P. 1
Refleksi Big 2012 Semester 3

Refleksi Big 2012 Semester 3

|Views: 679|Likes:
Published by Ameelia Nazirah

More info:

Published by: Ameelia Nazirah on Jun 19, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/22/2013

pdf

text

original

REFLESKI BINA INSAN GURU (BIG) PISMP SEMESTER 3: KHIDMAT MASYARAKAT

NAMA NO. K/P KELAS

: Ameelia Nazirah Binti Mohd Shafiee : 910908-08-5888 : Pengajian Melayu

Pada 3 dan 4 Mac 2012, saya telah berjaya melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) di Pulau Aman bagi melaksanakan tugasan yang memerlukan kami untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dengan penduduk di Pulau Aman tersebut. Program yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan teliti ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, berjaya berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. Saya telah melaksanakan program BIG ini bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas saya iaitu Tahun 2 Pengajian Melayu dan tutor kesayangan saya, iaitu Puan Arbakyah binti Hassan. Sepanjang mengikuti program tersebut, saya merasakan program BIG kali ini merupakan satu pengalaman aktiviti BIG yang paling menyeronokkan berbanding dengan pengalaman-pengalaman sebelum ini. Hal ini kerana aktiviti kali ini dijalankan di luar kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dan saya telah menjelajah di sebuah pulau yang tidak pernah saya lawati sebelum ini. Walaupun sebelum melaksanakan program ini memerlukan kerja tambahan seperti membuat kertas kerja dan perancangan teliti seperti tempahan tempat penginapan dan sebagainya, namun hasil usaha yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar Pengajian Melayu telah membuahkan hasil dengan memperolehi keseronokkan sepanjang berada di sana dan melaksanakan aktiviti BIG tersebut. Pada hari Sabtu pagi, saya bersama-sama dengan pelajar Pengajian Melayu telah berkumpul di kawasan Gelanggara institut seawal pukul 8.00 pagi bagi menunggu pemandu bas untuk menghantar kami di Jeti Pulau Aman. Perancangan awal jadual

bertolak, pelajar-pelajar ini dikehendaki bertolak pada pukul 8.00 pagi. Namun begitu, sedikit perubahan waktu bertolak telah berlaku kerana terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Maka waktu bertolak pada hari tersebut telah dilewatkan sehingga 8.30 pagi. Walaupun kelewatan yang berlaku tersebut bukanlah sesuatu yang telah dirancang, namun begitu saya masih merasakan kelewatan seperti itu boleh diatasi. Perancangan masa hendaklah dibuat dengan lebih teliti agar pembaziran masa dapat dielakkan. Sebagai contoh, kita boleh melakukan Perancangan Kedua, di mana ia merupakan satu perancangan yang dilakukan sekiranya satu masalah atau lebih berlaku dalam Perancangan Pertama. Sekiranya terdapat kelewatan bas selama 10 minit, maka pelajar-pelajar boleh bersarapan ringan terlebih dahulu di kafe Institut terlebih dahulu sebelum bertolak. Setiap pelajar perlu mengambil sarapan sebelum bertolak kerana tenaga diperlukan apabila tiba di sana, di samping dapat mengisi perut bagi mengelakkan kelaparan sepanjang kita bertolak dari Institut ke Jeti Pulau Aman dan seterusnya ke Pulau Aman. Sepanjang pelaksanaan program BIG ini, saya berasa sangat seronok dan bersyukur kerana berpeluang untuk membuat aktiviti khidmat masyarakat bersamasama dengan penduduk setempat di pulau tersebut. Aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat yang telah dilakukan oleh saya dan rakan-rakan sekelas adalah seperti membuat aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan luar surau iaitu kawasan kubur, membersihkan bahagian dalaman surau seperti Bilik Mesyuarat dan tempat solat bagi wanita dan lelaki, dan bergotong-royong membersihkan kawasan di persisiran Pantai Pulau Aman dengan mengutip beberapa sampah yang bertaburan di persisiran pantai tersebut. Masa yang telah diperuntukkan oleh kami untuk melaksanakan program ini adalah selama 10 jam, maka 10 jam ini telah dibahagikan sama rata, iaitu 5 jam aktiviti khidmat masyarakat dilakukan pada hari Sabtu dan 5 jam berikutnya telah digunakan untuk membuat amal kebajikan pada hari Ahad. Kedua-dua hari ini telah digunakan dengan sebaik-baiknya bagi membuat aktiviti kebajikan dengan penduduk setempat. Bukan itu sahaja, bagi pandangan saya, aktiviti BIG yang dijalankan kali ini telah membuka peluang saya dalam merealisasikan keinginan saya untuk membuat aktiviti

khidmat masyarakat yang dapat membina hubungan jalinan mesra dengan sesuatu masyarakat terhadap sesuatu masyarakat di suatu tempat atau di suatu organisasi. Jika sebelum ini saya mempunyai keinginan membuat khidmat masyarakat bersama-sama dengan di Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Rumah Orang Tua yang bersifat organisasi, maka pada hari tu saya telah berpeluang untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dengan kelompok masyarakat di Pulau Aman. Tambahan lagi, program khidmat masyarakat yang dijalankan ini telah melatih diri saya bukan sahaja sebagai pelajar, tetapi juga telah melatih diri saya sebagai seorang bakal guru dan tanggungjawab sebagai seorang masyarakat di dalam negara. Profession keguruan bukan sahaja merupakan satu profession yang memerlukan kemahiran sosial yang tinggi, malah ia juga merupakan suatu profesion yang memerlukan individu guru mempunyai dan memupuk rasa tanggungjawab sosial. Tanggungjawab sosial yang saya maksudkan ini adalah satu rasa bertanggungjawab dalam membentuk nilai-nilai positif dan melakukan suatu kebajikan atau khidmat dalam suatu masyarakat seperti bekerjasama dan membantu dengan penduduk di suatu tempat. Oleh itu, sekiranya kita berjaya memupuk rasa tanggungjawab sosial dengan sesuatu kelompok masyarakat, maka kita juga dapat memupuk rasa tanggungjawab sosial terhadap murid-murid di sekolah di mana kita akan berasa bertanggungjawab penuh ke atas murid-murid untuk mendidik dan menyayangi mereka untuk membentuk mereka menjadi insan yang berjaya. Program BIG yang telah dijalankan ini juga telah berjaya membina hubungan baik antara saya bersama-sama dengan rakan sekelas. Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan yang berorientasikan kepada nilai kerjasama ini telah mewujudkan satu interaksi daripada satu individu kepada satu individu lain. Interaksi yang telah terhasil daripada hubungan kerjasama ini menjadika saya semakin rapat dengan teman-teman sekelas. Kami telah bergembira bersama, makan bersama dan melakukan pelbagai aktiviti secara bersama. Perkara yang dilakukan secara bersama ini secara tidak langung telah membina satu perasaan yang sama, iaitu satu perasaan yang memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, aktiviti-aktiviti dan interaksi positif ini

sedikit sebanyak telah mengurangkan jurang antara saya dan rakan-rakan sekelas, sekaligus menjadikan saya lebih positif terhadap mereka dan hubungan semakin rapat. Program BIG ini juga telah berjaya memupuk hubungan erat antara para menti dan mentor, iaitu puan Arbakyah binti Hassan selaku mentor bagi kelas saya, iaitu Pengajian Melayu. Jika sebelum ini saya kurang membina komunikasi seperti berbual dengan mentor saya, namun begitu semasa melibatkan diri dalam sepanjang program tersebut, sedikit sebanyak komunikasi antara kami dapat dibina dan diwujudkan. Hubungan ini tidak semestinya daripada aspek komunikasi, tetapi pemupukan hubungan erat yang dimaksudkan ini juga adalah seperti dapat mengenali dan mengeratkan hubungan bersama-sama dengan ahli keluarga mentor juga merupakan suatu pembentukkan jalinan yang mesra. Hasil hubungan harmonis antara mentor dan menti ini telah mewujudkan rasa kekeluargaan dalam kalangan pelajar Pengajian Melayu. Program Bina Insan Guru kali ini juga telah melatih kami sebagai seorang guru dalam membina hubungan dan jalinan mesra dengan masyarakat di tempat tersebut. Jika ingin diulas dalam konteks yang umum, perkara yang ingin saya fokuskan di sini adalah bakal guru seperti saya dapat melatih diri bukan sahaja dari konteks bersosial seperti berkomunikasi, tetapi termasuklah membina dan merapatkan hubungan dengan sesuatu masyarakat. Ianya telah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk membina dan merapatkan hubungan mesra dan positif dengan saudara seagama. Apabila saya bersama-sama dengan rakan sekelas dapat membina dan menjalinkan hubungan mesra ini, banyak perkara dapat dilakukan dilaksanakan dengan mudah kerana masing-masing mudah utnuk memberikan kerjasama. Bukan itu sahaja, khidmat masyarakat yang tekah diberikan ini telah mewujudkan rasa mesra antara pihak saya dan penduduk di Pulau Aman, terutamanya dengan Ketua Kampung kerana beliau banyak memberikan kerjasama yang erat kepada saya dan rakan-rakan bagi menjayakan program BIG ini. Perasaan kecintaan kepada alam sekitar juga berjaya dibina semasa saya bersama-sama dengan rakan-rakan melaksanakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan persisiran pantai di Pulau Aman, saya mendapati, terlalu

banyak sampah seperti plastik, polisterin dan botol-botol kosong telah dibuang dan dijumpai di persekitaran persisiran pantai tersebut. Keadaan tersebut telah memberi kesedaran kepada saya bahawa masyarakat di negara kita masih tidak mempunyai rasa kecintaan yang mendalam terhadap alam dan tidak mempunyai rasa untuk menjaga kebersihan negara dan alam semula jadi. Jika diteliti dengan betul, negara kita telah banyak melaksanakan program yang berorientasikan kepada penjagaan alam sekitar dan bumi, seperti progam kelestarian yang giat dilancarkan dan dikalankan di setiap Institut Pendidikan Guru, Program Kitar Semula, One Hour, Program Penjagaan Sungai dan lain-lain lagi. Bukan sahaja telah menjalankan kempen, malah terdapat juga program-program ini dilaksanakan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Namun begitu, setelah saya melihat masalah pembuangan sampah-sampah yang tidak terpakai ke dalam laut dan sungai dan hasilnya terdampar di persisiran pandai, telah membuatkan saya sedar bahawa program yang dijalankan oleh beberapa pihak untuk menjaga alam di negara ini tidak berjaya mengubah mentaliti masyarakat negara. Jika sebelum ini saya merasakan program yang dijalankan itu berjaya, namun sekarang ini persepsi saya berada di sebaliknya. Oleh itu, keadaan ini telah memberi kesedaran kepada saya untuk bertanggungjawab penuh dalam memulihara dan memelihara alam sekitar kita. Secara keseluruhannya, aktiviti khidmat masyarakat yang telah dijalankan telah memberi kesedaran kami tentang realiti sebenar kehidupan, iaitu tentang perkara yangt berlaku pada alam sekitar, dan kepentingan dari aspek pembinaan hubungan yang sihat kerana remaja masa kini tidak lagi mengambil berat dalam pembinaan atau menjalinkan hubungan positif dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah dengan masyarakat. Selain daripada, kerja-kerja yang telah dilakukan ini juga telah membentuk jati diri sebagai seorang guru, iaitu membentuk sikap yang bertanggungjawab, prihatin, baik hati, dan sebagainya. Kesemua nilai-nilai ini penting untuk disemai dalam diri setiap guru. Saya dan rakan-rakan sekelas dapat merasai keseronokkan dan kepuasan daripada aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh BIG itu. Oleh itu, melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan juga telah membentuk kerjasama antara saya dan rakan-rakan, bukan sahaja rakan sekelas malah dapat mengeratkan silaturahim dengan penduduk di Pulau Aman. Program BIG ini telah berjaya membentuk kempimpinan dalam kalangan

guru pelatih di samping memberikan kesedaran kepada saya mengenai kepentingan guru dalam mempengaruhi kehidupan seseorang. Sekiranya mahu mendidik seseorang, diri sendirilah yang perlu didik terlebih dahulu. Sekiranya guru itu sendiri positif, maka positiflah generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->