti, Contoh Rancangan Pengajaran PDK merentas P&P dan Modul kursus PDK merentas P&P E. Alatan 1. Laptop, LCD, printer, kertas A4, bahan dan radas F. Penilaian 1. Interaksi secara lisan, Hasil kerja (Rancangan Pengajaran) dan Borang penilaian kursus.

15

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

G. Rumusan / Refleksi 1. Berasaskan hasil kerja (Rancangan Pengajaran) 2. Berasaskan borang penilaian kursus

MODEL KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme ialah satu fahaman di mana individu membina pengetahuan sendiri. Pengetahuan bukan dipindahkan dari orang atau sumber lain. Individu membina pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada. Konstruktivisme mengaplikasikan lima prinsip utama (5Es: enggage, explore,explain, elaborate, dan evaluate) iaitu Melibat guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid, murid melibatkan diri. Meneroka guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan meneroka. Menjelas murid memberi penjelasan, justifikasi, dan mempersoalkan jawapan. Mengembang murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep Menilai guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan pemahaman konsep.

Fungsi utama guru ialah sebagai pemudah cara pembelajaran, guru merancang dan mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan murid memperolehi pengalaman pembelajaran yang dihajati. Model P & P Proses Kreatif Terarah Persediaan Orientasi Idea berasaskan pengetahuan sedia ada

Konstruktivisme

Imaginasi Penstrukturan idea Meneroka Menjelas Konstruk idea baru

Perkembangan Penjelasan lanjut Aplikasi idea

Tindakan Penilaian Kaji semua perubahan idea Penyiasatan lanjutan

Proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

16

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Konstruktivisme

Contoh 1:
Bidang Tajuk Standard Kandungan : : : Bumi dan Alam Semesta Sistem Suria Murid dibimbing untuk : 1.1 Memahami Sistem Suria : Murid berupaya untuk : 1.1.1 Menyenaraikan ahli planet dalam sistem Suria 1.1.2 Menyenaraikan kedudukan planet dalam Sistem Suria mengikut urutan : Di akhir pembelajaran murid dapat 1. menyenaraikan sekurang-kurangnya 6 daripada 12 ahli dalam Sistem Suria 2. menyenaraikan 8 buah planet dalam Sistem Suria 3. menyusun kedudukan planet mengikut urutan 60 minit (2 waktu) CADANGAN KOMUNIKASI 1. Apakah yang dapat kamu lihat dalam video tadi?

Standard Pembelajaran

Objektif

Masa FASA 1. Persediaan Pemerhatian

CADANGAN AKTIVITI Guru menayangkan video Sistem Suria.

Murid membuat Indikator Amalan pemerhatian. 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau 2. Imaginasi Penjanaan Idea Indikator Amalan 2.1.4 Mencari hubungkait, gabungjalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada Guru membahagikan kad ahli Sistem Suria kepada murid yang dipilih secara rawak. Murid bergerak mengikut ke stesen yang telah ditetapkan. LAMPIRAN 1 1. Perihalkan kedudukan ahli sistem Suria

17

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

3. Perkembangan Penambahbaikan Indikator Amalan 3.1.1 Menokok tambah idea Menilai Indikator Amalan 3.2.4 Membuat pilihan berdasarkan fakta tanpa prasangka

Murid yang lain dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru mengedarkan kertas mahjong dan maker pen kepada setiap kumpulan. Murid membuat lakaran kedudukan planet mengikut urutan dan ahli-ahli lain

1. Nyatakan ahli dalam Sistem Suria? 2. Senaraikan nama planet mengikut urutan? 3. Susun kedudukan planet mengikut urutan yang betul?

4. Tindakan Pelaksanaan Indikator Amalan 4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami Amalan Berterusan 4.2.1 Peka kepada perkara sekeliling

Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan. Guru membuat ulasan untuk setiap pembentangan dan menyusun semula kedudukan murid mengikut urutan nama planet.

1. Adakah anda berpuas hati dengan hasil kerja anda?

2. Apakah pengetahuan baru yang anda dapat?

Pentaksiran

Guru mengedarkan lembaran kerja. LAMPIRAN 2 Murid menyiapkan lembaran kerja. 4/4/1.1.1 1.1.2 KPS: KPS 1 K1, K2 KMS 3 K1 , K2

Refleksi

Nilai dan Sikap

Bekerjasama

18

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

Lampiran 1 KAD AHLI SISTEM SURIA NEPTUNE UTARID

Lakaran STESEN
MATAHARI

1
MARIKH KOMET

2 3 4

BUMI

ZUHRAH

5 6
ZUHAL ASTEROID

7 8
MUSYTARI METEOR

9 10

URANUS

SATELIT SEMULAJADI

11 12

19

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012 LAMPIRAN 2

Jadual menunjukkan kedudukan lapan planet dari Matahari.

Nama Planet

Kedudukan Planet dari Matahari

1 2 3 4 5 6 7 8

20

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Konstruktivisme

Contoh 2:
Bidang Tajuk Standard Kandungan : : : Menyiasat Benda Hidup Rantai Makanan dan Siratan Makanan Murid dibimbing untuk 3.2 Mensintesis rantai makanan untuk membentuk siratan makanan Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk: 3.2.1 Membina siratan makanan dengan betul berdasarkan gambar yang diberikan 3.2.2 Membina siratan makanan dalam habitat yang berbeza Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat: 4. Membina siratan makanan dengan betul. 5. Membina siratan makanan dalam habitat yang berbeza. Masa: 60 minit (2 waktu) FASA 1. Persediaan Pemerhatian Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada. Indikator Amalan 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau. CADANGAN AKTIVITI Guru menunjukkan beberapa gambar habitat haiwan. ( Lampiran 1 habitat di kolam.) CADANGAN KOMUNIKASI 1.Apakah yang dapat kamu perhatikan daripada gambar ini ? 2. Apakah rantai makanan yang boleh dibina dari gambar ini? 3. Berapakah rantai makanan yang telah dibina?

Guru menerangkan bahawa beberapa rantai makanan boleh membentuk satu siratan makanan.

2. Imaginasi Penjanaan Idea Penstrukturan idea Meneroka dan menjelas Konstruk idea baru

Murid diberikan gambar tumbuhan dan haiwan. ( Lampiran 2 ) Guru bersoal jawab dengan murid tentang siratan

1. Berapakah rantai makanan yang boleh dibina berdasarkan gambar diberi?

21

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Indikator Amalan 2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna makanan yang murid bina dari gambar.

3. Perkembangan Penambahbaikan Penjelasan lanjut Aplikasi idea Indikator Amalan 3.1.1 Menokok tambah idea Murid murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru mengedarkan kertas mahjong dan marker pen kepada setiap kumpulan. Murid membuat siratan makanan dengan menggunakan gambar tumbuhan dan haiwan yang diberi. Bina beberapa siratan makanan dengan menggunakan gambar tumbuhan dan haiwan yang diberi.

4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan Penilaian Indikator Amalan 4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami 4.2.1 Peka kepada perkara sekeliling

Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan. Guru membuat ulasan untuk setiap pembentangan.

1. Berapakah siratan makanan yang boleh dibentuk? 2. Apakah yang akan berlaku sekiranya satu jenis sumber makanan dimakan oleh beberapa jenis haiwan ? 3. Apakah pengetahuan baru yang anda dapat?

Guru dan murid membuat kesimpulan.

Pentaksiran

Guru mengedarkan lembaran kerja. LAMPIRAN 3 Murid menyiapkan lembaran kerja. 5/1/3.2.1-3.2.2

Refleksi

Nilai dan Sikap

Bekerjasama Menghargai keseimbangan alam sekitar.

22

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012 LAMPIRAN 1

berudu

Ikan besar

Jentik-jentik

rumpai

rumpai rumpai

Ikan kecil

LAMPIRAN 2

23

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012 LAMPIRAN 3 Perhatikan rantai makanan dibawah.

rumput

belalang

burung

ular

rumput

Ulat beluncas

burung

ular

rumput

belalang

katak

ular

rumput

Ulat beluncas

katak

ular

Berdasarkan rantai makanan di atas, bentukkan siratan makanan.

24

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH RENDAH


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS

Kursus

Pemantapan Pedagogi Guru Sains Sekolah Rendah Tahun 2012 (Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran) Aplikasi Proses Kreatif Terarah Dalam Model Pembelajaran Berasaskan masalah 1 Jam Penceramah

Topik Masa Personel A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat : 1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan Model Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran 2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan Pembelajaran Model Pembelajaran Berasaskan Masalah B. Kandungan Kursus 1. Penerangan berkaitan Kreativiti terarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 2. Penerangan berkaitan Model dan strategi pembelajaran berasaskan masalah. 3. Membina Rancangan Pengajaran harian PDK merentas PdP dengan strategi pembelajaran berasaskan masalah. 4. Pengajaran Mikro dalam kumpulan. C. Kaedah Ceramah, Hands on / Minds on dan Perbincangan kumpulan D. Bahan Pengajaran 1. Modul Kreativiti 2. Contoh Rancangan Pengajaran PDK merentas P&P 3. Modul kursus PDK merentas P&P

E. Alatan 1. 2. 3. 4. Laptop LCD Printer Kertas A4

25

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

F. Penilaian i. Interaksi secara lisan ii. Hasil kerja (Rancangan Pengajaran) iii. Borang penilaian kursus.

G. Rumusan / Refleksi 1. Berasaskan hasil kerja (Rancangan Pengajaran) 2. Berasaskan borang penilaian kursus

MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH Pembelajaran Berasaskan Masalah adalah satu konsep PdP yang dilaksanakan bagi menambahbaik kemahiran multidisiplin berdasarkan pendekatan terancang dalam

penyelesaian masalah.Ia merupakan satu kaedah pembelajaran yang mendidik murid untuk menyelesaikan masalah, tetapi pada masa yang sama membolehkan mereka menguasai kemahiran asas. Menurut Barrows (1982), Problem base learning is a learning method based on the principle of using problems as a starting point for the acquisition and integration of new knowledge.

Dalam model PdP ini, guru akan mengemukakan suatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebenar kepada murid. Model ini didapati sesuai digunakan bukan sahaja untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid tetapi juga menyokong kepada pembangunan generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan sebagainya.

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Masalah ialah: Berpusatkan pelajar Menyelesaikan masalah sebagaimana berlaku di dunia sebenar Guru berperanan sebagai tutor atau fasilitator. Menekankan konsep kerjasama Memberi tumpuan kepada metakognitif Menggunakan penilaian alternative

26

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Pembelajaran Berasaskan Masalah boleh digunakan untuk: merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap tajuk yang diberikan, mengintegrasi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan modul pelbagai disiplin, menggalakan motivasi kendiri, rasa ingin tahu dan berfikir, dan membuat proses PdP itu sesuatu yang menyeronokkan (elemen didik hibur).

Perkaitan proses kreatif terarah dalam pembelajaran dan pengajaran menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Masalah:

Model P &P Pembelajaran Berasaskan Masalah

Proses Kreatif Terarah Persediaan Mengenal pasti masalah Menjelaskan masalah Imaginasi Mencari alternatif penyelesaian Mencari penyelesaian Perkembangan Melakukan operasi Menilai penyelesaian masalah Tindakan Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat

27

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Masalah Contoh 1 :

Bidang Tajuk Tahun

: : :

Alam Bahan Pengawetan makanan 6 Murid dibimbing untuk : 1.2 Mensintesis konsep pengawetan makanan

Standard Kandungan :

Standard Pembelajaran

: Murid berupaya untuk : 1.2.1 Menerangkan cara-cara untuk mengawet makanan

Objektif

: 1. Murid dapat menerangkan 5 cara pengawetan makanan 2. Murid dapat memberi contoh makanan bagi setiap jenis pengawetan

Masa: 60 minit (2 waktu) FASA 1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis Indikator Amalan 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau 1.2.3 Mengumpul maklumat berdasarkan kriteria tertentu CADANGAN AKTIVITI Guru menunjukkan beberapa jenis gambar menunjukkan makanan yang rosak. LAMPIRAN 1 Situasi- Guru bercerita Ibu anda membeli ikan yang banyak untuk disimpan dalam peti sejuk.Didapati peti sejuk rosak. CADANGAN KOMUNIKASI 1.Apakah yang anda perhatikan pada gambar tersebut ? 2. Mengapakah makanan itu rosak? 3. Bagaimanakah cara yang sesuai digunakan supaya makanan tersebut tahan lebih lama?

2. Imaginasi Mencari penyelesaian Indikator Amalan 2.1.1 Menghasilkan idea baru yang banyak Sintesis Idea 2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baru yang

Murid menyenaraikan kaedah mengawet makanan .

1.Senaraikan kaedah pengawetan yang anda tahu? 2. Bagaimanakah anda membantu menyelesaikan masalah ini?

Guru meminta setiap kumpulan merancang cara untuk menyelesaikan

3.Apakah kaedah pengawetan yang terbaik anda pilih?

28

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


diperoleh sama ada memerlukan tindakan susulan atau diketepikan masalah dalam situasi di atas.

4.Mengapa?

3. Perkembangan Penambahbaikan Menilai Indikator Amalan 3.1.3 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea 3.2.1 Memberi alasan yang tepat untuk menolak atau menerima idea 4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan Indikator amalan 4.1.1 Menghuraikan idea dengan terperinci 4.2.1 Peka kepada perkara sekeliling Pentaksiran

Murid menjelaskan kebaikan setiap kaedah yang dipilih.

Apakah kebaikan pada setiap kaedah yang kamu nyatakan?

Murid memilih kaedah yang terbaik untuk memastikan ikan tersebut dapat disimpan lebih lama.

Apakah cara terbaik untuk membantu menyelesaikan masalah ibu anda ? Adakah anda berpuas hati dengan cara yang dipilih? Berikan sebab?

6/3/1.2.1 KPS4 K3

Refleksi

Nilai dan Sikap

Bersikap jujur

29

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012 LAMPIRAN 1

30

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Masalah Contoh 2 : Bidang Tajuk Standard Kandungan : MENYIASAT ALAM BAHAN : Keringkan saya : Murid dibimbing untuk: 1.2. Memahami perubahan keadaan bahan dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk: 1.2.4 Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air.

Masa: 60 minit (2 waktu) FASA 1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis Indikator Amalan 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau Murid mengasingkan kain yang basah, lembab dan yang kering Situasi masalah: Kain yang basah ini hendak digunakan dalam tempoh yang cepat. 2. Bolehkah anda asingkan antara kain basah, dan kain kering? CADANGAN AKTIVITI Guru membawa 5 bakul yang berisi kain yang yang basah dan yang kering yang telah disatukan. CADANGAN KOMUNIKASI 1. Apakah yang anda nampak keadaan kain yang terdapat dalam bakul ini?

1.2.2

Mengasingkan maklumat berdasarkan Kriteria tertentu 2. Imaginasi Penjanaan Idea Sintesis Idea Indikator Amalan 2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna 2.2.3 Menentukan maklumat mencukupi atau memerlukan tambahan Murid menyenaraikan cara untuk mengeringkan kain yang lembab dan basah tersebut dengan cara yang paling cepat. 1. Bolehkah kamu senaraikan cara untuk mengeringkan kain lembab dan basah itu? 2. Bagaimanakah anda membantu menyelesaikan masalah situasi ini? 3. Apakah cara / kaedah pengeringan yang terbaik anda pilih?

Murid merancang kaedah yang paling sesuai untuk mengeringkan kain tersebut.

31

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

3. Perkembangan Penambahbaikan Menilai Indikator Amalan 3.1.3 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea 3.2.2 Menyatakan kekuatan dan kelemahan berdasarkan bukti 4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan Indikator Amalan 4.1.1 Menghuraikan idea dengan terperinci 4.2.1 Peka kepada perkara sekeliling Pentaksiran

Murid menjelaskan setiap kaedah yang dipilih Murid menjalankan eksperimen berdasarkan kaedah dipilih..-Rujuk lampiran yang diberikan.

Mengapa ?

1. Apakah rumusan yang kamu dapat berdasarkan eksperimen yang kamu jalankan tadi?

Murid memilih kaedah terbaik untuk mengeringkan kain tersebut dalam masa yang cepat.(Berdasarkan keputusan eksperimen)

1. Apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah 2. Adakah anda berpuashati dengan cara yang dipilih ? 3. Berikan sebab ?

Murid menjelaskan faktorfaktor yang mempengaruhi penyejatan. KPS 1 - K3 KPS 6 K1-K4

Nilai dan Sikap

Bekerjasama , Jujur

32

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


LAMPIRAN :

BAHAN

: 10 HELAI KAIN TUALA KECIL ( 5 BASAH DAN 5 KERING) DALAM SATU BAKUL. SEDIAKAN 5 BAKUL. SATU, KUMPULAN SATU BAKUL SAHAJA. JAM RANDIK.

AKTIVITI

: Aktiviti pengeringan kain dilakukan sebagaimana aktiviti dibawah.

1. DALAM KELAS

2. LUAR KELAS.

3. DALAM ALMARI.

PEMERHATIAN : AKTIVITI 1.DALAM KELAS 2.LUAR KELAS 3.DALAM ALMARI MASA DIAMBIL UNTUK KAIN KERING(MINIT)

33

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINSSEKOLAH RENDAH


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS

Kursus

Pemantapan Pedagogi Guru Sains Sekolah Rendah Tahun 2012 (Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran) Aplikasi Proses Kreatif Terarah Dalam Model Pembelajaran Berasaskan Projek 1 Jam Penceramah

Topik Masa Personel A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat : 1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan Model Pembelajaran Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran 2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran beraaskan projek B. Kandungan Kursus 1. Penerangan berkaitan Kreativiti terarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 2. Penerangan berkaitan Model dan strategi Pembelajaran Berasaskan Projek. 3. Membina Rancangan Pengajaran harian PDK merentas PdP dengan strategi Pembelajaran Berasaskan Projek. 4. Pengajaran Mikro dalam kumpulan. C. Kaedah Perbincangan kumpulan perbincangan, sumbangsaran D. Bahan Pengajaran 1. Modul Kreativiti, Contoh Rancangan Pengajaran PDK merentas P&P dan Modul kursus PDK merentas P&P

E. Alatan 1. 2. 3. 4. Laptop LCD Kertas A4 Bahan dan radas

34

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

F. Penilaian 1. Interaksi secara lisan 2. Hasil kerja (Rancangan Pengajaran) 3. Borang penilaian kursus.

G. Rumusan / Refleksi 1. Berasaskan hasil kerja (Rancangan Pengajaran) 2. Berasaskan borang penilaian kursus

MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Model ini memberi tumpuan kepada menyediakan pengalaman belajar yang kaya. Murid terlibat dalam menyelesaikan masalah, menyiasat dan tugas lain yang bermakna. Murid membina pengetahuan sendiri.Murid menghasilkan produk yang realistik.

Model P & P Pembelajaran Berasaskan Projek

Proses Kreatif Terarah Persediaan Tinjauan berfokus/ berstruktur Penyoalan Imaginasi Meneroka Merancang Meramal Perkembangan Meneroka Mencari Maklumat Membuat prototaip (seperti model asal) Tindakan Menganalisis maklumat Merumus Mentaksir Melapor Dokumentasi Menguji prototaip

35

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Projek Contoh 1 : Bidang Tajuk Tahun : : : Teknologi Kekuatan dan Kestabilan 5 Murid dibimbing untuk: 5.2 Memahami kekuatan kestabilan struktur Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: 5.2.6 Mereka cipta model yang kuat dan stabil Objektif Masa : 1. Murid dapat mereka cipta struktur yang kuat dan stabil

Standard Kandungan :

: 60 minit (2 waktu) CADANGAN AKTIVITI Guru menunjukkan 2 model yang berlainan saiz dan luas tapak. Seperti LAMPIRAN Guru meminta murid meletak buku ke atas setiap model. CADANGAN KOMUNIKASI 1.Model manakah yang dapat menampung banyak buku? 2.Berikan sebab?

FASA 1. Persediaan Pemerhatian Indikator Amalan 1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh Analisis Indikator Amalan 1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul 2. Imaginasi Penjanaan Idea Indikator Amalan 2.1.3 Menghasilkan idea bermakna Sintesis Idea Indikator Amalan 2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik

Guru menyediakan straw kepada setiap kumpulan untuk membina satu model kuat dan stabil. Guru menjelaskan dengan menggunakan bahan tersebut bina satu model yang boleh menampung sejumlah berat sebagaimana yang ditunjukkan oleh guru.

Bagaimanakah anda dapat membina model yang kuat dan stabil dengan menggunakan straw?

36

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


3. Perkembangan Penambahbaikan Indikator Amalan 3.1.1 Menokok tambah idea Menilai Indikator Amalan 3..2.3 Membuat wajaran dengan betul Wakil kumpulan menguji model yang dibina di hadapan kelas. Guru membuat rumusan bahawa model yang kuat dan stabil boleh menampung beban yang banyak. Apakah yang anda perlu lakukan supaya model yang dibina menjadi kuat dan stabil? Guru mengarahkan setiap kumpulan perlu membuat lakaran prototaip sebelum membina model sebenar. Murid membina prototaip. Adakah anda pasti lakaran yang anda buat kuat dan stabil?

4. Tindakan Pelaksanaan indikator Amalan 4.1.1 Menghuraikan idea dengan terperinci Amalan Berterusan indikator Amalan 4.2.2 Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah kesilapan dan kelemahan. Pentaksiran

KPS: KPS1 K1, K2 KPS6 K1,K2,K3,K4 KMS4 K1, K4

Nilai dan Sikap

Bekerjasama dan berjimat cermat

37

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


LAMPIRAN 1

KAEDAH PROJEK:

38

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Projek. Contoh 2 :

Bidang Tajuk Tahun

: : :

Menyiasat Bahan Bahan semula jadi dan bahan buatan manusia 4

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 1.4 Mengetahui kepentingan guna semula bahan, mengurangkan penggunaan bahan,dan kitar semula bahan Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: 1.4.1.memberikan contoh bahan semula jadi 1.4.2. memberikan contoh bahan buatan manusia

Masa: 60 minit (2 waktu) FASA 1. Persediaan Pemerhatian Indikator Amalan Tinjauan berfokus/berstruktur Penyoalan CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

Guru menunjukkan gambar Apakah yang ditunjukkan kilang memproses kayu. dalam gambar sebentar (lampiran 1) tadi?. Apakah bahan yang diproses dalam gambar tadi? Apakah bahan yang dihasilkan daripada proses yang dijalankan? Kertas dibuat daripada apa? Guru membuat kesimpulan Ini menunjukkan kertas adalah bahan semula jadi

1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, Guru mengemukan soalan. sentuhan, rasa atau bau

2.

Imaginasi Apakah bahan yang digunakan untuk membuat benda-benda ini? Apakah bahan semula jadi dan bahan buatan manusia?.

Guru menunjukkan beberapa benda dan mengemukakan soalan Indikator Amalan Contoh : botol minuman 2.1.4 Mencari hubung kait, plastik, botol minuman tin, gabung jalin,atau cirak kain kapas, beg tangan, berdasarkan maklumat yang pasu bunga dan payung. ada. Penjanaan Idea

39

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

Guru meminta murid mengelaskan bahan semula Bagaimanakah objek jadi dan bahan buatan boleh dikelaskan? manusia yang digunakan untuk membuat objek itu

ini

3. Perkembangan Penambahbaikan Indikator Amalan 3.1.1 Menokok tambah idea 3.1.4 Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan. Membahagi murid kepada 6 Dengan menggunakan TMK, kumpulan. cari gambar objek bahan semula jadi dan objek Setiap kumpulan buatan manusia untuk buku dikehendaki mencari gambar skrap kamu. 5 objek yang dibuat daripada bahan semula jadi dan bahan buatan manusia

Guru membimbing murid membuat projek (buku skrap) masing-masing. Masa yang diperuntukkan 1 minggu

3. Tindakan (selepas 1 minggu) Pelaksanaan Indikator Amalan Guru meminta murid Soal jawab tentang hasil mempersembahkan hasil yang dibuat oleh murid. 4.1.2 Menyusun idea secara kerja yang telah dibuat. tersusun dan mudah difahami. Menilai hasil kerja murid 4.1.3 Menghasilkan idea dengan meminta murid tidak sama dengan orang memberikan pendapat dan lain, idea tidak seperti yang pandangan. biasa dan idea yang belum ada atau frekuansi ideanya . kecil Guru membuat rumusan daripada hasil yang diterima

Menampal hasil projek pada sudut yang disediakan di dalam bilik darjah

40

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

Pentaksiran

Menilai hasil kerja kumpulan. 4/1.4.1/1.4.2

Refleksi

Nilai dan Sikap

Kerjasama. Saling bantu membantu, dan menganalisa.

41

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012 LAMPIRAN 1

42

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH RENDAH


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS

Kursus

Pemantapan Pedagogi Guru Sains Sekolah Rendah Tahun 2012 (Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran) Aplikasi Proses Kreatif Terarah Dalam Model Membuat Keputusan 1 Jam Penceramah

Topik Masa Personel A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat : 1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah menggunakan Model Membuat Keputusan dalam pengajaran dan pembelajaran 2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan Model Membuat Keputusan B. Kandungan Kursus 1. Penerangan berkaitan Kreativiti terarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 2. Penerangan berkaitan Model dan strategi membuat keputusan. 3. Membina Rancangan Pengajaran harian PDK merentas PdP dengan strategi membuat keputusan. 4. Pengajaran Mikro dalam kumpulan. C. Kaedah Ceramah Hands on / Minds on Perbincangan kumpulan D. Bahan Pengajaran

Nota, power-point

E. Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung A4

43

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

F. Penilaian 1. Interaksi secara lisan 2. Hasil kerja (Rancangan Pengajaran) 3. Borang penilaian kursus.

G. Rumusan / Refleksi 1. Berasaskan hasil kerja (Rancangan Pengajaran) 2. Berasaskan borang penilaian kursus

MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN Model ini melibatkan murid dalam sesuatu situasi berkaitan kehidupan seharian di mana dia perlu membuat pilihan yang paling baik. Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran Model Membuat Keputusan

Proses Kreatif Terarah Model P &P Persediaan Membuat Keputusan Mengumpul maklumat Mengenal pasti matlamat Mengenal pasti alternatif Menganalisis alternatif Imaginasi Meramal Menyusun alternatif Pemilihan alternatif Perkembangan Menilai alternatif yang dipilih Tindakan Membuat keputusan Membuat rumusan

Dalam proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, langkah demi langkah perlu diikuti dengan terliti, iaitu bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kreativiti.

44

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Contoh Persediaan mengajar yang menggunakan Model Membuat Keputusan Contoh 1 :

Bidang Tajuk Standard Kandungan

: : :

Daya dan tenaga Litar Elektrik Murid dibimbing untuk: 2.2 Memahami litar selari dan litar bersiri Murid berupaya untuk: 2.2.7 Membandingkan kesan nyalaan mentol apabila salah satu suis rosak 1. Murid dapat membanding beza litar selari dan litar bersiri 2. Murid dapat membanding beza nyalaan mentol pada litar selari dan litar bersiri

Standard Pembelajaran

Objektif

Masa: 60 minit (2 waktu) FASA 1. Persediaan Pemerhatian Indikator Amalan 1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks 1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul CADANGAN AKTIVITI 1. Murid diminta memerhati penyusunan lampu dalam bilik darjah CADANGAN KOMUNIKASI 1. Apakah perbezaan di antara litar bersiri dan litar selari?

2. Imaginasi Penjanaan Idea Indikator amalan 2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna Sintesis Idea Indikator amalan 2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik lakaran

Guru mengedarkan sehelai kertas untuk setiap kumpulan dan meminta setiap kumpulan membuat lakaran litar selari dan bersiri jika diberi 6 biji mentol , 4 bateri, wayar penyambung dan 6 suis. Guru memilih lakaran yang sesuai untuk dipamerkan. ( Contoh lakaran ) LAMPIRAN 1

1. Lakarkan litar bersiri dan litar selari? 2. Ramalkan apa yang akan berlaku jika satu suis pada litar selari rosak? 3. Ramalkan apa yang akan berlaku jika satu suis pada litar bersiri rosak?

45

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

3. Perkembangan Menilai Indikator Amalan 3.2.2 Menyatakan kekuatan dan kelemahan berdasarkan bukti.

Murid meramalkan nyalaan mentol jika salah satu suis pada setiap litar rosak. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 6 biji mentol , 4 bateri, wayar penyambung dan 6 suis. Murid membina litar selari dan bersiri berdasarkan lakaran yang dipamerkan. Murid menyatakan apa akan berlaku jika setiap satu litar dibuka suisnya. SituasiSekiranya ayah anda ingin membuat pendawaian elektrik di rumah baru, apakah cadangan litar yang akan anda pilih?

1.Ramalkan litar manakah yang mentolnya masih menyala?

Bina litar selari dan bersiri berdasarkan lakaran anda.

Apakah yang akan berlaku kepada nyalaan mentol jika salah satu suis rosak?

4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan Indikator amalan 4.1.1 Menghuraikan idea dengan terperinci Pentaksiran

Murid membuat keputusan untuk memilih litar yang manakah paling sesuai untuk di cadangkan kepada ayahnya.

1.Litar manakah yang akan anda pilih? 2.Berikan alasan anda?

KPS6- K1, K2, K3, K4 KPS7 K1, K2,K3,K4,K5,K6 KPS1 K1,K2,K3 KMS1- K1,K2,K3,K4 KMS4 KMS5

Refleksi

Nilai dan Sikap

Bekerjasama, jujur

46

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


LAMPIRAN 1

CONTOH LAKARAN LITAR BERSIRI

47

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

CONTOH LAKARAN LITAR SELARI

48

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


Persediaan mengajar yang menggunakan Model Membuat Keputusan

Contoh2 :
Bidang : Alam Fizikal

Tajuk

Pilihlah Saya

Standard Kandungan:

Murid dibimbing untuk : 1.1 Memahami ukuran panjang

Standard Pembelajaran:

Murid berupaya untuk : 1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4 menyatakan pelbagai cara mengukur panjang menyatakanunit piawai untuk ukuran panjang memilih alat yang sesuai untuk mengukur panjang mengukur panjang menggunakan teknik yang betul

Objektif

: Murid dapat menyatakan 3 cara untuk mengukur panjang dengan menggunakan unit piawai dengan betul.

Masa

60 minit (2 waktu)

FASA 1. Persediaan 1.1 Pemerhatian Indikator Amalan 1.1.1 Menggunaan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau 1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh 1.1.7 Mendapatkan makna dengan betul

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

Dua orang murid berlumba menyusun jubin sepanjang dinding kelas. Dua orang murid berlumba berjalan secara membilang tapak kaki dari satu penjuru bilik ke satu penjuru lain. Murid diminta menyatakan bilangan jubin yang disusun dan bilangan tapak dan mengaitkannya sebagai panjang.

1. Berapakah bilangan jubin yang . susun? 2. Berapakah panjang bilik ini? 3. Berapakah bilangan tapak yang kamu catatkan? 4. Berapakah panjang bilik ini?

Analisis Indikator Amalan

49

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul

2. Imaginasi 2.1 Penjanaan Idea Indikator Amalan 2.1.1 Menghasilkan idea baru yang banyak 2.2 Sintesis Idea Indikator Amalan 2.2.5 Membincangkan kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir. Murid meramalkan sama ada ukuran panjang meja berbeza atau sama mengikut cara pengukuran yang dicadangkan. 2. Mengapa kamu memilih cara tersebut? 3. Adakah bacaan ukuran panjang meja sama atau berbeza? Mengapa? Murid menyatakan pelbagai cara yang difikirkan boleh digunakan untuk mengukur panjang 1. Cadangkan cara-cara yang boleh digunakan untuk mengukur panjang.

3. Perkembangan 3.1 Penambahbaikan Indikator Amalan 3.1.2 Mengubah suai idea 3.1.3 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea 3.2 Menilai Indikator Amalan 3.2.1 . Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau menolak idea. Murid dibimbing memerhati pembaris dan pita ukur dan menyatakan unit piawai untuk ukuran panjang. Murid mengukur panjang meja yang sama menggunakan pita ukur dan pembaris. Guru membimbing murid menggunakan teknik Murid menyatakan masalah yang timbul. Murid mengukur panjang meja yang sama menggunakan jengkal, kapur dan pensel dan merekodkannya. Murid membandingkan bacaan ukuran panjang buku latihan yang diperolehi. 1. Berapakah bacaan ukuran panjang meja kamu menggunakan jengkal, kapur dan pensel?

2. Adakah ukuran panjang meja menggunakan jengkal, kapur dan pensel sama? 3. Adakah ukuran ini akan menjadi masalah jika kamu ingin membuat tempahan meja mengikut panjang tertentu? 4. Apakah unit piawai untuk ukuran panjang yang tercatat pada pembaris / pita ukur? 5. Berapakah ukuran panjang meja kamu apabila menggunakan pembaris atau pita ukur?

50

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012


mengukur yang betul 6. Adakah ukuran panjang yang dicatatkan oleh kamu dan kawan-kawan kamu sama? Murid mengukur garisan berlekuk menggunakan benang dan pembaris. Murid dibimbing menyatakan bacaan ukuran panjang yang diambil adalah sama. 4. Tindakan 4.1 Pelaksanaan Indikator amalan 4.1.1 Menghuraikan idea dengan terperinci 4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea tidak seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil 4.2 Amalan Berterusan Indikator Amalan 4.2.1 Peka kepada perkara sekeliling Murid membuat keputusan memilih alat yang sesuai untuk mengukur panjang dengan tepat : i) panjang padang ii) ukur lilit botol iii) garisan berlekuk iv) ukuran pinggang 1. Apakah alat yang akan kamu gunakan untuk mengukur panjang 7. Adakah ukuran panjang yang dicatatkan oleh kamu dan kawan-kawan kamu sama?

i) panjang gelanggang ii) ukur lilit botol iii) garisan berlekuk iii) ukuran pinggang

Pentaksiran

Std Pemb : 1.1.1/2/3/4 KPS 3 : K1, K2, K3 KMS 2 : K2 KMS 5 : K1, K2

Refleksi

Nilai dan Sikap

Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

51

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

LAMPIRAN 1 NAMA : .. TARIKH : KELAS : 1. Rekodkan keputusan penyiasatan kamu. BIL. 1 2 3 CARA MENGUKUR PANJANG Menggunakan jengkal Menggunakan kapur Menggunakan pensel BILANGAN UKURAN PANJANG MEJA

2. Adakah bilangan ukuran panjang meja menggunakan jengkal, kapur dan pensel sama?

......................................................................................................................................................

3. Adakah ukuran ini akan menjadi masalah jika kamu ingin membuat tempahan meja mengikut panjang tertentu?

......................................................................................................................................................

4. Apakah unit piawai untuk ukuran panjang yang tercatat pada pembaris / pita ukur?

...................................................................................................................................................... BIL. 1 2 3 52 CARA MENGUKUR PANJANG Menggunakan pembaris Menggunakan pita ukur Menggunakan benang dan pembaris BILANGAN UKURAN PANJANG MEJA

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

5. Adakah ukuran panjang meja yang dicatatkan oleh kamu dan kawan-kawan kamu sama?

......................................................................................................................................................

6. KEPUTUSAN : Apakah alat yang akan kamu pilih untuk gunakan untuk mengukur panjang

i) panjang gelanggang :

..................................................................................................................

ii) ukur lilit botol :

............................................................................................................................

iii) garisan berlekuk :

.....................................................................................................................

iii) ukuran pinggang :

.....................................................................................................................

53

KREATIVITI DALAM PdP (SAINS SEKOLAH RENDAH) 2012

NOTA TAMBAHAN

54

You might also like