You are on page 1of 3

1.

Teknik pengukuran yang baik Eksperimen Fizik memerlukan pengukuran yang jitu dan persis. Langkah berikut dapat menghasilkan pengukuran yang baik. 1. 2. Pilih alat pengukuran yang sesuai. Mengukur menggunakan alat pengukuran dengan mengikut aturan berikut: a. Mengikut arahan yang diberikan untuk menggunakan alat pengukuran tersebut. Berhati-hati semasa membuat pengukuran. Memahami berbagai bentuk ketidakpastian/ralat (uncertainties/errors) yang wujud. Supaya kita boleh mengelakkan daripada membuat ralat semasa membuat pengukuran.

b. c.

1.5.1 Ketidakpastian/ralat dalam pengukuran Semasa melakukan ujikaji, kita akan mengambil bacaan-bacaan daripada alatan yang digunakan. Kebiasaannya terdapat ralat daripada bacaan yang diperolehi. Ada dua jenis ketidakpastian dalam pengukuran, iaitu ralat sistematik dan ralat rawak. Ralat sistematik ialah ketidakpastian yang diperolehi dalam pengukuran dimana nilainya secara konsisten lebih besar atau kurang daripada nilai sebenar setiap kali bacaan dibuat semasa ujikaji tersebut. Berikut diberikan sumber-sumber ralat sistematik: (i) Ralat sifar ialah ralat yang terdapat pada instrumen pengukuran seperti angkup vernier, ammeter, voltmeter, dan sebagainya dimana jarum penunjuk instrumen tidak menunjuk kepada nombor sifar dengan tepat. Oleh itu untuk mengelakkannya, pelajar hendaklah memeriksa terlebih dahulu peralatan sebelum melakukan ujikaji samada mengandungi ralat sifar atau tidak. Sebagai contoh, jarum penunjuk ammeter hendaklah betul-betul menunjukkan kepada angka sifar. Sekiranya penunjuk ammeter tidak menunjuk kepada angka sifar, lakukan sedikit pembetulan pada kedudukan jarum penunjuk dengan memusing tombol pelaras jarum supaya jarum menunjuk betul-betul kepada nombor sifar semasa tiada arus melaluinya. Ralat paralaks ialah cara pelajar membuat bacaan secara yang kurang tepat dengan konsisten semasa membuat bacaan pada instrumen seperti ammeter dan voltmeter. Untuk ammmeter, cara ini dapat dielakkan dengan

(ii)

melaraskan pandangan pelajar supaya penunjuk dan imej penunjuk adalah sejajar pada cermin rata yang diletakkan pada bawah skala ammeter. (iii) Instrumen telah ditentukur dengan salah. Untuk mengesan instrumen yang telah ditentukur dengan salah sebagai contoh ialah gunakan ammeterammeter yang sama jenis untuk mengukur arus yang sama, sepatutnya bacaan yang diperolehi adalah sama. Sekiranya terdapat ammeter yang memberikan bacaan berbeza ini menunjukkan ammeter tersebut telah ditentukur dengan salah. Faktor persekitaran. Sebagai contoh iaitu kipas angin syiling yang berpusing telah menjejaskan bacaan pada neraca pemberat yang sensitif sepanjang ujikaji berlangsung. Oleh itu sebelum menjalankan ujikaji, persekitaran hendaklah diperhatikan samada terdapat aspek-aspek persekitaran yang boleh mewujudkan ralat pada alat pengukuran tersebut semasa membuat bacaan pengukuran dalam ujikaji seperti kesan angin, bunyi, pencahayaan dan sebagainya.

(iv)

Ralat rawak ialah ketidakpastian yang diperolehi dalam pengukuran dimana nilainya dalam keadaan rawak/keadaan tidak teratur iaitu lebih besar dan kurang daripada nilai sebenar setiap kali bacaan dibuat semasa ujikaji tersebut. Contoh untuk ralat rawak: (i) Seorang pelajar yang mengambil bacaan untuk tempoh masa pergerakan sebuah troli, mengulang semula mengambil bacaannya sebanyak tiga kali. Pelajar ini mungkin tercepat atau terlambat semasa memulakan atau memberhentikan jam randiknya. 1.5.2 Menganggar ralat rawak Berikut diberikan dua senario untuk memahami bagaimana untuk menganggar ralat bacaan daripada suatu pengukuran yang dibuat. Senario 1: Ahmad Firdaus mengukur panjang sebatang pensil sekali sahaja dengan menggunakan pembaris pendek. Dia menulis seperti berikut.
Panjang pensil = 14.4 0.1 cm

Ini menunjukkan senggatan terkecil pada pembarisnya ialah 0.1 cm, maka ketidakpastian pembaris tersebut ialah 0.1 cm juga dan cara menulis adalah seperti pada contoh di atas. Untuk perhatian, kaedah ini digunakan sekiranya baacaan dibuat sekali sahaja, jika lebih daripada sekali ada kaedah untuk menulis ketidakpastian bacaan tersebut.

Senario 2: Berikutnya, Ahmad Firdaus mengukur diameter sebatang pensil, bacaan yang diperolehi ialah seperti berikut iaitu 0.62 mm, 0.63 mm, 0.63 mm, 0.61 mm. Bagaimana hendak menentukan saiz diameter pensil Ahmad Firdaus. Data: 0.62 mm, 0.63 mm, 0.63 mm, 0.61 mm

Sisihan:

| | | |

| | | |

Purata sisihan: Ketidakpastian ialah 0.01 mm Diameter pensil=0.62 0.01 mm

Nota: Cara ini digunakan apabila terdapat ulangan dalam mengambil bacaan dalam ujikaji.

You might also like