You are on page 1of 2

REFLEKSI 2 Dalam usaha menyediakan kerja khusus ini , saya ingin merakkamkan ribuan terima kasih kepada Encik

Azizan bin Puteh selaku pensyarah Pendidikan Jasmani atas segala nasihat, dorongan dan bantuan serta keperihatinan beliau semasa khusus ini sedang siap disempurnakan. Beliau telah banyak meluangkan masa membimbng dengan mneghulurkan pelbagai maklumat baru berkaitan olahraga. Beliau sedia menghulurkan maklumat dan tunjuk ajar yang mengiringi kami sepanjang pembelajaran kami di sini. Dalam proses mencari maklumat berkaitan, saya telah mengadakan perbincangan bersama pasangan untuk mendapatkan lebih banyak bahan sumber bagi memantapkan lagi penjelasan dalam sesuatu acara yang telah diagihkan. Lari berganti-ganti merupakan satu-satunya acara berpasukan atau

berkumpulan dalam sukan olahraga. Ada acara untuk peserta lelaki dan ada juga acara untuk peserta wanita. Dalam sesuatu perjumpaan olahraga, acara lari berganti-ganti sering menjadi tumpuan ramai sama ada pada pihak peserta ataupun penonton. Melaui kerja khusus ini, saya lebih mudah memahami acara dalam olahraga dengan lebih dekat.Sedikit info tambahan yang telah diberikan oleh pensyarah iaitu di luar negara, bola sepak juga merupakan olahraga. Hal ini menjadikan skop olahraga adalah luas. Jadi, acara-acara seperti lari, lompat jauh dan sebagainya tergolong dalam acara balapan dan acara padang. Secara kesimpulannya, pernyataan berikut memang boleh diguna pakai dalam sukan. Jadi, kita boleh memperbetulkan pernyataan dan fakta yang kita ketahui kepada info baru ini. Semangat kerjasama memainkan perananan penting dalam meyiapkan tugasan ini. Saya bersama pasangan saya telah bekerjasama dengan penuh dedikasi dan komited untuk melaksanakan tanggungjawb ini dengan harapan dapat memperoleh pencapaian cemerlang melalui kesungguhan dalam melaksanakan tugasan ini. Masa yang telah diperuntukkan adalah sangat mencukupi bagi menyiapkan tugasan ini. Sepatutnya banyak kolaborasi yang boleh kami lakukan bersama pensyarah semasa proses menyiapkannya. Disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat kami atasi, kami terpaksa memulakan tugasan ini lewat sedikit tetapi dengan penuh kesungguhan. Hal ini kerana, minggu semasa kejohanan olahraga tahunan, kami

banyak meluangkan masa untuk penglibatan diri dalam skipping. Banyak juga masa dan komitmen yang terpaksa dikorbankan. Tambahan pula dengan masalah seperti faktor kamera, cuaca dan kesihatan yang tidak menentu. Kami terpaksa menunggu giliran untuk meminta bantuan daripada rakan yang lain untuk meminjamkan kamera serta untuk mendapatkan tunjur ajar tambahan serta penglibatan diri mereka dalam melakukan video. Walau bagaimanapun, dengan izinnya-Nya, alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan serta kerjasama saya dan pasangan, akhirnya tugasan ini dapat juga disiapkan. Beribu kemaafan dipohon atas beberapa faktor contohnya tidak dapat mengadakan banyak kolaborasi dan . Apapun dengan sedikit sebanyak usaha gigih yang telah kami berikan serta pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini amatlah memerlukan pengorbanan yang tinggi antaranya seperti bersengkang mata serta mengorbankan sedikit aktiviti harian yang biasa. Walau apapun cabaran dan dugaan, saya yakin dan jujur bahawa tugasan ini amatlah bermanfaat kepada kami sebagai bakal guru dalam bidang Pendidikan Jasmani. Terlalu banyak info baru dan maklumat terkini yang telah kami peroleh. Setinggi ucapan terima kasih kami hulurkan kepada pensyarah yang banyak membimbing serta tidak lupa kepada kerjasama rakan-rakan yang terlibat.

You might also like