You are on page 1of 4

Cara Penjagaan Sugar Glider :

Sifat Sugar Glider : Betina ke jantan ke takde siapa yang dapat pastikan mana satu lebih liar dan sukar dijinakkan. Setiap sugar glider punyai perangai / ragam / kegemaran / yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan suka makan buah, ada yang dilahirkan tak suka makan buah. Ada yang suka berguling-guling , ada yang suka bersendirian...Kerenah sugar glider pasti berbeza...sebab tu lah, setiap owner yang bela sugar glider pasti susah nak jumpa sugar glider yang sama perangainya dengan sugar glider yang ada sebelumnya.

Sugar Glider tak perlu dimandikan : Sugar glider ni jenis pembersih..walaupun dia suka kencing dan berak merata-rata, dia akan bersihkan balik badan dia..kalau nak badan sugar glider sentiasa wangi, lap badan sugar glider dengan wet tissue sahaja. Ataupun boleh beli spray wangian untuk pets kat kedai haiwan.

Makanan Sugar Glider : Sugar Glider baby tak makan banyak pun ! Kalau nak hidangkan makanan, buah-buahan, jangan bagi dalam kuantiti yang banyak..sebab membazir je nanti. Sugar Glider ni memilih sikit..diorang nak makanan yang fresh sahaja. Kalau makanan tu dah lembik dan tak menarik..dia tak sentuh pun. Contoh : Potong buah papaya bentuk sebesar pemadam kecil pun cukup.

Waktu makan sugar glider : Beri makan pada sugar glider pagi sekali dan malam sekali. Pelbagaikan makanan seperti ayam rebus, telur rebus, buah-buahan, sayur-sayuran, dan tambahkan pallets sebagai supplement =)

Potong kuku sugar glider : Potong kuku sugar glider anda dan jangan biarkan panjang. Kalau korang biarkan panjang, alamat berparut parut lah badan korang yang membelanya. Lagi best kalau sugar glider tu landing atas muka korang...Zap Zip Zup..dapat hadiah ! Pastikan potong kuku bucu sahaja. Banyak kes orang potong kuku sugar glider sampai berdarah sugar glider tuh. Jadi hati-hati ya..jangan sakiti sugar glider anda.

Bawa sugar glider jalan-jalan : Jangan biarkan sugar glider korang duduk dalam cage je ! Nanti tak manja la diorang..lagipun kesian kat diorang..sugar glider pun nak bebas dan hirup udara segar kan ? Jadi selalulah bawa diorang jalan-jalan, lagipun lebih cepat bonding dan mesra pada tuan...Langkah keselamatan, pastikan bwa sugar glider dalam pouch bag yang diyakini selamat dan tak mudah bolos. Perhatian ! Sugar Glider boleh melepasi zip yang tertutup !!! Jadi, berhati-hati jika korang bawa dia jalan-jalan..macam mana cara pun,pastikan zip pouch bag tu tak boleh terbuka dengan mudah.

Masa untuk Sugar Glider : Sugar glider ni sejenis haiwan yang manja ok...sangat penuh dengan kasih-sayang. Jadi bagi pembela sugar glider, pastikan korang sentiasa ada untuk suggies korang. Spend banyak masa dengan sugar glider korang supaya ia tak kesepian. Kalau macam saya, saya spend almost 12 jam dengan diorang..sampai kadang-kadang 24 jam pun ada...Sebab saya bawa ke mana sahaja saya pergi.

Cara Manjakan Sugar Glider : Nak manjakan sugar glider ni nak kata senang tak juga, ikut perangai sugar glider tu jugak. Kalau dia lahir dengan cara homebreed (orang bela kat rumah dan bagi beranak pinak), biasanya sugar glider itu lebih jinak. Kalau lahir dalam massbreed (entah betul ke tak istilah ni, sugar glider lahir kat kilang proses buat anak sugar glider) biasanya sugar glider tu lebih liar. Tapi jangan risau..manjakan sugar glider korang dengan tangan. Usap sugar glider tu...pedulikan gigitan dan kebisingan dia..biasakan dengan gigitan..nanti..daripada gigitan bertukar jadi jilatan sebab dia dah suka tuan dia. Selain itu, bagi upah makan yang sedap sedap kat sugar glider...pancing dia dengan yogurt, mesti dia tertarik..dan usap badan dan kepala dia berulang-ulang kali. Jangan lupa letak baju yang berbau badan korang dalam sangkar sugar glider tu...(tapi saya tak buat pun yang ni ok) Tapi digalakkan letak...=)

Ok, dah panjang lebar saya berceloteh pasal sugar glider nih. Harap dapat membantu newbies yang nak membela sugar glider tu ya ~! Sayangilah sugar glider ni macam anak korang sendiri...pasti bahagia ! Kalau sugar glider tu dapat kasih sayang yang penuh dari tuannya, dia akan sihat sejahtera dan gembira =) Chow..

Cara Penjagaan Sugar Glider :


TIPS * Alaa bukan susah pun nak jaga diorang ni...kalau betul dan kena cara dan gayanya..boleh campurkan je dalam satu sangkar sekali..lepastu pastikan betina lebih banyak dari jantan...kompom tak gaduh..lepas tu bab makan..pastikan seimbang diet..saya senang je..buah + sayur + telur rebus + mealworms ..air kosong / ensure milk . hehe..sempoi.

Cara nak manjakan Sugar Glider :


TIPS : Tak yah nak risau sugar glider ni manja ke tak manja.. you bela je laa lama-lama..nanti dia akan bonding dan hormat tuan dia sendiri...tapi yang penting luangkan masa untuk dia kenal you...kalau cam i punya sugar glider.. i dah tak rajin spend masa dengan diorang.. just kalau balik rumah tu i akan hulurkan tangan dan main main dgn dorang dalam sangkar je..busy laa sekarang huhuhu...tapi kalau korang nak betul betul bonding dan manjakan diorang.. selalu lah bawa diorang keluar dan letak dalam bonding bag tu ok.. bg diorang kenal bau badan korang !

Sugar glider adalah haiwan 'marsupial' yang telah diambil sebagai binatang peliharaan eksotik di kebanyakan negara. Mereka tidak tergolong dan berbeza dari keluarga 'rodent', contohnya tikus, hamster dan lain-lain. Mereka mempunyai karakter, perasaan dan segala sifat yang paling manis untuk seekor binatang peliharaan yang kecil. Sering kali disalah anggap sebagai tupai terbang, memelihara sugar glider adakalanya mudah dan adakalanya leceh. Penjagaan umum mereka jauh lebih rumit dari 'rodent' dan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada pemiliknya. Bayangkan karenah budak berumur 3 tahun? Adakalanya seronok melayan mereka, ada kalanya menyakitkan hati. Mereka pintar mengambil perhatian kita dan gemar bermain. Sugar glider berasal dari Indonesia, New Guinea, New Zealand dan Australia. Kebanyakan sugar glider yang diambil sebagai binatang peliharaan di Malaysia berasal dari Indonesia kerana kebanyakan negara lain tidak membenarkan sugar glider dieksport. Sugar glider liar hidup di pokok atau membuat sarang di tumbuh-tumbuhan dan mereka tinggal dalam koloni seramai 6 - 15 ekor. Mereka adalah haiwan yang berjaga malam dan menghabiskan kebanyakan waktu siang untuk tidur. Sugar glider

dewasa berukuran lebih kurang seekor tupai terbang, kira-kira 5 - 7 inci panjang daripada hujung hidung hingga ke hujung badan (tidak termasuk ekor). Sugar glider dewasa yang normal selalunya mempunyai berat badan dalam lingkungan 120gm. Ekor sugar glider panjang dan gebu, selalunya lebih panjang daripada badan mereka. Baby sugar glider (dikenali sebagai 'joey' selalunya berwarna kelabu, dan warna mereka akan berumur seiring dengan penambahan usia mereka. Di Malaysia kita ada sugar glider yang kelabu dan juga yang coklat. Kebanyakan yang coklat terjadi kerana tinggal di dalam tempurung. Oleh itu kalau tak nak sugar glider soklat, jangan letak dalam tempurung ye. Apa pon warna sugar glider, itu adalah keunikan mereka. Jadi anda tidak perlu risau tentang ini. ok, basicly sugar glider nih bukan dari keturunan tupai atau tikus, diorg nih lebih kepada kangaroo. Asal usul dia pon Australia. Ape pon kebanyakan yang ade kat Malaysia ni dari Indonesia. Tapi yang baby semuanye breed kat Malaysia. Sugar glider betina ade kantung dekat perut dia macam kangaroo. Sugar glider makan buah2an & ulat utk protein. Diorg nih golongan haiwan berjage malam. Kalau yang liar memang gigit dan lari tapi kalau yang jinak punye dia lebih suka duduk dgn kite.

another list of safe food :)


By Intan Farhana Amir and Melody Charlotte Last edited about 3 months ago Edit Doc pliz read carefully the thing that i put in the bracket... -Apples -Apricots -Avocado (Feed sparingly, particularly useful for weight gain. This fruit is extremely high in fat.not recommended to feed regularly) -Bananas (high in iron & phosphorus) -Bell peppers (sweet) -Blueberries (Small amounts once or twice a week - too much can give them the runs.) -Broccoli -Brussel sprouts -Cantaloupe -Carrots -Cherries -Chicken (Never raw. Boil until fully cooked, no seasonings. Use organic, if possible.) -Corn (Only feed small amounts once a week at most. Corn is high in phosphorous which can inhibit the absorption of calcium if fed in large amounts.) -Cucumbers -Eggs (Always boiled or scrambled. Two gliders can share one egg.) -Honeydew -Kiwi (Do not worry about removing seeds.) -Mango -Mushrooms ((white) Store-bought only! I don't want to see anyone feeding their gliders something they found in the backyard, lol.) -Oranges (However, not safe regularly. Citric acid can give gliders the runs. Works well to clear up a constipated glider. Never give to joeys.) -Papaya (very high in calcium) -Peaches

-Pears -Pineapple (High in citric acid. Only feed small amounts about once a week at the most.) -Plums -Raspberries (Small amounts once or twice a week - too much can give them the runs.) -Soy (Contrary to popular belief, soy is not harmful to gliders. A piece of tofu is a delicious treat. Just do not forget to also offer your glider his regular calcium and protein.) -Spinach (A great source of calcium.) -Squash -Sweet Potatoes (I would recommend boiling them and mashing into a puree.) -Watermelon (Small amounts once or twice a week - too much can give them the runs.) -Yams -Yogurt Plain or flavored, do not use any with artificial sweetners. Avoid "sugar free".

You might also like