You are on page 1of 18

NOTA 1: PANDUAN BAGI GURU BARU POSTING

1. Lulus Temuduga oleh SPP anda akan diLANTIK jawatan DG41 (ada surat pengesahan Lantikan). Sistem terdahulu anda diLANTIK jawatan DC41 tetapi mulai tahun ini terus dilantik jawatan DG41. 2. Sebelum ini semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) dan pemegang ijazah akan masuk gred DC41 tak kira apa jenis Ijazah pun. Tangga gaji pada masa ini sama. Tetapi pemansuhan GST anda akan terus ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ( PPPS ) untuk gred DG41. Anda dapat lihat pada keputusan temuduga SPP menunjukkan gred jawatan anda ialah DG41. 3. Perbezaan DC41 dan DG41 (a) Sebelum ini lantikan ke PPPS DG41 perlu temuduga dengan SPP terlebih dahulu. Selepas temuduga akan dapat surat lantikan (kalau lulus) dan akan dinyatakan nama dan gred jawatan, tangga gaji dan selepas tu tempoh pengesahan jawatan adalah selama 1-3 tahun. Antara syarat nak confirm kena lulus KISSM dan dah lulus BTN. Masa temuduga SPP ini akan lihat borang penilaian prestasi kita di sekolah. Markah dan komen guru besar/pengetua ada dalam borang itu. (b) DC41 rugi dari segi senioriti. Contoh katakan kita posting tahun 2012. Tapi tidak lulus temuduga. Jadi kena atend temuduga baru, sepanjang masa kita bertugas sebelum temuduga kali pertama itu tidak dikira dari segi ganjaran. (b) DC41 Elaun Rumah tidak diberi (akan diberi kemdian dengan tunggakan). Berbanding DG41 kita layak menerima kenaikan tangga gaji dan semua elaun. 4. Dapat surat penempatan oleh KPM. Lapor diri. 5. Manakala temuduga bagi PENGESAHAN jawatan oleh SPP dimansuhkan berbanding sebelum ini mesti temuduga sekali lagi untuk PENGESAHAN jawatan. Untuk Pengesahan Jawatan beberapa perkara yang anda perlu tahu ialah ; Rujukan = PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 2 TAHUN 2010 SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN Pegawai yang diperakukan untuk pengesahan dalam perkhidmatan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: (a) telah menjalani tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun; (b) hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Induksi; (c) lulus peperiksaan perkhidmatan seperti yang disyaratkan; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI -Seseorang pegawai dalam percubaan hendaklah memenuhi semua syarat PDP bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatannya. - Apabila pegawai mendapati beliau layak untuk diperakukan PDP tetapi Ketua Jabatan gagal berbuat demikian, maka pegawai itu boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dalam perkhidmatan mengikut peraturan 27(3) PU (A) 176/2005 dengan mengemukakan dokumen berikut dan satu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan: (a) borang PDP atas permohonan pegawai seperti LAMPIRAN A; (b) senarai tugas dan sumbangan pegawai di sekolah; (c) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini; (d) salinan sijil Kursus Induksi; dan (e) salinan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan. Rujukan : TATACARA PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BERDASARKAN PERATURAN 27(3) PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2005 ___________________________________________________________________________ ____________________ 6. Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) KISSM ni adalah kursus yang anda kena attend, dan ada penilaian akan dibuat semasa anda menjalani kursus ni. Kalau nak baca lebih lanjut tentang KISSM, korang kena check entri aku yang terdahulu tentang KISSM. Nak tahu apa maksud Kursus Induksi (KISSM) ? Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia dikenali sebagai KISSM. Kursus ni penting, dan wajib bagi semua pegawai baru yang bekerja dalam Perkhidmatan Awam sebelum mereka disahkan dalam jawatan. Tujuan utama Kursus Induksi (KISSM) ? Kursus ni diadakan untuk memastikan pegawai baru bekerja dapat memberikan perkhidmatan terbaik , cemerlang serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya kerja. 7. KWSP Atau Pencen? - Hanya selepas PENGESAHAN jawatan, baru boleh pilih skim KWSP atau Pencen. Sebelum itu KWSP akan dipotongAutomatik potong KWSP 11%. - Sebagai panduan pada akhir artikel akan diterangkan cara pengiraan kedua-dua SKIM

ini. ___________________________________________________________________ ________________ 8. Panduan Mengenai Sifir Gaji dan Elaun - Penetapan gaji permulaan bagi Skim Perkhidmatan PPP Siswazah Gred DG41 mengikut nilai taraf kelayakan seperti berikut:* Anda perlu berhubung baik dengan kerani sekolah yang menguruskan mengenai gaji dan elaun. Sekiranya kerani baik mereka akan bertanya dan maklumkan kepada anda borang-borang yang perlu diisi tetapi terdapat juga kerani yang diam dan menunggu anda sendiri ambil inisitif bertanya kepada mereka. (a) Anda perlu tahu anda dalam kategori P1T? . Lihat Jadual di bawah. Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Pendidikan atau lain-lain kelayakan perguruan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan; ( Gaji permulaan adalah pada gred DG3 / DG41 : P1T2 ); Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Pendidikan atau lain-lain kelayakan perguruan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan; ( Gaji permulaan adalah pada gred DG3 / DG41 : P1T4 ); Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Pendidikan atau lain-lain kelayakan perguruan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan; ( Gaji permulaan adalah pada gred DG3 / DG41 : P1T5 ); Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Pendidikan atau lain-lain kelayakan perguruan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan; ( Gaji permulaan adalah pada gred DG3 / DG41 : P1T6 ); Ijazah Sarjana Muda Senibina dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Pendidikan atau lain-lain kelayakan perguruan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan; ( Gaji permulaan adalah pada gred DG3 / DG41 : P1T8 ); ATAU Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Pendidikan atau lain-lain kelayakan perguruan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan; ( Gaji permulaan ialah pada gred DG3 / DG41; P1T10, bagi Ijazah Perakaunanserta Ahli Penuh Badanbadan Iktisas Perakaunan

Jika konfius lihat kembali nilai Ijazah anda di ; http://pengiktirafan.jpa.gov.my (b) Sifir Gaji terbaru SSM + (Penambaikkan 2012)

(c) Jenis ELAUN 1) Imbuhan Tetap 2) Bayaran Insentif 3) Bayaran Balik Perbelanjaan. _______________________________________________________________________________ ____ - TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA layak menuntut tambang perjalanan bagi diri dan keluarganya dari rumah kediaman ke tempat ianya diarahkan bertugas mengikut kelayakan tambang perjalanan yg layak diperolehi setelah memegang jawatan yg ditawarkan. Keluarga bermaksud,jika pegawai lelaki adalah isteri dan anak-anaknya begitu juga sebaliknya. Anak-anak tanggungan dibawah 21 tahun. Senarai Semak Bagi Penyediaan Tuntutan Berkaitan Dengan Tuntutan Perjalanan / Pertukaran / Perpindahan Penyataan Tuntutan Perjalanan - Satu salinan buku akaun simpanan-bagi staff baru - Hendaklah menggunakan satu akaun dgn bayaran gaji - Mesti diisi dgn lengkap

- Tandatangan Ketua Unit - Surat Arahan Rasmi / Pertukaran / Penempatan - Resit , Bil -bil , Tol (hendaklah digamkan pd kertas A4 mengikut tarikh - Kenderaan sendiri Kepunyaan org lain surat kebenaran diperlukan. _______________________________________________________________________________ ____ - ELAUN ( IMBUHAN TETAP) Bagi DG41 (a) Bantuan Sara Hidup/ Cost Of Living Allowance (COLA) Cost of living allowance (COLA). Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja? Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2006 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2007 JPA(BGE)(S)63/145/1-2(47) bertarikh 19 Disember 2008 JPA(BGE)(S)63/145/1-2(48) bertarikh 19 Disember 2008 JPA(BGE)(S)63/145/1-2 (67) bertarikh 8 April 2009 JPA(S)63/57/2 Klt. 8 (97) bertarikh 8 Februari 2010 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012 Syarat : Bantuan Sara Hidup diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan mereka tertakluk syarat-syarat berikut: (i) Pegawai di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan. (ii) Pegawai lantikan tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak dan guru sandaran. (iii) Pegawai yang diluluskan cuti belajar di dalam negeri sama ada cuti belajar bergaji penuh, separuh gaji dan yang mengikuti kursus. (iv) Pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti kursus/ cuti belajar jangka panjang mengikut lokasi institusi pengajiannya. (v) Dibayar mengikut tempat kerja pegawai (pejabat) atau institut pengajian bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar. (vi) Rumah Kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar separuh daripada kelayakan pegawai; atau (vii) Rumah Kerajaan melebihi 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar penuh. Kadar : Bil. 1. 2. 3. Kawasan Kawasan A Kawasan B Kawasan Lain Kadar Sebulan (RM) 300.00 250.00 150.00

* Kawasan A/B adalah berdasarkan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seperti di Lampiran. Tarikh Kuat Kuasa : 1 April 2012 KAWASAN A Dewan Bandaraya/ Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran/ Perbadanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Pulau Pinang Pulau Pinang dan Seberang Perai Ampang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selangor Selayang, Sepang, Shah Alam dan Subang Jaya Johor Johor Bahru Negeri

KAWASAN B Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Perak Pahang Perlis Terengganu

Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor Bahru Tengah, Kluang, Kulai, Muar dan Pasir Gudang Alor Setar, Kulim, Langkawi dan Sungai Petani Kota Bahru Alor Gajah dan Bandar Melaka Nilai, Port Dickson dan Seremban Ipoh , Kuala Kangsar, Manjung, Taiping dan Teluk Intan Bentong, Kuantan dan Temerloh Kangar Kemaman, Kuala Terengganu dan Dungun

(b) KADAR IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM (ITKA) Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA). Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara. ITKA bagi pegawai gred 41 dan 42 serta gred 45 adalah ditetapkan seperti berikut: (a) Pegawai Gred 41 dan 42 SEMASA KADAR SEBULAN (RM) BARU

300.00* 170.00

300.00

* Kadar ITKA RM300 sebulan diberi kepada anggota yang berkhidmat pada tahun ke 10 dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Tempoh perkhidmatan yang diambilkira tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji. Tarikh Kuatkuasa Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2006. Rujukan : SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2005 PINDAAN IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM BAGI PEGAWAI GRED 41 DAN 42 SERTA GRED 45 (c) KADAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP) Kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 hingga Gred 44 di bawah Sistem Saraan Malaysia adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 1 berikut: Jadual 1: Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 Hingga Gred 44 Gred Kadar Baru (RM/ Sebulan) 43 dan 44 400 41 dan 42 250 TARIKH KUAT KUASA Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008. Rujukan : SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2007 PINDAAN KADAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN _______________________________________________________________________________ ____ CONTOH PENGIRAAN GAJI Jika Mengambil kira Gaji Basic (P1T4 ) + COLA (Luar Bandar Marang ) + ITKA + ITP RM2222.94 + RM150.00 + RM300.00 + RM250.00 = RM2922.94

_______________________________________________________________________________ ____ ELAUN ( Bayaran Insentif) Elaun-Elaun lain yang mungkin anda nikmati ; BISP,BIK,BMKKC,BITK,Elaun Wilayah, Elaun Perumahan Wilayah,Elaun Kesusahan, Elaun Pedalaman, Elaun Bahasa, Elaun Memangku,Elaun Tanggungkerja, Elaun Tanggungjawab, Elaun Pengetua ,Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu, Elaun Basikal,Elaun Gangguan, dan berbagai-bagai lagi elaun. Bayaran Insetif Subjek Pendidikan (BISP) Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, English For Sceince Teknology (EST) dan Teknologi Maklumat (IT). Bayaran Insentif Kritikal (BIK) Subjek Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan. Mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan. Mengajar 15 waktu seminggu subjek tersebut. Elaun Wilayah (EW) - layak bagi pegawai dari Sabah/Sarawak/Labuan. - Ibu bapa pegawai lahir di sana. - Ikut kadar 12.5% - 25%. (PPBil.7/2007) - Surat beranak ibu/ bapa diperlukan - Jika suami dan isteri dari sana (salah seorangsaja layak) - Tidak layak BSH Elaun Perumahan Wilayah (EPW) - layak kepada pegawai yang berasal dari Sabah/Swk/Labuan. - Kadar (Johor Bahru /daerah lain ikut gred.) Elaun Warden - Layak jika dilantik menjadi warden. - Jika tinggal dibangunan kerajaan (tidak layak ITP layak bayaran perumahan khas.) - Warden RM240.00 - Ketua Warden RM280.00 Jika pegawai duduk di kuaters (rumah sewa) kerajaan : ELAUN YANG LAYAK DIBAYAR 1. Elaun Warden 2. Elaun Wilayah 3. ITKA ELAUN YANG TIDAK LAYAK DIBAYAR 1. Elaun Perumahan Wilayah

2. BSH 3. BPK 50% (separuh dari ITP) KELAYAKAN ELAUN BAGI PEGAWAI YANG TINGGAL DI SEMENANJUNG : 1. Elaun Warden 2. ITKA 3. BPK 50% (separuh dari ITP) 4. BSH 50% (separuh) Bayaran insentif mengajar kanak-kanak pendidikan khas (cacat penglihatan,pendengaran dan masalah pembelajaran) (BIMKC) - sepenuh masa guru pendidikan khas. - Ada sijil pendidikan khas/kursus 12 bulan/kursus 12 jam. Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) Kemudahan asas yang tidak sempurna (tiada bekalan air paip dan bekalan elektrik) dan kemudahan awam (tiada kemudahan awam, telefon dan kemudahan perubatan) - 10 % daripada gaji pokok Diarah secara bertulis berkhidmat dikawasan pedalaman Tinggal menetap dikawasan pedalaman Berkhidmat dalam tempoh 1 bulan kalendar atau lebih di kawasan pedalaman Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) P = Pedalaman Tahap 1, 2 dan 3 P1-RM1500, P2-RM1000 dan P3-RM500 Bayaran Insentif Wilayah (BIW) Jika anda berasal dari Semenanjung dan ditempatkan di Sabah dan Sarawak, anda akan mendapat elaun ini dengan kiraan 17.5% dari gaji kasar anda. Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2000 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1997 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1996 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987 Lingkungan Gaji (termasuk Elaun Pemangkuan) RM4340.60 dan ke atas RM4340.50 RM2534.40 RM2534.39 RM1283.70 RM1283.69 RM778.80 RM778.79 RM553.30 RM553.29 dan ke bawah

Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima 12.5 15 17.5 20 22.5 25

Elaun Balik Kampung Rujukan = PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 22 TAHUN 2008 KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH ELAUN ( Bayaran Balik Perbelanjaan) - elaun makan, elaun harian, elaun lojing, elaun pakaian panas, elaun pakaian istiadat,bayaran balik pasport,bayaran balik lesen memandu,bayaran balik letak kereta, dan berbagai lagi. _______________________________________________________________________________ ____ - Panduan Pengiraan KWSP atau PENCEN Ringkasan - KWSP (Potong bulan2 dari gaji, bila dah tamat perkhidmatan boleh ambil semua simpanan), - Pencen (Automatik KWSP tiada,bila tamat perkhidmatan dapat bayaran pencen setiap bulan) OPSYEN KWSP/SKIM PENCEN Pegawai perlu tandatangan borang opsyen. (Lampiran 'A') Pilihan adalah muktamad. Jika pilih KWSP - dapat caruman KWSP kesemuanya - dapat wang tunai gantian cuti rehat (GCR) FORMULA PENGIRAAN GCR : 1/30 X cuti rehat dikumpul x gaji akhir + imbuhan tetap Contoh : CRehat dikumpul = 120 hari gaji + imbuhan tetap = RM5736.63 1/30 x 120 hari x RM5736.63 = RM22,946.51 Jika memilih Skim Pencen - dapat Ganjaran Perkhidmatan (GP) - pencen Bulanan (PB)

- wang tunai gantian cuti rehat - kemudahan rawatan perubatan FORMULA PENGIRAAN GP : 7.5% X Bulan Perkhidmatan X Gaji Akhir Contoh : tempoh perkhidmatan = 30 tahun gaji akhir DG44 = RM4936.63 7.5% X 30 tahun X RM4936.63 = RM133,289.01 FORMULA PENGIRAAN PB : 1/600 X Bulan Perkhidmatan x Gaji Akhir Contoh : tempoh perkhidmatan = 30 tahun gaji akhir DG44 = RM4936.63 1/600 x 360 bulan x RM4936.63 = RM2961.97 sebulan FORMULA PENGIRAAN GCR : 1/30 X cuti rehat dikumpul x gaji akhir + imbuhan tetap Contoh : CRehat dikumpul = 120 hari gaji + imbuhan tetap = RM5736.63 1/30 x 120 hari x RM5736.63 = RM22,946.51 _______________________________________________________________________________ ____ Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah: Kenaikan gaji setiap tahun. Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ad a kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana mana selain di sektor awam.
1.

Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan. Anda mahu buat pinjaman

komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

2.

Cuti tahunan mengikut kelayakan. Tahukah anda bahawa cuti diberikan

paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.
3.

Cuti bersalin. Usah risau risau jika anda rasa anda/orang rumah anda

perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!
4.

Pinjaman perumahan. Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam

kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.
5.

Caruman KWSP atau pencen. Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke

pencen ke? Kedua duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..
6.

Bersara pada umur 58 tahun . Anda mengeluh lama anda berkhidmat

dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?
7.

Peluang kenaikan pangkat . Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat

maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..
8.

Peluang melanjutkan pelajaran. Wah! Sambung belajar pun diberikan

peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.
9.

Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan pada

setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

Kemudahan Baru Dan Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Sehingga April 2012 BIL. NAMA RUJUKAN KADAR (RM) KUAT KUASA

1.

Bantuan Mengurus Jenazah dan Pekeliling Perbendaharaan Bayaran Bil. 3 Tahun 2010 Pengangkutan Jenazah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010

RM3,000.00

15 Oktober 2010

2.

Cuti Bersalin

300 hari bergaji penuh sepanjang tempoh 15 Oktober perkhidmatannya(Minimum 2010 60 hari dan maksimum 90 hari setiap kali bersalin) Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan 1 November 2002

3.

4.

Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Mereka Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri Cuti Tugas Khas Perubatan Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2007.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 29 Tahun 2009.

Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan

30 Disember 2009

5.

JPA(SARAAN)262/10-2 Jld. 3 (37) bertarikh 2 Julai 2009 JPA(SARAAN)(S)223/8/51(6) bertarikh 29 September 2010 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2010

14 hari setahun

1 November 2002 29 September 2010

6.

Kelas rumah yang disediakan ialah Kelas A

7.

Kadar adalah mengikut gred/jawatan

1 Ogos 2010

8.

Pemanjangan Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berkhidmat Di Luar Negara Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam Pinjaman Perumahan

JPA(S)187/20 Klt.7(39) bertarikh 30 November 2010

Kadar premium untuk insurans kesihatan akan ditentukan oleh syarikat penanggung insurans yang dilantik oleh Kerajaan berdasarkan tempat dan tempoh lawatan tersebut.

30 November 2010

9.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2011

RM140.00 sehelai sebanyak 2 helai bagi setiap tempoh 1 April 2011 3 tahun perkhidmatan Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan 1 Januari 2011 1 Januari 2011 1 November 2009

10.

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2011

11.

Pekeliling Perbendaharaan Kadar adalah mengikut gaji Bil. 5 Tahun 2011 bulanan hakiki (RM) Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan

Rawatan Di Institut JPA(SARAAN)(S)264/15/1612. Jantung Negara 4 Jld.8(60) bertarikh 21 Sdn. Bhd. April 2010 (IJNSB) Sijil Sakit Yang Dikeluarkan JPA(S)223/8/3 Klt. 15 (9) 13. Oleh Hospital/ bertarikh 21 Oktober 2010 Klinik Di Singapura Bantuan Pakaian Untuk JPA SARAAN (S) 187/24-2 Pasangan 14. Jld.9 (55) bertarikh 6 April Pegawai Yang 2012 Bertaraf Diplomatik

Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan

21 Oktober 2010

Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan

1 Februari 2012

NOTA 2: PELANTIKAN
PELANTIKAN

S1. Bilakah saya akan dilantik setelah ditemu duga?


1. Bagi jawatan PPPLD dan PPPS, surat tawaran akan dikemukakan setelah perakuan pelantikan diluluskan oleh Suruhanjaya; dan Bagi jawatan PPPT dan AKS, pelantikan akan dibuat mengikut prestasi temu duga, calon yang memberikan prestasi terbaik dalam temu duga akan diberi keutamaan pelantikan.

2.

S2. Mengapa calon bagi jawatan PPPLD dan PPPS terus diberi surat tawaran sebaik sahaja perakuan pelantikan diluluskan oleh
Suruhanjaya? Calon bagi kedua-dua jawatan tersebut boleh terus ditawarkan pelantikan kerana kedudukan mereka sebagai calon tajaan KPM yang telah tamat latihan perguruan.

S3. Sekiranya saya gagal dalam temu duga, apakah yang perlu saya lakukan?
1. Bagi jawatan PPPLD dan PPPS, calon akan diberi peluang untuk menghadiri temu duga kali kedua. Sekiranya calon gagal dalam temu duga kali kedua, maka peluang untuk temu duga kali ketiga hanya akan diberi sekiranya calon diperaku oleh KPM. Bagi jawatan PPPT dan AKS, calon dikehendaki mengemukakan semula permohonan sekiranya gagal temu duga.

2.

S4.
Bagaimanakah penetapan tarikh pelantikan saya dibuat?

1.

Bagi jawatan PPPLD dan PPPS yang berjaya dalam temu duga kali pertama, tarikh pelantikan akan dibuat berdasarkan satu haribulan dalam bulan berikutan daripada tarikh perakuan senat atau tarikh lapor diri bertugas mengikut tarikh mana yang terkemudian kecuali bagi PPPS yang memperoleh kelayakan ijazah secara PJJ boleh dirujuk dalam Pekeliling SPP Bil. 1 Tahun 2010; dan Bagi jawatan PPPT dan AKS, tarikh pelantikan adalah berdasarkan tarikh lapor diri bertugas.

2.

S5.
Sekiranya saya berjaya dalam temu duga, di manakah saya akan ditempatkan?

Untuk makluman tuan, penetapan tempat bertugas adalah terletak di bawah bidang kuasa KPM bagi jawatan PPP dan AKS dan KPTM bagi PPPT.

S6
S6. Setelah saya menerima surat tawaran, apakah yang saya perlu lakukan?

Calon yang telah menerima surat tawaran pelantikan perlu melengkapkan semua dokumen dalam pakej Setuju Terima Tawaran Pelantikan yang dilampirkan dan mengembalikan semula ke SPP secara pos berdaftar dalam tempoh: 1. 60 hari bagi Semenanjung dan 90 hari bagi Sabah, Sarawak dan Labuan daripada tarikh surat tawaran bagi jawatan PPPLD dan PPPS; dan 60 hari bagi Semenanjung dan 90 hari bagi Sabah, Sarawak dan Labuan daripada tarikh lapor diri bagi jawatan PPPT dan AKS.

2.

Sekiranya calon gagal untuk menyempurnakan semua dokumen tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, maka tawaran yang diberikan kepada calon akan terbatal dan calon perlu memohon semula untuk temu duga.

S7.
Bagaimanakan sekiranya saya mengandung dan tidak boleh melakukan x-ray? Bagi calon yang sedang mengandung, pemeriksaan x-ray boleh dilakukan setelah kandungan dilahirkan. Sehubungan dengan itu, calon diminta memastikan pegawai perubatan membuat pengesahan di dalam laporan perubatan bahawa calon sedang mengandung. Laporan pemeriksaan x-ray tersebut boleh dikemukakan selepas calon selamat bersalin.

S8.
Bolehkan pemeriksaan perubatan di buat di klinik/hospital swasta? Boleh asalkan pemeriksaan perubatan tersebut dilakukan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar. S9. Bagaimanakan saya melaksanakan tapisan keselamatan? Calon boleh memuat turun borang tapisan keselamatan di Portal Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan di sini dan mengemukakan borang yang telah lengkap diisi sebagaimana panduan yang dinyatakan dalam borang tersebut. S10. Perlukan saya menghantar Surat Aku Janji kepada Suruhanjaya? Pegawai yang baru ditawarkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan perlu menjalani Aku Janji semasa melapor diri bertugas. Aku Janji hendaklah dibuat dalam dua salinan di hadapan ketua jabatan, satu salinan hendaklah dikemukakan ke SPP bersama dengan dokumen setuju terima tawaran yang lain manakala satu salinan hendaklah disimpan oleh calon. Aku Janji hendaklah direkod dalam kenyataan perkhidmatan.

S11. Bagaimanakan penetapan gaji permulaan saya dibuat?


Penetapan gaji permulaan dibuat: 1. 2. mengikut kelayakan akademik sebagaimana ditetapkan dalam skim perkhidmatan; bagi calon yang sedang berkhidmat tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan tersebut, maka gaji permulaan akan ditetapkan di mata gaji tertinggi yang berhampiran dalam tangga gaji jawatan barunya sekiranya gaji jawatan lama adalah sama atau lebih daripada gaji permulaan dalam jawatan baru mengikut Peraturan 23 dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005;

3.

sekiranya perbezaan gaji kurang dari satu pergerakan gaji biasa di gred jawatan sebelumnya, gaji permulaan akan ditetapkan pada satu lagi matagaji lebih tinggi berhampiran di peringkat gaji P1 dalam jadual gaji matriks jawatan baru itu mengikut Para 61 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002; dan 4. bagi calon yang sedang berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma, diberi Hadiah Kenaikan Gaji mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20 Tahun 2007.

S12. Saya dapati gaji yang ditawarkan kepada saya setelah dilantik lebih rendah dari elaun bulanan yang saya perolehi sewaktu
saya dalam jawatan Guru Sandaran Terlatih (GST). Elaun bulanan yang diterima semasa berkhidmat sebagai GST tidak diambil pertimbangan untuk tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi. Penetapan gaji yang lebih tinggi dengan mengambil kira gaji akhir di jawatan lama hanya diperuntukkan kepada pegawai dalam jawatan tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja.

S13. Saya dapati gaji yang ditawarkan kepada saya

tidak berdasarkan kelayakan sijil/ijazah yang saya miliki. Apa yang perlu saya lakukan? Sila kemukakan rayuan anda kepada Suruhanjaya bersama nilai taraf kelayakan sijil/ijazah tersebut yang diperolehi dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). S14. Saya sebelum dilantik ke jawatan PPPLD/PPPS/PPPT/AKS, saya telah berkhidmat tetap dengan kerajaan. Saya dapati bahawa gaji yang ditawarkan kepada saya lebih rendah daripada jawatan saya sebelum itu. Apakah yang perlu saya lakukan? Sila kemukakan rayuan kepada Suruhanjaya dan sertakan bersama surat rayuan tersebut salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini. tinggi.

S15. Saya memiliki kelayakan sarjana (master). Sekiranya saya dilantik, adakah saya akan ditawarkan gaji yang lebih

Kelayakan sarjana yang dimiliki: 1. tidak diambil kira untuk tujuan penetapan gaji permulaan sebagai memandangkan kelayakan sarjana tersebut tidak diperuntukkan oleh skim perkhidmatan PPPS untuk gaji permulaan yang lebih tinggi; diambil kira untuk tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi jawatan PPPT sebagaimana peruntukan dalam skim perkhidmatan tertakluk kelayakan tersebut diiktiraf oleh kerajaan.

2.

S16. Saya telah mengikuti Kursus Induksi bagi Kumpulan 1 pada tahun 1992 iaitu sebelum disahkan dalam PPPBS Gred DG6.
Perlukah saya menghadiri semula Kursus Induksi apabila saya dilantik sebagai PPPS Gred DG41? Berdasarkan Surat Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. JPA 241/46 Jld. V (69) bertarikh 1 April 1993, berikut adalah kategori calon yang boleh diberi pengecualian daripada menghadiri kursus induksi Sistem Saraan Malaysia apabila dilantik ke jawatan tetap PPP Siswazah Gred DG41. 1. Guru PPPBS/LD yang dilantik dalam kategori B (skim JKK 76) atau setaraf seperti B8,B9,C1, B10, T1, D3 yang telah mengambil dan lulus Peperiksaan Am Kerajaan (PAK) sebelum disahkan dalam jawatan sebelum ini. Guru PPPBS/LD yang telah meningkat daripada kategori C8 (SPM) kepada B10 (STPM) mengambil dan lulus PAK sebelum tahun 1994; dan

2.

Pengecualian berdasarkan keputusan mesyuarat pada 16.8.1999 di antara Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, 1. 2. PPPBS C8 yang meningkat ke B10 tetapi tiada PAK yang telah dilantik ke DG3 sebelum 16.8.1999; dan PPPBS C8 yang telah lulus PAK walaupun tidak disyaratkan tetapi telah dilantik ke DG3 sebelum 16.8.1999.

3. Guru PPPBS/LD yang telah dilantik buat kali pertama selepas tahun 1992 dan telah menduduki Kursus Induksi Kumpulan I sebelum disahkan dalam jawatan. 4. Guru yang telah bertukar daripada skim perkhidmatan lain yang menguntukkan penyandangnya untuk lulus Kursus Induksi Kumpulan I atau lulus PAK sebelum disahkan dalam jawatan dan kemudian dilantik ke PPPS. Guru yang telah meletak jawatan dan telah lulus dengan jayanya Kursus Induksi SSB apabila dilantik dalam jawatan yang memerlukan lulus kursus dalam kumpulan yang sama.

5.

Jabatan Perkhidmatan Awam juga melalui surat JPA 241/20/14 Klt. 83( ) bertarikh 23 Disember 2003 telah memutuskan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah C8 yang tidak meningkat ke skel gaji B10 dan telah lulus Peperiksaan Am Kerajaan yang kemudiaannya dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 layak untuk dikecualikan dari mengikuti dengan jayanya kursus induksi bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan sebagai PPPS Gred DG41.

S17. Saya telah dilantik ke jawatan pertama saya sebagai PPPBS kategori T, iaitu dengan kelonggaran syarat dari memiliki sijil
ikhtisas perguruan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Setelah memiliki ijazah, bolehkan saya dilantik ke jawatan PPPS dengan menggunakan kelonggaran syarat semasa pelantikan pertama dahulu? Seseorang calon tidak boleh dilantik ke jawatan PPPS Gred DG41 dengan menggunakan kelonggaran syarat semasa pelantikan ke PPPBS. Calon yang terlibat adalah dinasihatkan memohon kelonggaran syarat kali kedua dari pihak JPA melalui KPM sebelum mengemukakan borang permohonan ke Suruhanjaya. S18. Bilakah saya boleh disahkan dalam perkhidmatan?

Mengikut Sistem Saraan Malaysia, seseorang pegawai boleh disahkan ke dalam perkhidmatan setelah menjalani tempoh percubaan selama satu hingga tiga tahun dan memenuhi syarat-syarat pengesahan perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan di dalam surat tawaran (termasuk lulus peperiksaan perkhidmatan sebagaimana ditetapkan oleh ketua jabatan sekiranya ada dan tapisan keselamatan).

LAIN-LAIN

S1. S1.

Bolehkan saya memohon kepada Suruhanjaya untuk bertukar tempat bertugas? Permohonan pertukaran tempat bertugas adalah di bawah bidang kuasa KPM atau KPTM mengikut yang mana berkaitan.

S2. Bagaimanakah caranya untuk saya memohon mengikuti kursus perguruan?


Permohonan untuk mengikuti kursus perguruan adalah di bawah bidang kuasa KPM. Sila rujuk KPM untuk maklumat lanjut.

You might also like