P. 1
Arahan Dan Panduan Calon STPM Baharu 2013

Arahan Dan Panduan Calon STPM Baharu 2013

|Views: 223|Likes:
Published by Sifu K

More info:

Published by: Sifu K on Jun 18, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/28/2013

pdf

text

original

Arahan dan Panduan Calon STPM Baharu 2013

ARAHAN DAN PANDUAN PENDAFTARAN CALON PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) BAHARU 2013 Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon ini mengandung maklumat yang berikut: 1 Syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan 2 3 4 5 6 Mata Pelajaran yang Ditawarkan Pemilihan Mata Pelajaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bayaran Peperiksaan Cara Pendaftaran Calon Peperiksaan 6.1 Calon sekolah/institusi 6.2 Calon persendirian individu 7 8 9 Calon Istimewa Tarikh Pendaftaran dan Tarikh Peperiksaan Perkara Penting Tentang Peperiksaan STPM 9.1 Slip Pendaftaran SPSTPM 9.2 Slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) 9.3 Menukar kertas Atau Mata Pelajaran Atau Menambah Mata Pelajaran 9.4 Perpindahan Pusat Peperiksaan 9.5 Penarikan Diri

9.6 Penangguhan Peperiksaan 10 Jadual Waktu Peperiksaan 11 Keputusan Peperiksaan 12 Rayuan Semak Semula Keputusan Peperiksaan 13 Peluang Memperbaiki Keputusan 1 SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN 1.1 Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut, termasuk lulus Bahasa Malaysia* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). (a) Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya

(b) Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (c) Malaysia Certificate of Education (d) Federation of Malaya Certificate of Education (e) Cambridge School Certificate (f) GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan) (g) Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2000 hingga tahun 2011 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat (i) sekurang-kurangnya gred 6C bagi tiga mata pelajaran, atau

(ii)

sekurang-kurangnya gred 6C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran

1.2 Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan dalam para 1.1 di atas mestilah memperoleh kelayakan itu sekurangkurangnya satu tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM. 1.3 Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negeri yang setaraf dengan SPM hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia. *Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal Bahasa Malaysia boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Malaysia yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Malaysia peringkat peperiksaan SPM. Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada ** peringkat SPM/MCE. 2 MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN Sebanyak 23 mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2013 seperti yang disenaraikan di bawah ini. Kod Mata Pelajaran Kod Mata Pelajaran Kod Mata Pelajaran

900

Pengajian Am

931 Usuluddin 940 Sejarah

956

Further Mathematics

910 Bahasa Melayu

958 Information and Communications Technology

911 Bahasa Cina 912 Bahasa Tamil 913 Bahasa Arab 920 Literature in English

942 Geografi 944 Ekonomi 946 Pengajian Perniagaan

960 Physics 962 Chemistry 964 Biology 966 Sains Sukan 970 Seni Visual

948 Perakaunan

922 Kesusasteraan 950 Mathematics Melayu Komunikatif (M) 930 Syariah Catatan : 954 Mathematics (T)

Maklumat lanjut sila rujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2013 dan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang berkenaan bagi tujuan pemilihan mata pelajaran dan kertas yang dipilih yang boleh didapati dan dimuat turun daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

3 PEMILIHAN MATA PELAJARAN 3.1 3.2 Sijil STPM merupakan sijil terbuka. Dalam satu sesi peperiksaan calon boleh mengambil sekurangkurangnya satu mata pelajaran dan selebih-lebihnya lima mata pelajaran. Jika calon mengambil lima mata pelajaran, satu daripadanya mestilah Pengajian Am. Calon tidak boleh mengambil kombinasi mata pelajaran atau kertas yang tidak dibenarkan oleh sukatan pelajaran. Calon jenis 1, 7, dan 8 dibenarkan untuk mengambil mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah/institusi (luar pakej sekolah) dengan syarat mata pelajaran yang hendak diambil itu mempunyai kertas peperiksaan alternatif bertulis yang menggantikan PBS. Pendaftaran

3.3 3.4

calon jenis 1, 7, dan 8 yang mengambil mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah hendaklah dihantar terus secara manual ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET). 3.5 Maklumat lanjut yang berkaitan dengan pemilihan mata pelajaran dan kertas yang perlu diambil boleh dirujuk dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2013 dan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang berkenaan di portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my.

4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 4.1 PBS merupakan komponen yang wajib diambil oleh setiap calon dalam sistem pentaksiran baharu STPM. Kegagalan calon menjalankan PBS akan menyebabkan keputusan bagi mata pelajaran tersebut mendapat gred gagal. PBS STPM baharu terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus, iaitu kerja projek, kajian luar, dan kerja amali. Dalam aspek wajaran pula, peratusan wajaran yang ditawarkan dalam PBS adalah berbeza mengikut mata pelajaran, iaitu antara 20% hingga 40%. Manual PBS bagi setiap mata pelajaran untuk guru dan calon boleh dimuat turun daripada portal MPM http://www.mpm.edu.my pada penggal yang menawarkan PBS. Soalan PBS boleh dimuat turun pada penggal yang menawarkan PBS melalui portal MPMhttp://www.mpm.edu.my. Bagi calon STPM 2012 (terminal) yang gagal memasuki IPTA dan ingin memperbaiki keputusan pada STPM 2013, penghantaran kerja kursus yang terkandung dalam PBS pada penggal 1 dan penggal 2 akan dilanjutkan hingga ke penggal 3. Maklumat lanjut sila rujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM

4.2

4.3

4.4 4.5

4.6

2013 di portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my. 5 BAYARAN PEPERIKSAAN 5.1 5.2 5.3 5.4 Bayaran asas Bayaran untuk setiap mata pelajaran RM120.00 RM90.00 satu mata pelajaran

Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (calon jenis 1, 7, dan 8)dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan. Bagi calon sekolah swasta (calon jenis 2) dan calon persendirian individu, bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. Maklumat lanjut sila layariwww.mesp.gov.my/onlineSTPM . Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC. PIN MEC hanya sah digunakan untuk peperiksaan pada tahun/penggal semasa sahaja.

5.5

Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu boleh memilih untuk membayar yuran peperiksaan secara sekaligus atau secara dua kali bayar mengikut kadar berikut. Pakej 1 (Bayaran dibuat sekaligus)

Bilangan mata pelajaran didaftarkan 1 mata pelajaran 2 mata pelajaran 3 mata pelajaran 4 mata pelajaran

Kadar bayaran (RM) 210.00 300.00 390.00 480.00

5 mata pelajaran Pakej 2 (Dua kali bayar)

570.00

Bilangan mata pelajaran didaftarkan

Kadar bayaran (RM) Penggal 1 (bayaran kali pertama) 150.00 180.00 210.00 240.00 270.00 Penggal 2 (bayaran kali kedua)* 60.00 120.00 180.00 240.00 300.00

1 mata pelajaran 2 mata pelajaran 3 mata pelajaran 4 mata pelajaran 5 mata pelajaran

Nota:

Calon yang gagal menjelaskan bayaran jika memilih untuk membuat pembayaran secara dua kali bayar di penggal 2 tidak boleh mencetak slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) pada penggal 2 dan penggal 3 serta tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan pada penggal seterusnya sehingga baki bayaran dijelaskan. (Rujuk para 9.2)

5.6 6

Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran STPM (STPM/PP) untuk rujukan calon.

CARA PENDAFTARAN CALON PEPERIKSAAN

6.1

Calon Sekolah/Institusi (a) Pendaftaran calon sekolah/institusi dibuat secara online melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysiahttp://www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.g ov.my/onlineSTPM. Pendaftaran calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan untuk menduduki peperiksaan pada penggal 1, penggal 2, dan penggal 3 dibuat sekaligus pada penggal 1. Calon sekolah kerajaan akan menduduki peperiksaan pada penggal yang ditetapkan dan tidak dibenarkan untuk memilih penggal bagi tujuan menduduki peperiksaan kecuali disebabkan kes-kes tertentu yang mendapat kebenaran daripada Majlis Peperiksaan Malaysia. Pendaftaran bagi calon sekolah swasta boleh dibuat pada penggal 1 atau penggal 2. Calon sekolah swasta boleh memilih untuk mendaftar pada penggal 1 atau penggal 2 dan memilih untuk menduduki peperiksaan sama ada ingin menduduki peperiksaan pada penggal semasa atau memilih untuk menduduki peperiksaan sekaligus pada penggal 3. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri hendaklah terlebih dahulu mengemaskini maklumat sekolah/institusi yang akan menjadi pusat peperiksaan sebelum pendaftaran dibuka. Pengetua sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah/institusinya kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD). Taklimat tentang kaedah pendaftaran secara online di peringkat daerah kepada semua SUP sekolah/institusi

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

hendaklah diberikan oleh PPD. (g) Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon peperiksaan untuk sekolah/institusi melalui laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri untuk masuk ke dalam sistem pendaftaran online ini. SUP sekolah/institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual Sekolah dalam http://www.mesp.gov.my/onlineSTPM yang terpapar pada ikon sekolah untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut. Pengetua sekolah/institusi hendaklah mengarahkan SUP untuk mengurus pendaftaran sekolah/institusinya dengan mengambil tindakan yang berikut: (i) Mengemaskini maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran online Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki peperiksaan Mengenalpasti calon istimewa dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau), dan selain daripada yang dinyatakan, dan mendaftarkannya bersama-sama dengan calon lain tetapi pemberitahuanbahawa calon tersebut adalah calon istimewa dan kemudahan yang dipohon adalah seperti

(h)

(i)

(ii)

(iii)

tindakan pada para 7. (iv) Memastikan nombor PIN MEC disediakan dengan secukupnya oleh calon sekolah/institusi yang ingin menduduki peperiksaan (bagi calon sekolah swasta sahaja). Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui penyata pendaftaran (STPM/PP) seperti ejaan nama, nombor Kad Pengenalan, pusat untuk menduduki peperiksaan, mata pelajaran, kertas yang diambildan maklumat lain yang tercatat pada STPM/PP adalah betul, dan mengemaskininya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum talian pendaftaran online di sekolah ditamatkan. STPM/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan LPKC di portal Majlis Peperiksaan Malaysia). Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum talian pendaftaran onlinedi sekolah/institusi ditamatkan

(v)

(vi)

(vii) Menyemak Slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) bagi calon sekolah/institusinya dan memastikan LPKC dicetak oleh calon sebagai tiket

untuk menduduki peperiksaan (rujuk para 9.2) (viii) Memaklumkan maklumat calon sekolah/institusinya yang tercicir kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Majlis Peperiksan Malaysia jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan LPKC dengan kadar SEGERA (ix) Mematuhi tarikh akhir talian pendaftaran online dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.

6.2

Calon Persendirian individu (a) Pendaftaran calon persendirian individu dibuat secara online melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysiahttp://www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.go v.my/onlineSTPM. Pendaftaran bagi calon persendirian individu boleh dibuat pada penggal 1 atau penggal 2. Calon persendirian individu boleh memilih untuk mendaftar pada penggal 1 atau penggal 2 dan memilih untuk menduduki peperiksaan sama ada ingin menduduki peperiksaan pada penggal semasa atau memilih untuk menduduki peperiksaan sekaligus pada penggal 3.

(b)

(c)

Calon persendirian individu dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat tentang pendaftaran peperiksaan melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia dan merujuk kepada Manual Calon Persendirian Individu yang terpapar pada ikon calon persendirian individu dalam http://www.mesp.gov.my/onlineSTPM untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut. Calon boleh memilih pusat peperiksaan yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran secara onlinetetapi penentuan pusat adalah tertakluk kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeriberhak untuk memindahkan calon persendirian individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih. Menyemak maklumat awal pendaftaran melalui slip pendaftaran SPSTPM seperti ejaan nama, nombor Kad Pengenalan, pusat untuk menduduki peperiksaan, mata pelajaran, kertas yang diambil danmaklumat lain yang tercatat pada SPSTPM adalah betul, dan mengemaskininya sendiri sebelum talian pendaftaran onlineditutup. SPSTPM ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan LPKC di portal Majlis Peperiksaan Malaysia). (Rujuk para 9.2) Calon istimewa dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau), dan selain daripada yang dinyatakan juga mendaftar secara onlinetetapi pemberitahuan bahawa calon

(d)

(e)

(f)

tersebut adalah calon istimewa dan kemudahan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 7. 7 CALON ISTIMEWA 7.1 Calon istimewa dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau), dan selain daripada yang dinyatakan hendaklah dimaklumkan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri selewat-lewatnya pada 6 Julai 2012. Maklumat tentang ketidakupayaan dan kemudahan yang dipohon hendaklah dimaklumkan dengan jelas dan lengkap dalam borang STPM/K11.1 atau STPM/K13(Pindaan 2006) (mana-mana yang berkenaan) mengikut jenis ketidakupayaan. Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti ketidakupayaan yang dialami seperti laporan perubatan, Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan pengesahan Pengetua (jika calon sekolah/institusi).Kemudahan yang boleh diberikan kepada calon istimewa hanya akan dipertimbang jika borang STPM/K11.1atau STPM/K13(Pindaan 2006)(mana-mana yang berkenaan) diterima oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Borang STPM/K11.1 atau STPM/K13(Pindaan 2006) dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia atau semasa membuat pendaftaran secara online di dalamhttp://www.mesp.gov.my/onlineSTPM. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar berserta dengan salinan dokumen sokongan ke Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (alamat Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dapat diperoleh daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia). Untuk mendapatkan borangyang berkaitan, sila klik

7.2

7.3

borangSTPM/K11.1atau STPM/K13(Pindaan 2006). 8 TARIKH PENDAFTARAN DAN TARIKH PEPERIKSAAN PENGGAL PERKARA Penggal 1 (2012) Penggal 2 (2013) 11 Jun 2012 (Semua jenis calon) Tarikh Pendaftaran Dibuka 2 Januari 2013 (Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu yang sahaja) 6 Julai 2012 (Semua jenis calon) Tarikh Pendaftaran Ditutup 21 Mac 2013 (Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu sahaja) Penggal 3 (2013)

-

-

Tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab

-

-

3, 4, 5 September 2013 dan 9, 10 September

2013 5–8 November 2012 27, 28 Mei 2013 dan 4, 5 Jun 2013 11, 12, 13, 14, dan 18 November 2013 17 Januari 2014 21 Januari 2014 3 – 6 Mac 2014

Tarikh Peperiksaan Bertulis

Tarikh Pendaftaran Ulangan Dibuka Tarikh Pendaftaran Ulangan Ditutup

2 September 2 September 2013 2013 4 September 4 September 2013 2013 2 – 5 Disember 2013

20, 21 November Tarikh Peperiksaan Ulangan Bertulis 2013 dan 25, 26 November 2013

Nota: Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Tarikh peperiksaan juga boleh dirujuk pada Kalendar Peperiksaan STPM dan MUET Baharu 2013 yang dapat diperoleh daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my.

9

PERKARA-PERKARA PENTING TENTANG PEPERIKSAAN STPM 9.1 Penyata Pendaftaran STPM (STPM/PP)

(a)

Butiran pendaftaran awal calon boleh disemak melalui STPM/PP yang dapat diperoleh dan dicetak setelah calon berjaya membuat pendaftaran secara online. Bagi calon sekolah/institusi, jika terdapat sebarang pindaan pada nombor Kad Pengenalan, ejaan nama, alamat, pusat untuk menduduki peperiksaan, mata pelajaran, dan kertas yang diambil, sila kemukakan pindaan tersebut kepada SUP sekolah/institusi untuk dikemaskinikan secara online. Calon persendirian individu perlu mengemaskini butiran pendaftaran sendiri secara online. Pengemaskinian maklumat calon di dalam sistem dihadkan sebanyak dua kali sahaja dan sebelum pendaftaran ditutup. Sebarang pindaan maklumat yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki peperiksaan akan diberitahu kepada calon dalam slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) melalui laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia mulai 9 Ogos 2012. Calon yang mendaftar lewat kerana gagal memasuki IPTA/IPTS hendaklah menyemak LPKC masingmasing selewat-lewatnya pada 17 September 2012. Jika maklumat calon tiada dalam senarai LPKC, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA. Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui

(b) (c)

9.2

Slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) (a)

Pengetua sekolah/institusi masing-masing. (b) Calon perlu mencetak LPKC sendiri dan membawanya ke pusat peperiksaan pada hari peperiksaan sebagai tiket untuk menduduki peperiksaan. (c) Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada LPKC seperti nombor Kad Pengenalan, ejaan nama, angka giliran, pusat untuk menduduki peperiksaan, mata pelajaran dan kertas yang diambil. Jika terdapat kesilapan, calon dikehendaki membuat pindaan pada slip LPKC tersebut dan mengemukakan salinannya berserta dengan salinan Kad Pengenalan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing bagi calon sekolah/institusi.

(d) Bagi calon persendirian individu, pembetulan tersebut hendaklah dikemukakan terus ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET). (e) Pembetulan maklumat pada LPKC akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 dan hendaklah dikemukakan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia sebelum peperiksaan pertama. Pembetulan maklumat juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan untuk dicatatkan dalam Buku Rekod Pengawasan. Pembetulan hanya akan dibuat pada slip keputusan peperiksaan yang akan dikeluarkan dan LPKC

kedua tidak akan dikeluarkan kepada calon. (f) Calon bertanggungjawab menentukan bahawa semua butiran dalam LPKC masing-masing adalah betul. Calon hendaklah menggunakan nombor kad pengenalan yang sama seperti yang tertera pada LPKC semasa peperiksaan kelak. Sebarang kesilapan akan menimbulkan salah faham dengan Pengawas peperiksaan kelak dan akan menyusahkan calon sendiri.

(g) Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) akan digunakan oleh calon sebagai tiket untuk menduduki peperiksaan bagi setiap penggal. Calon perlu mencetak LPKC masing-masing dari portal MPM.Calon hendaklah menghubungi MPM atau JPN jika maklumat calon tiada dalam senarai LPKC dengan kadar SEGERA. (h) Calon boleh menyemak status pendaftaran melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaipINFOSTPM<jarak>INo. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. 9.3 Menukar/Menambah/Menggugurkan Mata Pelajaran/Kertas (a) Jika calon telah mendaftar bagi sesuatu mata pelajaran dan ingin menukar mata pelajaran itu dengan mata pelajaran yang lain selepas tamat tempoh yang dibenarkan, caj sebanyak RM50.00akan dikenakan. Penukaran mata pelajaran hanya dibenarkan pada penggal 1 dan penggal 2 sahaja. Bagi penggal 2, penukaran mata pelajaran hanya dibenarkan jika mata pelajaran itu tidak mempunyai komponen Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) pada penggal 1. (b) Jika calon ingin menambah mata pelajaran, caj sebanyak RM50.00akan dikenakan di samping caj bagi mata pelajaran yang ditambah, iaitu sebanyak RM90.00per mata pelajaran. Penambahan mata pelajaran hanya boleh dibuat pada penggal 1 dan penggal 2 sahaja. Bagi penggal 2, penukaran mata pelajaran hanya dibenarkan jika mata pelajaran itu tidak mempunyai komponen PBS pada penggal 1. Penambahan/Pertukaran mata pelajaran atau kertas tidakdibenarkan jika tempoh permohonan diterima kurang daripada sebulan sebelum peperiksaan pada penggal 1 atau penggal 2 bermula. (c) Bagi calon yang ingin menggugurkan sesuatu mata pelajaran, bayaran bagi mata pelajaran yang digugurkan itu tidak akan dikembalikan.

(d) Calon tidak dibenarkan untuk menukar atau menggugurkan mata pelajaran sekiranya peperiksaan bagi salah satu kertas untuk mata pelajaran tersebut telah diduduki. (e) Calon yang ingin menukar kertas atau mata pelajaran atau menambah mata pelajaran perlu mengisi borang STPM/K14 yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang STPM/K14, klik disini. 9.4 Perpindahan Pusat Peperiksaan (a) Perpindahan dari satu pusat peperiksaan ke satu pusat peperiksaan yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah

munasabah. Pemohon hendaklah melengkapkan borang Permohonan Perpindahan Pusat Peperiksaan (STPM/K14) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri. Tarikh tutup permohonan perpindahan pusat ialah 8 Oktober 2012.Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. (b) Bayaran perpindahan pusat peperiksaan ialah RM50.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan. (c) Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaan mestilah mengambil peperiksaan di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran yang baharu (LPKC baharu).

(d) Calon yang memohon perpindahan pusat peperiksaan hendaklah menyemak status permohonan mereka melalui laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2012. Calon hendaklah menghubungi Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Majlis Peperiksaan Malaysia jika nama calon tiada dalam senarai status dengan kadar SEGERA.

Untuk mendapatkan borang STPM/K14, klik disini. 9.5 Penarikan Diri (a) Calon yang menarik diri daripada peperiksaan tidak akan dikembalikan yuran peperiksaannya kecualibagi kes yang berikut: (i) calon yang sakit berpanjangan (surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan hendaklah dikemukakan) calon yang meninggal dunia (salinan surat Perakuan Kematian hendaklah dikemukakan oleh warisnya)

(ii)

(iii) calon yang diluluskan permohonannya untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) (salinan surat tawaran hendaklah dikemukakan oleh calon) (b) Calon yang ingin menarik diri daripada menduduki peperiksaan perlu mengisi borang STPM/K14 dapat diperoleh dan dicetak daripada laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang STPM/K14, klik disini. Nota: Jumlah yuran yang akan dikembalikan adalah tertakluk kepada keputusan Majlis Peperiksaan Malaysia. 9.6 Penangguhan Peperiksaan Calon yang ingin menangguhkan peperiksaannya hendaklah mengemukakan permohonannya dengan memberikan sebab dan menyertakan bukti kepada Majlis Peperiksaan Malaysia sebelum tarikh peperiksaan bermula. Kelulusan permohonan

untuk menangguhkan peperiksaan ini tertakluk kepada pertimbangan Majlis Peperiksaan Malaysia. 10 JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN 10.1 Peperiksaan bertulis akan diadakan pada setiap akhir penggal, manakala Ujian Lisan Bahasa Arab akan diadakan pada penggal 3. Jadual waktu peperiksaan bertulis STPM untuk penggal 1 akan dimuat naik ke portal MPM pada awal penggal 1, manakala jadual waktu peperiksaan bertulis STPM untuk penggal 2 dan penggal 3 akan dimuat naik pada awal penggal 2. Calon boleh menyemak jadual waktu peperiksaan STPM dengan memuat turun dan mencetaknya daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my.

10.2

10.3

11

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 11.1 Keputusan peperiksaan bagi calon sekolah/institusi akan dihantar kepada Pengetua sekolah/institusi berkenaan melalui Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negerimanakala bagi calon persendirian individu, keputusan akan dihantar melalui pos. Calon juga boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia atau melalui SMS dengan menaip STPM<jarak>RESULT<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

11.2

12

RAYUAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN Rayuan menyemak semula keputusan peperiksaan mengikut kertas dan penggal

akan dikenakan bayaran RM50.00 bagi satu kertas. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah satu minggu selepas tarikh keputusan peperiksaan penggal berkenaan diumumkan. Borang permohonan untuk rayuan menyemak semula keputusan peperiksaan dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my selepas keputusan STPM diumumkan. 12 PELUANG MEMPERBAIKI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 13.1 Calon yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi peperiksaan bertulis penggal1, penggal 2, dan penggal 3 boleh mengulang peperiksaan bertulis tersebut bagi tujuan memperbaiki keputusan peperiksaan bagi kertas yang berkenaan. Tarikh untuk mendaftar dan menduduki peperiksaan bertulis ulangan boleh dirujuk pada Kalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Baharu 2013 yang terdapat di portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my. Keputusan peperiksaan yang terbaik (skor tertinggi) akan diambil kira antara peperiksaan bertulis yang diduduki kali pertama dengan kali kedua. Calon yang ingin mengulang peperiksaan bertulis sesuatu penggalakan dikenakan caj sebanyak RM50.00per kertas. Maklumat lanjut sila rujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2013 di portal Majlis Peperiksaan Malaysiahttp://www.mpm.edu.my.

13.2

13.3 13.4

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->