You are on page 1of 18

Tajuk Kajian : Produk Makanan Tempatan ( KEK LAPIS SARAWAK )

Senarai Kandungan Bil 1 2 3 4 5 6 Tajuk Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian 6.1 Maklumat Asas Produk Tempatan 6.1.1 6.1.2 6.1.3 6.1.4 6.2 Latar Belakang 6.2.1 6.2.2 6.2.3 6.2.4 6.3 Kaedah / Cara penghasilan 6.3.1 6.3.2 6.3.3 6.3.4 6.4 Perkembangan Produk 6.4.1 4 Perkara Muka Surat i ii 1 2 3

6.4.2 6.4.3 6.4.4 7 8 9 Rumusan Lampiran Rujukan

Penghargaan

Dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini, saya telah banyak dibantu oleh individu-individu tertentu. Lantaran itu, dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih terhadap mereka yang terlibat.

Mula-mula sekali, terima kasih yang tidak terhingga buat guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Cikgu yang telah banyak membantu kami untuk memilih tajuk kajian yang sesuai dan mencari sumber-sumber untuk elemen satu contohnya sumber internet, orang sumber, sumber surat khabar dan sebagainya. Cikgu __________ juga turut membimbing kami untuk menyiapkan tugasan 1b (Elemen 2) khasnya bahagian hasil kajian yang agak sukar untuk disiapkan andainya tiada bimbingan daripada beliau.

Selain itu, jutaan terima kasih saya ucapkan buat orang sumber saya iaitu Encik ___________ selaku wakil pihak pengurusan syarikat kek lapis. Beliau telah banyak membantu saya dengan memberikan maklumat tentang cara-cara membuat kek lapis, sejarah penubuhan syarikat, cara pemasaran dan lain-lain lagi yang berkaitan. Encik _______ juga telah membawa saya melawat tempat membuat kek lapis untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang cara pembuatan kek lapis Sarawak.

Sekalung penghargaan juga buat ibu dan bapa saya iaitu Encik ____________ dan Puan ________ kerana mereka banyak memberikan sokongan dari segi moral dan material, malah sanggup meluangkan masa untuk menghantar saya melawat kilang kek lapis di RH Plaza Kuching. I

Tidak

dilupakan dan

rakan-rakan

saya

iaitu yang

__________________, telah bersama-sama

_______________, saya berbincang,

__________

__________________,

mengumpulkan maklumat dan berkongsi idea dalam menyiapkan kerja kursus ini. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Sekali lagi, terima kasih yang tak terhingga daripada saya.

Jasamu kukenang, Budimu kusanjung

Nama : _______ Kelas : __________ Sekolah : _________

Objektif Kajian

Kerja Kursus Sejarah ini dilaksanakan bertujuan untuk mencapai beberapa objektif. Antara objektifnya adalah untuk mengetahui jenis-jenis atau nama kek lapis yang dijual di Sarawak. Selepas menyiapkan kajian ini, barulah saya tahu bahawa terdapat pelbagai kek lapis ada di Sarawak dan keknya berbeza dari segi rupa bentuk, kreativiti penghasilan serta nama keknya yang begitu unik.

Kajian ini juga bertujuan untuk menyemai semangat cintakan produk tempatan dalam kalangan pelajar. Setelah saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah memiliki semangat kekitaan. Selaku penduduk Sarawak, saya harus menyokong apa juga produk tempatannya untuk menjana ekonomi negeri Sarawak secara tidak langsung. Wujud rasa bangga dan kagum dalam diri saya terhadap produk tempatan seperti Kek Lapis Sarawak yang terkenal di seluruh negara kita.

Objektif kajian yang seterusnya adalah untuk mengetahui cara-cara pemasaran produk tempatan terutamanya kek lapis di Sarawak. Dayang Salhah memiliki dua buah kedai kek lapis di Kuching iaitu di Kampong Gersik dan di Kota Sentosa. Pelanggan boleh melawat dan pergi terus ke kedai kek lapis ini untuk membuat pilihan sendiri kek lapis yang akan dibeli. Setiap hari kedai kek lapis Dayang salhan sentiasa dikunjungi oleh orang ramai khasnya penduduk tempatan, termasuk juga pelanggan dari Semenanjung Malaysia. Dayang Salhah turut mengiklankan produk mereka melalui laman facebook dan blog internet untuk memasarkan produk mereka secara online. Tempahan melalui online akan diterima asalkan pelanggan membayar tempahan terlebih dahulu melalui akaun bank syarikat.

Kaedah Kajian. Kerja kursus ini tidak akan dapat disiapkan sekiranya tidak menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mendapatkan maklumat. Salah satu kaedah kajian yang saya gunakan ialah Kaedah Melayari Internet. Saya telah mencari bahan-bahan dan maklumat tentang kek lapis Sarawak dengan cara melayari internet. Selepas itu saya telah mencetak bahan-bahan tersebut untuk dilampirkan di elemen 1. Antara laman web yang telah saya selusuri ialah http:www_________________________________, http:www ___________________________, dan http:www ____________________.

Saya juga menggunakan Kaedah Lawatan dan Pemerhatian atau Kaedah Melawat Tempat Kajian. Saya telah melawat kilang kek lapis Dayang Salhah yang beralamat di No 14, Kampung Gersik, Petra Jaya , 93350 Kuching pada 14 Mac 2012. Sewaktu melawat kedai tersebut saya telah memerhatikan cara-cara kek lapis dipamerkan. Di kilang kek lapis di RH Plaza, BDC Kuching, saya dapat melihat sendiri proses-proses penghasilan kek lapis dibuat oleh pengusaha.

Kaedah seterusnya uyang saya gunakan ialah Kaedah audio visual. Saya telah merakam caracara pengusaha ini membuat kek lapis. Melalui rakaman ini, saya boleh menonton semula proses menyiapkan kek lapis dari peringkat awal hingga ke peringkat akhir. Seterusnya saya menggunakan Keaedah Penyelidikan Akhbar untuk mendapatkan maklumat sampingan berkaitan dengan berita atau perkembangan kek lapis dan saya telah mendapat maklumat berkaitan melalui akhbar Berita Harian bertarikh 12 Mac, halaman 13. Selain itu, saya turut menggunakan Kaedah Temubual Orang Sumber. Saya telah menemubual Encik

_______________, selaku wakil pihak pengurusan syarikat kek lapis pada 14 Mac 2012 jam _____________. Temubual ini memakan masa selama _________________. Tujuan temubual ini dibuat adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan cara pembuatan kek lapis serta cara pemasaran kek lapis.

Rumusan

Setelah saya membuat kajian tentang produk tempatan khasnya kek lapis Sarawak ini, saya lebih menghargai produk tempatan kita kerana keunikannya tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia. Kek lapis Sarawak begitu sinonim dengan negeri Sarawak sehingga menimbulkan rasa bangga dan kagum saya terhadapnya. Semangat cintakan produkkan tempatan semakin mendalam dalam diri saya.

Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbilang bangsa, kita sebagai seharusnya memberi sokongan serta mempertahankan produk tempatan kita kerana inilah warisan tradisi dan budaya tempatan yang perlu kita kekalkan. Tanpa sokongan seluruh bangsa dan warganegara malaysia, belum tentu produk kita ini berkembang jauh dan dikenali ramai. Kita perlu bersyukur kerana menggunakan produk kita sendiri dengan penuh kepuasan tanpa perlu membazir wang membeli makanan atau kek dari luar negara.

Kita juga mengharapkan agar pihak kerajaan negara kita dapat membantu pengusaha-pengusaha tempatan kita dari segi pinjaman kewangan, latihan, serta promosi agar produk tempatan kita dapat dipasarkan, bukan sahaja di dalam negara, malah ke luar negara. Secara tidak langsung promosi ini mampu mengangkat nama negara Malaysia ke mata dunia di samping memartabatkan produk keluaran tempatan di mata dunia.

RUJUKAN 1. AKHBAR Berita Harian, 12 Mac 2012, halaman 13 Berita Harian, 29 Mei 2012, halaman 2

2. ORANG SUMBER Ali bin Abu, 40 tahun, No. 40, Kpg Gersik, Petra Jaya, 93350 Kuching, Sarawak.

3. MELAWAT TEMPAT KAJIAN Dayang salhah Interprise, No. 40, Kpg Gersik, Petra Jaya, 93350 Kuching, Sarawak

4. INTERNET I) II) Kek lapis Sarawak : http://www________________________ Dayang Salhah kek house : http://www______________________

5. VCD / DVD Tajuk : Proses Membuat Kek lapis di Kilang Kek Lapis RH Plaza, BDC Kuching. Terbitan : Sendiri

Elemen 3 : Esei Patriotisme 'BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA' Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?

Slogan 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' bukanlah kempen yang baharu diperkenalkan di negara kita. Slogan dan kempen ini sebenarnya telah lama disebut dan dipromosikan dalam pelbagai bentuk media di negara kita. Matlamat kempen ini adalah bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia supaya sama-sama membeli barangan buatan Malaysia.

Melalui kempen ini, rakyat sebenarnya akan terdidik agar mengutamakan barangan tempatan. Produk keluaran tempatan yang dibeli itu membutikan bahawa rakyat Malaysia menyokong produk tempatan yang dikeluarkan di negara kita. Oleh itu perasaan cinta akan bangsa dan negara dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.

Sebagai rakyat Malaysia yang memiliki kesedaran serta memberikan sokongan kepada kempen ini, mereka akan terus bertindak wajar dengan membeli barangan tempatan. Apabila industri tempatan semakin berkembang, maka pengusaha produk tempatan akan mendapat semangat agar berusaha lebih rajin dan gigih meningkatkan produktiviti atau pengeluaran mereka.

Pembabitan rakyat Malaysia dalam mempromosikan slogan serta kempen ini pula menunjukkan adanya semangat bekerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat. Justeru ini menyuburkan semangat patriotisme serta mewujudkan perpaduan nasional di negara kita. Semua warga Malaysia seharusnya menyokong padu usaha murni kerajaan yang disampaikan melalui slogan tersebut.

6.4 Perkembangan Produk Produk kek lapis Sarawak bukan sahaja di pasarkan ke pasaran tempatan, di Kuching serta sekitarnya malah merangkumi negeri Semenanjung, Sabah hingga ke luar negara.Kek lapis Sarawak mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada penduduk Sarawak sendiri malah pelancong dari luar. Tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang 'ole-ole' kek lapis Sarawak, yang memang sinonim dengan identiti negeri Sarawak . Kepopularan Kek lapis Sarawak ini telah menarik para pelancong dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Singapura untuk datang ke Kuching samada melancong atau bertugas atas tugas rasmi/kursus sudah semestinya tidak akan ketinggalan membawa pulang kek lapis Sarawak sama ada untuk juadah keluarga atau untuk diagihkan kepada kawankawan. Terdapat cabaran dan masalah dalam perusahaan kek lapis Sarawak. Ketika permintaan dalam negara terus meningkat, peniaga tempatan kini terpaksa bersaing sesama sendiri untuk menampung bekalan daripada pelanggan dari dalam dan luar negara sekali gus meningkatkan kos jualan. Masalah lain ialah kek lapis Sarawak kini turut dipelajari oleh orang luar dan produk kek ini turut diniagakan di luar kawasan Sarawak. Cabaran paling hebat yang terpaksa dihadapi oleh pengeluar produk kek lapis Sarawak ialah saat menteganya Golden Churn diisytiharkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak sebagai tidak halal kerana terdapat DNA babi menyebabkan pasaran kek lapis Sarawak jatuh secara merudum dan mengalami kerugian yang banyak. Walau bagaimanapun, kini masalah ini berjaya diatasi dan kek lapis Sarawak kini mendapat tempat semula di hati pelanggan. Dari segi potensi, industri produk berkenaan masih mampu bertahan untuk satu jangka masa yang panjang. Setakat ini, peniaga kek lapis Sarawak sentiasa mencari jalan alternatif bagi memastikan produk kebanggaan rakyat Sarawak itu terus kekal.

6.3 Kaedah / Cara penghasilan. Pada masa ini, perusahaan kek lapis Dayang salhah memiliki tenaga kerja seramai 63 orang dan jumlah ini sentiasa bertambah setiap tahun terutamanya pada musim perayaan bergantung kepada permintaan tempahan kek lapis.

Senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek lapis Sarawak terdiri daripada telur, mentega, tepung, gula, susu, vanilla, pewarna dan lain-lain lagi bergantung kepada jenis kek yang hendak dihasilkan.

Peralatan yang digunakan untuk membuat kek lapis pula terdiri daripada bekas adunan, pemutar, oven, acuan, kertas minyak dan sebagainya.

Terdapat beberapa tips , proses atau peringkat pembuatan kek lapis yang berkualiti dan tahan sehingga berbulan-bulan. Prosesnya memakan masa beberapa hari. Hari Pertama Hari pertama adalah untuk proses menyediakan bahan, Mengadunkan Bahan, Membahagikan Warna dan Membakar Adunan. Kek yang sudah siap dibakar direhatkan satu hari untuk dijadikan inti kek lapis. (corak dalaman) Hari Kedua Hari kedua adalah untuk memotong kek untuk dijadikan inti kek lapis dan bentuk kek dipotong mengikut corak yang dirancang. Kemudian simpan di dalam peti sejuk, guna jem untuk membentuk isi kek yang serata.Kek ini boleh simpan sehingga berbulan lama di dalam peti sejuk (di dalam freezer). Hari Ketiga Hari ketiga pula adalah untuk menyiapkan adunan kek lapis bagi bahagian atas & bawah. Sebelum itu keluarkan inti kek di dalam freezer dan defrostkan kek tersebut dengan suhu bilik.

Sediakan adunan untuk lapisan atas dan baah kek. Bakar kek lapis bahagian bawah sebanyak 4 lapis. Lapisan yang ke 4 dibakar perang, kemudian keluarkan dari oven, sapukan campuran jem & susu dan ratakan pada kek tadi. Seterusnya masukkan inti kek lapis, susun kemas, pastikan inti kek rapat serapat-rapatnya. Masukkan adunan yang seterusnya dan letakkan pada bahagian atas inti kek lapis, ratakan dan bakar. Lakukan perkara yang sama sehinga habis adunan kek lapis tadi. Sejukkan kek lapis anda dulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Proses membakar kek hanya menggunakan hanya api atas sahaja sehingga habis adunan. Lapisan yang terakhir setelah dibakar kuning coklat, gunakan api atas & bawah selama 10 minit dengan suhu 180c. Ini adalah untuk memastikan kek tersebut masak.

Membuat dan membakar Kek Lapis memerlukan ketelitian dan juga kesabaran seseorang individu. Begitu juga dengan daya imaginasi dan creativiti masing-masing. Tidak dinafikan berbagai jenis kek lapis yang cantik-cantik dan juga sedap-sedap ada di pasaran. Untuk membuat kek lapis terdapat tips yang perlu kita ikuti. 1. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang. 2. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak, sekiranya ditinggalkan kesian hangus kek itu tidak cantik jadinya. 3. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi, kali permulaan Diana cuba membakar Kek Lapis sebanyak 2 kali gagal dan kali ketiga alhamdullilah kek cantik dibakar. 4. Jangan sapu terlalu banyak mentega diantara satu lapis dan lapis yang lain ini membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu sekadar untuk kek tidak terlalu kering. 5. Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.

6. Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Nak tahu macam mana dia kembang, angkat adunan senduk dan ia tidak mudah jatuh, kalau masih cair dan jatuh pukul lagi sehingga kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak lawa dan juga kurang sedap. 7. Gunakan daya imaginasi dan creativiti bila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya creativiti insyallah kek akan menjadi lawa dan sedap dimakan. 8. Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.

Berikut merupakan antara proses pembuatan kek lapis melalui resepi yang diperoleh. KEK LAPIS SARAWAK Bahan A ( Untuk Isi Di dalam Kek ) : 10 biji kuning telur, 6 biji putih telur, 200gm gula halus, 150gm tepung Hong Kong , 1 sudu makan ovelette, 50ml air sejuk Bahan B : 300gm mentega, 4 sudu makan susu pekat manis, 1 paket ( 200ml ) santan krim Bahan C : Pewarna merah, hijau, kuning dan ungu Bahan Untuk Kulit ( Untuk Kita Gulung Dgn Bahan Isi ) : Bahan A : 10 biji kuning telur, 4 biji putih telur, 150gm tepung Hong Kong, 150gm gula kastor,1 sudu makan ovellete, 50ml air ais Bahan B : 125ml mentega dicairkan, Jem blackcurrent untuk disapu Cara Untuk Membuat Isi :

Mulakan dengan Bahan A ( Untuk Isi ). Pukul telur, gula, air sejuk dan ovalette sehingga kembang. .Masukkan tepung dan gaul rata menggunakan spatula. Kemudian pukul Bahan B, mentega, susu pekat manis dan santan krim sehingga kembang. Campurkan Bahan B pada A dan gaul sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian, setiap satu warnakan merah, hijau, kuning dan ungu. Sediakan acuan 9 x 9 x 1 inci yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Tuangkan 5 sudu makan adunan warna hijau kedalam loyang. Bakar dengan api grill 250 C dalam ketuhar selama 3 minit. Kalau oven cepat panas turunkan suhu grill. Tekan permukaan kek menggunakan spatula jika ada yang gelembung. Tuangkan 5 sudu makan adunan ungu ke atas lapisan hijau dan ratakan dan bakar sebagaimana proses di atas. Ulangi proses melapis dengan adunan merah dan kuning. Biarkan kek sejuk dalam acuan. Keluarkan dan potong segitiga. ( Boleh gunakan besi kekisi untuk tingkap, lebih senang memotong bentuk segitiga ). Sesuaikan dengan warna ikut daya imaginasi dan creativiti dan kemudian sapukan jem ditengah-tengah, jangan terlalu banyak sangat hanya cukup untuk melekatkan kek antara satu sama yang lain dan ketepikan Cara Untuk Membuat Kulit : Pukul telur, gula kaster, air dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung Hong Kong dan gaul rata menggunakan spatula. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan gaul sebati menggunakan spatula. Sediakan acuan 9 x 9 x 1 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kuih. Bakar di dalam ketuhar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas grill untuk 3 minit setiap lapisan sehingga habis.

Sediakan kain atau tuala basah untuk melapik. Terbalikkan adunan yang telah masak dan dilapis dengan plastik pembungkus mee. Sapukan jem atas kek, jangan terlalu banyak hanya cukup sekadar untuk melekatkan inti. Letakkan inti yang berbentuk macam kon ( tiga segi ) atas kek yang disapukan jem dan gulung ketat dan rapi dengan bungkus dengan plastik tadi. Selepas itu ulangi dengan process membuat kulit dan teruslah sampai inti habis digulung. Simpan dalam peti sejuk. Sedap dan senang untuk dibuat.

6.2 Latar Belakang Perusahaan kek lapis ini dimulakan pada tahun 1997.Punca modal perusahaan ini melalui pinjaman bank dan perkongsian keluarga. Perusahaan ini telah didaftarkan pada tahun 1997 iaitu pada tahun yang sama penubuhannya dan telah memiliki lesen perniagaan yang sah. Pada peringkat awal, perusahaannya dijalankan secara kecil-kecilan dan pekerjanya pula hanyalah terdiri dari kalangan ahli keluarga sendiri sahaja. Tujuan dan kepentingan produk kek lapis Sarawak adalah untuk sajian atau hidangan khasnya pada musim perayaan. Di Sarawak, tidak sah perayaan sekiranya tiada kek lapiss terhidang di meja khasnya semasa perayaan hari raya aidil fitri. Selain sebagai hidangan, produk kek lapis Sarawak menjanjikan pulangan yang lumayan kepada pengusahannya. Kek lapis Sarawak mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun turut dijual di Semenanjung dan di Sabah namun orang ramai tetap akan menyebutnya Kek Lapis Sarawak. Produk ini begitu sinonim dengan identiti negeri Sarawak. Selain itu kek ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan corak yang menarik serta mempunyai nama yang unik seperti Kek Lapis Internet, Kek Lapis Wawasan 2020 dan sebagainya.

6.1 Maklumat asas Produk Tempatan Nama produk tempatan yang saya kaji ialah kek lapis Sarawak. Produk kek lapis ini tergolong dalam kategori makanan. Pengusaha kek lapis Sarawak yang saya kaji ialah Dayang Salhah. Perusahaannya dinamakan Dayang Salhah Enterprise. Perusahaan ini milik keluarga dan berlokasi di No 40, Kampung Gersik, Petra Jaya, 93350 Kuching, Sarawak.

You might also like