You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP

PROGRAM SIFAR PONTENG: 'GERAKAN HADIR KE SEKOLAH'


BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

'BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN'

PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius gejala ponteng sekolah. Laporan salah laku murid dari data Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa ponteng sekolah merupakan salahlaku utama di kalangan murid sekolah. Berdasarkan analisis data salah laku disiplin murid seperti dilaporkan jelas membuktikan bahawa gejala ini terus berlaku walaupun pelbagai usaha telah dijalankan bagi menangani gejala tersebut. Ponteng dikenalpasti antara penyumbang dan penyebab utama murid terlibat dengan salahlaku negatif yang lain. Justeru itu masalah ini perlu ditangani dengan meneruskan usaha-usaha pencegahan dan pemulihan. Gerakan Hadir Ke Sekolah (GHKS) adalah merupakan salah satu daripada alternatif strategik Program Sifar Ponteng dengan tema Genap 190 Hari Saya Di Sekolah 2 MATLAMAT

Mengurangkan salahlaku ponteng di kalangan murid sekolah di seluruh negara. 3


3.1 3.2

OBJEKTIF Memastikan program Gerakan Hadir Ke Sekolah (GHKS) dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Memastikan impak program dapat menambah kesedaran dan tanggungjawab murid terhadap kepentingan hadir ke sekolah. Ini dapat dibuktikan dengan berkurangnya bilangan murid yang ponteng. Memastikan bilangan salahlaku disiplin lain turut menurun dengan menurunnya bilangan murid yang ponteng. Memastikan sasaran pencapaian NKRA KPM iaitu penurunan bilangan murid ponteng sebanyak 0.01% setahun tercapai. TEMA Saya Suka Ke Sekolah

3.3 3.4

5 5.1 5.2 6

SASARAN PROGRAM Semua sekolah seluruh negara Melibatkan semua murid sekolah . TEMPOH MASA

Gerakan ini dilaksanakan oleh pihak JPN, PPD dan sekolah dalam tempoh10 bulan, iaitu bermula Januari hingga Oktober tahun 2011.

7 PENDEKATAN Pendekatan gerakan ialah 'MESRA MURID' yang berkonsepkan mendidik dan bukannya menghukum. 8 KAEDAH Dijalankan secara bersama oleh JPN, PPD dan sekolah. Penyeliaan dan pemantauan akan dilakukan dari masa ke masa oleh pegawai JPN dan PPD. 9 BIL 1 AKTIVITI PENGISIAN AKTIVITI DISKRIPSI TEMPOH MASA Peringatan Pengarah Pelajaran Dimaklumkan oleh Unit HEM Januari 2011. kepada ibu bapa / penjaga ke sekolah-sekolah untuk pelajar tindakan sekolah selanjutnya. Pihak sekolah mengenal pasti dan menyenaraikan pelajar terlibat di peringkat sekolah masing-masing. Satu salinan senarai nama pelajar dihantar ke PPD dan PPD akan membuat rumusan untuk dihantar ke JPN (Unit HEM). Kain Rentang Semua sekolah rendah dan menengah diminta BERSAMA MENANGANI PONTENG menyediakan kain rentang dan SEKOLAH 'PASTIKAN ANAK-ANAK kain rentang ini hendaklah direntangkan di pintu masuk KITA HADIR KE SEKOLAH' utama sekolah. Mesej Gerakan Hadir Ke Sekolah oleh Pengetua kepada semua pelajar dalam perhimpunan mingguan secara bersiri Syarahan. mengenai tajuk 'Faedah Hadir Ke Sekolah' oleh pelajar dalam. perhimpunan mingguan. Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia bertajuk Gerakan Hadir Ke Sekolah. Mulai minggu pertama bulan Januari 2011 Minggu pertama bulan Februari 2011.

Mesej ini bertujuan Februari hingga mengingatkan pelajar tentang Jun 2011. kepentingan hadir ke sekolah. Mesej ini ditampalkan dalam setiap kelas dan di papanpapan kenyataan sekitar kawasan sekolah. Perutusan ini akan dikeluarkan Minggu ketiga oleh Unit HEM ke sekolahbulan April 2011. sekolah dan Pengetua diminta menyampaikannya kepada semua pelajar dalam perhimpunan mingguan. Perutusan ini juga hendaklah ditampalkan dalam semua bilik darjah dan di papan kenyataan sekolah.

Pertandingan menulis esei dan melukis poster mengenai gejala ponteng sekolah dan cara menanganinya. Pamerkan hasil terbaik oleh pelajar dalam semua bilik darjah dan di papan kenyataan sekolah. Semua pelajar terlibat mesti diberikan perkhidmatan kaunseling / bimbingan yang berfokuskan hadir ke sekolah oleh Guru Kaunseling / Pembantu Guru Kaunseling sama ada secara individu / kelompok.

Dalam mata pelajaran BM, BI Melukis poster dan Pendidikan Seni pada bulan April dan menulis esei pada bulan Mei 2011 Guru Kaunseling / Pembantu Guru Kaunseling diminta memastikan semua pelajar terlibat mesti diberi perkhidmatan kaunselihg / bimbingan yang berfokuskan kepada hadir ke sekolah. April hingga Jun 2011. Minimum perjumpaan dengan setiap seorang pelajar ialah sebanyak dua kali dalam tempoh ) gerakan berjalan.

Sesi Perjumpaan. Pegawai JPN dan PPD Bersama Pelajar yang terlibat dalam gerakan ini.

Sesi ini berbentuk bimbingan dan didikan yang disempurnakan oleh Pegawai JPN dan PPD di semua sekolah menengah dan rendah dengan melibatkan semua murid terlibat dalam gerakanini.

10

Semua pelajar terlibat mesti melaporkan diri pada awal pagi dan selepas waktu pulang dengan berekod bagi memastikan memastikan kepada siapa pelajar mereka hadir ke sekolah sepenuhnya. Operasi semerta menghubungi ibu sapa I penjaga untuk tindakan lanjut sewajarnya. a. Jika boleh ibu bapa I penjaga mengesan di mana anak mereka ponteng sekolah sekiranya anak mereka tidak berada di rumah b. Jika boleh ibu bapa I

Sesi perjumpaan kali pertama dijadualkan pada bulan April 2011 dan sesi perjumpaan kali kedua ialah pada bulan Jun 2011.

Budi bicara pihak sekolah menentukan kaedah, di mana April Jun 2011 dan kepada siapa pelajar yang terlibat dalam gerakan ini akan melaporkan diri mereka pada setiap hari sepanjang tempoh gerakan berjalan. Bagi mana-mana pelajar terlibat dalam gerakan ini, jika mereka didapati tidak hadir ke April Jun 2011 sekolah, maka pihak sekolah diminta menghubungi terus ibu bapa I penjaga dengan segera sama ada melalui telefon, datang sendiri ke rumah atau sebagainya mengikut kemampuan pihak sekolah.

11

penjaga diminta membawa pelajar ke sekolah pada hari pelajar tesebut didapati ponteng sekolah, atau c. Ibu bapa I penjaga sendiri yang akan menghantar anak I jagaan mereka ke sekolah pada hari keesokannya. Pemantauan ke kawasan I tempat yang menjadi sasaran pelajar ponteng di luar kawasan sekolah.

Aktiviti ini dilakukan oleh Pegawai JPN dan PPD. Bagi April Jun 2011 sepanjang tempoh gerakan pihak PPD diminta memantau sekurang-kurangnya lima lokasi utama ponteng sekolah .

. 10 INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN

Semua sekolah rendah dan menengah diminta melengkapkan Borang Data Pelajar Ponteng Sekolah (Borang A dan Borang B) bermula Januari hingga Oktober tahun 2011 ke Unit Hal Ehwal Murid, SPK dan satu salinan ke PPD sebelum atau pada 5 haribulan pada setiap bulan bagi tujuan penilaian keberkesanan pelaksanaan gerakan. Pihak sekolah juga diminta menghantar laporan bulanan ke Unit HEM, SPK, JPN dan satu salinan ke PPD berhubung dengan status semasa kejayaan pelaksanaan gerakan bermula April hingga Jun tahun 2011. 11.0 PENUTUP Kerjasama semua pihak adalah merupakan asas kepada kejayaan gerakan ini. Hasil gerakan ini akan dianalisis dan didokumentasikan untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam merancang dan melaksanakan gerakan seterusnya ke hadapan. 'BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDlDIKAN' TERIMA KASIH

Borang A
BORANG DATA PELAJAR PONTENG SEKOLAH MENENGAH DAN BILANGAN HARI PONTENG SEKOLAH

Sekolah PPD Bilangan Hari Sebenar Bersekolah


,.

Kod Sekolah Bulan :

TINGKATAN

BILANGAN PELAJAR SEBENAR LELAKI PEREMPUAN

BILANGAN PELAJAR PONTENG SEKOLAH LELAKI PEREMPUAN

BILANGAN HARI PONTENG SEKOLAH LELAKI PEREMPUAN

Peralihan Tingkatan Satu Tingkatan Dua Tingkatan Tiga Tingkatan Empat Tingkatan Lima Tingkatan Enam Rendah Tingkatan Enam Atas

JUMLAH

BORANG INI HENDAKLAH DISEMPURNAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN HANTAR KE PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEBELUM ATAU PADA 5 HARIBULAN PADA SETIAP BULAN .

Tanda Tangan Nama Cop :

: :

Borang B
BORANG DATA PELAJAR PONTENG SEKOLAH RENDAH DAN BILANGAN HARI PONTENG SEKOLAH

Sekolah PPD Bilangan Hari Sebenar Bersekolah


,.

Kod Sekolah Bulan :

TINGKATAN

BILANGAN PELAJAR SEBENAR LELAKI PEREMPUAN

BILANGAN PELAJAR PONTENG SEKOLAH LELAKI PEREMPUAN

BILANGAN HARI PONTENG SEKOLAH LELAKI PEREMPUAN

Tahun Satu Tahun Dua Tahun Tiga Tahun Empat Tahun Lima Tahun Enam

JUMLAH

BORANG INI HENDAKLAH DISEMPURNAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN HANTAR KE PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEBELUM ATAU PADA 5 HARIBULAN PADA SETIAP BULAN .

Tanda Tangan Nama Cop :

: :

You might also like