You are on page 1of 3

NAMA: FATIN NURHAZWANI BT ARIFFIN KELAS: PPISMP SEMESTER 3 AMBILAN JUN 2011 (PJ B) Maksud TGFU TGFU atau

lebih dikenali sebagai Teaching Games For Understanding merupakan suatu konsep pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 Universiti Loughborough. Selain itu, TGFU ini juga merupakan satu pengajaran permainan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. TGFU ini juga dapat memberikan kanak-kanak tersebut supaya lebih focus terhadap pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan. Peningkatan tahap fizikal seseorang kanak-kanak tersebut dapat dapat dilihat melalui TGFU kerana TGFU memberi penekanan terhadap aspek peningkatan fizikal. TGFU hendaklah sering dilakukan apabila adanya waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah Menengah supaya murid-murid tersebut tidak merasa bosan dan lebih seronok terhadap aktiviti fizikal yang mereka lakukan. Malahan, TGFU juga dapat mewujudkan persaingan, motivasi dan suka ria juga dilakukan pada tempat dan masa yang sesuai. TGFU ini lebuh bebas dan tidak terlalu banyak peraturan yang perlu diikuti kerana TGFU lebih menekankan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. Perkembangan TGFU Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah menkategorikan permainan kepada 4 kategori utama iaitu Sasaran (Target), Striking/Fielding, Jaring/Dinding, Serangan (Invasion)

PENDEKATAN KOOPERATIF DAN KOLABRATIF Beberapa tokoh terkenal telah memilih pembelajaran Kooperatif yang diperkenalkan oleh Kagan (1988) sebagai pendekatan utama iaitu Johnson and Nelson, Cooper, Graves, Millis and Slavin. Kooperatif dan kolabratif ialah satu starategi yang memerlukan pelajar berkejasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah. Definisi dan Konsep Koperatif. Koperatif merupakan satu set proses yang mebantu pelajar berinterksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus untuk mendapatkan satu hasil akhir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Menurut Kagan (1998) dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah.Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti. Pembelajaran Koperatif ini mempunyai banyak kelebihan antaranya ialah dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi Pencapaian Akademin, Kepekaan postif kepada pelbagai dan pemantapan kemahiran Sosial. Konsep utama dalam pembelajaran koperatif. Terdapat enam konsep utama dalam proses pembelajaran koperatif. Konsep ini mernagkumi pasukan, kemahiran social, pengurusan, prinsip PIES , Keazaman/ Kemahuan dan struktur-struktur. Menurut Slavin (1990), pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri iaitu ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluiang yang sama untuk berjaya.

PEMBELAJARAN KOLABRATIF

Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Pembelajaran Kolabratif terdapat perbezaan aspek dengan pembelajaran Koperatif walaupun terdapat persamaan antara keduanya. Ciri-ciri utama bagi pmbelajaran kolabratif ialah perkongsian maklumay antara guru dan murid atau murid dam murid sebagai contoh maklumat hasil daripada carian di internet dikongsi bersama-sama. Seterusnya ialah perkongsian kuasa antara guru dan murid, guru sebagai mediators dan kewujudan personaliti dan harga diri positif hasil perkongsian maklumat sesama rakan sebaya dan guru. Di dalam Pembelajaran Kolabratif adalah dipercayai bahawa pelajar telah memilik kemahiran social yang dikehendaki. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran. Pelajar-pelajar juga belajar untuk berunding dan mengorganisasi usaha sendiri. Jika aktiviti kumpulan pula, aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan atau permasalahan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru Cuma membimbing pelajar kea rah penyelesaian persoalan. Pelajar-pelajar juga akan menyimpan draf kerja untuk kerjakerja lanjutan. Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru. Menurut Nunan (1992), pembelajaran kolabtratif dapat didefinisikan sebagai pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara koabratif oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuassa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut. Menurut Hargreaves (1995) dalam pengajaran kolabratif, guru saling bergantungan untuk memberi dan menerima idea atau maklumat, sokongan moral dan galakan apabila menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau professional.

You might also like