You are on page 1of 1

Definisi Grafik Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, simbol-simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu

media untuk memberi konsepdan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat atau paling mudah difahami seni yang kita nampak, ada gambar, teks, dan lain-lain yang berkaitan. Grafik penting untuk menyediakan bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk mesej tertentu dengan jelas. Grafik juga adalah bahan yang dilukis sebagai karanagan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keteranagan visual. Perkataan grafik berasal dari perkataan graphikos bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan. Manakala grafik menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik.Antara program perisian grafik seperti Adobe Illustrator, Photoshop, atau InDesign. Sejarah Grafik Grafik ( berasal daripada perkataan Greek ) merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuaan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, pete, lukisan kejuruteraan, atau imej lain. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

You might also like