You are on page 1of 2

PENDAHULUAN

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah digabungkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan murid yang berperibadi seimbang serta harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

OBJEKTIF
Kejohanan Larian Merentas Desa Tahunan Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri dijalankan adalah bertujuan untuk mencapai sasaran murid dalam bidang sukan terutamanya dalam bidang olahraga disamping dapat mencukil bakat-bakat baru serta dapat memupuk minat murid sekolah ini untuk terus bersukan. MATLAMAT Kejohanan Larian Merentas Desa Tahunan ini dapat melahirkan murid yang sihat, aktif dan berkemahiran dalam bidang olahraga. Disamping dapat melahirkan murid yang berpengetahuan dalam aspek kesihatan serta dapat mengimbangi murid dalam proses pembelajaran yang bersepadu.

RASIONAL
Kejohanan Larian Merentas Desa Tahunan tahun 2010 diadakan mengikut kategori dari tahun 3 hingga tahun 6 yang melibatkan murid lelaki dan perempuan.. Kejohanan ini diadakan adalah untuk menyiapkan diri murid-murid dan pasukan rumah sukan yang akan bertanding di kejohanan sukan tahunan sekolah serta mencari wakil sekolah dalam acara merentas desa ke peringkat daerah.

TEMPAT
SK DESA BAIDURI DAN TAMAN-TAMAN PERUMAHAN DESA BAIDURI

TARIKH
12 FEBRUARI 2010 ( JUMAAT )

You might also like