You are on page 1of 5

KEKUATAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) BERBANDING KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Menurut Ornstein dan

Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. Di sini kita dapat melihat daripada segi makna dan istilah kurikulum daripada pendapat yang berbeza namun membawa satu penyampaian maklumat yang sama iaitu kurikulum ialah ilmu pengetahuan dalam satu isi kandungan bagi membantu guru mengajar kumpulan murid tertentu untuk mencapai satu garisan objektif yang jelas. Melihat kepada Akta pendidikan 1996 menyatakan kurikulum merupakan satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya daripada segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menyampaikan pengetahuan. Oleh sebab itu, transformasi kurikulum berlaku sehingga pada hari ini kurikulum standard sekolah rendah yang diperkenalkan merupakan yang terkini di dalam negara kita Malaysia. Transformasi yang berlaku berikutan perkembangan arus pemodenan dan globalisasi sentiasa bergerak dengan itu kurikukulum perlu diubah suai selari dengan pengetahuan semasa. KSSR yang diperkenalkan kini sudah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah melibatkan murid Tahun Satu pada awal sesi persekolahan 2011. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan serta semestinya mempunyai kekuatan yang tersendiri berbanding kurikulum yang diwujudkan sebelum ini iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu bentuk perubahan holistik iaitu perubahan kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berteraskan enam elemen iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta keterampilan diri. Keseluruhan tunjang yang digarap di dalam KSSR begitu holistic dan sempurna dalam menyemai semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi menerap nilai. Elemen yang di nyatakan di dalam KSSR lebih menyeluruh jika di bandingkan dengan KBSR. Kekuatan KSSR dilihat melebihi KBSR yang merupakan satu reka bentuk kurikulum yang berasaskan hanya tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekelilingnya dan perkembangan diri individu. Kekuatan yang lain merupakan KSSR menitik beratkan kemahiran 4M iaitu menulis, mengira, membaca dan menaakul. Kemahiran penaakulan ditambah dalam kurikulum baru berbanding KBSR kerana kemahiran penaakulan ini penting pada hari ini yang serba moden dan canggih ini. Kemahiran ini bagi membantu pelajar membuat pertimbangan dan juga mengembangkan kapasiti pemikiran mereka. Penaakulan ialah mengembangkan fikiran, membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal yang logik. Sebagai contoh, penaakulan dalam mata pelajaran sains bukan hanya memerlukan pelajar menguasai konsep sains semata mata, tetapi mereka perlu berfikir secara mendalam iaitu kreatif dan kritis terhadap sesuatu konsep tersebut. Ini merupakan satu perubahan yang berlaku dalam struktur KSSR yang penekanannya lebih luas berbanding pendekatan di dalam KBSR. Daripada segi pentaksiran pula, KSSR melakukan transforamasi drastik kepada pentaksiran formatif. Pentaksiran formatif berasakan sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian pelajar dalam

pembelajaran. Terdapat tiga jenis pentaksiran iaitu pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kumpulan. Berbanding KBSR dahulunya menggunakan pentaksiran sumatif. Dalam KSSR, pentaksiran formatif yang berasaskan sekolah dijalankan secara berterusan. Hal ini untuk memantau perkembangan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan di dalam portfolio pelajar. Dokumen ini

merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Dengan ini, ia membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, selain mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Di sinilah terletaknya salah satu kekuatan KSSR di mana penilaian secara berterusan ke atas pelajar dilaksanakan dan ia membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka pada peringkat-peringkat tertentu di dalam pembelajaran.

Kurikulum baru ini turut memperkenalkan mata pelajaran baru yang bermanfaat kepada murid-murid. Antara elemen baru yang dimasukkan dalam KSSR ialah Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial dalam subjek Pendidikan Kesihatan. Melalui subjek ini, murid-murid akan diberi pendedahan awal mengenai perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Dalam pendidikan kesihatan diterapkan elemen perkembangan manusia yang bermaksud pendedahan mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia manakala perhubungan iaitu social yang mendedahkan sifat kasih sayang dan persahabatan. Pendedahan awal seperti ini perlu bagi perkembangan mental kanak-kanak agar mereka membesar dengan pengetahuan penting yang diperlukan dan seterusnya mampu menghindari mereka daripada gejala social. Selain itu, mata pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid ialah mata pelajaran sejarah. Subjek sejarah dapat mendidik jiwa murid-murid dengan semangat patriotik dan kenegaraan. Secara tidak langsung akan melahirkan insan yang sentiasa cinta dan setia akan tanah air. Murid-murid turut diberi pendedahan awal tentang sejarah yang berlaku di negara kita dengan harapan semangat kekitaan dan semangat patriotik dapat disemai dalam diri murid-murid.. Murid-murid akan menjadi individu yang lebih menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga dan mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara ini.

Kekuatan yang terakhir yang telah saya dapati ialah melalui aspek pembelajaran yang digunakan iaitu menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul. Penggunaan modul yang telah di sediakan adalah bersifat dinamik. Hal ini membawa maksud ianya fleksibel dan boleh dilakukan pertambahan dan pengurangan kandungan tanpa menjejaskan keseluruhan modul. Secara tidak langsung, pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran akan lebih fleksibel. Hal ini kerana, setiap guru mempunyai pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah

pengajaran mereka yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid. Dengan pengguanan modul ini, ianya dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian aktiviti yang mampu merangsang pemikiran kreatif dan kritis dalapt dilaksanakan bukan hanya tertumpu kepada perkembangan kognitif semata-mata. Murid juga mudah untuk mempelajari dan memahami sesuatu konsep pembelajaran sekiranya proses pembelajaran dan pengajaran mereka disertakan dengan aktiviti yang berbentuk praktikal atau amali. Dengan itu dapat menarik minat murid untuk terus meminati pembelajaran di sekolah. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kekuatan yang dibawa oleh Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebenarnya mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi dan pengetahuan berasaskan teknologi pada abad ke 21 ini. Oleh itu, pelaksanaanya

memerlukan komitmen daripada semua pihak supaya kurikulum baru ini membawa impak positif kepada sistem pendidikan di Malaysia dan generasi akan datang. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pula akan bertindak secara berterusan bagi menyemak kurikulum daripada semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Di harapkan dengan pelaksanaan KSSR ini dapat melahirkan contoh modal insan terbaik dalam kalangan masyarakat.

You might also like