Professional Documents
Culture Documents
PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. Setelah air naik ke paras yang merbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung. Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut. Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan. Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.
Biografi
Pakcik saya seorang penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari kebun getahnya. Setiap pagi jika tiada urusan penting, selepas selesai menunaikan sembahyang Subuh, dia akan segera pergi menoreh getah dengan menunggang basikalnya. Semasa di kebun getah, pakcik saya akan memakai topi yang berlampu di depannya supaya kerja-kerja menoreh getah dapat dilakukan walaupun suasana waktu itu masih gelap. Dia menoreh dengan sebilah pisau getah yang sentiasa diasah tajam dari sebatang ke sebatang pokok getah hinggalah semua pokok getahnya selesai ditoreh. Pakcik saya selesai menoreh kira-kira pada pukul 10.00 pagi atau 3 jam kemudian. Sebelum dia pulang ke rumah, dia akan memestikan keadaan kebunnya dalam keadaan baik seperti tiada lalang yang panjang dan sebagainya. Jika tidak, dia akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kebunnya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumahnya. Kira-kira seminggu menoreh, pak cik saya akan menjual hasil kebun getahnya. Dia akan pergi mengutip ketulan-ketulan getah yang dipanggil getah buku di setiap pangkal pokok getah dengan baldi atau guni. Getah buku itu akan dikumpulkan di satu tempat sementara menunggu pembeli getah tiba. Hasil daripada jualan getahnya, dapatlah pakcik saya menanggung perbelanjaannya sekeluarga. Selain daripada menoreh getah, pakcik saya juga ada menanam sayur dan menternak kambing sebagai pendapatan sampingan. Saya bangga melihat kerajinan pakcik saya.
Tuan,
Saya Wahab bin Ali, Setiausaha JKKK Kampung Merapoh ingin memaklumkan beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung ini. Hal ini berlaku sebaik sahaja pembukaan sebuah kilang simen di kawasan bekas lombong emas yang dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan dan keselamatan penduduk kampung ini. 2. Pembukaan kilang ini telah menyebabkan debu-debu beterbangan. Hal ini mengakibatkan rumah penduduk
kampung dipenuhi dengan debu serta menjejaskan kesihatan penduduk. Ramai penduduk yang menghidap asma dan batuk sejak akhir-akhir ini. 3. Selain itu, lori-lori yang mengangkut simen dan batu sering dipandu dengan laju dan membahayakan
keselamatan penduduk. Jalan raya utama ke kampung ini yang berhampiran dengan Balai Polis Kampung Merapoh itu telah rosak teruk tanpa dipedulikan sejak 5 bulan lepas. Lori-lori tersebut menggunakan laluan ini kerana hanya laluan ini sahajalah untuk ke kilang simen itu dari jalan besar. 4. Sungai Merapoh yang dahulunya merupakan sumber ikan bagi penduduk kampung kini telah dicemari dengan
bahan-nahan merbahaya meyebabkan ikan-ikan di sungai itu hampir pupus. Airnya yang jernih kini sudah menjadi keruh kemerah-merahan dan boleh meyebabkan kegatalan atau penyakit kulit. Kecerian di sepanjang sungai itu yang menjadi tempat penduduk kampung memancing atau berekreasi kini tiada lagi. 5. Oleh itu, pihak JKKK Kampung Merapoh, dan penduduk kampung ini ingin pihak tuan mengambil tindakan yang
Yang benar,
................................. (WAHAB BIN ALI) Setiausaha, JKKK Kampung Merapoh, 27210, Kuala Lipis, Pahang.
Cerita:Berani
Pada waktu rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa sakit lalu aku pun segara menuju ke tandas. Sewaktu perjalanan ke situ, aku ternampak beberapa orang murid sedang menconteng dinding sekolah. Aku menghampiri mereka untuk menghalang mereka daripada terus melakukan perbuatan itu. Rupa-rupanya mereka ialah rakan sekelasku iaitu Aizat, Farid dan Azwan. Aku terus menegur dan menasihati mereka supaya segera menghentikan perbuatan tersebut. Ini menyebabkan mereka marah lalu tanpaku duga Aizat cuba menumbukku. Mujurlah aku sempat mengelak. Kemudian, mereka memberi amaran, jika aku tidak mahu diapa-apakan, aku mestilah merahsiakan kegiatan mereka. Selepas itu, aku pun terus beredar menuju ke tandas. Selepas ke tandas, aku segera mencari guru disiplin iaitu Cikgu Nadirah. Amaran mereka tidak aku endahkan kerana aku tidak mahu kegiatan sebegitu terus berlarutan. Sejurus kemudian, Cikgu Nadirah memanggil mereka ke pejabat dan mereka kelihatan amat takut. Di pejabat, Cikgu Nadirah menasihati mereka supaya tidak melakukan perbuatan jahat itu lagi jika tidak mahu dikenakan tindakan yang lebih tegas. Mereka juga dikehendaki memadamkan semula contengan di dinding sekolah. Nasihat Cikgu Nadirah telah menyebabkan mereka insaf. Beberapa hari kemudian, Azwan, Aizat dan Farid datang untuk meminta maaf kepadaku. Semenjak hari itu mereka menjadi kawan karibku.
16 Mac 2010
4. Bersama-sama ini saya sertakan wang kiriman pos sebanyak RM85.80 bagi bayaran buku-buku tersebut. Jumlah wang tersebut tidak termasuk perbelanjaan pengiriman atau
penghantaran kerana mengikut iklan yang disiarkan di dada akhbar, semua kos penghantaran buku ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tuan. Saya berharap agar syarikat tuan dapat mengirimkan buku-buku tersebut dengan segera. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian ,terima kasih. Yang Benar, ....................................... (SUHAIMI BIN RAMLI)
Yang benar, ..................................... (SITI AISHAH BT SAHARI) Setiausaha Persatuan Alam Sekitar, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, Pahang
Sekolah Kebangsaan Merapoh, 28000 Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. _________________________________________________________________________ Ibu bapa dan Penjaga Murid, Sekolah Kebangsaan Merapoh, 28000 Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Tuan, Kempen Kebersihan dan Keceriaan Sekolah Merujuki perkara di atas, pihak sekolah ini akan menganjurkan Kempen kebersihan dan Keceriaan Sekolah sepanjang bulan ini. 2. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menyemai kesedaran dalam kalangan murid 1 OKTOBER 2010
tentang kepentingan kebersihan dan keceriaan sekolah. Selain itu, pihak sekolah berharap agar kempen ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa atau penjaga melalui pelbagai kegiatan sepanjang kempen ini dijalankan. 3. Antara kegiatan yang akan dijalankan bersempena dengan kempen ini termasuklah aktiviti gotong-
royong, pertandingan mewarna, pertandingan kelas terbersih, ceramah kesihatan, pertandingan mengarang dan program kitar semula. 4. Kegiatan gotong-royong dan kitar semula akan turut disertai oleh Pegawai Pelajaran Daerah.
Kegiatan ini diharapkan dapat memastikan kawasan sekolah tidak dicemari oleh sampah dan kawasan pembiakan nyamukdapat dihapuskan. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, ............................................ (ABDUL MALEK BIN IBRAHIM) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Merapoh, 27210 Merapoh, Kuala Lipis, Pahang.
.................................................. (Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi) Setiausaha, Persatuan kemahiran Hidup
16 Mac 2010
Laporan Tahunan Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, 2010
Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah ditubuhkan pada tahun 2008. Sehingga hari ini seramai 45 orang ahli berjaya didaftarkan yang terdiri daripada muridmurid Tahap Dua. Sepanjang penggal pertama persekolahan tahun 2010, kelab ini telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan dan mencantikkan kawasan sekolah. Kawasan yang terlibat ialah padang, taman sains dan bilik darjah. Pada penggal kedua pula, kelab ini telah mengadakan "Kempen Kitar Semula". Kempen ini bertujuan mengumpulkan sebanyak mungkin barang-barang terpakai seperti botol-botol kaca, barang-barang plastik, surat khabar dan lain-lain untuk dikitar semula. Selain dapat memelihara alam sekitar, aktiviti ini juga telah menambahkan tabungan kelab hasil jualan barang-barang terpakai tersebut kepada kedai kitar semula. Kempen ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang. Pada 16 Jun 2010, Kelab ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pusat kitar semula di Shah Alam. tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan ahli kelab tentang bagaimana menguruskan barang terpakai untuk dikitar semula. Manakala pada 18 Ogos 2010, kelab ini telah mengadakan pertandingan reka cipta dengan mengunakan bahan-bahan terbuang. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat kreativiti murid-murid dalam menghasilkan sesuatu ciptaan daripada barang-barang tersebut. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat daripada ahli-ahli kelab serta para pelajar. Semua ahli kelab berharap kelab ini akan lebih aktif pada masa hadapan. Jika sekiranya ahli-ahli kelab menghadapi sebarang masalah, mereka diharap segera mengemukakan masalah itu untuk dibincangkan dan diselesaikan bersama-sama dengan guru penasihat dan ahli jawatan kuasa Kelab Alam Sekitar.
15 Disember 2010
................................................. (Ahmad Naim Safwan bin Sufian) Setiasaha, Kelab Alam Sekitar. Sekolah Kebangsaan Seri Tualang