You are on page 1of 6

BAHASA SAINTIFIK

Pengertian bahasa ilmu dalam cogan kata Menjasdikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu itu sebenarnya mempunyai pengertian yang sama dengan bahasa saintifik atau bahasa akademik. Bahasa saintifik (BS) ialah bahasa yang wujud dengan munculnya ilmu-ilmu sains (sains tabii, sains fizikal, sains perubatan, sains sosial dll). Ilmu-ilmu ini mempunyai sejarah yang masih baru dalam kehidupan orang-orang Melayu, dan debngan itu bahasa Melayu juga baru sahaja digunakan sebagai pengantar ilmuilmu berkenaan. Bahasa yang digunakan untuk tujuan ini dinamakan bahasa saintifik atau bahasa akademik, berdasarkan hakikat bahawa nama berkenaan meliputi berbagaibagai bidang pengetahuan. Istilah bahasa sains tidak digunakan kerana khuatir nama tersebut akan menyempitkan tafsiran kita kepada bahasa yang digunakan dalam matematik, biologi, kimia dan fizik. Apakah yang membezakan BS daripada bahasa ilmu pengetahuan am dan bahasa dogma? Penggunaan istilah dan pengungkapan membezakan bahasa ilmu pengetahuan dengan bahasa dogma. demikian juga dapat dikatakan ciri-ciri ni jugalah yang memberikan identiti kepada BS atau bahasa akademik. Sekiranya kita mengkaji ciri-ciri yang dikatakan merupakan ciri-ciri BS, didapati bahawa ciri-ciri BS juga wujud dalam bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa dogma. Tidak dapat dnafikan bahawa kedua-dua jenis bahasa berkenaan itu juga mempunyai fungsi rujukan seperti halnya dengan halnya BS. Perbezaannya terletak pada kadar penerapan fungsi berkenaan. Jika kita bandingkan teks daripada ketiga-tiga jenis bahasa ini, kita akan lihat bahawa dalam teks ilmu pengetahuan am dan teks dogma terdapat juga fungsifungsi lain, seperti fungsi emotif, kawalan, perantian (instrumental), dan pujukan (persuasion). Tidak ada perbezaan yang tegas antara takrif, huraian dan penjelasan, sedangkan perbezaan antara ciri-ciri ini merupakan ciri BS/bahasa akademik.

Jenis Bahasa Saintifik Ilmu-ilmu sains, seperti yang kita ketahui, berasaskan pemerhatian dan pertimbangan rasional. Daripada itu timbullah pembentukan konsep, pengitlakan dan pembentukan hipotesis dan vukum-hukum saintifik. Usaha-usaha uini semua mempunyai pengaruh yang besar dalam pewujudan dan gaya bahasa yang kita kenal sebagai laras dan gaya BS. Pada amnya laras BS mempunyai fungsi rujukan (referential function). Ini bermaksud bahawa jenis bahawa tersebut lebih bersifat menghurai dan menjelaskan daripada mengawal keadaan (seperti melarang, menyuruh), menyatakan perasaan, atau memujuk. Pembentukan konsep, pengitlakan serta pembentukan dan pemaparan hipotesis dan hukum-hukum saintifik lebih banyak bersifat merujuk dan mewajarkan (justify). Cubalah teliti ayat-ayat yang digunakan dalam bahasa saintifk dan sintagmen (yakni makna nahuan ayat) dalam bahasa berkenaan. Tentu kita dapati bahawa jelas terdapat kegemaran pada ayat-ayat sintagmen tertentu seperti takrif, penjelasan, sebab-musabab syarat dan berbagai-bagai lagi. BS yang digunakan dalam sains tabii dan sains fizikal juga pencerminan budaya ahli-ahli sains sendiri, yakni budaya kebendaan dialektik (dialectic materialism) yang merupakan kerangka rujukan bagi penyelidikan dan penerokaan mereka. Dalam hal ini, mereka memerlukan kuantifikasi, pengukuran dan penyataan statistik yang tepat. Mereka juga perlu memberikan huraian dari berbagaibagai aspek yang menjangkau ruang dan masa dengan tepatnya. Keobjektifan Bahasa Saintifik Berhubung rapat dengan budaya kebendaan dialektik ini ialah sikap yang objektif, dan sikap ini tergambar dalam bahasa yang digunakan. Secara amnya, sikap objektif ini menghindari terlalu banyak penggunaan kata ganti nama yang merujuk kepada peribadi penulis kerapa apabila ini dilakukan, maka wacananya sudah bersifat peribadian dan ctidak lagi berbau saintifik.

Sikap objektif yang dimaksudkan di sini merujuk kepada penggunaan bahasa, bukan pendirian ahli sains itu sendiri, dalam mengemukakan atau menentang sesuatu hipotesis atau pendapat.

Ahli sains

tentu

sahaja mempunyai pendirian

yang memihak kepada

penemuannya, tatapi penyampaian itu hendaklah mematuhi etika akademik yang tidak menjatuhkan orang lain. Dan penyampaian bermakna penggunaan bahasa, supaya antara lain apa yang subjektif tampil sebagai objektif. Menurut Roland Barthes, seorang ahli pemikir Perancis, ada bebrbagaibagai bentuk image-repertoire (yakni bentuk-bentuk yang mewujudkan imej

penggunaan bahasa). Daripada bentuk-bentuk ini, yang paling digemari dalam wacana saintifik ialah bentuk persendirian (privative form).
Of these forms, the most specious is the privative form, precisely the one usually employed in scientific discourse, from which the scholar excludes himself in a concern for objectivity...

Tetapi ciri-ciri yang bagaimanakah yang disingkirkan dalam bahasa saintifik? Untuk memberi penjelasan tentang hal ini, eloklah diturunkan petikan dari Barthes sendiri.
... yet what is excluded is never anything but the person (psychological, emotional, biographical), not the subject; moreover, this subject is filled, so to speak, with the very exclusion it so spectacularly imposes upon of discourse an inevitable level, we must not forget is an imagerepertoire ilke any other.

Penjelasan dan petikan-petikan ini menunjukkan bahawa ada perbezaan konsep antara persendirian dengan peribadian. Bahasa saintifik-akademik bersifat persendirian tetapi tidak boleh bersifat peribadian.

Dalam perkataan lain, penonjolan diri pengarang tidak begitu disenangi kerana sikap yang demikian dikhuatiri merupakan usaha menarik perhatian kepada pengarang sebagai individu, bukan kepada ideanya.

Apabila diri individu yang dipentingkan, maka hilangkan keobjektifan sesuatu hasil penulisan akademik.

Perlambangan Bahasa saintifik, khususnya bagi ilmu-ilmu tertentu, mempunyai lambanglambang tertentu yang membawa pengertian tersendiri dan digunakan dalam format tersendiri. Misalnya, matematik, kimia dan linguistik mempunyai sistem lambang masing-masing yang hanya dikenal oleh orang-orang yang terlatih dalam bidang-bidang berkenaan. Cara lambang-lambang itu dipaparkan juga merupakan ciri bagi teks saintifik. Jika bahasa dikenal sebagai sistem lambang, maka bahasa saintifik adalah

sistem lambang yang merangkumi subsistem lambang sebagai subsistem yang khusus. Jadi, bahasa saintifik merupakan subsistem lambang dalam sistem lambang yang lebih besar. Ketepatan dalam pemikiran Saintifik Walaupun dalam teks ilmu pengetahuan am terdapat rujukan kepada benda dan kejadian alam, kuantifikasi dan pengukuran yang tepat tidak selalu merupakan syarat penting. Membuat ubat dengan menumbuk sebakul daun yang kemudian dibancuh dengan setempurung kecil air bukanlah penggambaran kuantifikasi dan pengukuran yang tepat. Bahasa saintifik yang ditulis oleh ahli farmasi akan memberikan berat dan saiz benda-benda yang berkenaan dengan tepatnya. Pengukuran, seperti yang kita ketahui, digunakan untuk ruang dan waktu. Tradisi yang ada pada orang Melayu dalam lapangan ini memang indah dilihat dari segi pengungkapan bahasa. Ukuran jarak dikaitkan dengan ukuran waktu, misalnya jarak antara dua tempat itu diukur dengan lama berlaku sesuatu, misalnya tidak habis sebatang rokok, untuk mengukur jarak dekat; atau bawa beras segantang pun tidak cukup:, untuk mengukur jarak jauh.

Lamanya berlaku sesuatu juga diukur secara membandingkannya dengan lamanya berlaku sesuatu yang lain, misalnya sepenanak nasi, setahun jagung, dan sebagainya.

Demikian juga, saiz dan beratnya sesuatu diukur dengan perbandingan dengan saiz dan beratnya sesuatu yang lain; segenggam garam, menunjukkan banyaknya garam yang boleh dimuat dalam satu genggam, tetapi genggam orang yang panjang ruas badannya berbeza dengan genggam orang yang pendek ruas badannya.

Apa yang diterangkan di atas memperlihatkan adanya ketepatan dalam pengukuran mereka, tetapi ciri ini kurang dibandingkan dengan tradisi melihat kuantiti secara relatif. Bagaimanapun juga, kerelatifan ialah ciri yang terdapat dalam semua tamadun manusia hingga sekarang ini, walaupun tamadun berkenaan sudah meneroka dan menerapkan berbagaibagai bidang sains.

Apa yang diperlukan oleh bahasa Melayu sebagai bahasa saintifik ialah mempertingkatkan ciri ketepatan itu. Dari segi sikap objektif dan subjektif, bahasa ilmu pengetauhan am dan bahasa dogma memperlihatkan penggunaan khusus untuk menyatakan bahawa yang mesti diutamakan ialah sikap objektif. Dengan itu, image-repertoire dalam keduadua laras ini berbeza dengan image-repertoire bahasa saintifik.

Jika image-repertoire dalam bahasa saintifik mengambil bentuk persendirian (sebagai lawan peribadian), maka image-repertoire dalam bahasa ilmu pengetahuan am dan bahasa dogma boleh juga mengambil bentuk antara peribadi (interpersonal).

Ciri-ciri bahasa saintifik yangh dihuraikan ini ialah ciri-ciri yang am bagi semua bidang ilmu, termasuk falsafah. Dengan demikian, kita membuat andaian bahawa ada keseragaman dalam cara berbagai-bagai ilmu dalam negungkapkan idea dan hujah. Dalam hal ini, keseragaman membawa pengertian yang relatif, bukan mutlak.

Selain itu, kita dapat melihat bahawa ada bidang ilmu yang lebih dekat dengan bidang limu tertentu dibandingkan dengan bidang ilmu yang lain. Denga itu, kita dapat menjangka bahawa bahasa dalam wacana dua bidang yang berkenaan

lebih dekat dibandingkan dengan bahasa dalam bidang yang lain. Misalnya, bahasa dalam wacana matematik dan fizik tentu lebih banyak persamaan satu sama lain jika dibandingkan bahasa kedua-duanya dengan bahasa yang digunakan dalam bidang matematik. Dengan demikian, kita dapat melihat bahawa bahasa saintifik itu sendiri boleh dibahagi-bahagikan lagi menurut ilmu atau kumpulan ilmu. Tiap-tiap ilmu ilmu atau kumpulan ilmu. Tiap-tiap ilmu atau kumpulan ilmu mempunyai istilah, gaya pemaparan atau format wacana yang mungkin berbeza dengan yang lain. Apa yang menyatukan ilmu-ilmu ini dari segi bahasa ialah ciri-ciri ketepatan dan keobjektifan, dan juga strategi-strategi dalam wacananya. Kesimpulan Daripada apa yang sudah dibincangkan berkenaan ciri-ciri bahasa

saintifik/akademik, jelaslah bahawa usaha membina bahasa saintifik bukanlah sekadar membina istilah-istilahnya sahaja. Penggubalan istilah bagi puluhan bidang yang dibina sekarang ini di DBP hanya merupakan sebahagian sahaja daripada usaha pembinaan bahasa saintifik. Usaha berkenaan merupakan usaha pemindahan konsep daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Pembinaan bahasa saintifik memerlukan usaha penghasilan idea-idea saintifik dalam bahasa Melayu saintifik. Ini bermakna bahawa pakar-pakar ilmu di Malaysia tidaklah seharusnya berhenti pada peringkat pemindahan konsep. Mereka seharusnya bergerak ke arah peringkat penghasilan wacana.

You might also like