You are on page 1of 27

1.

PENGENALAN

1.1 KONSEP TIMBANGAN

Menurut Kamus Dewan (1994), timbangan ialah alat yang digunakan untuk mengukur berat sesuatu benda. Menurut Wikipedia Bahasa(2012) timbangan dikategorikan ke dalam sistem mekanik dan juga elektronik(digital). Apabila bercakap tentang timbangan ada dua perkara utama yang selalu orang ramai terkeliru antara konsep berat dengan jisim.

1.1.1 KONSEP JISIM

Yang dimaksudkan dengan jisim ialah amaun atau kuantiti jirim yang terdapat di dalam sesuatu objek. Jisim sesuatu objek bergantung kepada bilangan dan jenis atom dalam objek tersebut. Unit SI jisim ialah kilogram(kg) , gram(g) dan miligram (mg). Unit kilogram digunakan untuk menimbang objek-objek yang mempunyai kuantiti jirim yang besar seperti orang, barangan runcit seperti bawang, gula dan sebagainya manakala unit gram(g) digunakan untuk menimbang objek yang mempunyai kuantiti jirim yang lebih kecil seperti gula, tepung dan sebagainya. Unit miligram(mg) digunakan untuk menimbang objek-objek yang mempunyai kuantiti jirim yang sangat kecil seperti hablur yang terdapat di dalam emas dan berlian. Jisim adalah suatu kuantiti skalar dan ia adalah tetap dan tidak dipengaruhi oleh faktor seperti daya tarikan graviti. Di mana-mana saja kita bawa sesuatu objek itu, jisimnya adalah tetap sama. Contohnya, berat sebungkus tepung ialah 1kg di bumi. Jika kita membawanya ke planet-planet yang lain, jisimnya tetap 1kg.

1.1.2 KONSEP BERAT

Ini berlainan dengan konsep berat. Berat suatu objek ialah daya tarikan graviti ke atas objek itu. Jika jisim sesuatu objek ialah m, dan pecutan graviti ialah g,

Maka Berat = mg

Unit SI bagi berat ialah newton (N) dan berat ialah suatu kuantiti vektor. Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh satu daya yang dikenali sebagai daya tarikan graviti bumi. Daya ini menyebabkan objek jatuh ke arah bumi apabila dilepaska. Suatu objek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti, tanpa pengaruh daya-daya luar seperti rintangan udara dikatakan sebagai jatuh secar bebas atau jatuh bebas. Secara praktik, jatuh bebas hanya berlaku dalam keadaan vakum iaitu ruang yang tiada mengandungi jirim. Objek yang jatuh bebas akan memecut. Pecutannya dikenali sebagai pecutan graviti. Nilai pecutan graviti tidak bergantung kepada bentuk dan jisim objek yang jatuh jika tiada faktor luar seperti geseran udara yang mempengaruhi kejatuhannya. Contohnya, seorang angkasawan berjisim 75kg di bumi, beratnya di bumi adalah berlainan beratnya di bulan. Ini disebabkan, di bumi terdapat tarikan graviti manakala di bulan tiada tarikan graviti. Contoh kiraan berat angkasawan tersebut : a) Jika dia berada di permukaan bumi di mana pecutan graviti bernilai 10 ms , maka

Berat = mg

= 75kg x 10ms =750N

a) Jika dia berada di permukaan bulan di mana pecutan graviti 1/6pecutan graviti di bumi maka Berat = mg

= 75kg x 10ms x 1/6

=125N

1.2 HUBUNGAN ANTARA JISIM DENGAN INERSIA

Inersia merupakan sifat semulajadi suatu objek yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan dalam keadaan asalnya, sama ada dalam pegun atau keadaan bergerak. Sifat inersia sesuatu objek boleh dinyatalkan dalam hukum gerakan Newton pertama yang menyatakan bahawa: i) sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya iaitu dalam keadaan pegun

jika tiada daya luar bertindak ke atas objek tersebut.

Atau

ii)

keadaan gerakan dengan halaju seragam

jika tiada daya luar bertindak ke atas objek tersebut.

Contoh keadaan untuk (i) :

Apabila buku di tengah satu longgokan disentap, buku yang lain diatasnya akan jatuh ke bawah. Ini kerana pada awalnya, buku-buku di atas adalah pegun. Iniersianya menentang perubahan dalam keadaan pegun, maka apabila buku ditengah disentap, buku-buku di atas tidak bergerak bersama-sama.

Contohnya keadaan untuk (ii)

Apabila sebuah kereta bergerak, penumpang di dalm kereta itu juga bergerak bersamasama. Apabila kereta itu diberhentikan dengan tiba-tiba, penumpang di dalamnya akan terhumban ke hadapan.Inersia penumpang itu menentang perubahan keadaan asalnya iaitu keadaan bergerak. Dengan itu, penumpang teruskan gerakkannya ke hadapan. Hukum gerakan Newton ditemui oleh Sir Isaac Newton (1642-1727). Beliau telah menulis sebuah buku Philsophiae Naturalis Principia Matematica yang telah menjadi asas kepada bidang mekanik. Buku ini juga menerangkan banyak hukum penting termasuk hukum gerakan Newton I,II dan III. Hubungan di antara jisim dengan inersia ialah Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia objek tersebut Contohnya, seorang nelayan mendapati bahawa jisim bahan muatan kapalnya akan mempengaruhi masa yang diambil untuk menggerakkan atau menghentikan kapal tersebut.

1.3 HUBUNGAN ANTARA JISIM DENGAN MOMENTUM

Momentum linear atau momentum sesuatu objek ditakrifkan sebagai hasil darab jisim objek dengan halaju. Momentum = Jisim x halaju P=m x v

Unit SI momentum ialah kg m s. Momentum ialah satu kuantiti vektor. Arah momentum adalah sama dengan arah halaju.

Contoh :

Sebuah kereta berjisim 800 kg manakala sebuah lori berjisim 5 000 kg. a) Bandingkan momentum kedua-dua kenderaan sekiranya masing-masing bergerak

dengan halaju 20 m s

b) Jika kedua-dua kenderaan bergerak dengan halaju yang sama, yang manakah akan

menyebabkan kerosakan lebih kepada tiang lampu yang dilanggar ?

Penyelesaian :

a) Momentum kereta = 800 kg x 20m s = 16 000 kg m s

Momentum lori = 5 000 kg x 20m s = 100 000 kg m s

b) Lori, kerana lori mempunyai momentum lebih besar.

2.0 INSTRUMENT DALAM PENGUKURAN

2.1 DEFINISI ALAT TIMBANGAN Alat ialah barang apa yang diperlukan atau digunakan untuk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu timbangan ialah imbangan, banding dan tara. Berat ialah jisim. Oleh itu alat timbangan berat bermaksud benda yang digunakan untuk mengukur sesuatu jisim. 2.2 JENIS-JENIS INSTRUMENT Instrument merupakan alatan atau bahan yang digunakan sebagai alatan ukuran timbangan. Tedapat dua jenis instrument yang digunakan dalam pengukuran. Antaranya adalah seperti berikut: a) Instrument Tradisional b) Instrument Moden Atau Masa Kini

2.2.1 INSTRUMENT TRADISIONAL.

Dalam insrument tradisional ia adalah terdiri daripada sukatan seperti yang nenek moyang kita gunakan pada zaman dahulu sebelum wujudnya sistem timbangan yang sistematik. Antara instrumentnya ialah: a) Cupak b) Gantang
c) Dacing.

d) Kepoi Pada zaman dahulu ukuran timbangan atau instrument seperti ini banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Bagi ukuran cupak,gantang dan kepoi, biasanya ukuran timbangan seperti ini biasanya digunakan untuk menyukat padi atau beras.

Rajah 1: Cupak, Gantang dan Kepoi.

Gantang adalah merupakan suatu alat sukatan lama. Satu gantang sukatannya adalah bersamaan dengan empat cupak.

Rajah 2: Gantang Dacing pula digunakan secara tradisional untuk menimbang emas,perak,bijih timah dan rempah.

Rajah 3 : Dacing

Rajah 4: Beberapa contoh instrument tradisional.

2.2.2 INSTRUMENT MODEN ATAU MASA KINI Bagi Instrument moden pula, ia adalah terdiri daripada sukatan atau bahan yang digunakan pada zaman sekarang iaitu bahan ukuran sukatan yang telah ditambah baikkan untuk kemudahan mengikut peredaran zaman. Insrument moden atau masa kini ini, termasuklah alatalat timbangan digital dan konvensional. Alat ini (rajah 5) digunakan untuk menimbang jisim kuantiti bagi objek yang sangat kecil seperti penutup pen atau untuk jisimnya yang kurang daripada 1 kilogram.

Rajah 5: Penimbang Elektronik Contoh-contoh timbangan atau instrument moden yang mana penggunaannya adalah secara meluas pada masa kini. Disebabkan saiz dan fungsi bahannya, instrument moden ini banyak digunakan.

Rajah 6: Comtoh-contoh Instrument Moden

3.0 UNIT-UNIT UKURAN TIMBANGAN

Dalam setiap instrument ukuran timbangan mahupun sistem ukuran yang lain, unit merupakan perwakilan sesuatu data sesuatu benda yang diukur atau disukat. Unit-unit untuk ukuran timbangan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu: a) Unit-unit Tradisional

b) Unit-unit dalam Sistem Metrik.

3.1 UNIT-UNIT TRADISIONAL Unit-unit tradisional ini merupakan cara atau perwakilan yang digunakan pada zaman dahulu sebelum wujudnya sistem yang ada sekarang ini. Unit-unitnya adalah seperti cupak, gantang ,tahil ,kati dan pikul. Unit cupak digunakan untuk menimbang kuantiti yang sedikit iaitu bersamaan dengan sebelah tempurung. Unit gantang digunakan untuk menimbang kuantiti yang lebih besar. 1 gantang = 4 cupak. Tahil biasa digunakan di asia timur dan tenggara. Tahil digunakan untuk menimbang matawang china pada suatu masa dahulu. 1 tahil = 37.7994 g Kati adalah unit yang lebih besar daripada tahil.kati di gunakan untuk menimbang barang-barang makanan seperti beras, buah-buahan dan daging. 1 kati = 15 tahil Unit pikul adalah unit yang paling besar dalam sisitem unit tradisional ini. Unit pikul ini biasanya digunakan untuk menimbang sesuatu beban yang berat seperti kayu, timah dan banyak lagi. 1 pikul = 100 kati 3.2 UNIT-UNIT DALAM SISTEM METRIK Sistem metrik ialah sistem ukuran perpuluhan yang digunakan dalam sistem kita sekarang ini yang serba moden. Sistem metrik ini merupakan suatu sistem yang berasaskan meter dan gram. Sistem metrik ini mula diperkenalkan pada 1 Januari 1982 oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam sistem maetrik ini, banyak unit yang telah digunakan. Antara unit-unit yang digunakan ialah unit gram, kilogram, auns dan tan. Contohnya:

1 g = 0.0353 auns 1 kg = 1000 g 1 tan = 1000 kg

4.0 CONTOH PENGIRAAN 4.1 CONTOH 1

13.5kg + 12.25kg + 8 000g =

Untuk soalan jenis ini, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru dan murid untuk menyelesaikannya. Pertama sekali murid-murid kita harus mengetahui unit yang akan kita gunakan sebagai unit bagi jawapannya. Bagi soalan ini, kita akan menggunakan unit kilogram (kg). Oleh itu kita harus menukar dahulu unit gram (g) kepada unit kilogram (kg). 8000 g = _________ kg Pengetahuan asas: 1 kg bersamaan dengan 1000 g Penukaran Unit: kg kepada g = didarab dengan 1000 g kepada kg = dibahagi dengan 1000

Dengan ini, 8000 g haruslah dibahagikan dengan 1000 untuk mendapatkan jawapan kepada unit kilogram (kg). 8000 g = ________ kg

8000 g = 8000 1000

8000 1000

= 8.0 kg

Selepas itu, proses penambahan bolehlah dilakukan, samaada penambahan secara satusatu ataupun penambahan secara terus tiga nombor. Dalam soalan ini, kita harus berhati-hati semasa menambah kerana ia melibatkan nombor pepuluhan. Dengan itu, penambahan haruslah selari. Iaitu kedudukan titik perpuluhan hendaklah segaris atau selari.

1 3 1 2 + 8 3 3

5 0 2 5

kg kg

0 0 kg 7 5 kg

13.5 kg + 12.25 kg + 8000g = 33.75 kg

4.2 CONTOH 2

pisang

tepung

1.15 kg

650g

Rajah di atas menunjukkan berat sesisir pisang dan sebungkus tepung. Berapakah jumlah berat dalam kg, bagi 2 bungkus tepung dan 3 sisir pisang yang sama itu? Bagi contoh yang kedua ini pula, soalan mengkehendaki kita mencari jumlah berat 2 bungkus tepung dan juga 3 sisir pisang. Hasil tambah berat haruslah dalam unit kilogram (kg) sebagai jawapan terakhirnya. Dengan ini kita harus mencari jawapan bagi 3 sisir pisang terlebih dahulu. 1 sisir pisang = 1.15 kg 3 sisir pisang = _________ kg Satu sisir pisang telah diberikan beratnya iaitu 1.15 kg. Soalan mengkehendaki pisang sebanyak 3 sisir, maka operasi darab terlibat dalam penyelesaian masalah ini. 1 sisir pisang = 1.15 kg Maka, 3 sisir pisang = 1.15 kg x 3 = 3.45 kg 1 . 1 5 kg X 3 langkah pengiraan

3 . 4 5 kg

Setelah itu kita haruslah mencari jumlah berat bagi 2 bungkus tepung. Berat tepung adalah dalam unit gram (g). Oleh itu kita harus mendarabkan nya terlebih dahulu dan kemudian barulah kita menukarkan unitnya. 1 bungkus tepung = 650 gram 2 bungkus tepung = 650 gram x 2 = 1300 g

6 5 0 gram X 2 1 3 0 0 gram Penukaran unit: gram kepada kilogram = bahagi dengan 1000 Oleh itu; 1300 g = 1300 g 1000 = 1 3 0 0 1 0 0 0 = 1.3 kg Langkah yang terakhir sekali kita haruslah menjumlahkan semua berat yang telah kita kirakan tadi. Operasi tambah terlibat dalam mencari jawapan yang terakhir. Jumlah berat pisang = 3.45 kg Jumlah berat tepung = 1. 30 kg Jumlah semua berat = jumlah berat pisang + jumlah berat tepung = 3.45 kg + 1.30 kg = 4.75 kg 3 . 4 5 kg + 1 . 3 0 kg 4 . 7 5 kg 4.3 CONTOH 3 BUAH-BUAHAN BERAT (KG) TEMBIKAI 4.5 DURIAN 0.94 NANAS 1.7 langkah pengiraan terakhir

Hitungkan purata berat, dalam kg, buah-buahan dalam jadual di atas.

Bagi soalan seperti ini, kita harus tahu apa itu konsep untuk purata. Setelah mengetahui konsepnya barulah kita boleh menyelesaikannya. Langkah pertama kita perlu menyatakn rumus untuk purata. Rumus Purata = Jumlah Berat Bilangan Kemudian kita harus mencari jumlah berat keseluruhan atau berat semua dengan menambahkan semua berat buah-buahan seperti dalam jadual tersebut. Berat Tembikai Berat Durian Berat Nanas Jumlah berat = 4.5 kg = 0.94 kg = 1.7 kg = berat tembikai + berat durian + berat nanas = 4.5 kg + 0.94 kg + 1.7 kg = 7.14kg Selepas itu barulah kita menggunakan rumus purata yang telah kita nyatakan di atas. Maka; Purata = Jumlah Berat Bilangan = 7.14 kg 3 = 2.38 kg

5.0 AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

1. Set Induksi(5 minit) a) Guru menunjukkan sebiji batu dan segulung kapas b) Guru bersoaljawab dengan murid

Apakah nama objek yang ditunjukkan oleh guru? Yang mana satu lebih berat?

Murid memberi jawapan Guru menerangkan tajuk yang akan diajar

2. Langkah 1 a) Guru menerangkan setiap benda di dunia ini mempunyai jisim/berat dan apakah alat yang digunakan untuk menimbang objek/barang
b) Guru menunjukkan kepada murid beberapa jenis alat penimbang yang boleh

digunakan untuk menimbang objek/barang dalam kg dan g

c) Guru membimbing murid membaca senggatan dengan betul semasa menimbang objek/barang. d) Guru menegaskan bahawa jisim(berat atau ringgan) sesuatu objek tidak bergantung kepada saiz objek tersebut.

e) Guru menerangkan kepada murid jarum penimbang mesti berada pada tunjuk angka 0 sebelum menimbang objek.

3. Langkah 2 a) Guru menyediakan beberapa jenis barang untuk ditimbang bersama murid

Tepung

garam

b) Guru menimbang bersama murid menggunakan alat penimbang yang sesuai

4. Langkah 3 a) Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan (1 kumpulan 5 orang) b) Murid diberikan alat penimbang gram dan kilogram, bungkusan kacang hijau, gula, tepung beras, biskut, beras, coklat, buku teks, pensel

c) Murid menimbang dalam kumpulan menggunakan alat penimbang yang sesuai d) Murid mengisi jadual yang disediakan

Objek

Jisim objek (kg atau g)

Kacang hijau Gula Tepung beras Beras Biskut Coklat Epal

5. Langkah 4 a) Murid menimbang objek di sekeliling mereka menggunakan alat penimbang yang sesuai dengan bimbingan guru

b) Murid mencatat jisim objek tersebut di dalam jadual diatas


c) Guru memastikan murid mesti menulis unit yang betul( kg/g)

6. Langkah 5 a) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid sebagai pengukuhan b) Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti m/s 120.

7. Penutup a) Guru bersoal jawab dengan murid alat yang digunakan untuk menimbang dan unit yang terlibat.

LEMBARAN KERJA

2. Lukiskan jarum pada penimbang mengikut timbangan yang diberi

3. Isikan berat bagi setiap timbangan berikut

5.0 SOALAN-SOALAN

Pn Aminah membeli 4 kampit tepung, setiap satu beratnya 6 kg. Dia menggunakan 15.75 kg daripada tepung itu untuk membuat kek, sementara 2/3 daripada bakinya dibuat biskut. Berapakah berat, dalam g, tepung yang masih tinggal?

Rajah menunjukkan berat sebiji betik dan sebiji terung. Berat betik itu ialah 460 g. Berapakah berat terung dalam kg?

Berapakah jumlah berat dalam kg, lima biji mangga yang sama saiz seperti di sebelah?

Berapakah jumlah berat, dalam kg, kedua -dua bungkusan P dan Q dalam rajah di bawah?

Berdasarkan rajah di atas, cari berat bagi pemberat P, dalam g. Jadual di bawah menunjukkan berat bagi empat orang murid. Jika purata berat mereka ialah 43 kg, berat Amuti ialah

Nama: Salma Berat: 47

Ali 48

Abu 44

Amuti

280 g

Berapakah jumlah berat, dalam kg, sembilan bungkus tepung ubi yang sama seperti di atas?

Berat sebuah kotak ialah 67.3 kg. Berapakah jumlah berat 8 buah kotak yang sama?

100 ikat manggis beratnya 4.5 kg. Berapakah berat seikat manggis jika, setiap ikat sama beratnya?

You might also like