You are on page 1of 49

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu ; 1. konsonan asli 2.

konsonan pinjaman KONSONAN ASLI Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 7 jenis seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Letupan : p, b, t, d, k, g Letusan : c, j Geseran : s, h Getaran : r Sisian : l Sengauan: m, n, ny, ng Separuh vokal : w, y,

Cara penghasilan bunyi konsonan asli Konsonan Letupan: Letupan Dua Bibir[p] dan [b] Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara

tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [p] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b]. Letupan Gusi [t] [d] Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan gusi. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [t] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [d]. Letupan Lelangit Lembut [k] [g] Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan belakang lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [k] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan digetarkan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan lelangit lembut bersuara. Konsonan Geseran: Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] Hujung lidah dirapatkan pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan

untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiar bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi. Oleh sebab bunyi ini bunyi gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.

Geseran Glotis [h] Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut,akan terhasil bunyi geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain. Konsonan Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j] Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke didnding belakang rongga tekak.Arus udara yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan Letusan:

gusi. dan bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita suara digetarkan dan untuk letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak digetarkan. Dalam bahasa melayu asli kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir perkataan,hanya pada perkataan-perkataan pinjaman. Konsonan Getaran: Getaran Gusi [ r ] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi , kemudian hujung lidah tersebut digetarkan . Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan. Konsonan Sisian: Sisian Gusi [ l ] Untuk menghasilkan konsonan ini, hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagan tengah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga mulut hanya boleh keluarmelalui keduadua belah tepi atau sisi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Catatan: Untuk menyembunyikan konsonan [ l ], seperti perkataan pinjaman bahasa Arab seperti Allah,Salleh,belakang lidah digelungkan ke arah lelangit lembut menyebabkan udara terpaksa keluar melalui ruang sempit di belakang lidah dan pada kedua-dua tepi hujung lidah.

Konsonan Sengauan: Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalambahasa melayu iaitu sengau dua bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut. [ng ]Bunyi-bunyi sengau dhasilkan dengan membiarkan udara yang keluar dari paru-paru terus keluar melaui rongga hidung.Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka.Udara itu disekat atau ditahan pada bahagian-bahagian tertentu,seperti pada bibir,gusi,lelangit keras atau lelangit lembut.Dalam bahasa Melayu semua bunyi sengau adalah bunyi bersuara.Hal ini bermakna semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan dan pita suara mengalami getaran. Konsonan Sengauan Dua Bibir [m] Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Senjgauan Gusi [n] Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny] Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Sengauan Lelangt Lembut [ng] Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Sengauan Gusi Lelangit Keras [ny] Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Separuh Vokal: Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan semasa mengeluarkan bunyi vokal sempit sama ada vokal hadapan sempit atau belakang sempit )kemudan dengan cepat lidah digerakkan kearah kedudukan semasa menyembunyikan vokal lain. Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghaslan bunyi-bunyi vokal,tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya. Separuh Vokal Dua Bibir [w] Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [u],iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang

mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Separuh Vokal Lelangit Keras [y] Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i]iaitu bibir dihamparkan dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. KONSONAN PINJAMAN Geseran Bibir Gigi [f] dan [v] Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan gusi tersebut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan bunyi yang terhasl ialah [f] dan bagi menghasilkan geseran bibir bersuara pula,glotis dirapatkan, pita suara digetarkan,bunyi yang terhasil ialah [v]. Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz] Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah . Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak

bersuara,[th]. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran bersuara,[dh]. Konsonan Geseran Bersuara [z] Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z]. Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy] Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy] Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan geseran bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan.

HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA PENDAHULUAN Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages.

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

Huraian huruf Vokal Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.

Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ]dan satu vokal tengah, iaitu []. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap. Huraian Huruf konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

a) b) c) d) e) f)

Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). Satu konsonan hentian glotis. ( ? ) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ).

g) h) i) j) k)

Satu konsonan getaran bersuara ( r ). Satu konsonan sisian bersuara ( i ). Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n ) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w). Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

Cara membunyikan huruf vokal Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alatalat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya: (a) (b) Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal Ikan Ibu

Tengah Bila Tiba

Akhir Tali Padi

(a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya: Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal Enak Elok

Tengah Teleng Leher

Akhir Tauge Tempe

(b) Vokal depan separuh luas atau lapang []. Cara membunyikannya:

(a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi

(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [] seperti pada perkataan berikut:

Awal Esa Enak

Tengah Belek Belok

Akhir Tauge Tempe

(c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Awan Anak

Tengah Kadar Beras

Akhir Siapa Nama

(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal ubat ular

Tengah bulat sudu

Akhir Batu Palu

(a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Orang Otak

Tengah Tolong Bohong

Akhir Pidato Koko

(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang [ .]Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [ ]seperti pada perkataan yang berikut: Awal Orang Oleh (f) Vokal tengah []. Cara membunyikannya: Tengah Borong Bolot Akhir Soto Teko

(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar (b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [] seperti pada perkataan berikut:

Awal Emak Empat

Tengah Penat Tenat

Akhir Sosialisme Behaviurisme

Cara Membunyikan Konsonan Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan Cara sebutan Letupan Letusan Sengau Geseran Getaran Sisian Separuh vokal Pb M W Td N S R L Cj (ny) Y Kg (ng) bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit lembut H Glottis

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan

bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] 1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat 1. sekatan udara dari paru-paru ke rongga 2. hidung. 3. 4. Pita suara direnggangkan. 3. Cara

Bunyi konsonan [b] membunyikan sama seperti

membunyikan konsonan [p]. yang berbeza ialah:

Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan mengetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.

Sekatan pada dua bibir dilepaskan sertamerta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

Contoh perkataan:

Huruf Konsonan [p] Konsonan [b]

Awal Palu Batek

Tengah Lapik Rabun

Akhir Atap Adab

(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] 1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

Bunyi konsonan [d] Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:

menutup arus udara ke rongga hidung. 3. 4. Pita suara direnggangkan .

1. 2.

Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].

Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.

Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi 3. dilepaskan serta-merta.

6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].

Contoh perkataan:

Huruf Konsonan [t] Konsonan [d]

Awal Takut Dalam

Tengah Batas Tanduk

Akhir Padat Abad

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [k] 1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara . 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan 1. ke rongga tekak bagi menyekat arus udara 2. dari paru-paru ke rongga hidung. 3. suara di renggangkan. 4. Pita Bunyi konsonan [g] Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah: Pita suara dirapatkan . Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

Arus udara 3.

keluar dari paru-paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan

udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

Contoh perkataan: Huruf Konsonan [k] Awal Kala Tengah Makan Akhir Tamak

Konsonan [g]

Garam

Pagar

Dialog

(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung (b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya (c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara. (d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal Anak Ikan

Tengah Saat Rakyat

Akhir Lemak Budak

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara []. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [] 1. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk 1. membuat sekatan terhadap arus udara dari 2. paru-paru ke rongga hidung. 3. 4. Pita suara direnggangkan. 3. Bunyi konsonan [] Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan []. yang berbeza ialah: Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara []

Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.

Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.

6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [].

Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [] Konsonan []

Cara Jala

Laci Kanji

Koc Kolej

(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara di renggangkan. (d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara (e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

Contoh perkataan: Awal Silap Satu Tengah Lasak Lesu Akhir Pedas Lemas

(f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]: (a) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan. (d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara (e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut: Awal Rapat Rugi Tengah Tiram Seram Akhir Sabar Lebar

(f) Konsonan gusi bersuara [I]: (a) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan (d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara

(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Lagu Lipat

Tengah Tilam Kelam

Akhir Tebal Kekal

(f) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]: (a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. (g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. (i) (j) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Macam Murah Tengah Teman Lumba Akhir Ketam Badam

(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya: (a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung (d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal Naga Nilam

Tengah Tanah Panah

Akhir Taman Laman

(e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] cara membunyikannya:

(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.

(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. (e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan. Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [] seperti yang berikut: Awal Ngilu Ngeri Tengah Bingka Rangkap Akhir Lalang Tulang

(f) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ .] Cara membunyikannya: (a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung (c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung (e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara ( )seperti perkataan yang berikut:

Awal Nyaris Nyala

Tengah Banyak Senyap

Akhir -

(f)

Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

(a) Bibir di bundarkan. (b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paruparu ke rongga hidung (d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Waris Wajar

Tengah Kawan Lawan

Akhir Takraw -

(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. (b) Bibir di hamparkan. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung. (d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j]. (e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:

Awal Yakin Yuran KESIMPULAN

Tengah Tayang Payah

Akhir -

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu

udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

RUJUKAN Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.

Fonem dan Alofon


1) Pemenggalan Bunyi

Spektogram menunjukkan bahawa pertuturan adalah bunyi-bunyi yang berpadu antara satu sama lain (tidak terpisah-pisah) Pertuturan adalah ungkapan yang bersifat kontinum oleh seseorang yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan.

2) Segmen

Unit bahasa yang diabstraksikan dari suatu kontinum Salah satu andaian yang teoritis dalam fonologi ialah pertuturan boleh direpresentasikan sebagai suatu urutan entiti yang terpisah Berasaskan andaian ini, maka kita boleh membicarakan segmen-segmen secara individu. Urutan-urutan segmen seterusnya membolehkan kita menggunakan lambanglambang yang terpisah untuk merepresentasikan pertuturan. Bukti yang menyokong andaian berkenaan: 1)Sistem tulisan-lambang grafik yang berurutan dengan bunyi tuturan yang berurutan 2)Ketersasulan 3)Rima 4)Bahasa rahsia 5)Perubahan bunyi Fonologi yang mengkaji segmen dikenali sebagai fonologi segmental Unit bahasa yang tidak boleh disegmentalkan dikenali sebagai suprasegmental-e.g tekanan dan nada

3) Fonem

Unit bunyi terkecil yang membezakan makna Setiap bahasa ada fonem berbeza(inventori fonem yang berbeza)

Setiap bahasa ada pola atau sistem tersendiri dalam menyusun bunyi2 tersebut (meskipun dua bahasa itu memiliki fonem yang sama namun distribusi/penyebaran berbeza e.g /k/ dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

4) Kaedah penentuan fonem dan alofon 1. Kaedah Pasangan Minima

Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Konsep pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya: [tari] [dari] [patah] [padah] [tuli] [ duli] [saku] [sagu] [kari] [gari] [pakar] [pagar]

Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen [t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana keduaduanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-dua segmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas, jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza.

2. Kaedah Pasangan minima terdekat. Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah pertama di atas tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan kaedah ini, sekiranya terdapat cilia segmen yang berbeza (tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik) hadir pada lingkungan yang sam a dalam dua perkataan yang berbeza makna dan

maka kedua-dua segmen tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan alofon kepada satu fonem). Sebagai contohnya: Perkataan-perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen yang berbeza. Begitu juga dengan kolum (b). Kedua-dua segmen berkenaan yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama dengan kedua-dua segmen yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (b). Misalnya segmen [p] dan [g] dalam perkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam perkataan [bakar]. Dengan kata lain, perkataan-perkataan dalam kolum (a) dan (b) memaparkan hakikat dua kata yang yang mempunyai perbezaan dua bunyi pada lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itu pula mempunyai persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan [pagar] dan [bakar]. Kewujudan bunyi-bunyi tersebut pula menghasilkan makna yang berbeza-beza pada setiap perkataan berkenaan. Oleh yang demikian, bolehlah dianggap bahawa segmen-segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/, /tS/, /dZ/, /s/, dan /z/ adalah fonem-fonem yang berbeza.

3. Kaedah Penyebaran saling melengkapi Kaedah ini adalah kaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon. Konsep 'penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen (yang terdiri dari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam Iingkungan yang sama. Dengan kata lain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di lingkungan awal kata (ia tidak boleh hadir di Iingkungan tengah dan akhir kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di lingkungan awal kat a (ia hanya boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata) Secara tidak langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran segmen-segmen berkenaan adalah dalam lingkungan saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmensegmen yang memperlihatkan penyebaran sating melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti situasi kehadiran segmen [k] dan [] dalam perkataan-perkataan di bawah:

[kita] [suka] [to]

[kaju] [baki] [soro]

[kalau] [tSuka] [gaga]

Contoh-contoh perkataan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa lingkungan yang boleh dihadiri oleh segmen [k] dan [] adalah saling lengkap melengkapi . Segmen [k] hanya boleh hadir di lingkungan awal dan tengah kata rnanakala segmen [] pula hanya boleh hadir

di akhir kata. Oleh yang dernikian, segmen [k] dan [] adalah alofon kepada suatu fonem.

4. Kaedah Variasi bebas

Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segrnen sebagai alofon. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah penyebaran saling melengkapi tidak dapat dilaksanakan.

Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam satu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti. Misalnya: Makna bagi perkataan [orang] dan [rang] adalah sama dalarn bahasa Melayu Justeru, [o] dan [] bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon kepada suatu fonern Daiam kes bahasa Melayu, segmen [o] dipilih sebagai fonem kerana lingkungan penyebarannya lebih rneluas berbanding dengan
Definisi Fonologi

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut: Bunyi Bahasa Melayu

Definisi Fonologi

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan

Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

Bibir Rongga tekak Gigi Rongga mulut Gusi Lelangit keras Rongga hidung

Lelangit lembut Paru-paru Anak tekak Lidah Peti suara dan pita suara

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. (b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.

Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

Vokal Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah. Lambang fonetik [a] [] [i] [] [o] [u] Contoh perkataan anak, tanah, lada ela, semak, sate iring, kita, seri emak, betul obor, botak, moto ular, sultan, saku Tidak terdapat di hujung perkataan Nota

Konsonan asli bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]

Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.

Suku Kata Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:

1. Kata tunggal satu suku kata Suku kata KV VK KKVK yu am draf, gred. brek Contoh

2. Kata tunggal dua suku kata Suku Kata V + KV V + VK V + KVK VK + KV VK + KVK KV + KVK ibu, ela, era air, aib adat, emas anda, unta, angsa antah, untuk, ingkar, bukan, dekat Contoh

3. Kata tunggal tiga suku kata Suku Kata KV+V+KV Contoh biasa, cuaca, suara

KV + V +KV V + KV + V KV+KV+VK KV+KVK+KVK

kaedah abai, usia maruah, peluang kelompok, kumandang

4. Kata tunggal empat suku kata Suku Kata KV+KV+KV+KV KV+KV+KV+KVK KVK+KV+V+KV panorama masyarakakat sentiasa Contoh

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah: universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

(kembali ke laman utama)

Pengenalan Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang. Kemahiran-kemahiran Asas dalam Kemahiran Lisan

Kemahiran Mendengar Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran

mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh: Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa. Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa. Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan. Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa. Mendengar secara kritikal. auding Mengikut arahan. Memahami urutan atau sekuan. Mengingat kembali. Menentukan idea utama / terpenting. Membuat inferens dan penyeluruhan atau kesimpulan. Kemahiran Bertutur Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyibunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi,

nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan Kemahiran Lisan Manusia mencipta mencipta lambang-lambang tulisan. pertuturan ini kita sebelum harus

lambang-lambang

Dengan

mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis. Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa

kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan. Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambanglambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas. Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik. Struktur ayat,

pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh. Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

Pengesahan Kelemahan Lisan Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk: Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa

Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa. Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat. Melakukan auding yang merangkumi aspek-aspek

pengamatan pendengaran. Mendengar secara kritikal. Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkaraperkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan auding.

Cara Mengatasai Kelemahan Lisan Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru

mewujudkan

situasi-situasi

yang

menggalakkan

murid

berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya. Perkara-perkara Asas dalam Pengajaran Lisan Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu perhatian : Ujaran yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri. diberi

Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan : - Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian - Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika. - Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh si penutur. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya sekali dua sahaja. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan. untuk

Kepentingan Kemahiran Lisan. Written by Mohamad Hairani Sharif Sunday, 18 March 2012 10:07

Pengenalan Manusia secara amnya dilahirkan boleh bercakap dan walaupun bayi tidak dilahirkan dengan keupayaan untuk terus bercakap namun mereka menggunakan tangisan dan gerak-geri untuk menyampaikan maksud dan kemahuan. Mereka juga dapat menerima mesej yang kita cuba sampaikan dengan memahami bahasa isyarat dan gerak-geri kita. Kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) merupakan salah satu aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan

seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna ia merupakan satu kemahiran yang penting kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Melayu bertujuan : a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah. b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.

Kepentingan Kemahiran Lisan Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis. Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan. Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain. Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas. Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik. Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh. Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

Membina Kemahiran Lisan Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian : Ujaran yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan : - Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian. - Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika. - Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh si penutur. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja.

Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan. Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk: Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa. Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat. Melakukan auding yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran. Mendengar secara kritikal. Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutansebutan atau pengujaran murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan auding.

Cara Mengatasai Kelemahan Lisan Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh muridmurid. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya. Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut : a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas iaitu : - guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti. - guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad imbasan,

bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P. - guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P&P ). Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting iaitu : murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana yang

diarahkan. - guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan bahkan secara individu sekiranya perlu. c) Peringkat susulan dan penilaian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada : - objektif pengajarannya tercapai atau tidak. - murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. - apakah kekuatan atau kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan. - berdasarkan maklum balas yang diperolehinya, guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. Paling penting, guru

boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pengayaan atau pemulihan. Kesimpulan Guru adalah pemain peranan yang penting untuk memastikan kejayaan muridmurid menguasai kemahiran lisan. Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. Untuk memastikan keberkesanan pengajaran kemahiran lisan, maka guru-guru mesti memastikan : - guna bahasa baku (standard) iaitu bahasa yang ditutur oleh penutur asli. - haruslah berdasarkan pengajaran lisan - komunikasi dua hala antara guru dan murid (speaker ang listener). - mesti mengikut susunan iaitu bermula dengan mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Fonologi bahasa Melayu


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana ini membincangkan sistem fonologi bahasa Melayu, merangkumi konsonan, vokal dan gaya penyebutan yang terdapat dalam bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia, Singapura dan Brunei. Isi kandungan
[sorokkan]

1 Konsonan 2 Vokal o 2.1 Diftong dan deretan vokal 3 Bibliografi

[sunting] Konsonan
Carta IPA konsonan Melayu Baku

Dwibibir

Bibirgigi

Gusi

LelangitLelangit gusi

Velar

Uvular

Glotis

Sengauan

m [m]

n [n]

ny []

ng []

Letupan / Hentian

p [p] b [b]

t [t] d [d]

k [k] g []

(q [q]) -

k []

Letusan

c [t] j [d]

Geseran

(f [f]) (v [v])

s [s] (z [z])

(sy []) -

(kh [x]) (gh [])

h [h] -

Malaran tak geser

y [j]

w [w]

Sisian

l [l]

Getaran

r [r]

Fonem-fonem yang dibubuh tanda kurungan dalam jadual di atas merupakan konsonan pinjaman dari bahasa asing: [v] dari bahasa Inggeris, selebihnya dari bahasa Arab. Selain yang di atas, wujudnya juga konsonan penegas dari bahasa Arab yang tidak diterima umum sebagai bunyi pinjaman yang sah dalam bahasa Melayu, sebaliknya hanya disebut oleh sebilangan penutur sahaja. Konsonan penegas ini menumpukan pembunyiannya pada farinks serentak dengan suatu daerah artikulasi lain.

Konsonan (IPA)

Huruf Arab Contoh kata pinjaman

Geseran farinks tak bersuara []

halal

Geseran gusi tak bersuara berfarinks [s]

solat

Letupan gusi bersuara berfarinks [d]

darurat

Letupan gusi tak bersuara berfarinks [t]

tayyiba

Geseran gusi bersuara berfarinks [z]

zohor

Letupan glotis berfarinks []

alam, ilmu

[sunting] Vokal Bahasa Melayu Baku mempunyai sembilan vokal termasuk enam vokal asli dan tiga fonem pinjaman.

Carta IPA konsonan Melayu Baku

Depan

Pusat

Belakang

Sempit

i /i/

u /u -7

Separuh sempit

e~i /e/

o~u /o -

Tengah

e~a //

Separuh luas

(e~a //) 3,4

(o~u //) 3,4 -

Luas

a /a/ 7

(a //) 5,6

Catatan fonologi:
1. Ultima tertutup bagi perkataan asal akan menyebabkan [i] disebut sebagai [e] manakala bagi [u] ialah [o]. 2. Ultima terbuka bagi perkataan asal pula menyebabkan [a] disebut sebagai [] dan ini juga terjadi kepada suku kata sebelumnya sekiranya ultima tersebut mempunyai h sebagai konsonan awal. 3. Sesetengah perkataan mempunyai vokal [] dan [] untuk kata pinjaman kini dari bahasa Inggeris, misalnya pek [pk], kos [ks] manakala perkataan yang lebih awal dipinjam seperti pesta disebut [pest]. 4. Sesetengah loghat daerah membezakan vokal (depan dan belakang) separuh sempit dan separuh luas. Contohnya, dalam loghat Kedah: 1. [mod] ("modal") 2. [brak] ("bohong") 5. [] merupakan alofon bagi /a/ yang disebut sebelum atau selepas konsonan penegas dalam kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: qari [qri]. 6. Sesetengah loghat daerah membezakan vokal depan dan belakang luas. Contoh: [ul] ("gulai", loghat Sungai Perak).

7. Sebutan a lebih luas dalam nyanyian. Sebutan u biasa ditukar kepada [] dalam nyanyian tidak termasuk nyanyian rasmi seperti aku dinyanyikan sebagai [ak]. Pertukaran fonem dalam nyanyian juga berlaku dalam bahasa Jepun.

[sunting] Diftong dan deretan vokal Bahasa Melayu ada tiga fonem diftong (geluncuran dua vokal dalam satu suku kata) jati yang hanya terdapat dalam suku kata terbuka, iaitu:

i : kedai, pandai u : kerbau, aura i : dodoi, amboi

Diftong /ei/ dari kata pinjaman, seperti Mei dan esei hanya disebut /e/. Ciri ini juga berlaku terhadap /ou/ yang menjadi /o/. Diftong dibezakan dari "vokal rangkap" iaitu geluncuran dua vokal yang bersebelahan dalam dua suku kata, contohnya:

/a-i/: kain /a-u/: laut

Sungguhpun tidak dibezakan dalam ejaan rumi masa kini, namun diftong dan vokal rangkap ada perbezaan dalam ejaan Jawi, yang mana huruf vokal dalam vokal rangkap dipisahkan oleh huruf hamzah ( ;)contohnya: laut, huruf vokal diftong pula dibiarkan bersambung. Gabungan vokal berikut diterima sebagai geluncuran vokal antara dua suku kata, tetapi jika dilafazkan dengan cepat, bunyinya seakan-akan diftong.

/ia/: meriah /iu/: liur /ua/: luar /ui/: kelui

Berbeza pula dengan perkataan yang kata dasarnya berakhir dengan fonem vokal tetapi diimbuhkan dengan akhiran -i, yang mana tiadanya geluncuran antara vokal-vokal berkenaan, sebaliknya terlafaznya kesan 'hentian'. Contohnya: /a.i/ dalam perkataan mengenai. Begitu juga dengan gandingan vokal sama antara dua suku kata, seperti saat /sa.at/. [sunting] Bibliografi

Indirawati Haji Zahid, Mardian Shah Omar [2006]. Fonetik dan fonologi, PTS Professional. ISBN 9833585639. URL dicapai pada 24 Disember 2009. Abdull h bin H ss n [2007]. b b: 6, Linguistik am, PTS Professional. ISBN 9833376185. URL dicapai pada 24 Disember 2009.

[tunjuk]
pbs

Fonologi bahasa dunia

You might also like