P. 1
kertas kerja

kertas kerja

|Views: 4,670|Likes:
Published by Chai Xiao Ling

More info:

Published by: Chai Xiao Ling on Jun 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/24/2014

pdf

text

original

PENGHARGAAN

Kami ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana izin-Nya, kerja kursus pendek bagi subjek Pengurusan Kokurikulum dapat disiapkan tepat pada masanya secara berkumpulan. Dalam menyiapkan tugasan ini, kami mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak dan di sini kami ingin mengambil peluang untuk berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek kerja kursus ini.

Pertama sekali, kami ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi – tingginya kepada pensyarah subjek ini iaitu Puan Zaharah bt Abdul Manap atas bimbingan dan teguran beliau yang sangat berharga semasa melaksanakan kerja kursus pendek ini. Tunjuk ajar beliau telah banyak membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Selain itu, kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami terutamanya ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Dorongan dan sokongan mereka banyak memberi motivasi kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli kumpulan kami yang telah memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi sepanjang kerja kursus ini. Tanpa usaha yang dicurahkan oleh setiap ahli kumpulan, nescaya tugasan ini tidak akan dapat dihasilkan.

Tidak ketinggalan juga, rakan-rakan seperjuangan kami yang telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Kami sentiasa saling membantu antara satu sama lain
1

semasa membuat tugasan ini. Terima kasih atas perkongsian bahan, ilmu dan idea anda yang menjadikan kerja kursus ini lebih baik.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

2

PENGENALAN

Pada masa ini, pelaksanaan aktiviti di sekolah rendah atau sekolah menengah bergantung pada minat, komitmen dan kesungguhan guru penasihat atau jurulatih serta pemantauan yang dilaksanakan oleh pentadbiran sesebuah sekolah. Aktiviti sesetengah persatuan tidak dijalankan langsung sepanjang tahun apabila persatuan mendapat guru penasihat atau jurulatih yang tidak berminat dan tidak komited pula melaksanakan banyak aktiviti persatuannya sepanjang tahun.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah rendah atau menegah oleh persatuan. Aktiviti ini boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Selain itu, aktiviti ini boleh diatur secara mingguan, bulanan, semester/ penggal dan tahunan. Kebanyakan sekolah (rendah dan menengah) dan institusi pengajian lain menetapkan suatu hari tertentu, sama ada hari persekolahan atau hujung minggu, bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dan ditetapkan dalam aktiviti untuk bulan berkenaan.

Persatuan dalam unit beruniform paling banyak boleh dilaksanakan aktiviti sama ada aktiviti berlandaskan skim lencana yang tersedia atau aktiviti tambahan. Berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh persatuan yang berasaskan unit beruniform di sekolah rendah atau menegah.

3

Contoh Aktiviti Persatuan Beruniform di Sekolah Rendah Unit Pengakap Kanak-kanak Skim Lencana Lencana Keahlian Lencana Wajib Lencana Keris Gangsa Lencana Keris Perak Lencana Keris Emas Lencana-lencana Kepandaian Tunas Puteri Ujian Pelantikan Kelas Dua Tingkatan Tengah Kelas Satu Lencana-lencana Kepandaian Puteri Islam Susunan Pentadbiran Pendidikan Islam Kesihatan Sains Rumah Tangga Keluarga dan Masyarakat Aktiviti Luar Rekreasi Pengembaran Pertandingan Kawad Nyanyian/ Lakonan Perkhemahan Lawatan Pengembaran Pertandingan Kawad Nyanyian/ Lakonan Permainan Kim Lawatan Aktiviti Sampingan Pengembaraan Pertandingan Kawad Nyanyian/ Lakonan Permainan Kim Perkhemahan Lawatan

4

Contoh Aktiviti Persatuan Beruniform di Sekolah Menegah Unit Pengakap Muda (Tingkatan 1-3) Skim Lencana Lencana Keahlian Lencana Usaha Lencana Maju Lencana Jaya Lencana-lencana Kepandaian Tanda Rambu Aktiviti Sampingan Pengembaraan Pertandingan Kawad Nyanyian/ Lakonan Permainan Kim Perkhemahan Lawatan Pioneering Minggu Kerja Pengakap Remaja (Tingkatan 4-5) Keahlian Lencana Jaya Diri Lencana Kegiatan Lencana Ekspedisi Lencana Perkhidmatan Lencana Kemahiran Tanda Rambu Pengakap Raja Tunas Puteri Ujian Pelantikan Kelas Dua Tingkatan Tengah Kelas Satu Puteri Islam Puteri Bongsu Puteri Tengah Puteri Sulong Pengembaraan Pertandingan kawad Nyanyian/ Lakonan Permainan Kim Perkhemahan Lawatan Pioneering Minggu Kerja Pengembaraan Pertandingan Kawad Nyanyian/ Lakonan Permainan Kim Pengembaraan Pertandingan Kawad Nyanyian/ Lakonan Nasyid

5

Aktiviti dalam bidang sukan dan permainan pula termasuklah latihan mingguan, pesta liga, pesta tahunan dan sebagainya. Manakala, banyak aktiviti boleh dilaksanakan dalam persatuan yang berasaskan bidang persatuan dan kelab.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan termasuklah, kuiz, perbahasan, pameran, pertandingan berasaskan kriteria tertentu, seni lukis, kesenian (contohnya, dikir barat, boria dan sebagainya), lawatan dan ekspedisi.

Terdapat pelbagai tujuan diadakan pertandingan dan aktiviti dalam persatuan kokurikulum. Antaranya ialah menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam bidang yang diceburi, memantapkan pengurusan jurulatih dan penasihat, pelajar sentiasa berusaha membaiki diri untuk memenangi sesuatu pertandingan, menanamkan semangat yang positif dalam diri pelajar seperti kekitaan, kerjasama, berani, disiplin diri yang tinggi, yakin diri, berani menghadapi cabaran, bertolak ansur, sabar dan tegas dalam diri pelajar, melatih pelajar membuat perancangan dan melaksanakan aktiviti dengan teratur dan sistematik, memberi peluang kepada pelajar memperagakan bakat dan kebolehan mereka dan mengimbangakan tahap pencapaian antara aktiviti kurikulum (akademik) dengan kokurikulum.

6

JENIS-JENIS AKTIVITI

Seperti yang kita tahu, kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah di mana ia lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Maka, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan menengah oleh persatuan dalam kokurikulum sesuatu sekolah. Aktiviti ini boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Biasanya, aktiviti-aktiviti ini akan dianjur secara mingguan, bulanan, semester/penggal dan tahunan. Antara aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan di kebanyakan sekolah adalah seperti berikut : Olahraga Tahunan Lawatan Perkhemahan Rekreasi Seminar/ Forum/ Dialog/ Persidangan Kawad Pesta Kebudayaan Pameran

A) Perkhemahan

Kebanyakan aktiviti dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah seperti program dan motivasi, kursus-kursus, lain perkhemahan aktiviti tahunan unit

beruniform

pertandingan

melibatkan

perkhemahan.

Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan
7

kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.

Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum manjalankan aktiviti perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti perkhemahan. Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam atau lebih, sama ada di hutan, kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.

Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, abseiling, orienteering dan sebagainya.

Kebanyakan

pelajar

sangat

berminat

menyertai

aktiviti

perkhemahan. Pergerakan Pengakap merupakan kumpulan pertama yang mula-mula mempelopori aktiviti perkhemahan. Mereka telah menjalankan aktiviti ini pada tahun 1907 di Pulau Browsea, England. Perkhemahan dalam pengakap lebih dikenali dengan panggilan jambori. Jambori ini diadakan sama ada di peringkat daerah, negeri atau negara. Bahkan jambori dalam pengakap diadakan di peringkat serantau (contonya Asia Pasifik) dan antarabangsa. Pada masa kini, hampir semua badan beruniform di semua sekolah mengadakan aktiviti perkhemahan pada setipa tahun.

B) Kejohanan Olahraga

Pada zaman sekarang, semua sekolah di Malaysia mengadakan kejohanan olahraga tahunan. Umumnya, kejohanan olahraga diadakan di peringkat daerah, negeri dan negara. Semasa kejohanan olahraga tahunan berlangsung, berbagai-bagai jenis permainan akan dipertandingkan.

8

Secara amnya, terdapat tiga kategori permainan dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga yang diprtandingkandi peringkat sekolah rendah dan menengah, iaitu: 1. Sukaneka di mana aktiviti seperti lari dalam guni, bawa pundi kacang, pecah belon dijalankan khas untuk murid-murid tahap 1. 2. Acara balapan di mana permainannya seperti 50 meter, 100 meter, 200 meter, lompat berpagar dan sebagainya. 3. Acara padang merangkumi permainannya seperti lontar cakera, merejam lembing, lontar tukul besi dan sebagainya.

C) Lawatan

Lawatan juga merupakan salah satu aktiviti yang lazim dijalankan oleh semua unit badan beruniform dan persatuan di sekolah. Disebkan lawatan sekolah melibatkan pelajar, maka pihak sekolah boleh mengadakan lawatan ke tempat-tempat tertentu seperti tempat bersejarah, tepi pantai, kilang perusahaan, institusi pendidikan, air terjun dan sebagainya.

Lawatan merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah kepada pelajar-pelajar. Hal ini disebabkan, pelajar memperoleh ilmu dan pengetahuan secara langsung. Sebelum membuat sesuatu lawatan, seseorang guru perlu mengikuti beberapa prosedur. Antara prosedur tersebut adalah seperti: 1. Mendapat kebenaran guru besar dan pengetua sekolah. 2. Mengisi borang permohonan lawatan dan mengajukannya kepada JPN. 3. Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan di tempat yang bakal dilawat. 4. Menguruskan pengangkutan dan penginapan. 5. Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa. 6. Mengadakan taklimat dan mengagihkan tugasan kepada peserta.

9

PROSEDUR MENGENDALIKAN AKTIVITI

Perancangan dan pengendalian sesuatu program atau aktiviti sangat penting bagi mencapai matlamat sesebuah persatuan. Kejayaan sesuatu aktiviti atau program bergantung pada perancangan, pelaksanaan dan pengedalian aktiviti tersebut dilaksanakan. Perancangan aktiviti bermaksud merancang, merangka, menyusun, aktiviti dan menyelaras tugas yang telah dirancang. Mengendalikan aktiviit bermaksud mentadbir, megurus dan mengawal atau melaksanakan sesuatu aktiviti yang dirancang.

Sebelum sesuatu aktiviti dilaksanakan, Jawatankuasa Kerja Persatuan perlu membuat perancanagn bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Antara tujuan mengadakan perancangan aktiviti ini adalah supaya aktiviti yang dirancang lebih menarik, mendatangkan manfaat dan menghasilkan kejayaan yang selaras dengan matlamat penubuhan persatuan berkenaan. Antara langkah bagi merancang program dan aktiviti ialah membuat kertas kerja, mengadakan mesyuarat penyelarasan, tindakan susulan persiapan awal dan pengagihan tugas, mengadakan mesyuarat susulan dan akhirnya mengendalikan semua surat-menyurat.

10

Menyediakan Kertas Kerja

Kertas kerja merupakan cadangan dan perancangan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti, jawatankuasa yang bertanggungjawab perlu menyediakan kertas kerja atau perancangan. Perancangan tersebut termasuk perkara – perkara seperti bila, bagaimana, siapa, dan sebagainya yang berkaitan dengan sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Beberapa perkara perlu dibincangkan dalam sesuatu kertas kerja yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum.

Antaranya ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. Pendahuluan Objektif dan matlamat Tema Tarikh dan tempoh pelaksanaan Tempat Dif perasmian Bilangan penyertaan dan kategori Bayaran Syarat – syarat penyertaan Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Perbelanjaan Pendapatan Penutup Lampiran – lampiran

11

Mengendalikan Surat – Menyurat

Surat – menyurat amat penting bagi persatuan di sekolah dan di luar institusi pendidikan dan kerap kali dilaksanakan. Seseorang guru penasihat atau jurulatih sesebuah persatuan sentiasa mengutus surat – surat rasmi kepada pengetua atau guru besar, persatuan induk, agensi – agensi sokongan dan luar, dan sebagainya. Antara surat – menyurat yang dilaksanakan oleh persatuan adalah seperti surat siaran, surat kebenaran ibu bapa, permit daripada pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan serta Pesuruhjaya Daerah dan peraturan keselamatan.

12

Peraturan dan Langkah-langkah Pengelolaan

Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti dalam kokurikulum, beberapa perkara yang berkaitan dengan peraturan dan langkah-langkah perlu difikirkan oleh urusetia atau pentadbir atau jawatankuasa pengelola bagi menentukan kejayaan sesuatu aktiviti. Semua peraturan dan langkah pengelolaan tersebut harus meliputi tiga peringkat, iaitu sebelum aktiviti dilaksanakan, semasa aktiviti dilaksanakan dan selepas aktiviti dilaksanakan.

Sebelum Aktiviti Dilaksanakan

Beberapa tindakan perlu dilaksanakan oleh urusetia atau jawatankuasa pengelolaan sebelum sesuatu aktiviti itu dilaksanakan. Antaranya ialah senarai semak berlandaskan aktiviti yang dilaksanakan, contohnya Sukan Tahunan Sekolah. Selain itu, taklimat juga perlu diberikan kepada peserta, contohnya dalam aktiviti perkhemahan tentang perkara yang perlu dibawa, tingkah laku semasa aktiviti, pakaian, surat kebenaran ibu bapa, pengangkutan, masa berlepas dan dijangka tiba dan keadaan tempat berkhemah/berkelah/melawat dan sebagainya. Perlu juga untuk menyenaraikan bidang tugas bagi setiap jawatankuasa, contohnya perkhemahan unit beruniform sekolah.

13

Jawatankuasa dan Bidang Tugas

Tugas Komandan Kem ialah menyelaras dan mengurus semua perkara yang berkaitan dengan perjalanan kursus, peserta dan semua jawatan kuasa yang terlibat dan juga mengendali taklimat kepada peserta. Tugas setiausaha pula ialah mengurus semua urusan surat – menyurat dan bahan bertulis yang berkaitan dengan kursus dan membantu Komandan Kem dalam urusan berkaitan dan menyiapkan buku program.

Bendahari bertanggunjawab untuk mengurus kutipan bayaran peserta dan mengurus semua pembayaran dan perkara yang terlibat dangan kewangan semasa kursus.

Urusetia akan memastikan perjalanan kursus berlangsung dengan baik dan tepat pada masa, bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kerja, menyebarkan maklumat kepada peserta seperti peraturan pertandingan atau aktiviti, memastikan semua peralatan pertandingan cukup, memastikan setiap pertandingan mempunyai hakim dan peserta mengikut setiap arahan pertandingan dan menguruskan kebajikan peserta.

Jawatankuasa disiplin dan keselamatan akan memastikan keselamatan dan disiplin peserta dalam keadaan baik sepanjang kursus, contohnya semasa rehat, makan, solat, kuliah, ceremah dan juga perlu mengawal dan menyelia disiplin dan keselamatan peserta, pengawai dan petugas sepanjang aktiviti.

Jawatankuasa serantau dan kain rentang akan menghubungi pihak media massa, menyiapkan kain rentang, poster dan sebagainya serta diletakkan di tempat yang sesuai sepanjang kursus berlangsung, menyelaras sidang akhbar, menyelaras hebohan dan juruacara dan menyelaras penerima hadiah atau cenderamata dengan urusetia atau ketua hakim.

14

Bagi jawatankuasa aktiviti kerohanian pula perlu merancang dan melaksanakan akitiviti-aktiviti kerohanian termasuklah solat, kuliah subuh dan kuliah maghrib, membuat giliran imam dan bilal bagi setiap solat dan memastikan peserta bukan Islam mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Jawatankuasa pendaftaran pula akan menguruskan pendaftaran peserta sebelum bertolak dan memastikan jumlah peserta cukup sepanjang kursus dan menentukan tempat duduk atau berkumpul bagi peserta dan pengawai semasa akitiviti dilaksanakan.

Jawatankuasa hadiah, cenderahati dan sijil perlu menyediakan, mengurus dan menyusun cenderhati, hadiah dan sijil yang berkaitan kepada jemputan dan peserta, menyedia dan mengurus meja hadiah, sijil dan cenderahati serta dulang dan alasnya dan menyelaraskan dengan urusetia atau ketua hakim keputusan bagi setiap pertandingan.

Jawatankuasa makanan dan minuman pula akan bertanggungjawab untuk menguruskan makanan dan minuman peserta, guru, jemputan sepanjang kursus, membuat tempahan makanan dan minuman peserta dan jemputan sepanjang kursus dan memastikan bekalan bahan mentah atau memasak sampai tepat pada masa yang sepatutnya.

Tanggungjawab jawatankuasa penginapan ialah mengurus penginapan peserta, urusetia, hakim dan jurulatih dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Keselamatan sepanjang kursus.

Jawatankuasa siar raya akan memastikan alatan siar raya berfungi dengan baik sepanjang kursus.

15

Jawatankuasa lampu dan elektrik akan memastikan dawai dan lampu dipasang dan berfungsi dengan baik sepanjang kursus.

Peranan jawatankuasa fotografi ialah mengambil foto yang perlu sepanjang kursus.

Jurulatih pasukan perlu memastikan setiap peserta faham dan berlatih setiap acara yang dipertandingkan, melatih ahli-ahli pasukan dengan latihan yang secukupnya, mengisi borang pertandingan, memastikan semua peserta hadir semasa pertandingan dan memberi sokongan moral kepada peserta.

Bagi hakim pula, peranannya ialah menentu dan menyelaraskan syaratsyarat pertandingan dengan urusetia, jurulatih, peserta atau ketua peserta bagi setiap pertandingan, memastikan pengadil yang secukupnya bagi setiap aktiviti pertandingan, memastikan pengadil hadir tepat pada setiap waktu pertandingan, menyediakan borang pemarkahan dan mengisi borang markah bagi setiap pertandingan dan meyerahkan keputusan pertandingan kepada urusetia.

16

Semasa Aktiviti Dilaksanakan

Dalam setiap aktiviti atau pertandingan, pihak urusetia atau Komandan Kem hendaklah memastikan beberapa langkah keselamatan antaranya ialah pihak penganjur harus memastikan tempat aktiviti/pertandingan selamat digunakan oleh peserta dan pengawai. Pegawai/pengadil/hakim yang terlibat juga harus dipastikan telah menerima borang pemarkahan dan sentiasa berada di tempat pertandingan. Mereka juga bertanggungjawab memberi taklimat kepada peserta mengenai acara, syarat pertandingan atau aktiviti dan Iangkah-Iangkah keselamatan yang perlu diambil tindakan oleh setiap peserta.

Pihak urusetia hendaklah memastikan semua peserta melapor diri kepada pengurus peserta sebelum pertandingan bermula manakala pengerusi perlu bertanggungjawab untuk mengawasi dan memantau pelaksanaan aktiviti pertandingan. Ahli Jawatankuasa Peralatan harus menyediakan peralatan pertandingan, aktiviti yang secukupnya bagi setiap acara atau aktiviti. Bagi AJK Keselamatan pula,mereka hendaklah memastikan langkah-Iangkah keselamatan telah diambil bagi setiap aktiviti/pertandingan.

17

Selepas Aktiviti Dilaksanakan

Selepas aktiviti dilaksanakan, AJK Kebersihan harus memastikan kawasan yang digunakan dalam keadaan yang bersih. Bendahari pula harus melangsaikan hutang dan membayar semua bil dan pembelanjaan sepanjang aktiviti ini. Laporan kewangan juga harus disediakan untuk mengetahui hala tuju wang tersebut.

AJK Peralatan pula perlu memastikan barang-barang/peralatan yang dibawa mencukupi dan memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan ke tempat asal dan tidak tercicir di tempat aktiviti. Semua peralatan dan barang harus disimpan dalam keadaan teratur di tempat yang asal seperti stor sukan.

Hadiah, cenderahati dan sijil juga harus diberikan kepada peserta selepas aktiviti dilaksanakan selepas keputusan pertandingan diumumkan. Namun begitu, adakalanya, proses penyampaian hadiah memerlukan jangka masa yang lebih panjang kerana keputusan aktiviti hanya diketahui pada penghujung aktiviti dan pihak penganjur hanya mampu menyampaikan hadiah dan cenderahati seperti hamper atau pingat. Dokumen atau bukti penyertaan seperti sijil penghargaan hanya dapat diserahkan kepada pemenang selepas setiausaha mendapat senarai nama pemenang dan masa adalah singkat untuk penyediaan sijil-sijil tersebut. Di samping itu, Setiausaha turut bertanggungjawab untuk menghantar surat penghargaan kepada meraka yang memberi sumbangan dan kerjasama seperti penceramah, jurulatih, penaja dan sebagainya sebagai tanda terima kasih. Dokumen seperti laporan aktiviti, penyertaan laporan kewangan dan laporan-laporan lain yang difikirkan perlu juga harus dibuat untuk disimpan sebagai bahan bukti pelaksanaan aktiviti tersebut.

18

PENILAIAN DAN PELAPORAN

Selepas sesuatu aktiviti dilaksanakan, setiausaha jawatankuasa perlu memanggil mesyuarat post- mortem bagi membincangkan aktiviti yang dilaksanakan. Sesuatu program itu perlu dinilai untuk mendapat maklum balas dan pandangan untuk mengetahui sama ada matlamat dan objektif tercapai atau tidak, dan sebagainya. Seterusnya, semua maklum balas tersebut digunakan sebagai sempadan dan panduan meningkatkan mutu aktiviti dan mengatasinya semasa perlaksanaan aktiviti yang seterusnya.

Vasudevan (1987) menyatakan bahawa penilaian bagi pentadbir adalah diberi tujuan-tujuan tertentu. Antaranya ialah menentukan sejauh mana objektif dan matlamat aktiviti tercapai, memberi bukti tentang nilai dan sumbangan kepada aktiviti atau program, mengetahul keberkesanan pelaksanaan dan tugas setiap jawatankuasa, menentukan jumlah program atau aktiviti yang dijalankan berbanding jumlah yang disarankan, menggalakkan jawatankuasa menyesuai dan membaiki proses serta langkah-langkah melaksanakan tugas, menentukan sama ada semua operasi dijalankan mengikut rancangan yang telah diatur supaya dapat membaiki kelemahan dan kegiatan yang tidak sepadan dan akhirnya menyemak pencapaian pentadbiran.

Penilaian sesuatu program dan aktiviti boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Penilaian secara formal boleh dilaksanakan seperti menggunakan borang soal selidik yang telah disedia dan diedarkan kepada peserta yang terlibat dan ketika mesyuarat jawatankuasa perlaksanaan selepas aktiviti untuk mendapatkan maklum balas. Penilaian secara tidak formal pula dilaksanakan secara tidak dirancang seperti melalui perbincangan atau perbualan yang tidak distruktur semasa aktiviti dilaksanakan atau selepas aktiviti dilaksanakan.

19

Mesyuarat Post Mortem

Setiap Jawatankuasa Kecil perlu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu yang berkaitan dengan peranan dan bidang tugas jawatankuasa mereka. Kadangkala mesyuarat post-mortem ini dilaksanakan secara tidak formal, terutama apabila melibatkan aktiviti-aktiviti persatuan yang kecil.

Antara perkara yang boleh dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah sama ada tanggungjawab Jawatankuasa Kecil tersebut dapat dilaksanakan dengan licin atau sebaliknya, Jawatankuasa Kecil ini juga boleh membincangkan perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti, masalah yang dihadapi, cara penyelesaian, pendapat umum dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan. Keputusan mesyuarat dan laporan bertulis perlu dihantar kepada setiausaha untuk laporan keseluruhan aktiviti.

Kadangkala setiausaha memanggil semua jawatankuasa bermesyuarat postmortem serentak bagi membincangkan perkara-perkara di atas. Setiausaha akan akan mencatat pandangan,kritikan,cadangan dan sebagainya daripada jawatankuasa yang hadir mengenai aktiviti yang telah dijalankan. Selepas itu, setiausaha akan membuat laporan aktiviti untuk dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persatuan. Namun, kebanyakan persatuan, terutama di sekolah rendah dan menengah tidak mengadakan mesyuarat postmortem selepas sesuatu aktiviti dilaksanakan. Ini merupakan satu cara yang tidak patut diamalkan oleh persatuan. Apabila mesyuarat post-mortem dilakukan, pandanagn daripada ahli dapat diketengahkan. Segala kekurangan dapat diatasi dan diambil kira, sebaliknya kekuatan akan diteruskan untuk aktiviti yang selanjutnya.

20

MENYEDIAKAN LAPORAN AKTIVITI

Apabila mendapat maklum balas secara formal atau tidak formal mengenai pengurusan dan perlaksanaan aktiviti, pengerusi atau setiausaha setiap Jawatankuasa Kecil perlu membuat laporan bertulis kepada setiausaha. Seterusnya, setiausaha jawatankuasa aktiviti atau program perlu membuat laporan keseluruhan aktiviti yang telah dilaksanakan.

Antara perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam laporan aktiviti ini adalah seperti pendahuluan, tarikh, tempat, hari dan masa, bilangan penyertaan peserta, jurulatih, pembantu, pegawai dan sebagainya, prosedur dan jadual kerja, dif yang hadir(VIP), dif yang merasmikan(VVIP)dan Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Kecil.

Isi kandungan laporan aktiviti turut meliputi, laporan atur cara atau aktiviti yang telah dilaksanakan, laporan kewangan, laporan Jawatankuasa Kecil, laporan maklum balas atau penilaian keseluruhannya. Laporan tersebut diakhirii dengan kekangan/ Masalah yang timbul ,pandangan dan cadangan memperbaiki atau mengatasinya dan seterusnya penutup.

Laporan ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa aktiviti kali terakhir. Mesyuarat ini merupakan tugas terakhir atau penamat bagi jawatankuasa aktiviti berkenaan sebelum dibubarkan.

21

RUMUSAN

Kesimpulannya, banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam kegiatan kokurikulum. Aktiviti – aktiviti kokurikulum dalam bidang unit beruniform boleh dikategori kepada dua, iaitu aktiviti berasaskan lencana mengikut unit atau persatuan dan aktiviti sampingan seperti perkhemahan, pengembaraan, dan kawad. Tambahan lagi, aktiviti – aktiviti dalam bidang persatuan dan kelab terbahagi kepada lima kategori, iaitu perbahasan, pameran, pertandingan berasaskan kriteria, seni lukis dan kesenian. Sebagai contoh, dikir barat, dan boria. Tujuan pertandingan dan aktiviti dalam persatuan diadakan adalah untuk menentukan percapaian seseorang pelajar dalam bidang yang diceburi. Hal ini demikian kerana, pertandingan dan aktiviti manjadi satu platform atau medium untuk pelajar memantapkan lagi potensi serta pencapaian mereka dalam bidang yang diceburi. Para pelajar diberi peluang untuk memperagakan bakat serta kebolehan mereka menerusi pertandingan dan aktiviti. Hal ini dapat mengimbangkan tahap pencapaian mereka antara kurikulum akademik dengan kokurikulum. Seterusnya, pertandingan dan aktiviti juga akan memantapkan pengurusan jurulatih dan penasihat. Hal ini kerana jurulatih dan penasihat harus berurusan dengan pelbagai pihak bagi menjayakan sesuatu pertandingan atau aktiviti. Selanjutnya, pertandingan menyediakan suatu platform untuk pelajar bagi menyemaikan nilai – nilai positif di kalangan pelajar. Sebagai contoh, bekerjasama, bertanggungjawab dan toleransi. Pelajar haruslah bekerjasama dengan lain dan mempunyai nilai toleransi Bagi memenangi sesuatu pertandingan. Jesteru, pelajar akan sentiasa berusaha untuk membaiki diri serta kelemahan mereka bagi memenangi seuatu pertandingan.

Tambahan lagi, pengelolahan aktiviti dapat melatih pelajar membuat rancangan dan melaksanakan aktiviti dengan lancar, teratur dan sistemaik. Hal ini dapat memberi pengetahuan serta melatih para pelajar cara – cara membuat
22

perancangan untuk sesuatu program dan aktiviti. Bagi merancang sesuatu program, terdapat lima langkah yang perlu dilaksanakan sebelum program itu boleh dilaksanakan iaitu membuat kertas kerja, mengadakan mesyuarat penyelaras, melaksanakan tindakan susulan persiapan awal dan pengagihan tugas, mengadakan mesyuarat susulan dan mengendali semua surat - menyurat. Sebelum mengadakan sesuatu aktiviti, satu kertas kerja perlu digubal. Dalam perancangan membuat kertas kerja, terdapat beberapa perkara yang harus disentuh iaitu: xvi. xvii. xviii. xix. xx. xxi. xxii. xxiii. xxiv. xxv. xxvi. xxvii. xxviii. xxix. Pendahuluan Objektif dan matlamat Tema Tarikh dan tempoh pelaksanaan Tempat Dif perasmian Bilangan penyertaan dan kategori Bayaran Syarat – syarat penyertaan Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Perlanjaran Pendapatan, dan Penutup

Selepas kertas kerja digubal, surat – menyurat diperlukan sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti. Hal ini demikian kerana surat – menyurat dapat melancarkan perjalanan aktiviti yang melibatkan pelbagai pihak. Sebagai contoh, ibu bapa, pentadbiran sekolah, pihak NGO dan bukan NGO. Surat – menyurat ini termasuklah surat siaran, surat kebenaran ibu bapa, dan permit daripada pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan serta Pesuruhjaya Daerah.
23

Selanjutnya, peraturan dan langkah – langkah pengelolaan perlu dilaksanakan sebelum melaksanakan aktiviti. Di mana, langkah – langkah pengelolaan itu meliputi sebelum aktiviti dilaksanakan, semasa aktiviti dilaksanakan dan akhir sekali selepas aktiviti dilaksanakan. Sebelum aktiviti dilaksanakan, satu senarai semak berlandaskan aktiviti dilaksanakan diperlukan. Senarai semak ini sangat penting kerana ia menentukan semua tindakan berjalan mengikut jadual dan perancangan yang telah dirancang dalam mesyuarat. Selain itu, senarai semak juga membolehkan jawatankuasa mengesan masalah – masalah yang timbul dengan segera dan membuat tindakan yang sewajarnya. Setiap jawatankuasa mempunyai peranan dan bidang tugasnya yang tersendiri. Sebagai contoh, bendahari bertanggungjawab menguruskan kewangan seperti kutipan bayaran peserta dan pembayaran aktiviti. Semasa aktiviti dilaksanakan, Jawatankuasa Urusetia atau Komandan perlu memastikan langkah – langkah keselamatan telah diambil bagi setiap aktiviti atau pertandingan. Mereka juga perlu memastikan semua peserta melaporkan diri kepada pengurus peserta serta memberi taklimat kepada peserta mengenai acara, syarat aktiviti atau pertandingan dan langkah – langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta.

Tambahan lagi, Urusetia dan Komandan harus sentiasa mengawasi dan memantau pelaksanaan aktiviti atau pertandingan. Mereka memastikan tempat langsung aktiviti dan pertandingan adalah selamat digunakan oleh pegawai dan peserta. Sebagai contoh rumput padang dipotong dan kawasan padang bebas daripada sampah, dan pecahan kaca. Selain itu, Urusetia dan Komandan juga bertanggungjawab menyediakan peralatan pertandingan atau aktiviti yang mencukupi bagi setiap cara dan aktiviti. Sebagai contoh, khemah, pelapik pendaratan, dan baton. Seterusnya, terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikan selepas sesuatu aktiviti atau pertandingan dilaksanakan. Pihak jawatankuasa perlu membersihkan kawasan aktiviti dan pertandingan yang digunakan dan menyemak
24

peralatan dan barang – barang mencukupi serta memastikan semua peralatan disimpan di tempat asal manakala peralatan dan barang – barang yang dipinjam dipulangkan. Semua cenderahati, hadiah atau sijil disampaikan kepada pemenang sementara surat penghargaan kepada pihak jawatankuasa yang telah memberi sumbangan dan kerjasama mereka bagi menjayakan aktiviti atau pertandingan tersebut. Tambahan lagi, bendahari harus memastikan semua pembayaran bil dan perbelanjaan telah diselesaikan serta membuat laporan kewangan, manakala setiausaha pula perlu membuat laporan aktiviti dan penyertaan selepas aktiviti dan pertandingan dilaksanakan. Tujuan pernilaian aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan adalah bagi menyemak pencapaian pentadbir jawatankuasa. Hal ini kerana pernilaian ini menentukan sejauh mana objektif dan matlamat aktiviti atau pertandingan yang digubal dalam kertas kerja tercapai. Dengan pernilaian aktiviti, ia memberi bukti tentang nilai dan sumbangan kepada aktiviti serta mengetahui keberkesanan pelaksanaan tugas dan peranan setiap jawatankuasa. Pernilaian aktiviti dan pertandingan juga menentukan sama ada semua operasi dijalankan mengikut rancangan yang telah diaturkan supaya jawatankuasa dapat memperbaiki kelemahan serta proses dalam melaksanakan tugas atau peranan mereka.

Antara perkara yang perlu dimasukan oleh setiausaha dalam laporan aktiviti ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Pendahuluan Tarikh dan masa Tempat Bilangan penyertaan peserta, jurulatih, pegawai serta pembantu Dif VIP yang hadir Dif VVIP yang merasmikan Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Kecil Laporan atur cara dan aktiviti dilaksanakan Laporan kewangan Laporan Jawatankuasa Kecil Penilaian Keseluruhan
25

xii. xiii. xiv.

Masalah – masalah yang timbul Pandangan dan cadangan memperbaiki dan memperbaikkan, dan Penutup

26

Bibliografi

Contoh Kertas Kerja Penganjuran Sukan Tennis. (2009). Diakses April 25, 2012, dari Kertas Kerja Sekolah: http://kertaskerjasekolah.blogspot.com/search/label/Contoh%20Kertas%20Ke rja%20Penganjuran%20Sukan%20Tenis

Contoh Kertas Kerja Program. (t.t). Diakses April 25, 2012, dari http://pkukmweb.ukm.my/kuo/wp-content/uploads/2010/06/PPP-Contohkertas-kerja-program-pelajar.pdf

 

Contoh Laporan Aktiviti. Diakses pada 24 April 2012 dari http://www.scribd.com/doc/36541145/CONTOH-LAPORAN-AKTIVITI Format Laporan Aktiviti. Diakses pada 24 April 2012 dari http://fhtm.uitm.edu.my/V1/images/stories/pekeliling/format%20penyediaan.pd f

Gaya Pengurusan Organisasi. Diakses pada 24 April 2012 dari http://ekokurikulum.files.wordpress.com/2010/02/po-04.pdf

Ismail, S. Y. (2008, Februari 27). Kertas Kerja perkhemahan Bersepadu Unit Pakaian Seragam. Diakses April 25, 2012, dari Scribd: http://www.scribd.com/syazayasminismail/d/4535467-Contoh-Kertas-Kerja-2

KERTAS CADANGAN PROGRAM EKSPLORASI SEJARAH SPM 2010. (2010). Diakses April 24, 2012, dari http://sejarahmgcm.files.wordpress.com/2010/04/kkerja-eksplorasi.pdf

Manual Pengurusan Perkhemahan. Diakses pada 24 April 2012, darihttp://www.searchinpdf.com/U-N-I-T-K-O-K-U-R-I-K-U-L-U---M-ManualPegurusa-n-Perkhemahan Minit Mesyuarat Post- Mortem. Diakses pada 24 April 2012 dari http://www.scribd.com/sue_gts88/d/55975776-Minit-Mesyuarat-Post-Mortem

 

Panduan Pengendalian Mesyuarat. Diakses pada 24 April 2012, dari http://kokurikulum.wikispaces.com/file/view/PANDUAN_PENGENDALIAN_ME SYUARAT.pdf

27

  

Pengelolaan Aktiviti. Diakses pada 23 April 2012, dari http://www.scribd.com/doc/86523985/Bab-5-Pengelolaan-Aktiviti Pengurusan Hari Kokurikulum Sekolah. Diaskes pada 23 April 2012 http://saidi90107.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/bab4.pdf Pengurusan Kokurikulum.Diakses pada 24 April 2012 dari http://pengurusankokurikulum.blogspot.com/2009/02/pengurusankokurikulum.html

Pengurusan Kokurikulum Sekolah. Diaskes pada 25 April 2012, dari http://ppaks.files.wordpress.com/2010/06/proses-pengurusan-kokurikulumsekolah-pdf.pdf Perancanga Strategi Bidang Kokurikulum. Diakses pada 23 April 2012, dari http://www.docstoc.com/docs/21532488/PERANCANGAN-STRATEGIKBIDANG-KOKURIKULUM Perkhemahan. Diakses pada 24 April 2012, dari http://www.scribd.com/doc/49759305/PENGENALAN

 

Pengurusan Gerko. Diakses pada 24 April 2010, dari http://gerkomarsah.blogspot.com/2010/08/pengelolaan-aktiviti.html

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR. (2009). Diakses April 24, 2012, dari Scribd: http://www.scribd.com/doc/26915783/Kertas-Kerja-Unit-BeruniformSK-FELDA-Seri-Rasau-2009

28

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->