P. 1
Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia - kertas konsep

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia - kertas konsep

|Views: 10,899|Likes:

More info:

Published by: شمسو دين محمد روسلي on Jun 18, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/26/2015

pdf

text

original

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

KERTAS KONSEP

TUJUAN Kertas ini bertujuan untuk menerangkan konsep berhubung Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan pada 10 Julai 2012 (Selasa).

LATAR BELAKANG 2. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri

merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah menyempurnakan pelancaran dasar 1Murid 1Sukan pada 02 Julai 2011. Dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan supaya kegiatan sukan di sekolah disemarak dan diperkasakan. Sehubungan itu, pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan untuk merealisasikan dasar tersebut bermula di peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.

3.

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada

pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini.

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yo/03-88841357

1

4.

Dua rekod pencapaian berkaitan senamrobik sebelum ini yang telah tercatat di dalam

Malaysia Book of Records (MBR) iaitu: 4.1 “Largest Children Aerobic Session” yang berlangsung di Lumut Perak pada 27 Disember 2003 dan melibatkan penyertaan seramai 8,123 orang. 4.2 “Largest Participation In An Aerobic Session anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 15 Jun 2003 yang melibatkan penyertaan seramai 157,574 orang.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

5.

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bertujuan untuk menghidupkan

kembali dan mengaktifkan semula aktiviti senamrobik di sekolah selaras dengan:

5.1

Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10/1988: Senaman Beramai-ramai Untuk Meningkatkan Kecergasan Dan Tahap Kesediaan Murid dan Guru Untuk Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramai-Ramai; dan

5.2

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 juga memperakukan: “Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid”.

6.

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Siri 4 Bil. 1/2012 yang

dipengerusi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Februari 2012 telah bersetuju Bahagian Sukan menganjurkan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada tahun ini. Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun,

Bahagian Sukan menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan.

7.

Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk

sebelum melaksanakan aktiviti bersukan.

melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di
Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yo/03-88841357 2

samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk

meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.

8.

Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu

meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat

meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan

kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat.

9.

Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima.

Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan,

keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan.

10.

Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua

lapisan

masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senamrobik:

10.1

merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak;

10.2 dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit jantung dan pembuluh darah; 10.3 dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor; dan 10.4 dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat.

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yo/03-88841357

3

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

11.

Senamrobik

1Murid

1Sukan

1Malaysia

merupakan

landasan

bagi

sekolah

melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di semua sekolah seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan. 12. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-

murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan

murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat

13.

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan

generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

Objektif

14.

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi

mencapai objektif berikut:

14.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;
Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yo/03-88841357 4

14.2 melibatkan penyertaan semua murid; 14.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas; 14.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul; 14.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

STRATEGI PELAKSANAAN

Peringkat Kebangsaan

15.

Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan dilaksanakan di

peringkat kebangsaan pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi dan bertempat di Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya, Selangor. Bahagian Sukan bercadang YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia menyempurnakan majlis pelancaran ini. Cadangan aturcara Majlis Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan adalah seperti di Lampiran I.

Peringkat Sekolah, Daerah dan Negeri

16.

Pada tarikh dan masa yang sama, Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

akan dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Semua sekolah seluruh negara akan melaksanakan senamrobik serentak pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi di sekolah masing-masing pada waktu perhimpunan rasmi sekolah. Pegawai-pegawai dari

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan bersama-sama menyempurnakan pelancaran senamrobik ini di sekolah-sekolah yang berhampiran. Cadangan aturcara Majlis Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia kebangsaan adalah seperti di Lampiran II. peringkat

Lagu dan Rentak Senamrobik

17.

Bagi tujuan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR), tempoh masa Sehubungan dengan itu, Bahagian ini telah
5

minima yang ditetapkan adalah 30 minit.

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yo/03-88841357

menyediakan cakera padat senamrobik bagi tempoh 35 minit bermula dengan tahap intensiti rendah kepada tahap intensiti tinggi untuk digunakan khusus pada Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Malaysia Book of Records (MBR). Walaubagaimanapun, bagi melaksanakan

aktiviti senamrobik di sekolah selepas pelancaran ini, pihak sekolah boleh menggunakan mana-mana cakera padat atau lagu dan rentak lain yang bersesuaian untuk melaksanakan akitiviti senamrobik di sekolah.

PENUTUP

18.

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Sempena Pelancaran Bulan

Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM 2012 diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia Jun 2012

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yo/03-88841357

6

Lampiran I

CADANGAN ATURCARA MAJLIS SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN (10 JULAI 2012 – 8.00 PAGI)

6.40 - 7.15 pagi : : : : : 7.45 pagi :

Semua Peserta Melapor Diri Ketibaan Dif-Dif Jemputan Ketibaan Y.Bhg Tan Sri KPPM Ketibaan Y.Bhg Dato’ KSU, KPM Ketibaan YAB Timbalan Menteri Pelajaran Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Bacaan Doa Ucapan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Pelancaran Majlis Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) Jamuan Sidang media Lawatan Stesen Sukan Dan Pameran YAB Timbalan Perdana Menteri meninggalkan majlis Aktiviti Sukan / Pameran Kesihatan Bersurai

: :

8.00 - 8.35 pagi :

8.35 - 8.45 pagi : 8.45 pagi : : : 9.15 pagi : : :

9.45 pagi

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yo/03-88841357

7

Lampiran II

CADANGAN ATURCARA MAJLIS SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI (10 JULAI 2012 – 8.00 PAGI)

6.30-7.00 pagi 7.15 pagi

: Semua Peserta Melapor Diri : Ketibaan Dif-Dif Jemputan : Ketibaan Tetamu Kehormat

7.30 Pagi

: Perhimpunan rasmi sekolah : Bacaan Doa : Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri : Gimik Pelancaran (jika Ada)

8.00 pagi

: Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bermula : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

10.00 pagi

Nota: Pihak sekolah adalah digalakkan supaya mengadakan:     Ceramah atau taklimat kesihatan Program-program motivasi sukan Kempen derma darah Lain-lain aktiviti yang bersesuaian

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yo/03-88841357

8

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->