P. 1
Pendekatan Dalcroze

Pendekatan Dalcroze

|Views: 212|Likes:
Published by Tefanny Aryanni

More info:

Published by: Tefanny Aryanni on Jun 24, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/25/2013

pdf

text

original

PENDEKATAN DALCROZE

DISEDIAKAN OLEH : TEFANNY MAKIUS : MUHD SYAHRIL B MAT ROSLI : NORFARAHDIANA BT HASSAN : SAFUAN SAFRI B SAIFUL BAHRI

PENGENALAN
  Kaedah Dalcroze telah diasaskan oleh Emiles Jaques-Dalcroze (1865-1950), seorang pemuzik dan pendidik muzik berbangsa Swiss. Kaedah ini melatih kemahiran dalam konsep-konsep muzik yang asas seperti irama, ton, dinamik dan bentuk. Terdapat 3 element utama dalam kaedah ini iaitu eurhythmics, kaedah sofla dan improvisasi. Keupayaan untuk menunjukkan ekspresi terhadap konsep muzik melalui gerakan merupakan prinsip utama dalam kaedah ini. Dalcroze berpendapat bahawa badan manusia merupakan alat muzik semulajadi yang paling sesuai untuk menerapkan konsep-konsep asas muzik. Oleh itu, beliau telah mehasilkan 3 elemen yang berasaskan pergerakan dan gabungan daripada 3 komponen tersebut telah menghasilkan kaedah pengajaran yang kreatif ini.

FALSAFAH,KONSEP & TEKNIK
 Semasa Dalcroze menjadi professor di Conservatory Of Music di Geneva, beliau mendapati bahawa ramai pelajar muzik tidak dapat merasai dan melahirkan emosi terhadap muzik yang dimainkan walaupun mereka telah menguasai kemahiran dan teknik permainan alat muzik. Malah mereka mempunyai masalah dalam memainkan irama yang ringkas, mengalami masalah ketepatan pic dan intonasi. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu pendekatan untuk member pendidikan muzik yang menyeluruh kepada pelajar-pelajar muzik.

 Pendekatan Dalcroze berdasarkan 2 prinsip iaitu kepentingan pendengaran dan literasi muzik selepas kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal. Dalcroze tidak setuju dengan cara pengajaran pembelajaran muzik yang hanya menekankan literasi muzik di mana teori muzik di ajar secara ‘atas kertas’. Pada pendapat beliau muzik berkait rapat dengan muzik dan kanak-kanak tidak dapat ‘mendengar’ bunyi muzik dengan cara pembelajaran sebegini. Beliau percaya bunyi muzik harus diperkenalkan dalam kelas teori supaya kanak-kanak dapat dikaitkan apa yang dipelajari dengan bunyi. Oleh itu, pendengaran menjadi elemen penting dalam kaedah Dalcroze.

 Seperti Kaedah Kodaly dan Orff, Dalroze juga berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran muzik harus bermula dengan pengalaman muzik yang bermakna. Pembelajaran muzik tidak boleh dilakukan dengan pengenalan notasi formal dan penerangan guru sahaja.  Beliau percaya bahawa kanak-kanak perlu mempunyai pengalaman muzikal yang mencukupi dan telah menguasai konsep-konsep muzik dalam aspek pendengaran dan persembahan, barulah guru mengaitkan pengetahuan dan kefahaman kanak-kanak tehadap konsep muzik dengan notasi, teori, analisa dan sebagainya. Proses ini dapat menjamin kanak-kanak dapat memahami konsep muzik secara mendalam dan berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran notasi dan teori akan menjadi lebih mudah dan cepat apabila kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal.

 3 aspek utama dalam pendekatan Dalcroze ialah eurhythmics, nyanyian sofla dan improvisasi. Ketigatiga aspek ini saling berkaitan dan berpusatkan aktiviti gerakan kerana Dalcroze percaya bahawa cara yang paling berkesan untuk mempelajari konsep asas muzik seperti irama adalah melalui gerakan.

EURHYTHMICS
 Eurhythmics merupakan aktiviti kinetik yang melatih badan kanak-kanak untuk bergerak terhadap muzik yang diperdengarkan. Dalam erti kata lain, eurhythmics adalah respon badan terhadap konsep muzik yang diperkenalkan.  Dalcroze berpendapat bahawa semua elemen dapat dirasai melalui gerakan dan semua bunyi muzik mempunyai ciri pergerakan. Oleh itu, untuk menguasai pergerakan dalam bunyi muzik, badan manusia adalah alat muzik yang dapat dilatih untuk mencapai tujuan tersebut.  Selain daripada itu, elemen-elemen muzik seperti detik, tekanan, frasa, dinamik, tempo dan sebagainya juga dapat ditunjukkan melalui gerakan badan.

 Terdapat 3 jenis gerakan yang dapat dilakukan iaitu gerakan setempat, gerakan menggunakan aras dan gerakan menggunakan ruang. Contoh untuk pergerakan setempat ialah menepuk, mengoyangkan badan atau anggita badan, membengkokkan lutut, merenjis dan lain-lain. Gerakan yang menggunakan aras pula merujuk kepada gerakan yang dapat dilakukan pada aras tinggi, tengah dan pada aras rendah seperti angkat tangan dan hayun, merenjis dan sebagainya. Gerakan yang menggunakan ruang menggalakkan individu bergerak menggunakan ruang di sekelilingnya pada semua arah seperti berjalan, merangkak, melompat, bergalop dan lain-lain lagi.

NYANYIAN SOFLA
 Kaedah nyanyian Sofla bertujuan untuk melatih kemahiran pendengaran secara dalaman (inner hearing) dan memperkenalkan konsep harmoni. Dalcroze berpendapat bahawa kaedah nyanyian sofla, kanakkanak dapat mempelajari konsep pic dan kaitan antara ton. Dengan cara-cara ini kanak-kanak akan dapat membezakan kualiti ton yang dihasilkan.  Dalcroze menggunakan system “Do Tetap” di mana do yang digunakan adalah berasaskan not C. aktiviti nyanyian sofla juga dikaitkan dengan aktiviti gerakan supaya kanak-kanak dapat merasai kaitan antara pic.

IMPROVISASI
 Memainkan peranan yang penting dalam pendekatan Dalcroze. 2 jenis improvisasi terlibat dalam pendekatan ini. 1. Improvisasi oleh guru dengan menggunakan piano dapat memberi panduan yang asas kepada kanakkanak dalam kemahiran pendengaran dan menggerakkan semangat kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif. Improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk menunjukkan pemahaman terhadap konsep muzik yang telah dipelajari secara kreatif dan spontan.

2. Kanak-kanak membuat improvisasi dalam gerakan, nyanyian dan permainan alat muzik. Pemahaman yang sebenar terhadap muzik dapat ditunjukkan dalam kemahiran seseorang memanipulasikan konsep muzik. Melalui improvisasi yang dilakukan oleh kanakkanak, guru-guru juga dapat menilai sejauh manakah kanak-kanak telah memahami konsep yang disampaikan dan merancangkan aktiviti susulan yang berkesan.

SEKIAN,TERIMA KASIH…

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->