You are on page 1of 56

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN PJM 3105

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan

Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Definisi dan Konsep Pertumbuhan,Kematangan dan


Pembelajaran Motor

1 1 1 1

1.0 Sinopsis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk Kandungan Isi Pertumbuhan Kematangan Perkembangan Aktiviti Fizikal Pembelajaran Motor Tajuk 3 Pertumbuhan Somatik 2.0 Sinopsis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi Pengukuran yang lazim dignakan dalam kajian pertumbuhan Corak pertumbuhan dalam ketinggian dan berat badan Corak pertumbuhan dalam dimensi anggota lain Perkembangan badan Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan

2 3

6 9 10 11

Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul

ii

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

vi

Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran 3 Kredit


Tanpa Amali (3+0) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3)

Mengikut Kredit Kursus 2 Kredit


Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2)

1 Kredit
Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1)

Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali) Latihan Amali* Perbincangan Atas Talian Kerja Kursus Ulangkaji Amali/Peperiksaan Jumlah Jam Pembelajaran 10 7 20 10 2 120 10 10 7 20 10 2 5 5 20 10 2 80 5 8 5 20 10 2 5 5 15 5 2 40 5 5 5 15 5 2 70 60 70 62 70 65

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

vii

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

viii

Pengenalan Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek yang berikut: Penerangan ringkas kursus berkenaan; Kursus ini menjelaskan difinisi,ciri-ciri,prinsip-prinsip ,factor-faktor,tahap-tahap ,teori dan aplikasi konsep pertumbuhan dan perkembangan pembelajaran motor kanakkanak .Ia bertujuan memberi pengetahuan kepada para pendidik untuk memahami kebolehan dan kemampuan kanak-kanak dari kelahiran hingga peringkat dewasa. Tajuk-tajuk dalam modul; Kursus ini mencakupi konsep dan definisi pertumbuhan,kematangan dan pembelajaran motor,pertumbuhan dan perkembangan pranatal,pertumbuhan somatik,tisu adipos dan komposisi badan,perkembangan fungsi anatomi dan fisiologi,kematangan,faktor yang mempengaruhi pertumbuhan,kematangan dan prestasi fizikal kanak-kanak,aktiviti fizikal dan sukan.Ia juga memberi pengetahuan tentang perkembangan dan jenis-jenis kemahiran motor dan kaitannya dengan prestasi,pemprosesan maklumat, attention dan prestasi,kawalan motor, koordinasi,perbezaan individu,pembelajaran motor,maklumbalas pengekalan dan pemindahan pembelajaran. 1. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan; 2. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran kendiri modul itu; 3. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.

AGIHAN TAJUK

Kod & Nama Kursus: PJM 3105 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR Kandungan modul ini dibahagi kepada _____ tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

INTERAKSI

TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA KURSUS

1.Definisi dan Konsep 2.Pertumbuhan dan Perkembangan Pranatal 3.Pertumbuhan Somatik 4.Tisu Adipos dan komposisi badan

5 JAM

5.Perkembangan fungsi Anatomi dan Fisiologi 6.Kematangan 7.Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan,kematangan dan prestasi

7 JAM

08.Kanak-kanak didalam aktiviti fizikal dan sukan 09.Tingkahlaku motor 10.Pemprosesan maklumat

5 JAM

11.Attention dan prestasi 12.Kawalan Motor 13.Koordinasi 14.Perbezaan individu

6 JAM

15.Pembelajaran Motor 16.Latihan 17.Maklumbalas 18.Pengekalan dan Pemindahan

7 JAM

JUMLAH

30 JAM

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

TAJUK 1 (Definisi dan Konsep Pertumbuhan,Kematangan dan Pembelajaran Motor) Sinopsis


Tiga istilah yang sering digunakan semasa berbincang tentang bayi,kanak-kanak dan remaja ialah pertumbuhan,perkembangan dan kematangan .Pertumbuhan dan perkembangan selalunya digunakan secara bertindih namun mereka berbeza kerana punyai aktiviti biologikal yang berbeza.Topik ini akan membincangkan ketiga-tiga elemen ini dengan mendalam.

HASIL PEMBELAJARAN -Menjelaskan tentang konsep pertumbuhan,kematangan dan pembelajaran motor. -Mengenal pasti sumber yang berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan pranatal. KERANGKA TAJUK

DEFINISI & KONSEP

PERTUMBUHAN

KEMATANGAN

PEMBELAJARAN MOTOR

KANDUNGAN ISI o Membincangkan kaitan antara Pertumbuhan ,Kematangan dan Perkembangan Pembelajaran Motor. o Pertumbuhan dan Perkembangan Postnatal: Scammons Curves Tiga istilah lazim yang digunakan apabila perbincangan mengenai bayi, kanak-kanak dan remaja diketengahkan adalah o pertumbuhan, o proses matang o perkembangan

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Pertumbuhan Penambahan bersifat kuantitatif dalam saiz badan secara menyeluruh atau saiz yang dicapai oleh anggota badan tertentu. o Perubahan dalam saiz ini melibatkan tiga proses selular iaitu: o (i) Penambahan bilangan sel (hiperplasia) o (ii) Penambahan saiz sel (hipertropi) o (iii) Penambahan bahan-bahan interselular (accretion) Penambahan atau peningkatan ini adalah akibat fungsi pembahagian sel (mitosis) yang melibatkan pereplikaan DNA dan migrasi kromoson yang direplika kepada sel-sel berfungsi dan seiras. Penambahan dalam saiz sel melibatkan penambahan unit-unit fungsi di dalam sel tersebut, khususnya protein dan substratnya, yang jelas kelihatan dalam hipertropi otot ketika pertumbuhan. Bahan-bahan interselular adalah berbentuk organik dan bukan organik, dan sering berfungsi mengikat atau mengumpulkan sel-sel dalam satu jaringan kompleks. Hiperplasia, hipertropi dan accretion berlaku ketika proses pertumbuhan. Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu badan yang terlibat, contohnya, bilangan neuron (sel otak) dibentuk semasa pertengahan kehamilan manakala bilangan gentian (fiber) otot terbentuk sejurus kelahiran. Kematangan Lazimnya dijelaskan sebagai satu proses menjadi matang atau satu langkah ke arah mencapai keadaan matang. Maturation = proses matang, maturity = kematangan, mature = matang Proses matang ini berlaku dalam semua tisu, organ, dan sistem organ, memberi kesan ke atas enzim, komposisi kimia dan fungsi. Proses matang berbeza mengikut sistem biologi seseorang. Proses matang seksual adalah keadaan di mana keupayaan organ-organ pembiakan berfungsi sepenuhnya. Proses matang tulang adalah keadaan di mana rangka seseorang terbentuk sepenuhnya. Proses matang sistem endokrin dan saraf (neuroendocrine) adalah satu faktor utama dalam proses kematangan seksual, tulang dan somatik semasa peringkat lewat kanak-kanak dan remaja Proses matang adalah merujuk kepada tempo (kadar kematangan berlaku) dan waktu (bila berlakunya kematangan khusus) perkembangan ke arah keadaan yang matang secara biologikal. Proses matang berfokus pada kadar pencapaian saiz dewasa dan kematangan

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Perkembangan Pada lazimnya, perkembangan boleh diasaskan kepada dua konteks. Konteks pertama adalah bersifat biologikal. Dalam konteks ini, perkembangan adalah merujuk kepada proses pembezaan dan pengkhususan sel-sel embrio kepada pelbagai jenis sel, tisu, organ dan unit fungsi. Ini biasanya berlaku di peringkat awalan pranatal apabila tisu dan sistem organ mula dibentuk, dan amat bergantung kepada keaktifan gen yang berinteraksi dengan hormon dan nutrien. Konteks kedua adalah bersifat tingkah laku. Aspek ini berkait kepada perkembangan kecekapan pelbagai domain yang saling berkaitan semasa kanak-kanak menyesuaikan diri dalam kehidupan dan budayanya Oleh itu, kita boleh menyatakan perkembangan dari aspek keterampilan sosial, intelek kognitif, emosi yang berasaskan kepada persekitaran dan budaya kanak-kanak tersebut. Haywood (1993), menjelaskan perkembangan sebagai perubahan tingkah laku akibat daripada interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya. Bailey & McFadyen (dalam Pickup & Price, 2007), menyatakan pertumbuhan adalah merujuk kepada proses perubahan sepanjang hayat di mana individu memperolehi kecekapan dalam pelbagai aspek. Lazimnya disifatkan oleh peningkatan fungsi yang khusus dan rumit akibat faktor-faktor biologi dan persekitaran Pola pergerakan ini akhirnya akan digabungkan ke dalam kemahiran khusus yang menjadi paksi utama perkembangan tingkah laku kanakkanak. Sifat-sifat prestasi kanak-kanak adalah berkait dengan pertumbuhan, proses matang dan perkembangan. Perkaitan ini dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan asas pola pergerakan seperti berjalan, berlari dan melompat

Aktiviti Fizikal Aktiviti fizikal adalah suatu tingkah laku yang berlaku dalam pelbagai bentuk dan konteks, termasuk mainan bebas, kerja seharian, senaman, pendidikan jasmani sekolah, dan sukan yang diuruskan. Ini merujuk kepada mana-mana pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot rangka dan yang menyebabkan peningkatan kecil penggunaan tenaga rehat. Aktiviti fizikal yang kerap adalah penting untuk penyelarasan berat badan dan accretion mineral tulang semasa peringkat kanak-kanak dan remaja. Peningkatan penggunaan tenaga yang diperlukan semasa aktiviti fizikal akan menyumbang kepada kecekapan fungsi pelbagai sistem, pengekalan berat badan, mengurangkan risiko penyakit degeneratif, 3

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

mengurangkan risiko kematian awal dan meningkatkan kualiti kehidupan yang menyeluruh Aktiviti fizikal sering disalahtafsir sebagai sama dengan latihan (training). Aktiviti fizikal bukannya latihan, walaupun adalah aspek utama dalam latihan. Latihan adalah merujuk kepada sesuatu program yang sistematik, dan khusus untuk sukan tertentu dalam jangkamasa tertentu.

Pembelajaran Motor - Schmidt & Lee (2005)


o Boleh didefinisikan berasaskan empat sifat utama:o Pertama, pembelajaran adalah suatu proses mencapai keupayaan untuk membentuk tindakan yang berkemahiran. Ini bererti pembelajaran melibatkan satu set peristiwa, atau perubahan di mana latihan akan membolehkan seseorang itu menjadi lebih mahir o Kedua, pembelajaran berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung. o Ketiga, pembelajaran tidak boleh diperhatikan secara langsung, kerana proses ke arah perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman o Keempat,pembelajaran dianggap sebagai menghasilkan perubahan yang kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang. o Hasil sintesis empat sifat utama di atas telah memberikan definisi pembelajaran motor sebagai satu set proses yang berkait dengan latihan atau pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk bergerak yang kekal o Menurut Malina, et al. (2004), pembelajaran motor adalah kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Oleh yang demikian, ini berkaitan dengan tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan. o Gabbard (2008), merujuk pembelajaran motor sebagai suatu perubahan prestasi kemahiran motor yang agak kekal, akibat daripada praktis atau pengalaman. Analisis gambarajah dibawah ini dan tuliskan satu perenggan berdasarkan pemahaman anda tentang peringkat-peringkat pertumbuhan dan perkembangan bayi

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

1.Apakah yang dimaksudkan tentang Lekok Scammon.Beri penerangan tentang lekoklekok dalam graf ini.

Dapatkan maklumat dari bahan bacaan dan multimedia berkaitan:

Interaksi 1: Pertumbuhan, kematangan dan pembelajaran motor


www.med.unc.edu/embryo_images http://virtualhumanembryo.lsuhsc.edu

Interaksi 2: Pertumbuhan somatik (pertumbuhan pascanatal), tisu adipos dan komposisi


badan www.cdc.gov/growthcharts/ www.somatotype.org www.muscle.ucsd/musintro/jump.shtml. http://www.udel.edu/Biology/Wags/histopage/colorpage/ca/ca.htm http://www.health.xq23.com/diet_and_nutrition/Adipose_tissue.html. www.sgd.nia.nih.gov.

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

TAJUK 3 ( Pertumbuhan somatik ) Sinopsis


Pertumbuhan somatik yang juga dikenal sebagai pertumbuhan postnatal menerangkan dengan lebih terperinci perkembangan bayi dari segi ketinggian dan berat badan,indeks jisim tubuh badan dan corak pertumbuhan dimensi anggota badan secara berkadar dan kaedah penilaian perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan.

Hasil Pembelajaran
Mengintepretasikan bahan kurikulum yang relevan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai pertumbuhan somatik. Menghuraikan pertumbuhan postnatal berkaitan dengan ketinggian dan berat badan serta indeks jisim tubuh. Mengenalpasti perubahan anggota badan dan corak pertumbuhan dimensi anggota yang lain.

Kerangka Tajuk

Corak pertumbuhan dimensi anggota

Perubahan anggota badan secara berkadar

Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan

Kandungan Isi
1 Pengukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan Satu set teknik piawai yang sistematik untuk pengukuran badan dan anggotanya adalah dikenali sebagai antropometri (anthropometry) di mana anthropo = manusia dan metry = pengukuran. Satu cara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan bentuk badan. 6

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Berat badan adalah pengukuran ke atas jisim badan. Ketinggian (stature) adalah pengukuran jarak linear dari lantai ke bahagian atas (puncak) tengkorak.

Panjang berbaring (recumbent length) adalah ukuran panjang pada kanak-kanak berumur antara 2 3 tahun, dalam keadaan berbaring.

Ketinggian berduduk (sitting height) adalah ketinggian semasa berduduk tegak yang diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas kepala.

Ukuran lebar biacromial adalah ukuran jarak dari cuaran acromial skapula kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar bahu. Ukuran lebar bicristal adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar pinggul. Lebar bicondylar adalah ukuran dari tulang kondil (condyles) femur manakala ukuran lebar biepicondylar adalah ukuran yang melibatkan tulang humerus. 7

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Ukuran lilitan lengan lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran acromial dan olecranon (hujung siku). Ukuran lilitan betis adalah pada bahagian paling tebal semasa individu berdiri dan berat badan disebar dengan sekatanya.

Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan lemak di bawah kulit (subcutaneous) dan boleh diukur dengan kaliper. Pengukuran ketebalan lapisan kulit lazimnya dilakukan di bahagian otot trisep dan subskapular. 8

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Ukuran lilitan kepala lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak berumur 3 4 tahun sebagai petunjuk pertumbuhan otak. Indeks jisim badan (BMI) adalah ukuran yang menghubungkaitkan berat (kg) dan ketinggian (m).

2 Corak pertumbuhan dalam ketinggian dan berat badan Ketinggian dan berat badan adalah dua ukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan. Dari peringkat kelahiran sehingga awal dewasa, ketinggian dan berat badan menunjukkan satu corak pertumbuhan yang terdiri daripada empat fasa iaitu: (a) pesat di peringkat bayi dan awal kanak-kanak, 9

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

(b) malar di peringkat pertengahan kanak-kanak, (c) pesat di peringkat awal remaja, dan (d) perlahan selepas remaja dan berhenti di peringkat dewasa Kadar pertumbuhan ketinggian dan berat badan semasa awal remaja adalah tinggi. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih cepat bagi perempuan berbanding lelaki untuk tempoh dua tahun. Ketinggian perempuan berhenti apabila mencapai umur 16 tahun manakala lelaki akan terus berkembang untuk tempoh dua tahun lagi.

3 Corak pertumbuhan dalam dimensi anggota lain


Kebanyakan anggota badan mengalami corak pertumbuhan yang meningkat kecuali lapisan lemak di bawah kulit, bahagian kepala dan muka. Pertumbuhan ketinggian berduduk berlaku dalam suatu tempoh yang panjang dan menyumbang lebih kepada ketinggian keseluruhan berbanding panjang kaki. Lelaki mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding perempuan tetapi kedua-dua jantina ini mempunyai lebar iliac crest yang sama. Lilitan lengan dan betis mempunyai corak pertumbuhan yang serupa dengan berat badan. Pertumbuhan pesat pada lilitan kepala dapat dilihat sejak kelahiran sehingga 2 tahun, dan mula perlahan selepas itu.

4 Perubahan perkadaran anggota badan


Walaupun corak pertumbuhan atau bentuk keluk pertumbuhan dalam kebanyakan anggota badan hampir sama dengan ketinggian dan berat badan, kadar pertumbuhan adalah berbeza antara anggota yang khusus. Pertumbuhan allometric adalah hubungan sistematik antara anggota badan semasa pertumbuhan. Nisbah ketinggian berduduk kepada ketinggian diperhatikan paling tinggi semasa peringkat bayi dan menurun di sepanjang peringkat kanak-kanak sehinggalah ke alam remaja. Sebelum remaja, lelaki dan perempuan mempunyai perkadaran yang sama dalam panjang kaki atau panjang badan. Walau bagaimanapun, semasa alam remaja sehingga dewasa, perempuan pada puratanya mempunyai anggota yang lebih pendek berbanding lelaki mengikut ketinggian yang serupa.

Perkembangan badan (Development of physique)


1 Kaedah penilaian badan

Hippocrates pada zamannya mencadangkan dua jenis klasifikasi badan iaitu habitus phthisicus (linear) dan habitus apoplecticus (lateral). Pendekatan konsepsual yang diperkenalkan oleh William Sheldon adalah kaedah penilaian yang lazim digunakan pada hari ini. Pendekatan ini berdasarkan jenis bentuk badan (somatotype, soma = badan). 10

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Pendekatan ini berasaskan kepada penyebaran variasi badan yang berterusan. Komponen-komponen yang dicadangkan adalah endomorphy, mesomorphy dan ectomorphy. Ciri utama endomorf [Rajah (a)] adalah berasaskan kepada organ-organ pencernaan dan kelembutan serta kebulatan kontur badan. Ciri utama mesomorf [Rajah (b)] adalah pada otot, tulang dan tisu-tisu penghubung, supaya otot kelihatan sasa. Ciri utama ektomorf [Rajah (c)] adalah berasaskan kepada kerapuhan bentuk, perkembangan otot yang lemah, dan luas permukaan yang lebih berbanding jisim badan.

Kaedah Phenotype Parnell, yang dikemukakan oleh Richard Parnell adalah modifikasi ke atas Sheldon dan bersifat antropometrik. Phenotype bermaksud keadaan badan pada suatu masa tertentu. Ketinggian, berat, tiga lipatan kulit, dua lilitan anggota dan dua kelebaran tulang anggota digunakan untuk menilai anggaran tiga komponen badan iaitu gemuk, sasa dan kurus. Kaedah Heath-Carter menggabungkan prosedur fotoskopik dan antropometrik untuk menganggar jenis badan.

2 Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan Perempuan lebih bersifat endomorf semasa pertumbuhan dan kematangan dan bersusut ke ektomorf selepas itu. Tidak terdapat pola yang nyata untuk mesomorf. Antara 17 hingga 33 tahun, endomorf dan mesomorf kelihatan bertambah manakala ektomorf berkurangan.

11

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

TAJUK 4 ( Tisu Adipos dan Komposisi badan ) Sinopsis


Dalam unit ini kita akan pelajari tentang tisu adipos dan komposisi badan serta sebaran pelbagai jenis lemak semasa pertumbuhan,kaedah menganggar komposisi badan kanak-kanak dan remaja serta pertumbuhan dan perkembangan fat-free mass,fat mass dan peratus lemak.

Hasil Pembelajaran
Menjelaskan isi pelajaran yang berkaitan dengan tisu adipos dan komposisi badan. (1.4) Mengintegrasikan pengetahuan pertumbuhan dan perkembangan berkaitan fat-free mass, fat-mass dan peratus lemak untuk menjelaskan model komposisi badan (2.2)

Kerangka Tajuk
Tisu adipos & Komposisi Badan

Model Komposisi badan

Kaedah menganggar komposisi badan

Pertumbuhan jisim bebas lemak, jisim lemak dan

Perubahan tisu adipos semasa pertumbuhan

Perkembangan tisu adipos dalam pranatal

Kandungan Isi
1 Model komposisi badan Dua model yang lazim digunakan di dalam kebanyakan kajian adalah dari perspektif (a) ahli biokimia dan (b) mereka yang bertugas bersama individu di klinik, pusat pemakanan, pusat kecergasan dan sebagainya (model dua bahagian). Model biokimia Secara biokimia, badan manusia terdiri daripada empat unsur utama iaitu air, protein, mineral dan lemak. Walaupun model ini berfaedah untuk perbandingan umum, kegunaannya adalah terhad kerana data analisis biokimia yang diperolehi hanyalah dari 12

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

sekumpulan individu yang kecil, yang mana mungkin tidak mewakili populasi norma. Model dua bahagian adalah merujuk kepada pembahagian jisim badan kepada komponen lemak dan otot. Komponen tanpa lemak adalah dirujuk sebagai jisim badan bebas lemak manakala komponen yang satu lagi dikenali sebagai jisim berlemak.

2 Kaedah menganggar komposisi badan Kaedah yang lazim digunakan bagi menganggar komposisi badan dalam individu adalah secara tidak langsung. Kaedah timbangan dalam air (hydrostatic) menganggar ketumpatan badan dan menukar nilai kepada peratusan lemak badan. Kaedah pencairan isotop menganggar jumlah air di dalam badan, yang mana ini ditukar kepada jisim bebas lemak (fat-free mass). Kaedah pengaktifan neutron menggunakan isotop nitrogen dan kalsium untuk menganggar tisu tanpa lemak dan mineral. Kaedah pengkonduksian elektrik badan dan bioelectrical impedance menganggar jisim bebas lemak (tisu tanpa lemak akan mengalirkan elektrik lebih mudah berbanding tisu berlemak). Kaedah ultrasound menganggar lemak, otot dan tulang. Kaedah radiografi menganggar lemak, otot dan tulang. Kaedah antropometri menganggar lemak dan meramal jisim bebas lemak. Pengukuran ketumpatan badan: Ketumpatan = jisim per unit isipadu. Ketumpatan lemak = 0.90 g/cm3 dan adalah lebih rendah daripada air (1.0 g/cm3), dan lebih rendah daripada tisu tanpa lemak (1.10 g/cm3). Badan yang berketumpatan rendah mempunyai lebih lemak berbanding badan yang berketumpatan tinggi. Ketumpatan adalah berkadar songsang dengan lemak badan. Densitometri adalah merujuk kepada pengukuran ketumpatan badan. Ketumpatan digunakan untuk menganggar peratus berat badan yang terdiri daripada lemak. Mengukur jumlah air dalam badan: Air adalah komposisi terbesar dalam badan. Kebanyakan air di dalam badan adalah di dalam tisu tanpa lemak. Oleh itu pengukuran jumlah air dalam badan memberi satu cara untuk menganggar jisim bebas lemak. Mengukur kalium dalam badan Kalium banyak dijumpai dalam sel-sel, khususnya di tisu otot. Oleh itu pengukuran kepekatan kalium dalam badan boleh memberi satu anggaran jisim bebas lemak.

13

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Aplikasi kaedah pengukuran pada kanak-kanak


Kaedah-kaedah pengukuran yang sedia ada yang dilaksanakan ke atas orang dewasa tidak semestinya sesuai dengan kanak-kanak. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah: .> Adakah ketumpatan lemak dan tisu bebas lemak, kandungan air dan kalium di dalam jisim bebas lemak sama dalam dewasa dan kanak-kanak? .> Bilakah ketumpatan, kepekatan air dan kalium dalam tisu tanpa lemak dicapai dalam dewasa? .> Kaedah densitometri adalah lambat dan memerlukan subjek kajian menjalani latihan keselesaan dengan prosedur. .> Kaedah ini hanya terhad kepada kanak-kanak berumur 7 atau 8 tahun dan bukannya lebih muda. .> Penggunaan kaedah kalium adalah sangat mahal dan sensitif, dan tempoh pengukurannya amat bergantung kepada saiz subjek. .> Kanak-kanak mungkin tidak berupaya berada di dalam keadaan tetap untuk suatu tempoh yang lama semasa pengukuran dilaksanakan. .> Pengukuran jumlah air dalam badan memerlukan subjek berpuasa semalaman sebelum pengukuran dapat dilaksanakan.

3 Pertumbuhan jisim bebas lemak, jisim lemak dan peratus lemak Jisim bebas lemak (fat-free mass) Jisim bebas lemak mengikuti satu pola pertumbuhan seperti dalam ketinggian dan berat badan, dan perbezaan jantina memainkan peranan utama semasa pertumbuhan remaja. Pada peringkat awal dewasa, perempuan mencapai nilai jisim bebas lemak lebih awal, antara umur 15 ke 16 tahun berbanding lelaki pada umur antara 19 ke 20 tahun. Pada peringkat lewat remaja, lelaki, pada puratanya mempunyai jisim bebas lemak 1.5 kali lebih berbanding perempuan. Perbezaan ini menunjukkan pertumbuhan pesat jisim otot dalam remaja. Selepas 14 tahun, lelaki mempunyai jisim bebas lemak yang lebih berbanding perempuan dengan ketinggian yang sama. Jisim lemak (fat mass) Anggaran jisim lemak meningkat pada 2 atau 3 tahun pertama dalam hidup dan kemudiannya tidak menunjukkan perubahan antara 5 6 tahun. Jisim lemak perempuan mula meningkat dengan pesat berbanding lelaki di peringkat remaja, dan mula malar apabila lelaki mengalami pertumbuhan pesat di antara 13 15 tahun. 14

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Peratus lemak meningkat dengan pesat dalam kedua-dua jantina semasa bayi, dan mula berkurangan semasa awal kanak-kanak. Perempuan pada puratanya menunjukkan peratus lemak yang lebih sedikit berbanding lelaki semasa peringkat bayi dan awal kanak-kanak, tetapi dari 5 6 tahun sehingga remaja, perempuan mempunyai peratus lemak yang lebih berbanding lelaki. Dalam lelaki, peratus lemak berada di tahap paling rendah pada 16 17 tahun, dan seterusnya meningkat apabila berada di peringkat awal dewasa.

Perubahan tisu adipos semasa pertumbuhan (Adipose tissue changes during growth)
1 Jenis tisu adipos Tisu adipos adalah komponen fungsi dan struktur jisim lemak. Terdapat dua jenis tisu adipos iaitu tisu adipos perang dan tisu adipos putih. Tisu adipos putih: Terdiri daripada sel lemak (adipocytes) yang mengandungi satu titisan lemak besar, dalam bentuk trigliserida. Nukleus adiposit dan organel sel sitoplasma (iaitu mitokondria dan lain-lain) dimampatkan ke bahagian luar sel antara titisan lipid dan membran sel. Tisu aktif metabolisme (dalam metabolisme glukosa, asid lemak, lipoprotein dan kolesterol). Terdapat di seluruh badan. Kebanyakannya boleh dijumpai di dalam ginjal, jantung, hati dan organ-organ lain, tetapi sebaran terbesar adalah di lapisan bawah kulit. Tisu yang penting dalam metabolisme dan setor simpanan tenaga. Memberi perlindungan dan penebat ke atas badan dan organ-organ penting. Tisu adipos perang: Mengandungi beberapa titisan lipid dan bukannya dalam satu vakuol lipid yang besar. Nukleus tidak dimampatkan seperti dalam tisu adipos putih. Mengandungi lebih mitokondria yang lebih besar dan berstruktur kompleks berbanding tisu adipos putih. Fungsi utama bukan untuk simpanan lipid tetapi untuk menjana haba (thermogenesis). Banyak terdapat di dalam haiwan yang tinggal di persekitaran sejuk, and haiwan yang berhibernasi. Lebih kecil daripada sel adipos putih. Diameternya berjulat antara 15 50 mikrometer. 15

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Warna perang adalah disebabkan oleh kepekatan tinggi sitokrom dan enzim sitokrom dalam mitokondria, serta kandungan hemoglobin dalam tisu. Dalam badan manusia, tisu ini didapati pada tempat-tempat tertentu, khususnya di bahagian belakang leher, dan bahagian belakang interscapula bayi yang baru dilahirkan. Diberkaskan antara sel dan kapilari. Mempunyai kaitan dengan sistem saraf simpatetik serta mempunyai reseptor sel yang berupaya bertindak balas terhadap hormon seperti noradrenalin. Menyimpan lemak untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk aktiviti metabolisme tisu lain.

2 Perkembangan tisu adipos dalam pranatal Tisu adipos putih telah didapati di bahagian abdomen bayi semasa minggu ke-14 kehamilan. Tidak terdapat perbezaan dalam tisu adipos putih antara jantina. Dalam perkembangan awalan bayi, adiposit mempunyai beberapa titisan lipid yang bergabung untuk membentuk satu sel dengan satu titisan. Selepas minggu ke-23 kehamilan, aktiviti utama yang menyumbang kepada pencapaian pesat berat badan adalah pengembangan adiposit dan pemberkasan tisu adipos. Adalah dianggarkan bayi yang baru dilahirkan mempunyai hampir 5 bilion adiposit. Perbezaan kandungan lemak badan kelihatan lebih berkait dengan kandungan trigliserida adiposit berbanding perubahan sel atau bilangan sel dalam tisu. Secara umumnya, adiposit dalam fetus adalah lebih kecil berbanding dewasa, tetapi pada peringkat lewat fetus, satu populasi adiposit besar yang mengandungi lipid kelihatan lebih jelas. Tenaga yang tersimpan ini adalah penting bagi bayi semasa proses transisi dari persekitaran terlindung ke persekitaran terbuka dalam hidup. Selepas kelahiran, bayi perlu bergantung pada bahan metabolisme karbohidrat yang cepat kehabisan dan trigliserida yang tersimpan di dalam adiposit menjadi sumber yang penting. Oleh itu adiposit di dalam bayi harus berupaya berfungsi dengan cekap untuk memenuhi keperluan tenaga ini. 3 Sifat-sifat tisu adipos dalam pascanatal Tisu adipos perang: Terdapatnya satu jumlah yang kecil tisu adipos perang dalam bayi yang baharu dilahirkan, iaitu sebanyak 1% berat badan, atau 25g di dalam bayi yang dilahirkan penuh seberat 3500g.

16

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Tisu ini berfungsi sebagai satu mekanisme perlindungan dalam bayi tidak cukup bulan kerana menghadapi persekitaran luar yang mencabar. Sejurus selepas kelahiran, tisu ini akan hilang dari badan, tetapi sebilangannya akan kekal berada di organ-organ dalaman seperti ginjal.

Tisu adipos putih: Tisu ini berkembang dengan suatu kuantiti simpanan lipid yang meningkat akibat perubahan interaktif dalam saiz adiposit dan sel organ tisu adipos. Bilangan adiposit meningkat dari 5 bilion semasa kelahiran ke 30 50 bilion di peringkat dewasa (yang tidak gemuk). Diameter purata adiposit meningkat dari 30 40 mikrometer semasa kelahiran ke 80 90 mikrometer di peringkat awal dewasa. Organ adipos terdiri daripada 0.5kg lemak semasa kelahiran di dalam kedua-dua jantina, dan meningkat ke 10kg di dalam lelaki dan 14kg di dalam perempuan di peringkat awal dewasa. Hipertropi adiposit akan merangsang pembahagian sel di dalam adifoblas (adiphoblast) dan seterusnya meningkatkan bilangan praadiposit dan adiposit.

17

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

4 Sebaran lemak semasa pertumbuhan Sebaran lemak adalah sebaran kilang-kilang lemak di dalam badan. Kilang-kilang lemak yang tersebar di tempat-tempat yang berlainan mempunyai sifat-sifat metabolisme yang tersendiri. Lemak dalaman dan lemak lapisan bawah kulit: Lemak dalaman, juga dikenali sebagai lemak jantung (visceral), omental. Pengukuran langsung lemak dalaman boleh dilakukan secara analisis pada mayat dan tomografi. Inferensi tentang perubahan lemak dalaman semasa pertumbuhan boleh dibuat berdasarkan nisbah lemak lapisan bawah kulit kepada jisim lemak keseluruhan. Kadar pengumpulan lemak dalaman adalah lebih cepat berbanding lemak lapisan bawah kulit semasa kanak-kanak bagi kedua-dua jantina. Selepas 13 14 tahun, nisbah akan meningkat bagi lelaki, dan ini menunjukkan perubahan dalam penyebaran lemak lapisan bawah kulit di bahagian hujung anggota dan badan lelaki. Lemak lapisan bawah kulit dan topografi lemak: Data radiografik telah menunjukkan bahawa perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki dari awal bayi sehingga 18 tahun. Selepas peningkatan pesat lemak lapisan bawah kulit dalam tempoh 6 bulan pertama , kedua-dua jantina mengalami penurunan pada 6 7 tahun. Perempuan akan menunjukkan peningkatan linear sehingga remaja, manakala lelaki menunjuk sedikit peningkatan antara 7 12/13 tahun, dan seterusnya penurunan semasa remaja. Data lipatan kulit menunjukkan perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki antara 4 18 tahun. Antara 4 7 tahun, jumlah 10 lipatan kulit menunjukkan kestabilan dalam kedua-dua jantina dan ini adalah selaras dengan dapatan radiografik. Lemak lapisan bawah kulit meningkat secara linear dalam perempuan antara 6 7 tahun sehingga remaja. Pada lelaki pula, jumlah lipatan kulit meningkat dari 7/8 13 tahun dan seterusnya menunjukkan penurunan di umur 15 tahun. Perubahan ini telah menunjukkan dua faktor iaitu (i) terdapatnya lebih tempat lipatan kulit (10) berbanding radiografik (5); (ii) tempat radiografik adalah terhad kepada hujung anggota tetapi tempat lipatan kulit tersebar dengan sekata antara hujung anggota dan badan.

18

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Perubahan di dalam jumlah sebaran lemak lapisan bawah kulit berlaku semasa pertumbuhan. Perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki di semua peringkat umur, khususnya di peringkat remaja. Perbezaan lemak lapisan bawah kulit kelihatan lebih ketara antara keduadua jantina di bahagian hujung anggota berbanding badan. Oleh itu terdapat satu perbezaan yang ketara antara jantina di dalam sebaran lemak di dalam remaja. Lelaki mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit di badan berbanding hujung anggota.

Bilangan sel lemak (x 10 )

19

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

TAJUK 5 (Perkembangan Fungsi Anatomi dan Fisiologi ) Sinopsis


Dalam tajuk ini anda akan didedahkan kepada perubahan biologi dan fisiologi jantung,darah dan paru-paru serta prestasi kekuatan berkaitan dengan prestasi motor.

Hasil Pembelajaran
Mengenalpasti perubahan jantung ,darah dan paru-paru semasa pertumbuhan (1.5) Menganalisis perkembangan dan prestasi kekuatan berkaitan dengan motor (1.6) Menterjemahkan perubahan dan perkembangan fungsi anatomi dan fisiologi terhadap prestasi motor. (2.3)

Kerangka Tajuk
Perkembangan Fungsi Anatomi & Fisiologi

Jantung

Darah

Paru-Paru

Prestasi Aerobik & Anaerobik Prestasi Motor

Kandungan Isi
1

Perubahan jantung, darah dan paru-paru semasa pertumbuhan (Heart, blood and lungs) Ciri-ciri peredaran darah fetus Jantung dan salur darah adalah terbentuk daripada sel-sel embrio mesodermal. 3 minggu selepas persenyawaan, salur jantung primitif mula terbentuk. Sejurus selepas itu, jantung ini mula berdenyut. 20

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Salur ini akan tumbuh dan membentuk kaviti perikardial. Jantung akan membentuk struktur umumnya pada penghujung minggu ke-6 selepas persenyawaan, dan salur-salur darah utama terbentuk pada minggu ke-8. Salur jantung primitif akan melipat dan menyimpul dengan sendirinya lalu membentuk 4 ruang yang jelas. Kedua-dua proses ini mengakibatkan 4 ruang jantung tersusun pada kedudukan yang betul dalam kaviti perikardial bersama-sama salur-salur darah utama jantung. Pelbagai jenis penyakit jantung kongenital yang wujud adalah hasil daripada proses embrio yang terganggu. Sistem peredaran fetus yang utama dapat diperhatikan dalam gambarajah di bawah.

Plasenta (uri) merupakan penghubung antara peredaran fetus dan ibu. Vena umbilical membawa oksigen dan nutrien dari plasenta ke fetus, dan dua arteri umbilical membawa darah tanpa oksigen dari fetus ke plasenta untuk dioksigenkan dan pembuangan bahan-bahan kumuh ke dalam peredaran ibu. Hanya sejumlah kecil keluaran kardiak fetus yang melalui paru-parunya kerana terdapatnya halangan (pemisah) yang mengalihkan darah dari sebelah kanan ke sebelah kiri. Foramen ovale adalah penghalang pertama, yang merupakan satu bukaan sehala di dalam septum yang membahagikan atria kanan dan kiri. Ductus arteriosus adalah penghalang kedua, di mana sejumlah kecil darah yang dipamkan oleh ventrikel kanan mengalir ke aorta dan bukannya ke arteri pulmonari. Duktus adalah satu salur kecil yang menghubungkan arteri pulmonari utama dengan aorta. 21

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Adalah dianggarkan sejumlah 10% - 15% darah yang dipamkan oleh jantung telah melalui paru-paru semasa fetus. Ductus venosus adalah satu salur sementara yang membenarkan sedikit darah mengalir dari vena umbilical terus ke vena kava inferior dan atrium kanan. Darah di dalam vena umbilical mempunyai 70% oksigen tepu manakala tisu periferi hanya mempunyai antara 55% - 60%. Perubahan saiz jantung Dalam hidup fetus, jantung sebelah kanan mempunyai isipadu yang hampir sama dengan sebelah kiri. Selepas kelahiran, pertumbuhan ventrikel kiri adalah lebih pesat berbanding sebelah kanan. Isipadu jantung pada masa kelahiran adalah lebih kurang 40cm3. Jumlah ini akan berganda menjelang 6 bulan, 4 kali ganda pada tahun 2 dan akan mencapai antara 600 800 cm3 dalam dewasa. Perubahan fungsi jantung (i) Denyutan nadi - Purata kadar nadi dalam bayi yang baru dilahirkan adalah 140 dsm. - Kadar dasar nadi menurun dari 140 dsm (kelahiran) ke 100 dsm (1 tahun), dan menurun seterusnya ke 80 dsm (6 tahun) dan 70 dsm (10 tahun). (ii) Isipadu strok dan keluaran kardiak - Isipadu strok: Isipadu darah yang dipamkan oleh ventrikel kiri pada satu penguncupan, meningkat dari peringkat kanak-kanak ke remaja. - Jumlahnya adalah antara 3 4ml (kelahiran) dan meningkat 10 kali ganda iaitu 40ml di peringkat sebelum remaja. - Keluaran kardiak: Keluaran darah dari ventrikel kiri dalam satu minit. - Keluaran kardiak adalah 0.5L/min (kelahiran) manakala di peringkat dewasa adalah 5L/min.

(iii) Tekanan darah - Tekanan darah sistemik dalam fasa-fasa diastolik dan sistolik penguncupan otot jantung meningkat semasa pertumbuhan. - Tekanan darah sistolik dalam bayi berubah-ubah antara 40 75mmHg. - Dalam lewat bayi, tekanan darah ini meningkat ke 80mmHg dan tekanan darah diastolik meningkat ke 50 55mmHg. - Tekanan darah sistolik meningkat lebih daripada tekanan darah diastolik semasa peringkat kanak-kanak ke remaja.

22

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Semasa pertumbuhan, saiz jantung bertambah dan ini ada berkait dengan jisim badan. Ini bererti saiz jantung adalah berkadaran dengan jisim badan. Jantung secara progresifnya akan disesuaikan dengan penambahan kerja, walaupun dalam keadaan rehat.

(i)

Perubahan ciri-ciri darah semasa pertumbuhan Isipadu darah - Dalam kanak-kanak, isipadu darah berkait rapat dengan jisim badan dan saiz jantung. - Dalam orang dewasa secara puratanya terdapat 5L darah di mana 3L adalah plasma dan bakinya adalah sel, khususnya sel darah merah. - Bayi yang baru dilahirkan mempunyai antara 300 400ml darah dalam badan. Komposisi darah - Salah satu ciri penting darah adalah hematocrit iaitu peratus isipadu darah yang mengandungi sel darah merah (eritrosit). - Secara puratanya, lelaki dewasa mempunyai 40% - 45% berbanding perempuan dewasa yang mempunyai 38% - 42%. - Kedua-dua sel darah merah dan hemoglobin mempunyai peranan utama dalam pengangkutan oksigen ke tisu-tisu badan. - Dalam lelaki dewasa, bilangan sel darah merah adalah sebanyak 5.5 juta/mikroliter dan 4.6 juta/mikroliter dalam perempuan dewasa. - Sel darah merah dihasilkan oleh sumsum tulang dalam bayi dan awal kanak-kanak. Menjelang umur 5 tahun, penghasilannya berkurangan. - Eritrosit tidak mempunyai nukleus tetapi penuh dengan hemoglobin dan komponen-komponen sitoplasma. - Eritrosit mempunyai hayat antara 110 120 hari. - Jumlah kandungan hemoglobin dalam darah adalah berkait dengan pengambilan maksimum oksigen, isipadu jantung dan jisim tubuh. - Sel darah putih (leukosit) juga berubah semasa pertumbuhan. - Dalam kelahiran jumlah bilangan mencapai sehingga 40 ribu/mikroliter, tetapi di peringkat dewasa bilangannya adalah 8 ribu/mikroliter. - Bilangan platelet tidak menunjukkan banyak perubahan sejak lahir hingga dewasa, iaitu sekitar 350 ribu/mikroliter. (iii) Lipid darah dan lipoprotein - Lipid darah dan lipoprotein sering dikaitkan dengan pelbagai masalah metabolisme di peringkat dewasa, termasuklah arteriosklerosis yang berkait dengan tabiat pemakanan dan tahap aktiviti fizikal. - Trigliserida adalah molekul lemak dan kolesterol bersifat seperti molekul lemak dalam banyak aspek. - Kedua-dua bahan ini tidak larut air dan diangkut dalam darah bersama protein. 23

(ii)

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

- Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL-cholesterol), mempunyai lebih protein berbanding kolesterol. - Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL-cholesterol) dan lipoprotein berketumpatan sangat rendah (vLDL-cholesterol), mempunyai lebih kolesterol berbanding protein. Tahap LDL yang tinggi sering dikaitkan dengan arteriosklerosis. - Bayi perempuan mempunyai tahap lipid darah dan kolesterol yang lebih daripada lelaki semasa kelahiran. Perubahan fungsi paru-paru dan pernafasan semasa pertumbuhan (i) Perkembangan dan pertumbuhan paru-paru - Paru-paru mula bertumbuh sebaik sahaja berlakunya persenyawaan. - Pembentukannya bermula sebagai satu kantung di minggu ke-4 dan seterusnya terbahagi kepada dua. - Pada minggu ke-16, pokok bronkiol mula terbentuk dan 3 bulan terakhir fetus, alveoli mula terbentuk. Kebanyakannya terbentuk dengan lengkap semasa pasca natal. - Paru-paru fetus terdiri daripada cecair, termasuk cecair amniotik dan komponen darah. - Kebanyakan cecair ini dikeluarkan apabila toraks ditekan dalam proses kelahiran, dengan bakinya dikeluarkan melalui salur limfa. - Pergerakan pernafasan yang dapat dikesan dalam fetus menunjukkan bahawa pusat pernafasan di otak dan mekanisme ototsaraf yang perlu untuk proses ini telah wujud sebelum kelahiran. - Paru-paru manusia adalah seberat 60 70g semasa kelahiran dan jisim ini meningkat sebanyak 20 kali ganda sebelum kematangan. - Bilangan alveoli meningkat dari 20 juta (kelahiran) ke 300 juta (umur 8 tahun). - Isipadu paru-paru adalah lebih daripada jisim paru-paru. - Bayi yang baru dilahirkan boleh menyedut sebanyak 3ml udara segram tisu manakala orang dewasa adalah antara 8 10ml. Fungsi pernafasan - Proses respiratori melibatkan dua komponen. - Pertama, melibatkan paru-paru di mana pemindahan oksigen dan karbon dioksida antara kanak-kanak dan ruang persekitarannya. - Kedua, melibatkan pengangkutan gas dalam darah ke dan dari tahap sel-sel atau dikenali sebagai respirasi selular. - Mekanisme pernafasan termasuklah: Pusat respiratori terletak di dalam tunjang otak Reseptor regang di dalam paru-paru, yang mengalirkan impuls proprioseptif melalui saraf vagus Reseptor kimia karotid dan aortik, akan terangsang apabila kandungan oksigen dalam darah menurun 24

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Pusat respiratori di dalam tunjang otak dan pusat reseptor kimia, akan terangsang apabila kandungan karbon dioksida dalam darah meningkat atau pH darah menurun - Kekerapan pernafasan semasa kelahiran adalah sebanyak 40 nafas seminit dan kadar ini menurun ke 30 nafas seminit menjelang umur satu tahun. Di antara umur 5 6 tahun, kekerapan adalah sebanyak 22 nafas seminit dan seterusnya menurun ke 16 atau 17 nafas seminit. - Isipadu sisa (residual volume) adalah isipadu gas yang berada di dalam paru-paru selepas satu hembusan maksimum. - Isipadu tidal (tidal volume) adalah purata isipadu udara yang dihembus semasa pernafasan normal. - Isipadu simpanan tarikan nafas (inspiratory reserve volume) adalah isipadu maksimum gas yang boleh ditarik masuk dari paras normal pernafasan isipadu tidal. - Isipadu simpanan hembusan (expiratory reserve volume) adalah isipadu maksimum gas yang boleh dihembus dari paras normal pernafasan isipadu tidal. - Kapasiti vital (vital capacity) adalah isipadu maksimum gas yang boleh dikeluarkan dari paru-paru hasil daripada tarikan nafas maksimum. - Kapasiti pernafasan (inspiratory capacity) adalah isipadu maksimum gas yang boleh disedut. - Kapasiti sisa fungsi (functional residual capacity) adalah isipadu gas yang tertinggal di dalam paru-paru selepas satu pernafasan normal.
2

Perkembangan motor (Motor development) Perkembangan dan penghalusan lakuan kemahiran di dalam aktiviti motor adalah penting dalam perkembangan dunia kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti motor ini merupakan sebahagian utama dalam tingkah laku kanak-kanak dan memberi peluang untuk mereka mengalami persekitaran yang mencabar, khususnya semasa prasekolah. Perkembangan motor merupakan satu proses di mana kanak-kanak memperolehi kemahiran dan pola pergerakan. Ini dicirikan dengan suatu modifikasi berterusan yang berasaskan kepada: Proses kematangan otot-saraf yang berkemungkinan diselaraskan secara genetik Sifat-sifat kematangan dan pertumbuhan dalam kanak-kanak (cthnya: saiz dan komposisi badan) Kesan sampingan pengalaman motor yang terdahulu Pengalaman motor yang terkini Kemahiran dan pola pergerakan Pola motor adalah merujuk kepada pergerakan asas dalam melaksanakan sesuatu tugas. 25

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Dalam kemahiran motor, penekanan adalah pada ketepatan, kejituan, dan prestasi.

Klasifikasi aktiviti motor (i) Aktiviti motor halus dan kasar Motor halus adalah pergerakan yang memerlukan kejituan dan kemahiran seperti dalam tugasan manipulatif. Motor kasar adalah pergerakan yang melibatkan seluruh badan atau anggota badan seperti dalam aktiviti lokomotor. Kebanyakan lakuan motor merangkumi unsur-unsur motor kasar dan halus. (ii) Pola motor asas Ini adalah merujuk kepada bentuk pergerakan asas. Bentuk pergerakan asas ini terdiri daripada lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif. Bentuk pergerakan asas boleh terdiri daripada gabungan mana-mana aspek yang disenaraikan. (iii) Proses dan hasil pergerakan Proses pergerakan melibatkan: - teknik sesuatu pergerakan, contohnya putaran pinggul, aksi lengan, aksi kaki, dan sebagainya - mekanik sesuatu pergerakan, contohnya sudut lonjakan , panjang tuas lengan, sudut antara sendi, dan sebagainya Hasil pergerakan tertumpu kepada keputusan akhir sesuatu lakuan, contohnya jarak lompatan, catatan masa larian, dan sebagainya. Pantulan dalam bayi yang baru dilahirkan Tindak balas motor bayi yang baru dilahirkan adalah sambungan daripada apa yang telah wujud semasa dalam keadaan fetus. Pola ini wujud dalam bentuk pantulan semasa kelahiran. Sesetengah pantulan ini adalah berbentuk mudah dan dikawal oleh saraf tunjang manakala sebahagiannya adalah kompleks dan memerlukan integrasi otak dan pusat saraf yang lain. Pantulan Moro (Moro reflex) adalah pola pantulan yang wujud dalam bayi sejak lahir ke 3 bulan.

26

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Pantulan Startle (Startle reflex) wujud akibat bunyian yang kuat dan bayi akan bertindak balas dengan mengfleksikan anggota badan. Pantulan genggaman (palmar grasp reflex) berlaku apabila sesuatu objek diletakkan pada tapak tangan bayi.

Pantulan leher (tonic neck reflex) mula kelihatan selepas beberapa bulan dilahirkan. Apabila kepala bayi dipusingkan ke sebelah, bayi akan bertindak balas dengan memanjangkan kaki dan lengan pada bahagian yang dipusingkan dan fleksi pada bahagian yang bertentangan.

27

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Pantulan righting adalah berkait dengan hubungan antara kepala dengan anggota badan. Pantulan labyrinthine adalah berkait dengan orientasi badan terhadap daya graviti.

Pantulan primitif (primitive reflexes) yang terdiri daripada pantulan Moro, startle dan genggaman lazimnya terbentuk dengan sempurna sejak lahir sehingga bulan ke-3. Pantulan postur yang terdiri daripada pantulan leher, labyrinthine, righting mula terbentuk selepas bulan ke-3 dan seterusnya.

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak Cara penjagaan Bilangan kelahiran Bilangan kanak-kanak dalam keluarga Peluang untuk pergerakan dan bermain secara aktif Status sosioekonomi Status pemakanan Persekitaran 28

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Biologikal (genotaip, saiz badan, komposisi badan) Persepsi kanak-kanak terhadap persekitarannya

Prinsip Perkembangan Motor Arnold Gesell (1952), telah memperkenalkan 2 prinsip perkembangan motor yang berfokus pada perkembangan yang berlaku dalam dua tahun pertama selepas kelahiran bayi. Prinsip-prinsip tersebut adalah prinsip cephalocaudal dan prinsip proximodistal. Prinsip cephalocaudal Cephalocaudal adalah gabungan dua perkataan Latin iaitu: cephalo = kepala dan caudal = penghujung saraf tunjang Perkembangan cephalocaudal adalah merujuk kepada perkembangan kawalan otot secara beransur-ansur dari bahagian kepala ke bawah sehingga ke hujung jari kaki. Contohnya, dalam perkembangan janin, bahagian kepala terbentuk dahulu, diikuti bahagian tangan dan seterusnya pada bahagian kaki. Kawalan motor bermula dari bahagian kepala, leher dan badan sebelum dapat mengawal bahagian kaki seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Aktiviti Kawalan kepala Bergolek Duduk Berdiri dengan bantuan Menyusup dan merangkak Berdiri sendiri Berjalan dan berlari - Dengan bantuan - Sendiri - Berlari kekok - Berlari dengan baik Melompat Umur Semasa kelahiran 5 6 bulan 6 6.5 bulan 8 bulan 9 10 bulan 13 14 bulan 9 11 bulan 18 bulan 20 bulan 20 bulan 20 bulan

Prinsip proximodistal Proximadistal adalah juga gabungan dua perkataan Latin iaitu: proximo = hampir dan distal = jauh 29

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Perkembangan proximodistal adalah merujuk secara khusus perkembangan kawalan otot secara beransur-ansur dari bahagian tengah (paksi) badan ke bahagian yang menjauhi paksi badan. Contohnya, kanak-kanak dapat mengawal otot-otot pada bahagian atas badan dan bahu sebelum mereka dapat mengawal otot-otot pada bahagian lengan, tangan dan jari.
Aktiviti Menggenggam objek tetapi tidak boleh mengutipnya Menggenggam objek besar dengan sebelah tangan dan memindah ke tangan yang lain Memegang objek kecil tetapi tidak dapat mengutip Berupaya mencubit objek kecil Dapat memasukkan objek kecil ke dalam botol Umur 4 bulan 6 6.5 bulan 7 bulan 9 bulan 15 bulan

Prestasi motor dan kekuatan (Strength and motor performance) Perkembangan kemahiran motor asas kanak-kanak lazimnya terbentuk menjelang umur 6 7 tahun. Komponen kekuatan diambil kira dalam prestasi motor kanak-kanak kerana ini merupakan satu komponen penting dan juga prestasi motor sering digunakan sebagai satu petunjuk kepada kekuatan otot. Kekuatan adalah daya otot atau kebolehan seseorang individu membentuk tekanan terhadap rintangan luaran. Terdapat beberapa jenis kekuatan iaitu kekuatan statik, dinamik dan letusan (kuasa). Kekuatan statik atau isometrik adalah daya yang dikenakan ke atas rintangan luaran tanpa sebarang perubahan pada panjang otot. Lazimnya kekuatan jenis ini diukur pada kumpulan otot yang khusus, contohnya kekuatan genggaman, kekuatan fleksi atau ekstensi lutut. Kuasa adalah kemampuan otot melepaskan daya maksimum dalam suatu tempoh yang singkat. Contohnya, pengukuran lompat jauh berdiri. Kekuatan dinamik adalah daya yang dibentuk hasil daripada penguncupan otot yang berterusan. Contohnya, pengukuran tekan tubi dan mendagu. Daya tahan otot adalah merujuk kepada kebolehan mengulangi atau mengekalkan penguncupan otot untuk suatu tempoh masa yang lama. Contohnya, gantung siku bengkok. Ujian prestasi yang merangkumi kemahiran motor asas lazimnya melibatkan kawalan motor dan kekuatan. Melompat melibatkan koordinasi motor dan kuasa otot untuk membolehkan badan bergerak mendatar ke hadapan seperti di dalam lompat jauh berdiri. Membaling melibatkan koordinasi dan kuasa dalam melepaskan balingan sesuatu objek. Lari pecut adalah ujian yang melibatkan kepantasan manakala lari ulang alek melibatkan ketangkasan. Imbangan adalah perl dalam prestasi aktiviti motor sama ada dalam bentuk statik atau dinamik manakala kelenturan melibatkan julat pergerakan sendi di 30

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

pelbagai bahagian badan. Lain-lain kemahiran motor asas yang boleh diuji termasuklah menendang untuk jarak, menyambut bola yang dilambung, hopping atau skipping, membaling untuk ketepatan dan sebagainya. Prestasi motor di peringkat awal kanak-kanak Kekuatan otot meningkat di peringkat ini. Lelaki menunjukkan peningkatan yang lebih berbanding perempuan di dalam aktiviti berlari, melompat dan membaling. Perempuan menunjukkan prestasi yang lebih baik di dalam aktiviti imbangan berbanding lelaki di antara umur 3 5 tahun, dan lebih baik di umur 6 tahun. Secara puratanya, lelaki menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam aktiviti yang melibatkan kuasa dan kelajuan manakala perempuan lebih ke arah aktiviti imbangan. Prestasi motor di peringkat pertengahan kanak-kanak dan remaja Kekuatan dan prestasi motor lazimnya meningkat mengikut umur. Walau bagaimanapun, pola peningkatan ini berbeza mengikut aktiviti. Kekuatan lelaki meningkat secara linear mengikut umur sehingga 13 atau 14 tahun di mana peningkatan adalah mendadak manakala kekuatan perempuan meningkat secara linear mengikut umur sehingga 16 atau 17 tahun. Daya tahan otot lelaki meningkat secara linear dari 5 sehingga 13 atau 14 tahun di mana peningkatan mendadak berlaku selepas itu manakala daya tahan otot perempuan meningkat secara linear mengikut umur. Dalam komponen kelenturan, perempuan didapati lebih lembut daripada lelaki di semua peringkat umur, dan ini amat ketara di peringkat pertumbuhan pesat remaja dan kematangan seksual. Tempoh antara 5 hingga 8 tahun adalah suatu tempoh perubahan di dalam perkembangan kekuatan dan prestasi motor. Pola pergerakan asas mula matang pada tempoh ini dan amat berbeza dalam setiap kanak-kanak.

4 Prestasi aerobik (Aerobic performance) Petunjuk prestasi aerobik semasa pertumbuhan adalah merujuk kepada perubahan di dalam kardiovaskular, pulmonari, otot rangka, substrat, pengawalatur suhu badan. Kuasa aerobik adalah kuasa maksimum tenaga yang dihasilkan dalam seminit oleh gentian otot yang berfungsi. Kapasiti aerobik adalah jumlah tenaga yang sedia ada untuk melaksanakan aktiviti aerobik. Tiga petunjuk utama metabolisme aerobik semasa senaman di dalam individu yang membesar adalah: (a) Adaptasi terhadap senaman submaksimum

31

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Kajian telah menunjukkan bahawa tindak balas kardiovaskular dan pulmonari terhadap senaman di paras submaksimum berubah mengikut umur. Perubahan umur ini adalah lebih berkait kepada status kematangan biologikal dan jisim badan berbanding umur kronologi. (b) Adaptasi terhadap senaman yang lama dan senaman bercorak daya tahan Data kajian telah menyatakan bahawa senaman jangka masa panjang dapat diatasi oleh kanak-kanak dan remaja tanpa sebarang masalah. Dalam aspek pengawalatur suhu badan, lebih daripada 75% substrat yang ditukarkan kepada tenaga kimia semasa penguncupan otot rangka perlu dibebaskan sebagai haba. Kanak-kanak mempunyai luas permukaan yang lebih besar berbanding dewasa pada setiap kilogram jisim badan. Apabila kadar haba yang tinggi perlu dibebaskan, kanakkanak mempunyai kelebihan kerana luas permukaan badannya berbanding dewasa tetapi mempunyai kapasiti perpeluhan yang kurang. Ini menyebabkan kanak-kanak kurang upaya untuk bergantungan pada proses sejatan peluh untuk membebaskan haba yang berlebihan. Oleh yang demikan, kanak-kanak tidak berupaya melakukan senaman di cuaca yang panas dan lama berbanding dewasa.

(c) VO2 max Kuasa aerobik maksimum adalah berkait dengan saiz badan, kematangan dan jantina. Kuasa ini diukur pada kadar nadi maksimum senaman, yang lazimnya tinggi dalam kalangan kanak-kanak. Min kadar nadi maksimum kanak-kanak boleh mencapai antara 200 ke 215 dsm dan kadar ini menurun mengikut peningkatan umur. Menjelang lewat remaja kadar ini mencapai antara 190 ke 195 dsm. Keupayaan kanak-kanak menyesuaikan kapasiti aerobiknya adalah lebih baik berbanding dewasa. Semasa senaman, tempoh untuk kanak-kanak mencapai 50% kapasiti aerobik maksimum adalah lebih singkat berbanding dewasa. Perubahan-perubahan ini akan memberi satu anggaran secara tidak langsung terhadap kapasiti aerobik kanak-kanak semasa pertumbuhan. 5 Prestasi anaerobik (Anaerobic performance) Penghasilan tenaga anaerobik adalah penting dalam pertumbuhan kanakkanak kerana kebanyakan aktiviti mereka melibatkan penggunaan tenaga yang banyak, berintensiti tinggi dan jangka masa yang lama. Oleh yang demikian, sumber tenaga yang dihasilkan oleh pengoksidaan otot rangka adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga ini. Semasa pertumbuhan penentu-penentu prestasi anaerobik seperti morfologi, fisiologi dan biokimia akan berubah. Jisim otot yang akan bertambah mengikut umur memberi satu kesan terus kepada penghasilan tenaga anaerobik. Kepekatan maksimum laktat darah meningkat mengikut umur 32

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

semasa pertumbuhan. Kepekatan laktat otot semasa senaman submaksimum adalah lebih rendah dalam kanak-kanak berbanding dewasa. Oleh yang demikian, pemerhatian ini mencadangkan bahawa individu yang sedang membesar kurang bergantung pada metabolisme glikogen untuk menampung ATP yang digunakan semasa aktiviti aerobik dan anaerobik.

33

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

TAJUK 6 (Kematangan )

Sinopsis Dalam bab ini kita akan pelajari aspek-aspek kematangan biological,penilaian kematangan tulang rangka,seksual dan somatik

Hasil Pembelajaran
Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambilkira factor Indicator dan salingkait dalam kematangan (2.2) Menjelaskan tentang konsep dan penilaian kematangan biologi, tulang rangka, seksual dan somatik. (1.1) Mengenal pasti sumber yang berkaitan dengan konteks kematangan semasa remaja dan variasi dalam pertumbuhan dan prestasi. (1.5) Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambilkira factor Indicator dan salingkait dalam kematangan (2.2) Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan. (3.4)

Kerangka Tajuk

KEMATANGAN

Kematangan Biologi

Pengaturan masa dan urutan perubahan

Variasi berkait dengan kematangan dalam pertumbuhan

34

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Kandungan Isi
1 Kematangan biologi: Konsep dan penilaian Konsep kematangan bererti perkembangan ke arah keadaan yang matang. Setiap individu dilahirkan dengan satu tempoh biologikal yang memastikan perkembangan ke arah keadaan matang. Pertumbuhan biologikal dan kematangan seseorang kanak-kanak tidak semestinya bergerak seiring dengan tarikh atau umur kronologinya. Sesetengah kanak-kanak akan berkembang lebih pesat dari aspek biologikal berbanding umur kronologinya. Dengan kata lain, walaupun dua orang kanak-kanak mempunyai umur kronologi yang sama, mereka tidak semestinya mencapai tahap kematangan biologikal yang sama pada umur tersebut. Petunjuk atau indikator kematangan dalam kajian pertumbuhan lazimnya berdasarkan kematangan rangka, kematangan seksual dan kematangan somatik.

2 (a)

Menilai kematangan rangka Merupakan kaedah yang paling baik dalam penilaian umur biologikal atau status kematangan. Rangka merupakan indikator yang ideal tentang kematangan kerana perkembangannya merangkumi tempoh pertumbuhan yang menyeluruh. Semua kanak-kanak bermula dengan rangka rawan di peringkat pranatal dan berkembang menjadi rangka lengkap di peringkat awal dewasa. Kadar di mana tulang berkembang dari rawan ke pembentukan tulang awalan, ke bentuk tulang yang pelbagai dan seterusnya ke peringkat dewasa berbeza antara tulang di dalam seseorang individu dan antara individu-individu. Tulang-tulang tangan dan pergelangan tangan merupakan asas utama penilaian kematangan rangka di dalam kanak-kanak. Pada lazimnya tulang-tulang tangan kiri dikaji dengan meletakknya di atas satu permukaan rata pada plet sinar-X.

35

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

(a) 3 tahun

(b) 5 tahun

(c) 14 tahun

Terdapat dua kategori tulang iaitu tulang panjang dan tulang bulat. Setiap tulang panjang merangkumi diafisis dan epifisis. Tulang bulat adalah sebenarnya tulang tak sekata, yang kebanyakannya terletak di pergelangan tangan. Indikator kematangan memberi 3 jenis maklumat yang digunakan untuk menentukan kematangan tulang. Pertamanya, adalah kemunculan awal pusat tulang yang khusus pada sinar-X, yang menunjukkan penggantian rawan oleh tisu tulang di dalam tulang yang terlibat. Keduanya, adalah definisi dan sifat-sifat setiap tulang berdasarkan perbezaan bentuk semasa perkembangannya semakin jelas di peringkat dewasa. Ketiganya, melibatkan penggabungan epifisis dengan diafisis masingmasing di dalam metakarpal, falanks, radius dan ulna, dan pembentukan kontur dan bentuk karpal dewasa. Terdapat 3 kaedah penilaian kematangan rangka iaitu (i) kaedah Greulich-Pyle, (ii) kaedah Tanner-Whitehouse dan (iii) kaedah Fels.

(b) Menilai kematangan seksual Penilaian adalah berasaskan kepada perkembangan ciri-ciri seks sekunder iaitu perkembangan buah dada dan haid (perempuan), zakar dan buah zakar (lelaki) dan bulu pubik / kelamin (lelaki dan perempuan). Penilaian ke atas seks sekunder ini hanya terhad sehingga peringkat remaja atau baligh. Oleh itu, indikator ini mempunyai had aplikasi dalam pertumbuhan sepanjang hayat.

36

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Penilaian lazimnya dilaksanakan dalam 5 peringkat dan secara pemerhatian. Peringkat 1 menunjukkan perkembangan prabaligh. Contohnya, alat kelamin lelaki adalah sama saiz di peringkat awal kanak-kanak. Peringkat 2 menunjukkan perkembangan awalan setiap ciri peningkatan awal buah dada (perempuan), pembesaran alat kelamin (lelaki), pemunculan bulu pubik (lelaki dan perempuan). Peringkat 3 dan 4 menunjukkan kematangan berterusan setiap ciri dan adalah sukar untuk dinilai. Peringkat 5 menunjukkan keadaan perkembangan matang atau dewasa bagi setiap ciri. Perlu diingatkan bahawa kelima-lima peringkat yang dinyatakan adalah satu penilaian yang lazim hasil daripada pemerhatian. Setiap individu akan berkembang mengikut tahap kematangan masingmasing dan tidak semestinya semua ciri yang dinyatakan berkembang dari peringkat 1 ke 5. Terdapat 2 kaedah menentukan umur yang dicapai berdasarkan kematangan seksual iaitu (i) kaedah status quo dan (ii) kaedah retrospective.

(c) Menilai kematangan somatik Penggunaan ukuran badan sebagai indikator kematangan memerlukan data kajian berbentuk longitudinal. Jika data yang diperolehi merangkumi zaman remaja, ketepatan ukuran anggota badan yang khusus semasa pertumbuhan pesat remaja ini boleh digunakan sebagai indikator kematangan somatik. Pengukuran ketinggian merupakan aspek yang lazimnya digunakan sebagai penilaian kematangan somatik. Umur di puncak halaju ketinggian (peak height velocity) adalah indikator yang lazim digunakan dalam kematangan somatik. Ini adalah peringkat umur di mana ketinggian maksimum dicapai semasa pertumbuhan pesat remaja. Anggaran umur yang sama boleh dibuat pada puncak halaju anggota lain seperti umur di puncak halaju pertumbuhan dalam panjang kaki, ketinggian berduduk, biacromial, bicristal, lebar, berat badan dan kekuatan otot. Satu lagi indikator kematangan somatik boleh dikira berdasarkan peratusan ketinggian dewasa yang dicapai pada sesuatu peringkat umur.

3 Salingkaitan petunjuk / indikator kematangan


Secara umumnya, indikator kematangan rangka, seksual dan somatik semuanya berkait secara positif antara satu sama lain.

37

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Dapatan kajian menunjukkan bahawa remaja yang matang cepat secara seksual akan mencapai ketinggian yang cepat semasa pertumbuhan pesat, dan sebaliknya. Kematangan rangka juga berkait dengan perkembangan ciri-ciri seks sekunder. Min umur kronologikal dan umur rangka pada setiap peringkat kematangan adalah rapat. Variasi dalam umur rangka berkurangan pada peringkat haid dan pada 95% ketinggian matang. Umur rangka mungkin berbeza dengan umur kronologi semasa awalan kematangan seksual, tetapi keadaan ini akan berubah apabila pertumbuhan pesat dan kematangan seksual remaja bermula. Pertumbuhan prabaligh dan kematangan rangka adalah bergantungan pada rangsangan hormon pertumbuhan manakala kematangan seksual, ketinggian dan kematangan rangka di peringkat lewat adalah di bawah rangsangan hormon pertumbuhan dan hormon steroid. Hormon steroid ini banyak dihasilkan oleh gonad semasa kematangan.

4 Pengaturan masa dan urutan perubahan dalam kematangan semasa remaja Pertumbuhan pesat dalam ketinggian adalah indikator lazim yang digunakan untuk kematangan somatik. Kelajuan pertumbuhan ketinggian akan mencapai stau peringkat maksimum dan seterusnya mula menurun. Sesetengah kanak-kanak akan mencapai pertumbuhan pesat keremajaan semasa peringkat pertengahan kanak-kanak, iaitu lebih awal daripada julat umur yang lazim dalam transisi dari kanak-kanak ke remaja. Perempuan akan matang lebih cepat daripada lelaki. Dapatan kajian menunjukkan pertumbuhan maksimum dalam setiap tulang berlaku lebih cepat dalam perempuan berbanding lelaki. Pertumbuhan maksimum diperolehi oleh tibia terdahulu dan kemudiannya femur, diikuti fibula dan tulang-tulang anggota atas. Pertumbuhan ketinggian maksimum berlaku sama masanya dengan pertumbuhan maksimum humerus dan radius. Oleh yang demikan, pada awal remaja, kanak-kanak akan mempunyai kaki yang panjang, kerana tulang-tulang anggota bawah mengalami pertumbuhan pesat lebih awal berbanding anggota atas. VO2 max mutlak meningkat dari 1 tahun sebelum dan 1 tahun selepas haid dan kemudiannya akan berada di keadaan malar. VO2 max relatif menurun dari 2 tahun sebelum haid ke 3 tahun selepas haid. Peningkatan VO2 max mutlak semasa haid menunjukkan penambahan saiz badan, di mana penurunan VO2 max relatif pada tempoh ini menunjukkan peredaran oksigen tidak berkembang secepat jisim badan.

38

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Perubahan dalam komposisi badan, khususnya penambahan lemak adalah faktor signifikan yang mempengaruhi VO2 max relatif semasa kematangan seksual dalam perempuan. Perubahan imej badan dalam tempoh kematangan dan pertumbuhan pesat mungkin mempengaruhi motivasi untuk bertanding.
5 (a) Variasi berkait dengan kematangan dalam pertumbuhan

Kebanyakan fokus adalah pada peringkat remaja di mana variasi masa pertumbuhan pesat dan kematangan seksual dapat diperhatikan dengan jelas. Kanak-kanak pada lazimnya dikategorikan dalam kumpulan kematangan awal, normal atau lewat berdasarkan umur rangka, umur semasa haid atau ciri-ciri seks sekunder. Penilaian berdasarkan umur rangka
Umur rangka Dalam lingkungan 1 tahun umur kronologi Lebih daripada 1 tahun umur kronologi Kurang daripada 1 tahun umur kronologi Kategori kematangan Normal Awal Lewat

Penilaian berdasarkan haid


Contoh: Kehadiran haid pada umur 13 tahun Antara 12 dan 14 tahun Atas 14 tahun Bawah 12 tahun Kategori kematangan Normal Lewat Awal

Kanak-kanak yang matang awal adalah lebih tinggi dan berat berbanding mereka yang normal atau lewat matang. Saiz badan akan kelihatan lebih ketara dan jelas di peringkat remaja bagi mereka yang matang pada waktu yang berlainan. Kanak-kanak lewat matang akan mempunyai pinggul yang kecil berbanding bahu mereka. Kanak-kanak awal matang akan mempunyai pinggul yang lebar berbanding bahu mereka. Ektomorf lazimnya adalah berkait dengan lewat matang dalam lelaki dan perempuan. Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif antara endomorf dan mesomorf dan umur rangka, manakala korelasi negatif antara ektomorf dan umur rangka dalam kanak-kanak berumur antara 9 dan 17 tahun. Korelasi antara endomorf dan umur rangka meningkat antara 9 dan 12 tahun, menunjukkan pengumpulan lemak sebelum pertumbuhan pesat remaja. 39

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Korelasi antara endomorf dan umur rangka menurun antara 12 dan 16 tahun, menunjukkan pengurangan atau kehilangan lemak semasa pertumbuhan. Lelaki akan mengalami pengurangan lemak bawah lapisan kulit di bahagian anggota hujung dan pengumpulan yang lebih di bahagian abdomen semasa peringkat remaja. Korelasi antara mesomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan 12 tahun, dan seterusnya meningkat dari 12 ke 15 atau 16 tahun. Korelasi negatif antara ektomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan 15 tahun dan mula menurun pada lewat remaja. Lelaki yang lewat umur rangkanya sering mempunyai nilai ektomorf yang tinggi. Ektomorf yang ketara (contohnya, 2-2-6), sama ada di prabaligh atau awal dewasa adalah berkait dengan kitaran remaja yang lewat atau panjang. Mesomorf yang ketara di peringkat prabaligh akan kelihatan lebih rendah dan mempunyai kitaran remaja yang lewat sedikit tetapi pertumbuhan yang pesat. Endomorf prabaligh akan mempunyai pertumbuhan yang awal dan pesat tetapi tidak lanjut untuk suatu tempoh masa yang lama. Dalam lelaki, korelasi antara umur rangka dan kelebaran otot lengan dan betis meningkat dengan ketara dari umur kanak-kanak ke remaja, berbanding perempuan. Korelasi antara ketebalan lemak di betis dan umur rangka meningkat dari umur kanak-kanak ke remaja dalam lelaki dan perempuan. Ukuran otot, tulang dan lemak di lengan dan betis dalam kanak-kanak awal matang (lelaki dan perempuan) adalah besar. (b) Variasi berkait dengan kematangan dalam prestasi Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya korelasi positif antara umur rangka dan prestasi. Korelasi antara umur rangka dan kekuatan adalah sederhana, dan adalah lebih tinggi untuk prestasi motor. Oleh itu, kanak-kanak awal matang akan menjadi lebih kuat dan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan kanakkanak lewat matang. Prestasi semasa peringkat kanak-kanak pertengahan dipengaruhi oleh umur kronologi dan saiz badan, kedua-duanya berkait dengan status kematangan. Kekuatan dan prestasi motor kanak-kanak praremaja adalah dipengaruhi oleh perkaitan antara umur kronologi, umur rangka, dan saiz badan. Oleh itu, adalah sukar untuk membezakan dengan jelas kesan khusus variasi berkait kematangan dalam penilaian kekuatan dan prestasi motor. Secara umumnya, perkaitan kekuatan dan prestasi motor remaja lelaki adalah positif dan signifikan kepada kematangan rangka. 40

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

Prestasi motor remaja perempuan adalah tidak berkait secara signifikan kepada petunjuk kematangan rangka dan seksual. Kekuatan statik adalah berkait secara positif kepada status kematangan dalam perempuan semasa remaja. Data korelasi untuk kekuatan, prestasi motor, dan status kematangan semasa remaja adalah berkait dengan umur kronologi, status kematangan, saiz badan dan prestasi.

Kematangan
a) Dapatkan

maklumat mengenai 3 kaedah kematangan rangka iaitu (i) kaedah Greulich-Pyle, (ii) kaedah Tanner-Whitehouse (iii) kaedah Fels dan buatkan perbandingan antara mereka

penilaian

b) Dapatkan maklumat mengenai 2 kaedah menentukan umur yang dicapai berdasarkan kematangan seksual iaitu (i) kaedah status quo (ii) kaedah retrospective dan buatkan perbandingan antara mereka

41

(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)

TAJUK 7 (Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan, Kematangan dan prestasi )


Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi

42

BIBLIOGRAFI

( IKUT FORMAT APA)

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (XXX PENDIDIKAN RENDAH)


NAMA KRISHNA KUMAR VARATHARAJ PENSYARAH krishkumar@ipgperlis.edu.my 2 TAHUN SARJANA PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL KELAYAKAN

(NAMA) (JAWATAN) (EMEL)

(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL

(PENGALAMAN KERJA)

(NAMA) (JAWATAN) (EMEL)

(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL

(PENGALAMAN KERJA)

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

You might also like