P. 1
Analisis Kesalahan Penggunaan Bahasa2

Analisis Kesalahan Penggunaan Bahasa2

|Views: 221|Likes:
Published by Marzuki Mat Rejab

More info:

Published by: Marzuki Mat Rejab on Jun 23, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/03/2014

pdf

text

original

Tajuk: Analisis Kesalahan Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Popular.

1.0. Pengenalan. Mastika, Wanita, Mingguan Wanita, Mangga, Remaja dan URTV adalah antara majalah majalah yang pupular yang terdapat dipasaran pada hari ini. Majalah seperti ini diakui mendapat sambutan hangat daripada para pembaca kerana menyajikan bahan bacaan yang ringan dan santai. Majalah majalah popular hari ini ada yang berbentuk ilmiah dan hiburan semata-mata. Majalah – majalah ini berlumba-lumba untuk menyajikan pelbagai rencana menarik untuk melariskan jualan majalah mereka tanpa menghiraukan beberapa aspek kesalahaan bahasa seperti kesalahan ejaan, tanda baca, kosa kata , imbuhan, frasa dan ayat. Majalah - majalah yang bukan berbentuk ilmiah tidak mementingkan sangat tentang aspek penggunaan bahasa betul. Kesan kesalahaan penggunaan bahasa ini sedikit sebanyak melahirkan penggunan bahasa yang tidak standard .Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal apabila pembacanya terdiri daripada golongan pelajar. Mereka seringkali terikut-ikut dengan bahasa tersebut dalam penulisan . 2.0. Analisis Kesalahan penggunaan Bahasa. Majalah Mastika keluaran Ogos tahun 2002 dan Februari 2009 menjadi pilihan untuk menganalisis tentang kesalahan penggunaan bahasa.Setelah dianalisis didapati terdapat beberapa kesalahan yang dibuat oleh penulis dalam sebuah rencana yang berjudul “ Setiap kali asap dihembus” muka surat 50 hingga muka surat 55. Rencana ini ditulis oleh Zulkarnain Zakaria dan satu lagi rencana yang juga ditulis oleh beliau yang bertajuk “Ia menanti dalam hutan ‟‟muka surat 80 hungga muka surat 85. Satu lagi rencana yang bertajuk “ Kelakar betul kisah puntianak ini” keluaran Mastika bulan Februari yang ditulis oleh Hishamuddin Rais.

2.1. Kesalahan ayat. Kesalahan ini dapat dilihat dalam ayat pada muka surat 51 dalam majalah Mastika keluaran Ogos tahun 2002 iaitu seperti berikut: “ Hai cik adik, buat apa kat sini? Jika diteliti ayat tersebut terdiri daripada dua ayat iaitu ayat seruan dan ayat tanya.Kedu-dua ayat ini digabungkan dengan menggunakan tanda koma (,). Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Tatabahasa Dewan ms. 452 menyatakan ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah,, takjub, geram, sakit , dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) pada akhir ayat sama ada ayat itu didahului dengan kata seru atau pun tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, syabas, ah, dan sebagainya lagi. Ayat tersebut jika dipisah akan menjadi ayat seruan seperti berikut: “Hai, cik adik!” Manakala ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Nik Safiah Karim menyatakan ayat tanya ( Tatabahasa Dewan : ms 441) dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu: i. Ayat tanya tanpa kata tanya Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazim diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Tanda tanya akan diletakkan pada akhir ayat. Dalam tulisan , nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal ( ? ). Contohnya: a. Encik Zulkifli pengurus syarikat itu ?

b. Adik masih menangis ? ii. Ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya dengan unsur tanya atau kata tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, di mana, sejak bila, kenapa , berapa, dan lain-lain lagi. Ayat tanya dengan unsur tanya terbahagi kepada tiga iaitu: a. Ayat tanya dengan kata tanya mengandungi kata tanya seperti berapa, bagaimana , bila, mengapa dan kenapa. Contohnya: Harga barang ini berapa? b. Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya seperti apa, siapa, dan mana. Contohnya: Benda itu apa? c. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya terdiri daripada ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, dan sebagainya. Contohnya: Tuan tinggal dimana?

Dalam konteks ayat yang dianalisi, ayat tanya tersebut ialah ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya. Ayat tersebut akan menjadi ayat tanya setelah dipisahkan seperti berikut: Buat apa kat sini ? ( Hai cik adik, buat apa kat sini? )

1.2. Kesalahan penggunaan tanda baca noktah atau titik (.).

Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan sturktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga untuk intonasi ( turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. Tanda baca noktah atau titik ( .) digunakan pada akhir ayat yang bukan pertanyaan atau seruan. Tanda titik juga digunakan pada akhir singkatan nama orang seperti Y.A. B. Selain itu tanda titik juga digunakan sebelum tanda penutup kata („‟ ) dalam cakap ajuk dan untuk menunjukkan angka perpuluhan. Kesalahan pengunaan tanda titik dapat dilihat dalam ayat berikut; Eh, lawalah gelang adik ni. ( Mastika:ms 52) Dalam konteks ayat yang dianalisis di atas ayat tersebut merupakan ayat seru kerana hadirnya kata seru pada pangkal ayat. Ayat seruan mestilah diletakkan tanda seru (!) pada akhir ayat tersebut seperti berikut: Eh, lawalah gelang adik ni !

1.3. Kesalahan penggunaan Tanda petik (“ ….”). Tanda petik ( “….” ) selalunya digunakan dalam cakap ajuk. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya . Contohnya seperti berikut: “ Saya tidak tahu , cikgu,” kata Salmah kepada Cikgu Saidin. tanda petik (“….”) juga digunakan untuk mengapit petikan langsung dan pada judul rencana, karangan, nove,l puisi, dan sebagainya. Contohnya : Novel “Di Bawah Lindungan Kaabah ” di tulis oleh Hamka.

Jika diteliti dalam ayat dibawah , terdapat kesalahan penggunaan tanda petik . “ Lepas dihantar pulang , mulut kami macam terkunci. Kami berbual berdua saja, nak bercerita dengan kawan-kawan mulut tak terbuka langsung. Tapi lepas Lan letak telefon, fikiran kami pulih semula. ( Mastika ogos: ms 55) setelah menganalisis ayat tersebut didapati ayat ini ialah cakap ajuk tetapi tidak menggunakan tanda baca petik . Ayat tersebut hanya menggunakan tanda pembuka kata sahaja dan tiada tanda penutup kata.

1.4. Kesalahan kosa kata. Kesalahan kosa kata ini dapat dilihat dalam rencana yang bertajuk “ Ia Mananti Di Dalam Hutan” majalah Mastika keluaran Ogos 2002 muka surat 81. Ayatnya seperti berikut: Sambil mancing-mancing ni kita berbual-buallah ya. Perkataan “mancing-mancing” berasal daripada perkataan pancing. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga pancing membawa makna alat untuk menangkap ikan. Manakala perkataan pancing jika diberi imbuhan me- ia akan menjadi memancing. Memancing bermaksud menangkap ikan, mengail, mengumpan atau melakukan tujuan untuk mendapatkan apa yang dihajati. Istilah mancingmancing ini tidak terdapat dalam kamus untuk dirujuk maknanya. Ia hanyalah bahasa harian yang digunakan oleh seseorang. Begitu juga dalam ayat berikut yang dipetik dalam rencana yang sama pada muka surat 82 iaitu: Mak cik balik tangan kosong, nangis sorang-sorang tengok anak-anak tunggu depan dengan baju comot. Tak makan tengah hari. sesuatu dengan

Perkataan nangis , kata dasarnya ialah tangis. Dalam Kamus Dewan Edisi tangis membawa makna mencucurkan air mata dengan sedu-sedan untuk melahirkan perasaan sedih timbul dengan tiba-tiba. Jika diberi imbuhan me- , perkataan tangis akan menjadi menangis. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga menangis bermaksud melahirkan perasaan duka dan lain-lain dengan mencucurkan air mata dan sedu-sedan.

1.5. Kesalahan ejaan Seterusnya ialah kesalahan ejaan perkataan sorang-sorang sepatutnya dieja seorangseorang. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ketiga, seorang di sini bermaksud satu orang atau sendiri. Penulis mengeja perkataan sorang-sorang mengikut sebutan atau penulis menggunakan bahasa sangla.

1.6. Kesalahan penggunaan kata seni nama Hasil daripada analisis yang dibuat dalam satu rencana Mastika keluaran Februari 2009 , didapat dalam ayat tersebut terdapat kesalahan penggunaan kata sendi nama dari dalam ayat berikut: Kisah dari ayah saya sama sahaja jalan ceritanya seperti yang telah saya baca tentang orang halus di Sarawak. (Salah) . ( Mastika Februari 2009 : ms 35) Kesalahan ini, berdasarkan fungsi dan tugas kata sendi nama dari yang tertentu. Sepatutnya ayat tersebut menggunakan kata sendi nama daripada seperti berikut: Kisah daripada ayah saya sama sahaja jalan ceritannya yang telah saya baca tentang orang halus di Sarawak .( Betul) Kata sendi nama dari dan daripada mempunyai fungsi yang berlainan.

Nik Safiah Karim ( Tatabahasa Dewan: ms 265, 267-268) menyatakan kata sendi perkataan yang letaknya dihadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang selalu digunakan bahasa Melayu seperti di, ke, dari, daripada, kepada, untuk

nama ialah

hingga dan sebagainya lagi. Namun begitu, tiap-tiap satu kata sendi nama mempunyai tugas dan fungsi yang berlainan dan penggunaanya ditentukan oleh peraturan yang khusus. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat , atau waktu. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda , asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan dan perbezaan. Kata sendi nama dari mempunyai dua tugas iaitu : a. Menunjukkan tempat atau arah. Contoh : i. ii. Angin kencang bertiup dari arah selatan Kereta itu membelok dari kiri ke kanan.

b. Menunjukkan waktu atau masa.Contoh.: i. ii. Tempoh pembayaran bermula dari tarikh penyerahan borang itu. Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul Sembilan pagi hingga pukul empat petang.

Manakala kata sendi nama daripada mempuyai tiga fungsi iaitu: a. Menyatakan fungsi bagi manusia, haiwan, benda dan unsure mujarad. Contohnya: i. ii. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya. Daripada siapakah gerangan surat ini?

b. Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda. Contohnya: i. ii. Ukiran itu diperbuat daripada logam. Semua ubatnya daripada akar kayu.

c. Menunjukkan perbezaan dan perbandingan. Contohnya: i. ii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama. Kami tiba lewat daripada mereka.

2.0. Kesimpulan Jelaslah bahawa hasil daripada analisis yang dibuat didapati penulis artikel atau rencana dalam majalah-majalah popular yang bukan berbentuk ilmiah seperti Mastika, URTV, Mangga dan sebagainya tidak begitu menitik berat tentang penggunaan bahasa yang betul dan standard oleh editornya. Sebaliknya penulis artikel atau rencana dalam majalah -majalah popular masa kini seperti Mastika menulis menggunakan bahasa seharian yang tidak terdapat dalam kamus untuk dirujuk oleh pembaca. Ada juga penulis yang mengunakan bahasa rojak iaitu campuran antara bahasa Inggeris dan Melayu. Selain itu juga ada penulis yang menulis menggunakan dialek negeri tertentu berdasarkan artikel atau rencana yang ditulisnya . Penggunaan bahasa yang sedemikian rupa akan menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa. Usaha memartabatkan bahasa bukan sahaja menjadi tanggungjawab ahli-ahli bahasa , sebaliknya perlu didukung oleh semua anggota masyarakat. Sebagai bahan bacaan umum, penggunaan bahasa yang betul dan gramatis hurus diberi keutamaan. Ketinggian bahasa sesuatu bangsa mencerminkan ketinggian mertabat sesuatu bangsa.

Rujukan:

1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2. Abdullah Hassan. ( 2006). Marfologi. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: PTS Professional. 3. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 4. Nik Safiah Karim e.t.a. ( 2011 ). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Siti Hajar Abdul Aziz. ( 2011). Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->