You are on page 1of 2

Contoh Karangan Gambaran/Keperihalan Kakak anda telah melangsungkan majlis perkahwinannya pada cuti sekolah baru-baru ini.

Perihal peristiwa tersebut. Panjang karangan anda itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. Majlis perkahwinan kakak sulungku berlangsung pada hari Sabtu, 28 Mei 2005, iaitu pada musim cuti persekolahan penggal pertengahan tahun yang lalu. Aku tidak sabar-sabar menunggu hari tersebut kerana pasti banyak saudaraku yang dating. Sangkaanku memang tepat. Dua minggu sebelum tarikh perkahwinan, mereka telah datang menghantar barangbarang mentah seperti beras, pulut, tepung, dan minyak masak. Mereka mengatakan bahawa barang-barang tersebut adalah untuk meringankan perbelanjaan yang akan ditanggung oleh ibu bapaku. Tiga hari sebelum majlis perkahwinan, beberapa orang pemuda kampungku telah datang ke rumahku. Mereka mendirikan khemah untuk memasak dan khemah tetamu. Jiran tetanggaku terutama kaum wanita menghiasi bilik pengantin dan pelamin. Mereka sangat kreatif menyusun bunga, mengatur perabot, dan memadankan corak langsir, alas meja, dan pelamin supaya kelihatan menarik. Sehari sebelum kenduri, kaum wanitalah yang paling sibuk kerana mereka ditugaskan untuk menyediakan rempah ratus untuk memasak manakala kaum lelaki memotong daging lembu dan daging ayam. Kerja-kerja untuk kaum lelaki bermula pada pukul 2.00 petang. Dagingdaging itu dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum dimasak. Pada hari kenduri suasana di rumahku riuh-rendah. Jiran-jiran datang sebelum pukul lima pagi. Mereka meminta tuan rumah melonggokkan semua bahan mentah seperti rempah, gula, kunyit, asam, belacan, halia, garam, daging, dan sayur di bawah khemah memasak agar memudahkan mereka untuk memasak. Dari atas rumah aku telah dapat menghidu bau masakan yang sungguh enak. Maklumlah mereka memang handal memasak dan sering memasak untuk majlis perkahwinan yang diadakan di kampungku. Kira-kira pukul 2.00 petang, rombongan pengantin lelaki tiba. Mereka disambut dengan paluan kompang. Selepas itu, raja sehari diarak ke pelamin. Pasangan pengantin kelihatan sama cantik sama padan, bak kata pepatah seperti pinang dibelah dua. Mereka kemudian ditepung tawar oleh sanak saudara kedua-dua belah pihak. Selepas upacara persandingan, pasangan menjamu selera bersama-sama rombongan pengantin lelaki dan dan tetamu yang lain. Menjelang jam 5.00 petang, majlis kenduri selesai. Walaupun aku letih tetapi aku puas kerana dapat menjayakan majlis perkahwinan kakak sulungku. Aku juga gembira kerana mendapat seorang abang ipar yang sangat peramah.

Suasana di pasar malam Teea Yuan Xin Pada hari Ahad yang lalu,saya telah mengikut ibu saya pergi ke pasar malam yang berdekatan dengan rumah saya. Setibanya di sana,saya telah melihat pelbagai jenis gerai jualan. Antaranya ialah gerai jualan makanan, pakaian, permainan, alat sukan, haiwan peliharaan dan lain lain lagi. Pasar malam ini sentiasa di kunjungi ramai orang kerana pembeli dapat tawar-menawar harga dengan penjual.Suasana di sana riuh-rendah apabila penjual Mula-mulanya,kami telah berkunjung ke gerai buah-buahan untuk membeli ikan yang segarbugar.terdapat pelbagai jenis buanh-buahan seperti epal,oren,rambutan,betik dan sebagainya.Ibu saya telah memilih lima biji epal dan tiga biji oren yang segar lalu membayar duit kepada penjual.Tiba-tiba,kami telah melihat seorang nenek dirompak oleh seorang pencuri.Seorang pemuda yang baik hati telah membantu nenek itu mengambil balik dompetnya. Kemudian,ibu saya telah membeli sayur-sayuran di gerai sayur.Kami telah melihat banyak sayur seperti sayur baku,kubis dan sebagainya.Tiba-tiba,kami telah melihat seorang budak tersesat dengan ibu bapanya.dia menangis dengan teresak-esak.Saya amat terharu terhadap budak itu lalu menolongnya mencari ibu bapanya.Akhirnya,budak itu telah mencari ibu bapanya. Sebelum pulang,kami singgah di sebuah kedai makanan untuk makan malam.Saya telah memesan sepinggan mi goreng dan sebotol 100plus manakala ibu pula memesan sepinggan nasi goreng dan sebotol sarsi.Selepas makan,kami telah melihat gerai-gerai sudah bertutup.Suasana di sana sungguh sunyi sepi. Kami pulang dengan menaiki teksi.Saya berharap agar dapat berkunjung ke pasar malam lagi.

You might also like