You are on page 1of 30

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.

htm Definisi Fonologi

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut: Bunyi Bahasa Melayu

Definisi Fonologi

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

Bibir Rongga tekak Gigi Rongga mulut Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Lidah Rongga hidung Paru-paru Peti suara dan pita suara

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. (b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

Vokal Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah. Lambang fonetik [a] [] [i] [] [o] [u] Contoh perkataan anak, tanah, lada ela, semak, sate iring, kita, seri emak, betul obor, botak, moto ular, sultan, saku Tidak terdapat di hujung perkataan Nota

Konsonan asli bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]

Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.

Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.

Suku Kata Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:

1. Kata tunggal satu suku kata Suku kata KV VK KKVK yu am draf, gred. brek Contoh

2. Kata tunggal dua suku kata Suku Kata V + KV V + VK V + KVK ibu, ela, era air, aib adat, emas Contoh

VK + KV VK + KVK KV + KVK

anda, unta, angsa antah, untuk, ingkar, bukan, dekat

3. Kata tunggal tiga suku kata Suku Kata KV+V+KV KV + V +KV V + KV + V KV+KV+VK KV+KVK+KVK biasa, cuaca, suara kaedah abai, usia maruah, peluang kelompok, kumandang Contoh

4. Kata tunggal empat suku kata Suku Kata KV+KV+KV+KV KV+KV+KV+KVK KVK+KV+V+KV panorama masyarakakat sentiasa Contoh

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah: universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

http://ilmubahasamelayu.blogspot.com/2011/05/fonem-dan-alofon.html

Fonem dan Alofon


1) Pemenggalan Bunyi

Spektogram menunjukkan bahawa pertuturan adalah bunyi-bunyi yang berpadu antara satu sama lain (tidak terpisah-pisah) Pertuturan adalah ungkapan yang bersifat kontinum oleh seseorang yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan.

2) Segmen

Unit bahasa yang diabstraksikan dari suatu kontinum

Salah satu andaian yang teoritis dalam fonologi ialah pertuturan boleh direpresentasikan sebagai suatu urutan entiti yang terpisah Berasaskan andaian ini, maka kita boleh membicarakan segmen-segmen secara individu. Urutan-urutan segmen seterusnya membolehkan kita menggunakan lambang-lambang yang terpisah untuk merepresentasikan pertuturan. Bukti yang menyokong andaian berkenaan: 1)Sistem tulisan-lambang grafik yang berurutan dengan bunyi tuturan yang berurutan 2)Ketersasulan 3)Rima 4)Bahasa rahsia 5)Perubahan bunyi Fonologi yang mengkaji segmen dikenali sebagai fonologi segmental Unit bahasa yang tidak boleh disegmentalkan dikenali sebagai suprasegmental-e.g tekanan dan nada

3) Fonem

Unit bunyi terkecil yang membezakan makna Setiap bahasa ada fonem berbeza(inventori fonem yang berbeza) Setiap bahasa ada pola atau sistem tersendiri dalam menyusun bunyi2 tersebut (meskipun dua bahasa itu memiliki fonem yang sama namun distribusi/penyebaran berbeza e.g /k/ dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

4) Kaedah penentuan fonem dan alofon 1. Kaedah Pasangan Minima Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Konsep pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya: [tari] [dari] [patah] [padah] [tuli] [ duli] [saku] [sagu] [kari] [gari] [pakar] [pagar] Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen [t] dan

(d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana keduaduanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-dua segmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas, jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza. 2. Kaedah Pasangan minima terdekat. Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah pertama di atas tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan kaedah ini, sekiranya terdapat cilia segmen yang berbeza (tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik) hadir pada lingkungan yang sam a dalam dua perkataan yang berbeza makna dan maka kedua-dua segmen tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan alofon kepada satu fonem). Sebagai contohnya: Perkataan-perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen yang berbeza. Begitu juga dengan kolum (b). Kedua-dua segmen berkenaan yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama dengan kedua-dua segmen yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (b). Misalnya segmen [p] dan [g] dalam perkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam perkataan [bakar]. Dengan kata lain, perkataan-perkataan dalam kolum (a) dan (b) memaparkan hakikat dua kata yang yang mempunyai perbezaan dua bunyi pada lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itu pula mempunyai persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan [pagar] dan [bakar]. Kewujudan bunyi-bunyi tersebut pula menghasilkan makna yang berbeza-beza pada setiap perkataan berkenaan. Oleh yang demikian, bolehlah dianggap bahawa segmen-segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/, /tS/, /dZ/, /s/, dan /z/ adalah fonem-fonem yang berbeza.

3. Kaedah Penyebaran saling melengkapi Kaedah ini adalah kaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon. Konsep 'penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen (yang terdiri dari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam Iingkungan yang sama. Dengan kata lain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di lingkungan awal kata (ia tidak boleh hadir di Iingkungan tengah dan akhir kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di lingkungan awal kat a (ia hanya boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata) Secara tidak langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran segmen-segmen berkenaan adalah dalam lingkungan saling lengkapmelengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen yang memperlihatkan penyebaran sating melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti situasi kehadiran segmen [k] dan [] dalam perkataanperkataan di bawah:

[kita] [suka] [to] [kaju] [baki] [soro] [kalau] [tSuka] [gaga] Contoh-contoh perkataan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa lingkungan yang boleh dihadiri oleh segmen [k] dan [] adalah saling lengkap melengkapi . Segmen [k] hanya boleh hadir di lingkungan awal dan tengah kata rnanakala segmen [] pula hanya boleh hadir di akhir kata. Oleh yang dernikian, segmen [k] dan [] adalah alofon kepada suatu fonem.

4. Kaedah Variasi bebas Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segrnen sebagai alofon. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah penyebaran saling melengkapi tidak dapat dilaksanakan. Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam satu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti. Misalnya: Makna bagi perkataan [orang] dan [? rang] adalah sama dalarn bahasa Melayu Justeru, [o] dan [? bukanlah dua fonem yang ] berlainan tetapi merupakan alofon kepada suatu fonern Daiam kes bahasa Melayu, segmen [o] dipilih sebagai fonem kerana lingkungan penyebarannya lebih rneluas berbanding dengan segmen [? . ]

http://retibasa.blogspot.com/2010/09/normal-0-false-false-false-en-my-xnone.html HURAIAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA


JUNAINAH HARUN TEH BOON ENG SYUHADA BT HUSSAIN PENDAHULUAN Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages. Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.

Mengikut

Kamus

Linguistik

(Harimurti

Kridalaksana,1984:51)

memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Huraian huruf Vokal Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ]dan satu vokal tengah, iaitu []. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal. Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal

atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyibunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap. Huraian Huruf konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu : a) b) c) d) e) f) g) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). Satu konsonan hentian glotis. ( ? ) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ). Satu konsonan getaran bersuara ( r ).

h) i) j) k)

Satu konsonan sisian bersuara ( i ). Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n ) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w). Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung. Cara membunyikan huruf vokal Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya: (a) (b) (c) Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal Ikan

Tengah Bila

Akhir Tali

Ibu

Tiba

Padi

(a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya: Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal Enak Elok

Tengah Teleng Leher

Akhir Tauge Tempe

(b) Vokal depan separuh luas atau lapang []. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [] seperti pada perkataan berikut:

Awal Esa Enak

Tengah Belek Belok

Akhir Tauge Tempe

(c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Awan Anak

Tengah Kadar Beras

Akhir Siapa Nama

(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut: Awal ubat ular Tengah bulat sudu Akhir Batu Palu

(a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Orang Otak

Tengah Tolong Bohong

Akhir Pidato Koko

(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang [ .]Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [ ]seperti pada perkataan yang berikut: Awal Orang Oleh Tengah Borong Bolot Akhir Soto Teko

(f)

Vokal tengah []. Cara membunyikannya:

(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar (b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [] seperti pada perkataan berikut:

Awal Emak Empat

Tengah Penat Tenat

Akhir Sosialisme Behaviurisme

Cara Membunyikan Konsonan

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Cara sebutan Letupan Letusan Sengau Geseran Getaran Sisian Separuh vokal Pb M W

bibir

Daerah sebutan Gigi-gusi Lelangit keras Td N S R L Cj (ny) Y

Lelangit lembut Kg (ng) H -

Glottis

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan. (a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [p]

Bunyi konsonan [b]

1.

Dua

bibir

dirapatkan

untuk Cara

membunyikan

sama [p].

seperti yang

membuat sekatan penuh pada arus membunyikan udara dari paru-paru ke rongga berbeza ialah: mulut. 2. Lelangit tekak hidung. 3. 4. Pita suara direnggangkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Contoh perkataan: lembut dinaikkan 1. ke

konsonan

Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar rongga mulut dengan

2. belakang atau ke dinding rongga untuk membuat

sekatan melalui 3.

udara dari paru-paru ke rongga mengetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

Huruf Konsonan [p] Konsonan [b]

Awal Palu Batek

Tengah Lapik Rabun

Akhir Atap Adab

(b)

Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi

bersuara [d] Cara membunyikannya:

1.

Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d] Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi Cara membunyikan konsonan sama

untuk membuat sekatan penuh pada seperti membunyikan konsonan [t]. arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak 1. dinaikkan ke belakang atau ke dinding 2. rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung. 3. 4. Pita suara direnggangkan . 3. Arus udara dari paru-paru keluar melalui 5. 6. rongga mulut menggetarkan pita suara. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t]. Contoh perkataan: Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan tanpa gusi bersuara [d]. yang berbeza ialah:

Huruf Konsonan [t] Konsonan [d]

Awal Takut Dalam

Tengah Batas Tanduk

Akhir Padat Abad

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya: 1. Bunyi konsonan [k] Belakang lidah dirapatkan lelangit 2. lembut untuk sekatan penuh pada arus udara . Lelangit lembut dan anak tekak 1. dirapatkan ke rongga tekak bagi 2. ke Cara Bunyi konsonan [g] membunyikan konsonan membunyikan konsonan sama [k].

membuat seperti

yang berbeza ialah: Pita suara dirapatkan . Arus udara dari paru-paru yang keluar

menyekat arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut mengetarkan pita

ke rongga hidung. 3. 4. Pita suara di renggangkan. melaui 5. rongga mulut 3. tanpa

suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan

Arus udara keluar dari paru-paru lelangit lembut bersuara [g]. menggetarkan pita suara. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang merta. lidah yang lelangit dilepaskan dihasilkan lembut serta ialah tidak

6.

Bunyi letupan

bersuara [k]. Contoh perkataan: Huruf Konsonan [k] Konsonan [g] Awal Kala Garam Tengah Makan Pagar Akhir Tamak Dialog

(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya: (a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung (b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya (c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara. (d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal Anak Ikan

Tengah Saat Rakyat

Akhir Lemak Budak

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara []. Cara membunyikannya: 1. Bunyi konsonan [] Hadapan lidah rapat ke lelengit Cara keras untuk membuat sekatan pada seperti arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak 1. dinaikkan dinding membuat udara hidung. 3. 4. Pita suara direnggangkan. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara []. Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir dari ke belakang tekak terhadap ke atau ke 2. rongga sekatan Bunyi konsonan [] membunyikan konsonan membunyikan konsonan sama [].

yang berbeza ialah: Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar rongga mulut dengan

untuk melalui rongga 3.

arus menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara []

paru-paru

Konsonan [] Konsonan [] (f)

Cara Jala

Laci Kanji

Koc Kolej

Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara di renggangkan. (d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara (e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]. Contoh perkataan: Awal Silap Satu (f) Tengah Lasak Lesu Akhir Pedas Lemas

Konsonan getaran gusi bersuara [r]:

(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan. (d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara (e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir

Rapat Rugi (f) Konsonan gusi bersuara [I]:

Tiram Seram

Sabar Lebar

(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan (d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara (e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Lagu Lipat

Tengah Tilam Kelam

Akhir Tebal Kekal

(f)

Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]: udara.

(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus (g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. (i) (j) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Macam Murah Tengah Teman Lumba Akhir Ketam Badam

(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya: (a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung (d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal Naga Nilam

Tengah Tanah Panah

Akhir Taman Laman

(e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] cara membunyikannya: (a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.

(e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan. Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [] seperti yang berikut: Awal Ngilu Ngeri Tengah Bingka Rangkap Akhir Lalang Tulang

(f)

Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ .] Cara membunyikannya:

(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung (c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung (e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahanlahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara () seperti perkataan yang berikut:

Awal Nyaris Nyala

Tengah Banyak Senyap

Akhir -

(f)

Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

(a) Bibir di bundarkan. (b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung (d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w]. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Waris Wajar

Tengah Kawan Lawan

Akhir Takraw -

(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya: (a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. (b) Bibir di hamparkan. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung. (d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j]. (e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j] Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:

Awal Yakin Yuran

Tengah Tayang Payah

Akhir -

KESIMPULAN Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyibunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara. RUJUKAN Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

You might also like