P. 1
Koleksi Iktibar Dan Pengajaran

Koleksi Iktibar Dan Pengajaran

5.0

|Views: 57,297|Likes:
Published by cikguleh

More info:

Published by: cikguleh on Jun 20, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/10/2015

pdf

text

original

KOLEKSI IKTIBAR DAN PENGAJARAN UNTUK SOALAN MEMINTA PENDAPAT CALON.

SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 4
BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA Contoh soalan: Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang pemimpin untuk membawa kemajuan kepada masyarakat ? Setiap tamadun berkembang daripada perkampungan menjadi negara kota. Di kota-kota itu telah berlaku perkembangan kegiatan ekonomi yang pesat dan juga pertumbuhan penduduk. Kepelbagaian ekonomi telah membawa kepada pengkhususan kerja dan juga keperluan infrastruktur seperti jalan dan kawalan undang-undang. Setiap tamadun awal itu adalah unik dan istimewa. Contohnya tamadun Mesopotamia memperlihatkan usaha manusia untuk hidup lebih aman melalui pengenalan Undang-undang Hammurabi. Tamadun Mesir Purba pula dengan keajaiban seni binanya Tamadun Indus dengan keunikan sistem perancangan bandarnya. Tamadun Hwang Ho, kecekalan para pemerintah dan masyarakatnya mengawal aliran Hwang Ho agar tidak memudaratkan kegiatan pertanian mereka Hikmah dan faedah ini hanya akan dapat dihasilkan sekiranya manusia bersikap cekal dan bertindak secara inovatif. Sifat dan sikap begini masih tetap relevan pada zaman moden untuk membina tamadun masa kini.

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN Contoh soalan: Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negara boleh mencapai kemajuan?

-

Peningkatan dalam tamadun menggambarkan bahawa manusia sentiasa bersikap inovatif dan sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan yang sedia ada. Kesemua ini berlaku kerana wujudnya peluang yang berbentuk keamanan negara, sistem pemerintahan yang kuat dan adil seperti pemerintahan demokrasi dan republik, serta adanya pemerintah yang berwibawa dan kuat seperti Augustus Caesar, Alexander the Great, Chandragupta Maurya, Asoka dan Shih Huang Ti. Kita kini tahu bahawa hasil daripada pembangunan pengetahuan baik daripada segi keagamaan, falsafah ataupun sains dan teknologi, begitu banyak perubahan telah berlaku dari masa ke masa.

-

-

Pada hari ini kita melihat sendiri bagaimana dengan peluang yang ada, kita berupaya untuk meningkatkan tamadun yang telah kita bina selama ini untuk mencapai kehidupan yang lebih baik sama ada dari aspek politik, ekonomi ataupun sosial. Satu pengajaran yang dapat diteladani daripada tamadun awal ini ialah keperluan mempunyai kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku seperti yang terdapat pada masyarakat zaman dahulu. Dunia kian berubah kerana ilmu kian bertambah dan teknologi terus bercambah dan buktinya telah dapat kita lihat. Oleh itu, kita patut terus meningkatkan pemikiran dan kemahiran kita dengan cara menambahkan ilmu yang ada atau meneroka bidang baru untuk mempertingkatkan tamadun kita. Hal ini penting supaya pencapaian kita pada hari ini dapat diwarisi atau dinikmati dan dibanggai oleh generasi akan datang. TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

-

-

BAB 3 :

Contoh soalan: Pada pandangan anda, bagaimanakah sesebuah masyarakat boleh muncul sebagai masyarakat yang maju? Dengan kecekalan, masyarakat kerajaan pertanian (agraria) akhirnya telah dapat berkembang serta membentuk sebuah kerajaan yang berdikari dan mempunyai sistem pentadbiran yang teratur. Mereka juga telah berusaha untuk menguasai alam sekitar seperti membina sistem dapat membaiki taraf hidup dan seterusnya berjaya membina rumah ibadat yang terkenal. Jadi, kita boleh mengambil iktibar bahawa kita juga boleh maju sekiranya mampu memanfaatkan setiap kurnian Tuhan dengan sebaik-baik mungkin dan yang penting kita perlu berusaha dan jangan mudah berputus asa. Kita tidak seharusnya hanya berbangga mempunyai keturunan yang mahir dan berani melayari lautan luas beberapa abad lalu atau mempunyai bahan tinggalan sejarah yang boleh dilihat di muzium. Yang lebih penting daripada itu ialah generasi sekarang seharusnya mempunyai semangat meneroka. Tradisi pelaut itu harus dihayati agar aktiviti ekonomi kita pada zaman moden ini dapat dipelbagaikan. Generasi muda harus berani menceburi bidang perdagangan laut malah bercita-cita menghidupkan kembali kegiatan dan kegemilangan lampau dalam bidang pelayaran dan perdagangan maritim. Kedudukan negara kita yang strategik di perairan Nusantara yang menjadi laluan perdagangan antarabangsa tetap kekal hingga ke hari ini. Jadi, amatlah bersesuaian kerajaan sekarang memanfaatkan keadaan ini.

-

-

-

-

-

-

-

Pembinaan, penambahan dan pembaikan kemudahan pelabuhan Kelang dan Tanjung Pelepas di samping pelabuhan lain tentu akan memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara. Langkah tersebut, membawa keuntungan melalui peningkatan hasil daripada perdagangan antarabangsa dan menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kalau pada masa dahulu penganutan unsur luar dapat disesuaikan dengan keadaan setempat, hal yang serupa juga seharusnya dapat dilakukan pada masa ini, iaitu kita sebagai generasi muda seharusnya memainkan peranan mempertahankan tradisi asal budaya sendiri. Dengan itu kita akan dapat mempertahankan diri daripada mudah terpengaruh dengan unsur budaya luar yang bersifat negatif.

-

-

-

SPM 2007 Soalan 1(e) Jawapan : Senaraikan tiga iktibar yang boleh diambil oleh generasi muda hari ini daripada masyarakat kerajaan maritim. - Semangat meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar. - Kemahiran pelayaran - Kemahiran membina kapal untuk perdagangan jarak jauh. - Kemahiran astronomi – melihat bintang untuk menentukan arah - Kemajuan pelabuhan menjadikan orang Melayu pemegang kuasa politik - Orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka terulung di Asia Tenggara. - Berani menceburi perdagangan laut.

BAB 4:

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH. Kemunculan agama Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mencorakkan tamadun baru bagi masyarakat Arab Jahiliah Semenanjung Tanah Arab, iaitu tamadun Islam. Kemunculan tamadun ini telah mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada suatu kehidupan yang lebih teratur secara beransur-ansur. Nilai-nilai murni telah diterapkan dalam kehidupan, misalnya amalan bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Kemunculan tamadun Islam memberi rahmat kepada seluruh manusia dan ini bermula di Semenanjung Tanah Arab, seterusnya ke negara-negara lain di dunia. Faktor utama yang menjayakan perkembangan tamadun Islam di Makkah adalah disebabkan ketokohan dan kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin berkaliber dan bijaksana di samping kegigihan dan kesabaran baginda dalam menangani masalah dan halangan yang ditempuh.

-

-

-

Dalam menyebarkan Islam, Nabi Muhammad s.a.w menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikutnya. Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah, tetapi kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam. Menerusi cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu orang ramai mudah tertarik kepada Islam, walaupun sebelum ini mereka terlalu taasub (berpegang teguh) dengan amalan tradisi masyarakat mereka. Selain itu, mereka juga telah mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang sememangnya terkenal sebagai orang yang berakhlak mulia. Kekuatan mental, fizikal dan rohaniah merupakan kunci kepada kejayaan perkembangan Islam di Makkah. Kesemua sifat positif Nabi Muhammad s.a.w. ini menjadi teladan untuk kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kita juga harus menyedari bahawa untuk mencapai kejayaan, kita hendaklah berusaha mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi.

-

-

BAB 5: -

KERAJAAN ISLAM DI MADINAH Beberapa ciri kerajaan Islam Madinah, sebenarnya memang terdapat di negara kita, Malaysia. Keupayaan kita mempraktikkan nilai-nilai seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Piagam Madinah membolehkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat kita terus berkekalan. Alangkah bertuahnya penduduk Malaysia yang dapat meraikan semua perayaan kaum di negara ini dalam suasana yang aman, harmoni serta saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengenal batas agama dan budaya. Kesabaran, kebijaksanaan dan kemurnian akhlak yang dipaparkan oleh Nabi Muhammad s. a.w. merupakan kunci kejayaan pembentukan tamadun Islam. Pembentukan kerajaan Islam Madinah yang kukuh dan mengambil kira perpaduan serta keharmonian hidup pelbagai bangsa perlu dicontoh. Prinsip dan nilai murni yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dapat menjadi pedoman kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Nabi Muhammad s.a.w merupakan tokoh yang berwawasan, berjiwa besar dan pemaaf. Sifat-sifat ini telah diperlihatkan dalam peristiwa seperti Perjanjian Hudaibiyah dan pembukaan semula kota Makkah. Sikap tidak pernah menyerah kalah untuk meneruskan perjuangan murni harus ditanam dalam jiwa kita. Rintangan dan halangan harus ditempuhi dengan cekal demi memperoleh kejayaan yang cemerlang.

-

-

-

-

-

Dengan akhlak yang terpuji ini, Nabi Muhammad s.a.w dapat berhadapan dengan golongan penentang Islam sebelum ini dan menerima sebagai kawan. Inilah ciri yang harus dimiliki oleh generasi Islam pada masa sekarang demi menghadapi zaman yang mencabar. PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.

BAB 6 : -

Kemunculan, perkembangan dan kejatuhan kerajaan Islam dalam sejarah perkembangan tamadun manusia memberikan banyak pengajaran kepada manusia pada hari in. Zaman kerajaan Islam di Madinah terutamanya selepas kawafatan Nabi Muhammad s.a.w mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam menentukan penerusan sesuatu ummah. Pemimpin kerajaan Islam sentiasa menekankan perpaduan dalam kalangan penduduk Islam untuk memastikan perkembangan Islam berterusan. Perkembangan kerajaan Islam juga menunjukkan bahawa pemerintahan dan kepemimpinan kerajaan sangat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun, misalnya dalam aspek kegemilangan kailmuan pada zaman kerajaan Islam Umaiyah dan Abbasiyah. Selain sumbangan golongan cerdik pandai, peranan pemerintah juga penting sekali. Pihak pemerintah bukan sahaja telah memberikan galakan ke arah tersebut tetapi juga telah membina kemudahan seperti kawasan pembelajaran dan perpustakaan demi memajukan perkembangan intelektual. Kerajaan Umaiyah dan Uthmaniyah yang berkembang di Eropah juga mengajar kita bahawa dasar kompromi dan toleransi amat penting dalam sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan amalan agama. Dasar kerajaan Islam di kedua-dua buah kawasan ini yang mengamalkan toleransi dan memberikan kebebasan beragama kepada rakyatnya bukan sahaja untuk menjaga keamanan tetapi juga membawa kerajaan tersebut ke zaman kegemilangannya.

-

-

-

-

SPM 2007 Soalan 2 (d) Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah anda mengamalkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran anda?

Jawapan : - Mentadbir berdasarkan keadilan - Bersifat amanah - Berfikiran cerdas - Bijak dalam pentadbiran - Mematuhi perintah Allah s.w.t. - Berakhlak mulia - Sihat tubuh badan - Warak

BAB 7 :

ISLAM DI ASIA TENGGARA

- Penyebaran Islam secara aman ke Asia tenggara merupakan pengajaran sejarah yang besar ertinya bagi rantau i ni dan dunia seluruhnya. Hal ini mengingatkan kita kepada seruan Nabi Muhammad s.a.w. agar dakwah Islamiah dilakukan dengan bijaksana. - Selain itu, sikap terbuka dan tanpa prejudis masyarakat tempatan terhadap Islam membolehkan Islam tersebar dengan aman tanpa konflik atau peperangan.

-

Lembaran sejarah ini tentu juga merangsang kesedaran dalam jiwa anak bangsa Malaysia tentang usaha masyarakat negara kita dan kawasan sekitarnya memartabatkan ilmu pengetahuan. Kegiatan keilmuan seperti penulisan dan penterjemahan karya telah dilakukan oleh semua pihak termasuk golongan pembesar, ulama dan orang awam.. Sifat keprihatinan terhadap ilmu pengetahuan dan kerjasama semua golongan masyarakat untuk membangunkan khazanah ilmu menyebabkan terbinanya pusat pengajian dan terhasilnya karya. Oleh itu, jelaslah bahawa tradisi ilmu atau sikap mementingkan ilmu pengetahuan memang telah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat negara kita sejak dahulu lagi.

-

-

BAB 8 : -

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT.

Penyerapan pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu sangat besar dan hal ini dapat dilihat dalam seluruh institusi yang wujud dalam kehidupan mereka sama ada politik, ekonomi dan sosial. Undang-undang yang digunakan oleh negeri-negeri Melayu mempunyai asas syariah yang kuat, pentadbiran dan pemerintahan Islam dijalankan dengan sebaik mungkin sementara sultan pula berdiri sebagai tunjang kekuatan kerajaan dan agama. Dalam bidang sosial pula seluruhnya dipengaruhi oleh Islam sama ada pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, kesenian dll. Hal yang sama juga berlaku dari sudut ekonomi apabila elemen-elemen ekonomi Islam diperkenalkan dan diamalkan termasuklah pengharaman terhadap riba dan sebagainya. Islam telah membawa semangat nasionalisme dan intelektualisme yang sangat besar bukan sahaja dalam kalangan masyarakat atasan malah dalam kalangan rakyat juga.

-

-

BAB 9 : -

PERKEMBANGAN DI EROPAH

Daripada keseluruhan bab ini kita telah dapat melihat dengan jelas bagaimana orang dan kuasa Barat dengan semangat inkuiri, sifat kepercayaan diri, keghairahan menjelajah, idea yang imaginatif, kegiatan yang inovatif, kegigihan dalam keusahawanan serta komitmen yang tinggi telah berjaya membawa masyarakat Eropah keluar dari zaman gelapnya. Pihak berkuasa negara dan rakyat telah secara bersama dan berterusan melanjutkan agenda mereka demi mencapai objektif masyarakat dan negara. Golongan rakyat yang terbabit termasuklah para pelaut, pengembara, intelektual, seniman, saintis, pereka, pemodal, usahawan, petani dan pekerja. Setelah bersama-sama mengatasi Zaman Gelap, merentasi dekad Renaissance, melalui era penjelajahan, mencapai kemajuan ilmu, mengendalikan perkembangan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian, mereka telah melonjakkan negara-negara Eropah menjadi kuasa imperialis. Berabad lamanya dunia Barat mendominasi sebahagian besar dunia moden. Dengan itu, mereka bukan hanya telah membawa perubahan besar kepada masyarakat mereka sendiri, tetapi telah juga mengeksport perubahan tersebut ke seberang laut. Tanda-tanda atau kesan daripada semua itu kita dapat lihat di mana-mana hingga ke hari ini. Pada suatu masa dahulu Lautan Atlantik yang luas dan tidak diteroka merupakan halangan kepada kegiatan pelayaran dan pengembaraan orang Eropah. Namun, setelah diterokai, lautan tersebut telah bertukar menjadi laluan atau jambatan bagi jalan pelayaran mereka ke dunia luar. Pada suatu masa dahulu mereka meminjam ilmu daripada dunia Islam dan tertinggal dalam beraneka lapangan, tetapi setelah menguasai pelbagai ilmu, mereka pula telah meninggalkan golongan lain. Dengan ilmu, bangsa Eropah bukan sahaja telah meneroka lautan luas dan daratan yang terbentang tetapi juga angkasa raya, akhirnya.

-

-

-

-

-

-

BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA. Sesuatu masyarakat harus sentiasa bersedia mengumpul modal, menguasai teknologi, berpengetahuan, bertindak proaktif dan mempunyai perancangan ekonomi jangka panjang yang jelas. Penguasaan semua aspek ini akan membolehkan ekonomi sesebuah negara terus maju,makmur dan mempunyai daya saing yang tinggi apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran di peringkat global. Golongan pemodal tidak boleh mengambil jalan mudah dan terus berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Kemajuan dan kemakmuran Tanah Melayu telah berjaya menarik minat imigran untuk datang ke sini dan keadaan ini berterusan hingga kini. Kita seharusnya berbangga

-

-

dengan negara kita yang menjadi tumpuan pendatang asing kerana kekayaan dan kemakmurannya.

-

Pada satu sudut yang lain pula, masyarakat tempatan seharusnya lebih giat, berinisiatif dan bersedia mengusahakan sendiri kekayaan negara, terutamanya bagi mereka yang tidak bermodal besar. Jika tidak, orang asing yang sentiasa mengintai peluang untuk mengambil ruang tersebut, akan mengambil alih peranan kita, seperti yang berlaku pada hari ini. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kerajaan masa kini terpaksa membentuk dan melaksanakan pelbagai polisi demi membaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang dalam kalangan rakyat tempatan. Kegigihan berterusan pihak pemerintah selepas merdeka telah berjaya membuktikan bahawa rakyat tempatan terutamanya golongan bumiputera yang selama ini jauh ketinggalan dalam sektor ekonomi moden berupaya mengendalikan palbagai bentuk perniagaan hingga ke peringkat global. Kejayaan Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, PETRONAS dan Permodalan Nasional Berhad menjadi petanda jelas tentang hal ini dan juga sumber kebanggaan rakyat negara ini pada masa kini. Usaha mengisi kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah dan yang dapat dikendalikan dengan serta-merta. Oleh itu, kita harus terus bersama-sama berganding bahu dan berusaha demi masa depan negara kerana perjuangan kita, sebenarnya masih belum selesai.

-

-

-

-

SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 5
BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Walau apapun alasannya, kehadiran imperialis Barat adalah untuk kepentingan ekonomi mereka. Pengenalan birokrasi Barat pula telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial negara-negara di Asia Tenggara. Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan. Semua perkara yang tidak disenangi oleh rakyat tempatan ini telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajah. Perjuangan para nasionalis telah memperlihatkan semangat juang yang kental, keberanian serta pengorbanan yang tinggi. Di samping itu, perpaduan, kepimpinan dan kebijaksanaan dilihat sebagai faktor penting sesuatu perjuangan.

-

-

-

Oleh itu, sebagai generasi selepas merdeka, kita seharusnya menghargai perjuangan nasionalis silam dengan berusaha untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara serta mengisi kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.

BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA.

-

Perjuangan tokoh-tokoh masa lampau menentang penjajahan British patut kita contohi. Mereka telah menunjukkan semangat setia negara yang tinggi kerana sanggup berkorban untuk bangsa. Sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara pemimpin dengan pengikut dalam menentang penjajahan British telah menyumbangkan kejayaan. Dalam penentangan ini jelas kelihatan bahawa sikap berdisiplin dan gigih berusaha dapat menghasilkan perjuangan yang berjaya. Kekalahan mereka dalam perjuangan itu adalah kerana kekurangan ilmu dan senjata moden. Oleh itu, generasi pada hari ini patutlah mengambil iktibar daripada peristiwa ini dengan berusaha melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang baik supaya kita tidak terjajah lagi atau terpaksa tunduk terhadap mana-mana bentuk penjajahan. Sistem pendidikan telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang tempatan. Mereka mula terdedah kepada idea dan pandangan baru. Pengaruh kebangkitan Islam di Asia Barat dan kegiatan nasionalisme di negara-negara sekitar Tanah Melayu turut menyedarkan orang tempatan untuk bangkit menentang penjajahan. Akhbar, majalah dan novel telah menjadi alat penyebaran idea kebangsaan kepada seluruh masyarakat. Kemunculan persatuan negeri serta badan sosial dan sastera telah menyebabkan kegiatan nasionalisme menjadi lebih teratur dan mempunyai objektif lebih jelas. Pendudukan Jepun pula telah melahirkan semangat menentang penjajah melalui gerakan bawah tanah/subversif. Semua kegiatan nasionalisme berfokus pada matlamat orang Melayu untuk membebaskan diri daripada tekanan penjajahan. Inilah semangat yang harus dipunyai oleh generasi pada hari ini.

-

-

-

-

-

BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA.

-

Pembentukan negara bangsa Itali dan Jerman di Eropah adalah berasaskan kepentingan persamaan rumpun bangsa dan bahasa. Pembentukan kerajaan Islam di Madinah pula berdasarkan penyatuan ummah Islam.

-

Manakala kejayaan pembentukan negara dan bangsa di Malaysia bergantung kepada kesediaan setiap warga negara yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan sikap tolak ansur dan kesederhanaan. Setiap kaum mesti sanggup berkongsi secara bijak dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi memperkukuh pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

-

BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA. Pengenalan Malayan Union merupakan penjajahan mutlak British terhadap Tanah Melayu. Usaha British ini dibantah hebat oleh orang Melayu sehingga Kongres Melayu 1946 diadakan dan UMNO ditubuhkan bagi menentangnya.

-

Kerjasama antara Raja-raja Melayu dengan UMNO dan sokongan oleh orang Melayu telah menyebabkan British memulakan rundingan. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini telah memperkenalkan semula dasar British sebelum tahun 1941. Konsep kerajaan persekutuan dan negeri diperkenalkan, institusi raja dipulihkan, kerakyatan pula diperketatkan dan perlindungan terhadap orang Melayu dimasukkan dalam perlembagaan. Perkara ini merupakan asas kepada bentuk pentadbiran Persekutuan Tanah dan Malaysia yang merdeka.

-

-

Soalan SPM 2006. 7 (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah yang berlaku sekiranya Malayan Union terus dilaksananakan di Tanah Melayu.

Jawapan: F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 F12 F13 Pentadbiran disatukan dalam satu unit politik. Negara kesatuan dibentuk. Kuasa raja-raja Melayu hilang. Bilangan kaum pendatang bertambah Taraf Tanah Melayu sebagai tanah jajahan Semua penduduk mempunyai hak dan taraf yang sama. Bilangan penduduk asal menjadi kecil. Penentangan orang Melayu akan berpanjangan. Suasana tidak aman / rusuhan kaum / persengketaan kaum. Agama Islam tercabar Ekonomi Tanah Melayu dikuasai kaum pendatang. orang Melayu terus mundur. Orang Melayu kehilangan warisan bangsa.

F14

perpaduan Melayu kukuh.

BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA.

-

Perjuangan membentuk sebuah negara dan bangsa yang merdeka menuntut pengorbanan yang besar. Langkah para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu yang memilih musyawarah sebagai pendekatan mengatasi segala kemelut politik negara dan bangsa merupakan langkah yang bijak dan amat berkesan. Penubuhan Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) sebagai gabungan kerjasama kaum untuk mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 adalah satu rahmat kepada kita. Generasi pada hari ini sepatutnya menghargai kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara. Mereka seharusnya mendukung konsep kerjasama sebagai pendekatan terbaik dalam memastikan kemerdekaan yang kita nikmati akan terus terpelihara. Ikutlah kata pepetah “Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat” dan “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”

-

-

-

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA. Pada mulanya pembentukan Malaysia merupakan sesuatu yang agak mustahil terutama apabila melihat reaksi penentangan yang datang dari dalam negeri dan negara luar. Namun, menerusi diplomasi, masalah tersebut dapat diatasi. Pembentukan Malaysia telah berjaya menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan negeri-negeri jirannya bagi kepentingan bersama. Memaparkan ciri-ciri kepemimpinan tokoh tempatan di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Kerajaan British juga sanggup bekerjasama dan bertolak ansur untuk kepentingan bersama. Kerjasama yang diberikan oleh rakyat untuk memastikan kedaulatan negeri terjamin.

-

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen berjalan dengan baik dan mantap dengan sokongan rakyat.

-

Kerajaan memerintah sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang diperintah. Keadaan ini menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Rakyat Malaysia harus berganding bahu membantu dan menyokong kerajaan mengekalkan keharmonian yang ada. Perasaan setia, bangga dan cinta akan negara perlu kita pupuk dan usaha ini perlu diteruskan oleh generasi akan datang untuk mengukuhkan lagi pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia.

BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN Sesungguhnya Wawasan 2020 hanya akan menjadi realiti apabila kesemua sembilan cabaran utama dapat disahut oleh semua rakyat Malaysia. Generasi pelajar yang sedang berada di bangku sekolah pada hari ini sebenarnya mempunyai tanggungjawab mengisi wawasan dan meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin negara terdahulu untuk terus mengekalkan kemajuan negara. Dasar pembangunan ekonomi dan sosial telah digunakan dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera. Kesejahteraan rakyat akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang wujud selama ini telah menyediakan asas kepada negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan.

-

BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA. Sejarah membuktikan betapa penting sesebuah negara mengejar maklumat dan mengikuti perubahan semasa dunia serta sentiasa di hadapan dalam mengejar kemajuan terutama dalam era dunia yang tidak bersempadan/globalisasi.

-

Tiada halangan bagi rakyat Malaysia untuk mengikuti perkembangan dan meraih maklumat dalam mengejar kemajuan.

-

Semua perkara ini bergantung kepada kehendak dan semangat serta daya saing rakyat negara ini untuk berjaya pada peringkat dunia.

Soalan SPM 2005 4 (d) Bagaimanakah anda boleh merealsasikan kejayaan k-ekonomi? [3 markah]

Jawapan: F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 9(c) Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi. Menjauhkan diri daripada gejala negatif. Menguasai kemahiran IT. Melibatkan diri dalam program-program sekolah JPN/KPM. Menyertai program-program anjuran kerajaan. Sanggup menerima perubahan positif. Berinovasi dan kreatif. berdaya saing. mana-mana jawapan munasabah. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negara dapat mengelakkan berlakunya peperangan.

Jawapan: F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 Menjalin hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi / amal dasar berkecuali. Menghormati kedaulatan negara lain / tidak dijajah. Menyertai pertubuhan serantau dan antarabangsa. Mengelakkan daripada mencampuri urusan dalaman negara lain. Mengelakkan daripada perlumbaan senjata. Menyokong usaha untuk memelihara keamanan sejagat. Bersama-sama menentang keganasan / pengganas. Mendidik rakyat agar mencintai keamanan / kedamaian / perpaduan. Menyelesaikan pertikaian secara diplomasi / rundingan / antara negara yang berkonflik. Mengamalkan sikap toleransi. Meningkatkan kemajuan negara / taraf hidup rakyat / kestabilan politik.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->