You are on page 1of 26

Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 Produk Tempatan Di Negara Kita Makanan Dodol

BIODATA

Nama

: Muhammad Fitri Bin Abdul Rashid

No. I/C : 970914-02-5085 Sekolah : Maktab Mahmud Alor Star Guru : Pn. Zurah Binti Mohd. Kila

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pengetua sekolah, Ustaz Syafie B. Ismail yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini selepas waktu persekolahan.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya, Puan Zurah Bt. Mohd.Kila kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan Kerja Kursus Sejarah.Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-kedua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kerja kursus ini.

Memupuk semangat patriotisme dalam diri saya. Untuk menambah ilmu pengetahuan tentang makanan tradisional dodol. Untuk mengetahui asal-usul makanan tradisional seperti dodol. Untuk mengetahui cara-cara membuat makanan tradisional.

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah melalui pemerhatian, pembacaan buku- buku, majalah-majalah ilmiah, keratan akhbar dan juga internet.

HASIL KAJIAN

1.0 MAKLUMAT

ASAS PRODUK

Produk dodol yang diusahakan terdiri daripada dua iaitu dodol hawa belimbing dan dodol gula kabung. Dodol hawa diperbuat daripada belimbing yang sudah matang dan direbus hingga kering dan dijemur selama beberapa hari. Dodol-dodol ini kemudiannya dibungkus dalam kotak atau plastik.

Dodol dikategorikan dalam kategori makanan tradisional yang manis. Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan rumit. Ramai orang selalu mencuba membuatnya.Tetapi tidak semua dapat menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Kini, dodol telah mula dimodenkan. Kini perisa dodol dipelbagaikan seperti perisa durian dan sebagainya.

Dodol Halwa Belimbing dan Dodol Gula Kabung diusahakan oleh Sulaiman Yusof, 65 dan isterinya, Halimah Samsu, 63 , ibu kepada lima orang anak . Walaupun mereka sudah berusia, mereka masih bergiat aktif dalam kegiatan ini.

Dodol istimewa ini diusahakan di Taman Aman, Anak Bukit. Dodol ini digemari oleh pelbagai bangsa di Malaysia. Alamat : 932 Taman Aman, Anak Bukit 06550 Alor Setar, Kedah.

2.0 LATAR

BELAKANG

Perusahaan dodol ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 1990. Ianya dilakukan oleh Encik Sulaiman Bin Yusof bersama isterinya iaitu Halimah Bt. Samsu. Dodol yang dikeluarkan pada skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk kampung.

Pada awal pengeluaran dodol, Encik Sulaiman Bin Yusof dan isterinya, Halimah Binti Samsu menggunakan wang simpanannya di bank bagi memulakan perniagaan dan pengeluaran dodol. Sekitar tahun 2009 beliau telah mendapatkan pinjaman daripada bank sebanyak

RM10000.00 untuk membeli mesin yang lebih baik dan dapur.Beliau juga menggunakan wang tersebut untuk membeli beberapa peralatan baru.

Produk ini dikeluarkan untuk memenuhi keperluan orang ramai untuk dihidangkan semasa minum petang. Dodol juga diperlukan semasa hari perayaan sebagai hidangan kepada tetamu juga pada majlis perkahwinan sebagai buah tangan kepada tetamu. Dodol juga dipasarkan di kedai-kedai runcit di sekitar Anak Bukit.

Dodol keluaran En.Sulaiman dan isterinya sangat istimewa . Dodol ini mempunyai rasa yang enak dengan pelbagai perisa seperti perisa durian dan nangka. Rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang lembut menawan hati pelbagai golongan terutamanya golongan tua.

3.0 KAEDAH DAN

CARA PENGHASILAN
Pada permulaannya, En.Sulaiman dan isterinya bekerja sendiri tanpa bantuan sesiapapun. Selepas perniagaannya berkembang, beliau mengupah beberapa pekerja untuk membantunya.

Bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula Melaka dan garam.

Peralatan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada bakul, kuali besar, penapis dan ayakan.

Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan.Setelah itu, tapis dengan kuali besi.Masak gula Melaka dengan sedikit air dan daun pandan.Apabila sudah larut, masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau dan apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak. Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan ke dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya. Oleh itu, dodol hendaklah dikacau secara bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak mengambil masa yang agak lama iaitu lebih kurang empat jam kerana sekiranya kurang dari empat jam dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Selepas dua jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak. Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat. Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada harihari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

4.0 PERKEMBANGAN

PRODUK

En. Sulaiman dan isterinya telah membuat pemasaran di sekitar negeri Perlis serta menyertai karnival anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia dan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Perlancongan. Selain memasarkan produk yang dihasilkan secara terus kepada pengguna, beliau turut menjualnya di pasar tani, pekan sehari dan secara tempahan.

Dodol ini mendapat sambutan hangat dan makanan ini digemari oleh berbilang kaum selain daripada kaum Melayu. Permintaan akan menjadi lebih meningkat sehingga sesetengah tempahan terpaksa ditolak ketika menjelang perayaan dan musim cuti.

Setelah mengusahakan dodol selama beberapa tahun, En.Sulaiman dan isterinya telah berjaya dalam perusahaannya.Seiring dengan teknologi tinggi beliau telah membeli tiga buah kawah berteknologi tinggi. Malah beliau terpaksa menyediakan 300 kilogram bagi memenuhi permintaan pelanggannya yang meningkat dua hingga tiga kali ganda. En. Sulaiman dan isterinya menjual dodol dengan harga RM30.00 sekilogram. En. Sulaiman memperoleh pendapatan sebanyak RM3000.00 sebulan.

Walaupun sudah menjangkau umur 60-an, En. Sulaiman dan isterinya begitu bersemangat mengusahakan dodol gula kabung di rumahnya. Selain itu, beliau mempunyai beberapa pesaing yang telah lama bertapak dalam bidang pembuatan kuih-muih tradisional. Masalah tenaga kerja merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh En.Sulaiman. Hal ini menyebabkan beberapa tempahan terpaksa ditolak.

RUMUSAN
Selepas menjalankan kajian ini saya rasa bersyukur menjadi warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian makanan yang terdapat di negara yang tercinta ini. Setelah melakukan beberapa kajian tentang dodol, barulah saya mengetahui bahawa makanan Malaysia juga setaraf dengan makanan antarabangsa. Saya juga telah menambah pengetahuan tentang dodol dengan lebih mendalam. Bahan-bahan dan cara pembuatan juga telah disimpan di dalam kotak penyimpanan maklumat saya. Dahulunya, saya agak memandang remeh makanan

tradisional Malaysia. Namun kini, saya berasa amat bangga dengan makanan tradisional Malaysia. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta Sedarlah wahai rakyat Malaysia bahwa Malaysia juga mempunyai keunikan tersendiri dan mampu berdiri standing dengan negaranegara maju di luar sana. Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya memartabatkan makanan tradisional Malaysia dan memperkenalkannya ke seluruh pelusuk dunia.Akhir kalam, berbanggalah dengan produk hasil keluaran Malaysia.

LAMPIRAN
GAMBAR

PETA

RUJUKAN
Buku Ilmiah Saya telah memuatkan beberapa isi yang terdapat dalam buku-buku ilmiah seperti buku Sri Kebudayaan Masyarakat Malaysia, Sri Penemuan Sejarah, Pakaian dan Makanan,Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu.

Majalah Saya juga mengambil fakta-fakta yang terdapat di dalam majalah-majalah mingguan.

Antara majalah-majalah tersebut ialah Majalah Saji dan juga Majalah Data Niaga.

Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Dodol

Orang Sumber Cikgu Zurah, seorang guru dari Maktab Mahmud Alor Setar.

ELEMEN

3
Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama, semangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama. Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu. Oleh itu, kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan.

You might also like