You are on page 1of 9

SKOP DAN BIDANG DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Secara rasionalnya penekanan dan pemusatan utama dalam pendidikan Islam adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Rasulullahs.a.w bersabda yang bermaksud Aku tinggalkan kepada kamu umatku dengan perkara. Kamu tidak akansesat sekiranya kamu berpegang pada perkara tersebu tiaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana matlamat asal dasar pendidikanI slam adalah bertujuan untuk mentafsi dan merealisasikan prinsip dan konsep daripada kedua-dua sumber tersebut berdasarkan kepada pemerhatian dan pengkajian yang telah dilakukan oleh sarjana dan ahli fikirI slam sejak dari awal perkembangan Islam. Aspek-aspek penting yang menjadi tunggak dalam Falsafah PendidikanIslam ialah: i) ii) iii) iv) Aspek akidah Islamiyyah Aspek Kemanusiaan dan Fitrah Aspek Keilmuan Aspek Tanggungjawab danPembalasan

ASPEK AKIDAH

Akidah merupakan asas utama dalam pendidikanIslam kerana keimanan kepada Allah merupakan faktor penggalak kepada tingkahlaku manusia kearah kebaikan sebagaimana ia juga menjadi banteng kepada perbuatan jahat dan keji (rukuniman). Iman adalah pengarah yang mengarah tingkahlaku dan berseiringan dengan perbuatan yang dilakukan oleh manusia. Oleh yang demikian, tarbiyyahIslamiyyah adalah berhubung secara langsung dengan perbuatan manusia dan sesuatuyang lahir daripada perbuatan keimanan.

Pendidikan Islam dibina berasaskan akidah Islam,iaitu akidah yang menyemaikan keyakinan kepada wujudnya Allah, menjelas dan menyatakan kepada Muslimin tentang Rukun Iman yang menjadi teras kepada akidah yang sahih.Muhammad Baisar (1973) menegaskan bahawa akidah yang sahih ialah akidah yang disampaikan kepada manusia yang bersumberkan wahyu assamawi yang datang daripada Allah sama ada tentang iktikad, perundangan dan akhlak.Akidah inilah yang menyelamatkan manusia dari kesesatan kepada petunjuk agama yang sebenar, petunjuk kepada jalan yang lurus dan diakui sah oleh Allah s.w.t, akidah inilah yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam yang dapat membezakan antara benar dan salah. Al-Bazz (1986) mentakrifkan akidah yang sahih sebagai segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam yang sesuai dengan dalil syarak, berdasarkan Al-Quran dan sunnah.Ia diterima oleh Allah dan merupakan kemuncak dan asas peganggan hidup muslim. Akidah islam yang menjadi asas kepada pendidikan Islam akan melahirkan manusia yang dapat membezakan antara baik dan buruk, antara pentunjuk dengan sesat, antara hak dengan batil dan antara iman dengan kufur.Dia membuat pilihan berteraskan akal yang dipandu oleh ilmu dan seterusnya dia dapat menangkis segalla cabaran hidup di dunia dan akhirat.

Asas Akhlak Miqhdad Yakhin mentakrifkan akhlak ialah prinsip-prinsip dan dasar kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk merealisasikan ketertiban dalam pelakuan dan membatasi (bentuk) hubungan dengan orang lain sehingga mencapai matlamat kewujudan di dunia dengan cara yang paling sempurna.Mohd. Jawad (1972), pula menyatakan akhlak ialah sifat yang terpuji yang sepatutnya dimiliki oleh setiap orang.Sesebuah masyarakat tidak akan maju sekiranya akhlak yang terpuji, kerana akhlak yang terpuji bermatlamat mendidik manusia kea rah mencapai kemajuan dalam kehidupan Dalam konteks akhlak sebgai ilmu, Abdul Ghani (1989) memebri takrif berdasrkan pendapat Prof.Dr.Omar alToumy Asyaibani yang menyatakn bahawa ilmu akhlak ialah ilmu yang meneroka sifat akhlak, mengkaji hakikat kebaikan, keburukan, kewajipan, hati nurani kemanusiaan, kebahagiaan, penialain akhlak, keburukan kewajipan, hati nurani kemanusiaan, kebahagiaan, penialaian akhlak, tanguunjawab akhlak, motif kelakuan, asas-asas teori keyakinan akhlak contoh utama serta kaedah dan prinsip umum yang patut menjadi landasan kelakuan manusia. Matlamatnya adalah untuk melahirkan insane yang berkeperibadian dan berwibawa tinggi sesuai dengan

kepribadian Islam itu sendiri.Ia juga berhasrat untuk membentuk kesempurnaan diri manusia sehingga mencapai keindahan nafsani yang kekal abadi.Dalam konteks ini, al-Ibrasyi(1969) menyatakan bahawa pendidikan akhlak adalah jiwa pendidikan islam.Puncak akhlak yang mulia merupakan sasaran murni dari segala pendidikan. Dalam hal ini, penyair Arab yang bernama Syauqi pernah bermadah dalam syairnya; Umat atau bangsa itu kekal selagi mereka berakhlak, hilang akhlak napuslah bangsa.Jika akhlak mereka jatuh, jatuhlah maruah dan hilanglah bangsa. Jelaslah dalam huraian di atas bahawa matlamat pendidikan akhlak dalam Islam adalah untuk membentuk generasi yang mulia, bercita-cita, terididik dan bersopan santun dalam perkataan dan perbuatan, pintar dalam pengurusan tingkah laku, mempunyai kesempurnaan jiwa, beradab sopan, ikhlas dan mempunyai jiwa yang bersih.Oleh itu, teras pendidikan Islam ialah pendidikan akhlak.

Imam Asyaid Hassan al-Banna menamakan pendidikan akhlak sebagai asas perubahan kerana ia dianggap sebagai asas perubahan kerana ia dianggap sebagai asas yang boleh menetukan arah dalam perkembangan masyarakat.

Asas Ibadat

Pendidikan Islam berasaskan ibadat kerana ia merupakan tujuan dalam hidup ini.Menyembah Allah bererti memusatkan penyembahan kepada Allah semata-mata dengan menjalani dan menagtur segala asapek kehidupan di dunia ini, zahir dan batin, jasmani dan rohani, sesuai dengan kehendak ilahi, baik dalam kehidupan individu dengan Allah sebagai hambanya mahupun dalam hubungan sesama manusia sebagai anggota masyarakat.Jadi, untuk menghasilkan tujuan hidup ini, satu daripada asas anggota masyarakat.Jadi, untuk menghasilkan tujuan hidup ini, satu daripada asas yang ditekankan dalam pendidikan Islam ialah asas ibadat, sama ada ianya berupa ibadat khusus ataupun ibadat umum. Manusia mengikut akidah tauhid dijadikan oleh allah untuk mengabdikan dirinya kepada-Nya dalam satu rangka pengabadian yang sangat unik(Mohd Kamal Hassan, 1985).Perkara utama ditegasakn oleh al-Quran dan sunnah ialah setiap peribadatan hendaklah mengikhlas niat kepada Allah sebagai menjunjung titah perintah Allah.Ia bukan bertujuan mendapat habuan dunia, harta benda, kekayaan, pangkat atau kemashuran nama untuk kemegahan atau seumpanay yang mendatangkan kemurkaan Allah dan tidak mendapat sebarang habuan di akhirat nanti. Asas ibadat dalam konteks pendidikan Islam adalah kombinasi daripada isi dan kesepaduan ajaran asas, iaitu rukun Islam dan rukun Iman yang bertujuan untuk membentuk kepribadian manusia Muslim yang akan melahirkan kemahuan yang merupakan titik permulaan kepada sesuatu tindakan.Keperibadian Islam itu terbina atas asas taqwa kepada Allah s.w.t. Takwa bererti menjaga hubungan dengan Allah dengan sebaik-baiknay.Ini bermakna dalam setiap tindakanya, seseorang itu akan nerusaha mengelakkan hubungan ini terjejas dengan melaksanakan seluruh kaedah yang

ditentukan olah Allah s.w.t.Inti takwa pula adalah iman.Iman melibatkan kemahuan dan kemahuan melahirkan amal soleh.Dari sinilah terbentuk insane soleh berdasarkla falsafah pendidikan isalam, iaitu insane yang menumpukan seluruh pengabadianya kepada Allah, insane yang mempunyai keperibadian yang lengkap dan terdidik dari segi kerohanian, akal dan fizikalnya.

ASPEK KEILMUAN Al-Quran telah menyatakan didalam surah al-Isra ayat 9-11 bahawa ia merupakan kitab yang membawa hidayah, member tunjuk ajar dan mengembirakan orang yang beriman. Tarbiyyahilmiyyah dalam Al-Quran merujukpadabeberapaaspek: i) Aspek Akidah menunjukkan kepada akidah yang jelas, mudah dan nyata. Membebaskan ruh daripada kepercayaan karut, tahyul dan menggerakkan potensi manusia ke arah kehidupany ang produktif danproaktif. ii) Aspek Kemanusiaan menunjukkan kepada manusia supaya wujudnya kesinambungan antara fizikal, dalaman, tingkahlaku dan dorongan. iii) Aspek Ibadat memberi didikan bahawa diri manusia memerlukanpadakeseimbangan antara tuntutan fizikal danspiritual. iv) Aspek Pentadbiran danKenegaraan Memberi pentingnya aspek siasah, ekonomi, kemasyarakatan, pemerintahan.

ASPEK KEMANUSIAAN DAN FITRAH SEMULAJADI MANUSIA

Para saintis Barat berselisih pendapat tentang struktu rasal kejadian manusia samaada berasal daripada hasil perkembangan sel, atau terdiri daripada akal dan ruh, atau terdiri daripada ruh dan material seterusnya mereka juga berselisih pendapat tentang nature manusia sama ada nature haiwan atau ruh atau gabungan kedua-duanya. Menurut perspektif Islam didalam Surahas-Sajdah ayat 7-9 telah menetapkan nature kejadian manusia adalah berasal dari sari pati tanah. Al-Quran menerangkan beberapa peringkat kejadian manusia dari tanah kepada manusia. Surahal-Sajdah ayat 9 menjelaskan bahawa ruh adalah unsure yang memberikan kemuliaan dan keistimewaan kepada ummat manusia Keseimbangan daripada unsu rkejadian manusia iaitu daripada tanah dan ruh turut memberikan penekanan dalam kehidupan sebagai manusia iaitu berkenan tuntutan dan juga tanggungjawab Kewujudan ciri-ciri fizikal(material) dan ruhani dalam diri manusia menjadikan diri manusia memiliki sifat yang sempurna dimana gabungan kedua2 cirita dimenghasilkan kecenderungan / keinginanyang dipanggil sebagai fitrah.Islam mengakui bahawa manusia akan tersasar daripada fitrahnya namun tarbiyyah adalah berperanan dan merupakan cara yang terbaik untuk mengembalikan manusia kepada fitrah asalnya.

ASPEK TANGGUNGJAWAB DAN PEMBALASAN

Mendidik perasaan bertanggungjawab adalah unsur pendidikan yang diberikan penekanan oleh Islam.Aspek ini ditanam didalam jiwa manusia kerana pihak yang bertanggungjawab akan menanggung hasil daripada perbuatannya dihadapan Allah atau setiap perbuatan akan menerima balasan setimpal baik atau buruknya.

Pihakyang bertanggungjawab terdiri daripada pemimpin/ketua, iaitu dalam sesebuah negara, atau keluarga atau diri sendiri kerana setiap daripada kitaa dalah khalifah Allah dibumi.Pihak yang bertanggungjawab juga bergantung pada syarat2 tertentu dari segi akal, baligh, merdeka, kemampuan, jantina, waras dan sebgainya. ASAS TASYRIK Islam telah mengemukakan undan-undang kepada manusia.Di sini undang-undang bermaksud hokum-hukum untuk menagtur hubungana sesama manusia.Islam telah menetapkan hokum-hukum dan balasan terhadap mereka yang melanggar undang-undang tersebut, sama ada hukuman dan balasan bersifat sivil yang dilaksanakan ke atas penjenayah atau hukuman dalam bentuk membalas balik perbuatan dilakukan penjenayah tersebut(Aliah Othman,1986). Bahawasanya, undang-undang Islam itu ialah ciptaan Allah.Maka, tersemailah dalam jiwa setiap insane yang beriman denganya bahawa yang menurunkan undang-undang itu sendiri akan mengawasi undang-undang-Nya.Yang patuh akan diberi ganjaran yang ingakr diberi balasan. Harun Din 1984 menyatakan bahawa tasawur islam yang syumul inilah, maka lahirnya ungkapan Islam sistem akidah dan syariat.Islam agama dan Negara.Syariat Islam yang syumul ini diasakan atas iman kepada Allah, para malaikat, pesuruh-Nya, hari pembalasan dan akhirat serta qada dan qadar-Nya.Justeru, manusia harus membangunkan

kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak dan ketetapan garis tuanya (Rabbul Alamin), pemiliknya (Malik-al Nas), dan tuhanya (Illah an-Nas).Garis panduan, ketetapan dan peraturan Ilahi ini disebut sebagai syariat. Mohd Kamal Hassan (1985) menegaskan apabila syariat Islam dipatuhi, maka kehidupan individu keluarga, masyarakat dan Negara akan menjadi selamat di dunia dan akhirat .Ia mengatur asapek, peribadatan, kehidupan, kekeluargaan, kehidupan social, kehidupan ekonomi, ketatanegaraan, perundangan dan budaya untuk menjamin tercapainya kedamaian dalam dua jenis hubungan yang tak dapat dipisahakan, iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan sesame manusia. Penghayatan akidah tauhid dan pelaksanaan syariat Allah adalah asas pendidikan Islam, apabila diterjemahkan dalam kehidupan bermasyarakat dan berummah, bererti kehidupan yang harminis, berdisiplin, berakhlak mulia, bersih daripada penindasan sesame manusia, bersih daripada kemaksiatan yang berleluasa dan korupsi, kehidupan yang harmonis, berdispilin, berakhlak mulia, bersih daripada maksiat manusia, kehidupan timbang rasa antara pelbagai golongan,kehidupan bersatu padu atas ajaran al-Quran dan sunnah, berjuang pada jalan Allah, menentang kezaliman, ketidakadilan, kepalsuan, kemungkaran, kemaksiatan dan kekufuran selaku umat yang sebaikbaiknya untuk manusia.Umat yang hidup berdasarkan syariat akan mengimbangi segala tuntutan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Syariat islam adalah ciptaan Allah s.w.t , ia tidak boleh diubah, diganti atau diabatalkan.Di samping itu Islam member kebebasab berijtijad untuk menyimpul hukam hakam dan memahami nas yang berlandaskan skop yang dikehendaki oleh al-Quran dan sunnah.Oleh itu, apabila ada sahaja usaha-usaha tadi, maka ia tetap akan ditolak. Semuanya ini mengambarkan kesempurnaan syariat Islam dan ruang lingkupnya yang tidak terhad kepada batas-batas ibadat yang difahami oleh sesetengah orang Islam.Syariat Islam mersngkumi kehidupan sepanjang zaman dan tempat, kadang kala ia disebut cara kehidupan yang menyeluruh.

You might also like