You are on page 1of 7

BINAAN ITEM PENTAKSIRAN BAND 1 BAND 6 SEJARAH TINGKATAN 1

Disediakan oleh :
BIL 1. 2. 3. 4. 5. NAMA GURU ZAHARUDDIN BIN ZAKARIA MUHAMMAD AZIZAN BIN ABDULLAH ABD MUTTALIB BIN ABU BAKAR AZMAN BIN JUSOH MUHAMMAD HELMI BIN ASRAF SEKOLAH SMJK (C) YUK WAN SMK SULTAN YUSSUF SMK MALIM NAWAR SBP INTEGRASI GOPENG SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD

BAND 1
Soalan 1 : B1D1E1 Menyatakan pengertian sejarah.

Arahan: Lengkapkan rajah di bawah.

PENGERTIAN SEJARAH

Salasilah

Sejarah berasal daripada perkataan arab iaitu syajaratun

Riwayat

Keturunan dan asal usul

Soalan 2: B1D1E3 Menyenaraikan tujuan belajar sejarah (UP). : B2D1E1 Menjelaskan ciri-ciri sejarah. Arahan : Berikut merupakan tujuan mempelajari sejarah. Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan perkataan yang sesuai. 1. Tujuan mempelajari sejarah kita akan memperoleh banyak pengetahuan yang dapatmembantu kita membuat penilaian,mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa dan sebab serta akibatnya. 2. Dapat melahirkan perasaan jati diri yang tinggi. 3. Dapat membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri denganbangsa lain di dunia. 4. Dapat mengenali tokoh dan pemimpin negara yang telah menyumbang khidmat bakti demi mempertahankan bangsa dan negara. Contoh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 5. Dapat menghargai jasadan usaha pemimpin Negara samada pemimpin masa dahulu dansekarang. 6. Sejarah banyak mengajar kita sikap berhati-hati supaya kesilapan masa lalu tidak akanberulang. 7. Dapat merangka wawasan masa depan masa depan dengan lebih yakin.

BAND 2
Soalan 3: B2D1E1 Menjelaskan sumber-sumber sejarah (KPS). : B3D1E2 Menggunakan sumber sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS). Arahan : Jelaskan ciri-ciri sumber sejarah.

SUMBER SEJARAH

SUMBER PRIMER / SUMBER PERTAMA

SUMBER SEKUNDER / SUMBER KEDUA

1. Terdiri daripada bahan-bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifakdan keterangan lisan. 2. Sumber ini belum diolah dan dicetak. 3. Sumber ini bersifat asli dan belum ditafsir. 4. Contoh Sumber Primer: I. Surat peribadi II. Diari III. Manuskrip IV. Batu bersurat

1. Merupakan bahan yang dikaji melalui pembacaan bertulis. 2. Merupakan bahan yang telah diolah,dicetak,dan disebarkankepada umum. 3. Contoh sumber Sekunder: I. Buku II. Majalah III. Jurnal IV. Ensiklopedia

BAND 3
Soalan 4 : B3D2E1 - Menerangkan ciri masyarakat zaman Prasejarah. Arahan : Terangkan ciri-ciri masyarakat zaman logam. CIRI-CIRI MASYARAKAT ZAMAN LOGAM: Manusia telah mula mencipta alat gangsa dan besi bermula kira-kira 4000 tahun dahulu I. Suka hidup secara menetap di satu tempat II. Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua III. Mempunyai adat resam I. Sungai Tembeling, Pahang II. Gua Harimau, Perak III. Chankat Menteri, Perak I. Bercucuk tanam II. Menangkap dan menternak binatang III. Berburu IV. Berdagang secara bertukar barang Mencipta alat logam daripada gangsa dan besi seperti kapak, pisau, sabit dan mata lembing I. Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu II. Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu

1. PERKEMBANGAN 2. TEMPOH MASA 3. CIRI PENEMPATAN

4. LOKASI

5. KEGIATAN UTAMA

6. PERALATAN 7. KEPERCAYAAN

BAND 4
Soalan 5 : B4D2E5 Menghurai peranan Melaka dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara. Arahan : Huraikan peranan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara. 1. Melaka sebagai pusat penyebaran dan pengajian agama Islam Melaka menjadi tempat pertemuan ulama dan pendakwah. Ulama berperanan sebagai guru kepada sultan, pembesar dan seluruh rakyat Melaka. Pendakwah juga menjalankan kegiatan dakwah ke atas seluruh rakyat Melaka berkenanaan ajaran agama Islam. Pendakwah bersedia dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar Melaka demi menyebarkan agama Islam. Pemerintah Melaka juga menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada pendakwah. 2. Peranan Raja Melaka Baginda sultan menyambut baik kedatangan Islam dan menganuti agama tersebut. Tindakan baginda turut menjadi ikutan pembesar dan rakyat Melaka. Berikut merupakan antara contohcontoh peranan raja Melaka dalam menyebarkan syiar Islam di Asia Tenggara. Sultan Mansur Shah misalnya, sering menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama. Sementara, Sultan Muzaffar Shah telah mewujudkan beberapa institusi agama seperti masjid, madrasah dan surau sebagai pusat mempelajari agama Islam dan membaca kita suci Al-Quran. 3. Melaka sebagai pusat pengajian ilmu Tassawuf Melaka juga turut menjadi pusat pengajian ilmu Tassawuf. Ahli Tasawuf terkenal di Melaka ialah Abdul Karim al-Jili. Beliau telah mengarang kitab Insan al-kamil. 4. Peranan Istana Melaka. Istana Melaka juga menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab-kitab agama Islam. Antara kitab yang telah diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Sultan Melaka juga menerapkan nilai Islam seperti musyawarah dalam urusan pentadbiran.

BAND 5
Soalan 6 : B5D1E2 Menilai hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka (KPS). : B3D2E5 Menerangkan kepentingan hubungan luar Melaka. : B2D2E7 Menjelakan bentuk hubungan luar Melaka. Berikut merupakan gambar Laksamana Cheng Ho pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

1. Sejauh manakah hubungan luar membantu Kesultanan Melayu Melaka mencapai kegemilangannya. Hubungan diplomatik dan perdagangan antara Melaka dengan China sudah mula terjalin semenjak tahun 1404 apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka. Pada tahun 1409 China menghantar utusan kedua yang diketuai Laksamana Cheng Ho Hubungan Melaka dengan China mendatangkan keuntungan kepada Melaka China mengiktiraf kerajaan Melaka China memberikan perlindungan kepada Melaka Melaka bebas daripada ancaman Siam dan Majapahit Hubungan perdagangan antara China dengan Melaka bertambah pesat

BAND 6
Soalan 7 : B6D1E2 Menjadi contoh dalam pengamalan unsur Patriotisme (UP) / Berusaha dan produktif. Laksamana Cheng Ho telah sampai ke Melaka pada tahun 1409. Dalam ekspedisi pelayarannya beliau telah merentasi beberapa buah negeri. 1. Hasilkan catatan perjalanan Laksamana Cheng Ho dalam ekspedisi pelayarannya merentasi Asia.

Pelayaran

Waktu

Daerah yang dilawati

Pelayaran ke-1 1405-1407

Champa, Jawa, Palembang, Malaka, Aru, Sumatra, Lambri, Ce ylon,Kollam, Cochin, Calicut

Pelayaran ke-2 1407-1408

Champa, Jawa, Siam, Sumatra, Lambri, Calicut, Cochin, Ceylon

Pelayaran ke-3 1409-1411

Champa, Java, Malacca, Sumatra, Ceylon, Quilon, Cochin, Calicut, Siam, Lambri, Kaya, Coimbatore, Puttanpur

Pelayaran ke-4 1413-1415

Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra, Ceylon, Cochin, Calicut, Kayal, Pahang, Kelantan, Aru, Lambri, Hormuz, Maladewa,Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden, Muscat, Dhufar

Pelayaran ke-5 1416-1419

Champa, Pahang, Java, Malacca, Sumatra, Lambri, Ceylon,Sharwayn, Cochin, Calicut, Hormuz, Maldives, Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden

Pelayaran ke-6 1421-1422

Hormuz, Afrika Timur, negara-negara di Jazirah Arab

Pelayaran ke-7 1430-1433

Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra, Ceylon, Calicut, Hormuz... (17 politics in total)

You might also like