You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan Visual ialah suatu alat yang dapat memberi atau menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik dari pernyataan secara lisan atau bertulis. Fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Prinsip visual pula berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan boleh menarik minat murid dan berkesan dari segi penyampaian. Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun

maklumat visual. Ia juga merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk. Prinsip reka bentuk membantu menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat. Berikut merupakan prinsip-prinsip reka bentuk visual yang terbahagi kepada enam prinsip iaitu simplisiti, domain, pola, seimbang, variasi dan harmoni. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih dari laman Web berbentuk geometri iaitu grafik piramid makanan seperti yang ditunjukkan di bawah.

2.0 Prinsip-prinsip reka bentuk visual

2.1 Prinsip yang pertama ialah simplisiti

Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah boleh memberi kefahaman yang lebih cepat dan kefahaman yang lebih jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan sesuatu topik dengan pada satu masa. Pada grafik di atas didapati mempunyai prinsip simplisiti. Apabila dipaparkan atau ditunjukkan kepada murid-murid tentang piramid makanan yang berkaitan dengan subjek sains, murid-murid sudah mula membuat tanggapan awal mesej yang hendak disampaikan pada hari tersebut mengenai keperluan makanan. Ini kerana mereka melihat terdapat pelbagai jenis-jenis makanan yang disusun begitu rapi mengikut aras-aras keutamaan. Piramid makanan yang ditunjukkan adalah grafik ringkas hanya gambar makanan yang sering kali dilihat oleh murid-murid atau makanan tersebut pernah dirasai oleh murid-murid. Piramid ini juga hanya menumpukan kepada jenis-jenis makanan sahaja, ini selari dengan topik yang hendak diajar oleh guru iaitu keperluan makanan. Dengan grafik piramid makanan, ini akan membantu murid-murid memahami dengan lebih cepat dan jelas konsep makanan dan pemakanan yang akan diajar oleh guru.

2.2 Prinsip yang kedua ialah domain.

Domain ialah satu reka bentuk visual yang boleh menarik minat atau pusat penumpuan murid kepada sesuatu topik yang diajar. Dalam sesuatu reka bentuk visual, objek atau item utama yang perlu ditonjolkan agar ia dapat dilihat dan dibaca maksudnya oleh murid-murid dengan mudah dan jelas. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai domain ini antaranya ialah menggunakan peratusan satu pertiga. Grafik piramid makanan di atas tidak mempunyai ciri penggunaan peratusan satu pertiga, ini kerana kedudukan jenis-jenis makanan di dalam piramid makanan hanya tertumpu di bahagian tengah. Sedangkan untuk mencapai penggunaan peratusan satu pertiga, objek yang diberi fokus perlu tertumpu pada bahagian sudut atas di sebelah kiri. Titik penumpuan ini dikatakan sebanyak 41 peratus berbanding dengan lain-lain titik penumpuan. Di bawah terdapat satu contoh gambar yang menggunakan peratusan satu pertiga.

Grafik piramid makanan di atas juga menggunakan warna yang terang dan warna yang sama pada jenis makanan di dalam gambar dengan jenis makanan yang sebenar. Saiz piramid

makanan juga jelas dan besar dapat menarik minat atau pusat penumpuan ke atas murid ditambah pula dengan penggunaan garisan-garisan yang membahagikan setiap aras makanan pada piramid yang menunjukkan item utama kandungan zat makanan dan fungsinya.

2.3 Prinsip yang ketiga ialah seimbang.

Keseimbangan perlu di dalam sesuatu reka bentuk visual. Elemen grafik disusun dengan seimbang supaya ia mempunyai daya penarik kepada murid-murid dan keselesaan mata memandang kepada visual yang dipaparkan. Terdapat dua jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal. Seimbang formal ialah seimbang yang sama atau simetri di antara bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah manakala seimbang tidak formal bermakna seimbang tidak sama rata antara kanan dan kiri atau atas dan bawah. Prinsip seimbang formal atau pembahagian sama rata (bisymmetrical) terdapat pada piramid makanan ini. Kita boleh melihat pada bahagian antara kanan dan kiri piramid makanan adalah seimbang dan juga didapati mempunyai tulisan nama jenis-jenis makanan yang ditunjukkan pada setiap aras

makanan manakala garisan-garisan melintang yang sama panjang dari atas hingga ke bawah yang membahagikan makanan. Ini semua akan memudahkan pergerakan bola mata murid-murid ke seluruh grafik piramid makanan. Ianya akan memudahkan dan mempercepatkan murid-murid memahami isi kandungan pelajaran dan seterusnya mencapai objektif pengajaran mengenai keperluan makanan.

2.4 Prinsip yang keempat ialah pola.

Pola atau corak ianya berkaitan dengan susunan item-item dalam sesuatu reka bentuk visual. Susunan gambar yang menarik akan memberi keseronokan dan kepuasan kepada murid-murid untuk terus menerokai dan mengekalkan tumpuan topik pengajaran pada hari itu. Grafik makanan yang dipaparkan di atas menggunakan pola mengikut bentuk geometri iaitu bentuk segi tiga ataupun dikenali sebagai bentuk piramid. Susunan makanan yang dikelaskan

mengikut aras keutamaan. Susunan yang paling besar ialah bahagian bawah, ini menunjukkan keperluan air yang paling banyak atau besar untuk badan diikuti aras kedua besar yang

diperlukan oleh badan untuk menghasilkan tenaga manakala aras ketiga menunjukkan keperluan badan untuk menjadi lebih sihat, Aras kelima dan keenam menunjukkan vitamin vitamin tambahan yang diperlukan oleh badan. Pengelasan makanan pada grafik piramid makanan mengikut aras keutamaan menunjukkan bahawa susunan item-item ini menepati prinsip kehendak pola dalam reka bentuk visual.

2.5 Prinsip yang kelima ialah variasi

Variasi yang baik menggunakan pelbagai elemen grafik dalam penghasilan visual supaya sesuatu visual itu kelihatan seolah- seolah hidup dan bergerak, meningkatkan tarikan murid-murid terhadap persembahan. Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual. Grafik piramid makanan mempunyai elemen-elemen yang boleh digunakan berulang kali malah grafik ini tidak membosankan kerana kita boleh melihat walaupun segi bentuk piramid tetapi di bahagian tengah di dalam piramid didapati susun rapi jenis makanan mengikut aras keutamaan. Di bahagian tengah juga di dapati garisan menegak yang membahagi bahagian kanan dan kiri. Ini untuk membezakan antara buah-buahan dengan sayur-sayuran dan pada posisi aras keempat menunjukkan perbezaan makanan yang boleh didapati secara semula jadi terletak di sebelah kanan manakala makanan yang dihasilkan oleh manusia terletak di sebelah kiri. Aras bawah mempunyai saiz yang lebih besar menunjukkan paling utama keperluan makanan. Setiap aras didapati berlaku perubahan saiz. Perubahan saiz besar ke saiz kecil dari aras bawah hingga ke aras atas menerangkan keutamaan keperluan makanan oleh manusia. Warna jenis makanan di dalam grafik sama dengan warna jenis makanan yang maujud seperti buah-buahan ,sayursayuran, roti, air dan sebagainya ditambah pula dengan warna jenis makanan yang terang, ini

akan menarik perhatian murid-murid untuk terus mempelajari topik ini hingga ke akhir pengajaran. Susunan jenis makanan yang teratur mengikut aras dan mengkategorikan jenis makanan. Ini juga akan memudahkan lagi murid-murid memberi penumpuan pada setiap aras jenis makanan.

2.6 Prinsip yang keenam ialah harmoni.

Suasana harmoni sangat penting di dalam penyediaan reka bentuk visual supaya murid melihat persembahan dalam keadaan hati dan perasaan yang tenang. Ini membolehkan mata dan minda murid-murid mengikuti perkembangan keseluruhan visual. Oleh itu harmoni akan memberikan rasa yakin dan pasti kepada murid-murid kerana mereka melihat hubungan antara elemenelemen, arah aliran, persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Warna makanan yang sesuai ditunjukkan pada grafik sama dengan warna makanan semula jadi, ini akan memberi satu pengalaman baru kepada murid-murid kerana kemungkinan terdapat buah-buahan, sayursayuran dan makanan makanan lain yang mereka belum melihat dan merasai makanan sebelum ini. Huruf yang digunakan untuk tulisan ialah stail huruf roman. Stail huruf ini memang sesuai digunakan untuk murid-murid sekolah rendah bagi memudahkan dari segi pembacaan oleh murid-murid walaupun sepintas lalu. Jarak di antara huruf tidak terlalu rapat ianya sesuai juga untuk murid-murid yang berada jauh di belakang. Kebanyakan bilangan perkataan yang

digunakan sekitar tiga atau empat perkataan sebaris akan memudahkan murid-murid yang berada di bahagian tepi kiri dan kanan membaca perkataan di setiap aras makanan.

3.0 Kesimpulan Reka bentuk visual pengajaran yang menarik akan memberi keseronokan dan kepuasan kepada murid-murid untuk melihat lebih jauh maksud di sebalik visual yang dipaparkan walaupun dalam tempoh masa yang lama dan berulang kali mereka setiap setia memberi penumpuan kepada visual yang ditayangkan. Reka bentuk visual yang menarik perlu diadun dengan prinsipprinsip seperti simplisiti, domain, seimbang, pola, variasi dan harmoni barulah sesuatu reka bentuk visual menjadi sempurna untuk tatapan murid-murid. Malah murid-murid mudah memahami isi pelajaran yang hendak diajar dan mudah untuk murid-murid mengingati isi pelajaran yang disampaikan di dalam sesuatu topik. [ 1350 patah perkataan] Rujukan file:///C:/Documents%20and%20Settings/user/My%20Documents/FAIL%20prinsip%20reka%2 0bentuk%20TEK%20.PENGAJARAN/REKA%20BENTUK%20FOTOGRAFI.htm [2012,Mac 12]. ENN_enMY472&prmd=imvns&source=lnms&tbm=isch&ei=-kpUTmvDIq8rAeiwsS4DQ&sa=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=2&sqi=2&ved=0CAwQ_AUoAQ& biw=1366&bih=641[2012 Mac 13]. http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&sqi=2&ved=0CCs QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.freewebs.com%2Foum1%2FBab%25204%2520PTP.pp [2012, Mac 13]. http://www.google.com.my/search?q=keperluan+makanan&hl=en&qscrl=1&nord=1&rlz=1T4L [2102, Mac 14]. http://www.scribd.com/doc/23736775/Reka-Bentuk-Visual[2012, Mac 15] Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah ,Dr Rosini Abu (2011). Prinsip teknologi pengajaran: Universiti Terbuka Malaysia

1.0 Pengenalan Pemikiran ialah satu proses menggunakan minda untuk menarik sesuatu makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea ataupun ciptaan dan membuat pertimbangan yang sewajar bagi membuat sesuatu keputusan dan juga menyelesaikan masalah dan membuat refleksi dan meta kognisi terhadap proses yang dialami. Di antara komponenkomponen kemahiran berfikir ialah kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan. Antara Laman Web yang dicadangkan ialah http://www.eduwebtv.com

2.0 Ciri-ciri kemahiran berfikir

2.1 Kemahiran berfikir secara kreatif Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan yang menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat konkrit, abstrak atau keseluruhan

Guru menunjukkan gambar debu tanah tayamum dan anggota tayamum kepada murid-murid. Guru akan menyoal soalan kepada murid berdasarkan kepada gambar yang di tunjukkan. Tahu kah kamu apakah kegunaan debu tanah ini? Mengapakah kita perlu bertayamum? Jawapan yang mungkin akan keluarkan dari mulut murid-murid ialah untuk bertayamum dan untuk menunaikan solat . Di sini murid- murid akan menjana idea dengan berusaha untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan kepada mereka. Guru akan menghubung kait dengan tajuk bertayamum yang akan diajar pada hari itu. Seterusnya guru menerangkan pengertian tayamum kepada murid-murid dan bertanyakan soalan mengapa dibolehkan bertayamum? dan sebab yang membolehkan

bertayamum? Murid-murid memberi jawapan kerana untuk menggantikan wuduk disebabkan ketiadaan air. Guru menggunakan kaedah soal-jawab dengan murid-murid untuk merangsang idea-idea baru supaya idea-idea ini dapat dikembangkan dan menjadikan suatu interaksi yang menarik. Guru merumuskan jawapan yang diberi dan menjelaskan konsep bertayamum. Guru menjana idea murid-murid dengan meminta menamakan anggota-anggota tayamum. Setiap orang murid-murid akan berusaha menggembleng idea-idea yang terlintas di fikirannya untuk disenaraikan dan dibincangkan. Dengan melakukan sedemikian idea-idea yang dijanakan tadi agar dapat digunakan untuk mencari idea baru atau mencari alternatif kepada soalan yang diajukan .Peringkat seterusnya guru membuat tunjuk cara bertayamum sambil diperhatikan oleh murid-murid. Guru akan meminta murid melakukan tayamum seorang demi seorang. Muridmurid menghubung kait teori tayamum berpandukan gambar anggota badan dengan praktikal tayamum yang dijalankan sebentar tadi.

2.2 Kemahiran berfikir secara kritis Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea ,meneliti kekuatan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Tayamum

Wuduk

Guru meminta murid-murid memerhatikan dua gambar yang dipaparkan dan mengenal pasti perbuatan yang dilakukan di gambar ini. Guru mengemukan beberapa soalan seperti berikut: Bagaimana ia serupa ? Bagaimana ia berbeza? Apakah persamaan dan perbezaan yang paling ketara di dalam gambar yang ditunjukkan? Bagaimana boleh kita kategori persamaan dan perbezaan tayamum dan wuduk? Apakah rumusan atau keputusan yang boleh di buat dari ciri

persamaan dan perbezaan tayamum dengan berwuduk. Guru meminta murid-murid membuat perbandingan dan perbezaan dalam kumpulan dengan membuat pengurusan grafik membanding dan membeza.
Membanding dan Membeza

Tayamum Bagaimana ia serupa 1. Bagi membolehkan solat 2. Perkara yang membatalkan 3. Dilakukan oleh lelaki atau perempuan Bagaimana ia berbeza Sahaja aku bertayamum bagi Niat

Wuduk

Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala

mengharuskan solat kerana Allah Taala Debu Muka dan tangan hingga ke siku Alat Anggota

Air Muka, lengan, kepala, telinga, kaki

Sekali tayamum Sekali solat

Tempoh

Lebih dari sekali solat selagi tidak membatalkan wuduk

Rumusan dan keputusan Tayamum dan berwuduk bagi membolehkan menunaikan solat tetapi berbeza dari niat, alat ,anggota dan tempoh. Tayamum dan wuduk juga boleh digabungkan apabila seseorang mengalami mudarat pada anggota yang cedera.

Pengurusan grafik membanding dan membeza adalah untuk memudahkan murid-murid mengenal pasti persamaan dan perbezaan di antara tayamum dan wuduk. Ianya membolehkan murid-murid lebih faham tentang persamaan dan perbezaan tayamum dan wuduk.

2.3 Kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu.

Pisau

Besen

Air

Penitis

Plastisin

Bikar

Straw

Botol mineral

Guru membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan untuk berbincang dalam menjalankan uji kaji. Guru menerangkan bagaimana mencipta sebuah model kapal selam dengan menggunakan bahan dan radas yang disediakan. 1. Tebuk dua lubang pada satu sisi botol air mineral kecil dengan menggunakan pisau kecil 2. Masukkan straw pada kedua-dua lubang tersebut. Kemudian, letakkan plastisin pada sisi kedua-dua straw bagi mengukuhkan kedudukannya. 3. Masukkan botol air mineral kecil itu ke dalam besen berisi air. Kemudian, tuangkan air ke dalam botol air mineral kecil itu melalui straw sehingga penuh 4. Sedut air keluar daripada botol menggunakan penitis dan perhatikan keadaan yang berlaku.

Selepas penerangan oleh guru, murid-murid dikehendaki mencipta satu model kapal selam dengan menggunakan konsep timbul dan tenggelam yang berkaitan dengan ketumpatan. Di sini murid-murid akan berbincang bagi menyelesaikan masalah iaitu menyiapkan model kapal selam dengan menggunakan bahan dan radas yang dinyatakan oleh guru tadi. Mereka juga perlu menjalankan uji kaji bagi mendapatkan keputusan yang sebenar dan juga untuk memastikan uji kaji mereka berjaya atau tidak berjaya. Sekiranya tidak berjaya, mereka perlu mengulangi uji kaji atau memperbaiki model yang dibina sehingga penyelesaian masalah mereka berjaya atau selesai.

2.4 Kemahiran membuat keputusan Kemahiran membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

Skrin

Lampu suluh

Bongkah kayu

Murid-murid akan menjalankan satu uji kaji tentang saiz bayang-bayang terbentuk pada skrin. Guru menunjukkan peralatan-peralatan yang akan digunakan untuk menjalankan uji kaji saiz bayang-bayang. Pada permulaan uji kaji guru meminta murid-murid membuat pemerhatian pada rajah berikut. Selepas itu murid-murid diminta membuat kesimpulan awal iaitu mereka membuat keputusan daripada pemerhatian. Pada peringkat kedua, guru meminta murid-murid membuat keputusan dengan mencari pemboleh ubah yang dimalarkan atau sekata, pemboleh ubah di

manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dari gambar rajah. Pada peringkat yang seterusnya murid-murid merekod dapatan hasil uji kaji dengan menulis ketinggian dan melukis saiz

bayang-bayang dari jarak bongkah kayu dari lampu suluh, ketinggian bayang-bayang dan saiz bayang-bayang, mereka akan membuat keputusan di akhir uji kaji nanti. Membuat keputusan tidak semestinya pada akhir uji kaji kemungkinan membuat keputusan boleh juga dibuat di awal uji kaji atau di pertengahan uji kaji.

3.0 Kesimpulan Negara mempunyai masa lebih kurang tujuh tahun untuk menuju ke arah Wawasan 2020. Oleh itu, negara perlu menghasilkan modal insan yang berkualiti dari segi kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan. Semua kemahiran ini tidak datang bergolek tanpa ada usaha. Usaha usaha ini terletak pada tangan guru-guru bagi memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran mengandungi kemahiran berfikir. Di samping itu, dibantu dengan

penggunaan alat bantu mengajar ditambah lagi dengan penggunaan kemahiran teknologi dan maklumat melalui penerokaan mencari bahan bahan pengajaran dan pembelajaran di lamanlaman Web dan juga program pembangunan software untuk pendidikan maka tidak mustahil kemahiran-kemahiran berfikir ini dapat dipertingkatkan lagi dalam institusi pendidikan.

[ 1150 patah perkataan]

Rujukan Chang see Leong, Choo Yan Tong, Fadhilah binti Muhamad, Quek Yoke Hua (2011). Sains tingkatan satu: Penerbit Karangkraf Network Sdn. Bhd. Mohd Nashuha Jamidin dan rakan-rakan (1995). Kemahiran berfikir dan belajar: Penerbit Fajar Bakti Nur Sinar Suria (2010). Sains praktikal: Penerbit Mybooks. com Sdn Bhd. Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah ,Dr Rosini Abu (2011). Prinsip teknologi pengajaran: Universiti Terbuka Malaysia. http://eduwebtv.com/v2/home/[ 2012, Mac 13].

You might also like