You are on page 1of 13

Objektif Kajian

Melalui kajian ini, saya telah berkesempatan untuk memenuhi beberapa objektif kajian Kerja Kursus ini. Antaranya ialah: Saya dapat mengenal pasti sumber sejarah yang sahih. Sumber-sumber sejarah ini akan dapat membantu saya semasa membuat kajian sejarah tempatan ini secara ilmiah, betul, jelas dan tepat. Oleh yang demikian, banyak maklumat yang saya dapat tentang makanan yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Saya dapat mengetahui jenis-jenis makanan tempatan yang terdapat di Malaysia secara mendalam. Melalui kajian ini saya mendapat mengetahui alat-alat untuk membuat sesuatu makanan itu. Tentu saya akan mengetahui banyak perkara tentang makanan ini. Saya dapat mengetahui sejarah dan latar belakang makanan kaum-kaum yang lain di Malaysia. Di samping itu, saya juga dapat mendekatkan diri dengan kaum-kaum tersebut tanpa berasa ragu-ragu. Hal ini dapat merapatkan hubungan antara kaum dan membina masyarakat Satu Malaysia.

Rumusan
Melalui Kajian Sejarah Tempatan ini dan dengan terhasilnya folio Kerja Kursus ini: Saya berpeluang untuk mengetahui makanan tempatan di negara kita. Sebenarnya ada banyak makanan tempatan yang terdapat di negara kita. Dalam pada itu, setiap negeri di negara kita ada pula makanan tempatan yang popular di tempat tersebut. Oleh itu kerja kursus ini memberi faedah terutamanya generasi seperti saya ini. Saya berpeluang untuk mencuba membuat makanan dan merasa makanan yang dihasilkan tersebut. Saya menghadapi masalah yang banyak antaranya untuk menentukan tajuk yang akan saya laksanakan. Saya terpaksa menunggu beberapa lama dan melihat perkembangan kawan-kawan terlebih dahulu untuk memastikan tajuk yang saya pilih. Akhirnya saya mendapat ilham untuk menghasilkan kerja kursus ini dengan jayanya. Di samping itu juga sukar bagi saya untuk mendapatkan 4 sumber bahan tentang makanan tempatan ini lebih-lebih lagi maklumat yang kami terima agak lambat. Saya juga berasa bangga terhadap negara saya kerana banyak makanan tempatan yang menjadi kegemaran penduduk di sini. Makanan ini juga turut menjadi punca rezeki para pengusaha sama ada secara kecil-kecilan atau sederhana. Saya juga dapat melahirkan minat terhadap mata pelajaran sejarah dan menanamkan perasaan semangat patriotik yang mendalam dalam jiwa saya.

Kaedah Kajian
Bagi memperoleh maklumat dan fakta-fakta sejarah yang tepat, beberapa kaedah kajian telah saya jalankan. Kaedah-kaedah ini adalah dalam sumber pertama dan sumber kedua. Kaedah yang dijalankan ialah kaedah temu ramah, pemerhatian, soal selidik dan penyelidikan yang membolehkan saya mendapat maklumat dengan cepat dan tepat. a) Kaedah Perpustakaan: Saya telah menjalankan kaedah ini dengan pergi ke Perpustakaan Awam Kuala Pilah. Saya telah memilih dan mendapat buku Masakan Saji bagi mengetahui makanan tempatan secara ilmiah. Saya telah meminjam buku ini untuk difotostat maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan kerja kursus sejarah ini. Saya telah memfotostat tentang makanan Nasi Lemak. b) Kaedah Lawatan/ Melawat Tempat Kajian: Saya telah pergi ke Kampung Tanjung Jati untuk mendapat maklumat dan gambaran yang sebenar tentang makanan Nasi Lemak yang saya kaji. Saya pergi ke sana dengan kawankawan saya. Saya telah melihat sendiri tentang pemerosesan untuk menghasilkan Nasi Lemak. Di samping itu, saya dapat merakamkan beberapa keping gambar untuk dijadikan bukti kaedah ini. Banyak maklumat dan pengalaman yang saya dapat secara nyata dan benar. c) Kaedah Internet: Saya telah mengunjungi Kedai Pusat Komputer KP NET bersama-sama ahli kumpulan. Saya telah melayari laman web www.nasilemak.com untuk memuat turun makanan Nasi Lemak yang saya kehendaki. Setelah mendapatnya, saya mencetak maklumat

tersebut. Bayaran yang dikenakan untuk tempoh 3 jam ialah RM6.00. Melalui kaedah ini saya mendapat pengalaman tentang faedah melayari internet secara jelas.

Penghargaan
Assalamualaikum. Syukur saya telah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Sejarah tahun 2012 ini. Oleh itu, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka di bawah ini yang menyokong dan membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus saya ini. Mereka ialah: Bapa saya iaitu Mohd Nizam Bin Nasir dan ibu saya Norhayati Binti Berhan kerana membenarkan dan banyak membiayai kerja kursus ini. Banyak wang saya yang gunakan untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka juga memberi sokongan moral kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Pihak SMK Tunku Kurshiah terutama Tuan Pengetua, Puan Ramona Binti Rosli turut diucapkan ribuan terima kasih. Beliau sentiasa memberi sokongan dan mengingatkan kami tentang pentingnya kerja kursus sejarah ini. Guru sejarah iaitu Encik Abdul Malek Bin Sanat kerana memberi tunjuk ajar dalam penyediaan dan perlaksanaan kerja kursus ini. Beliau memberi penerangan yang menyeluruh dan memberi bimbingan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bimbingan beliau tentu sukar bagi saya untuk menjalankan projek ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya Shafikah, Aina, Nurhayati, Noraini dan Marlis kerana membantu menghasilkan kerja kursus sejarah ini. Banyak bantuan yang kalian berikan. Kami bersama-sama melalui kesukaran untuk menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang sehingga terhasilnya Laporan Kerja Kursus Sejarah ini. Jasa kalian tetap tidak saya lupakan.

Hasil Kajian
1. Maklumat Asas Produk Tempatan

Nama produk yang saya kaji ialah nasi lemak.

Kategori yang saya pilih ialah makanan.

Nama pengusaha nasi lemak ialah Puan Roslina Binti Maamor.

Lokasi tempat kajian saya ialah Kampung Tanjung Jati, Kuala Pilah.

2. Latar Belakang

Sejarah kewujudan nasi lemak bermula dari kesultanan melayu yang bermula dari suri yang muak makan benda yang sama dan suri ingin mencuba resipi yang baru iaitu nasi yang diberi nama nasi lemak, tetapi bila emaknya menyebut nama nasi itu ia berukar menjadi nasi lemak.

Pada mulanya modal perniagaan puan ini hanyalah mencapai RM250.00 sahaja dengan membuka kedai ini secara persendirian.

Tujuan produk ini dijual adalah untuk membuat sarapan pagi.

Lesen perniagaan nasi lemak ini dapat mengesahkan penjualan nasi lemak.

3. Kaedah/Cara Penghasilan

Pekerja di gerai nasi lemak ini seramai 5 orang, 3 perempuan dan 2 lelaki.

Mereka ini terdiri daripada warga tempatan.

Senarai bahannya ialah nasi, daun pandan, cili, kacang, telur atau ayam, timun, ikan bilis, minyak, bawang dan garam.

Senarai peralatannya ialah dapur, periuk nasi, sudip, landasan, pisau dan kuali.

Spesifikasi produk ialah 2 cawan beras, 1 cawan santan, 1 cawan air, santan pekat dan cawan air, 1 helai daun pandan yang telah disimpul, 3 hirisan halia dan secubit garam.

Bahan untuk sambal pula ialah 6 sudu besar cili kering yang telah dimesin, 4 ulas bawang merah yang ditumbuk, 2 ulas bawang putih yang ditumbuk, 1 biji bawang besar yang dihiris, segenggam ikan bilis(dibasuh, separuh darinya ditumbuk), sedikit air asam jawa, sedikit belacan(jika suka), garam dan gula.

Bahan sampingan lain ialah ikan bilis goring, telur rebus dan timun.

4. Perkembangan Produk

Sambutan

daripada

pengguna

yang

kami

perolehi

adalah

amat

memberansangkan.

Kemajuan yang dicapai oleh kami adalah dari segi keuntungan wang yang diperolehi.

Cabaran dan masalah yang kami hadapi ialah ada perniaga nasi lemak yang lain berniaga ditempat yang sama.

Perancangan kami dimasa hadapan ialah menggunakan keuntungan yang kami perolehi untuk memperbesarkan lagi kedai dan perniagaan nasi lemak ini.

Rujukan
Internet:

http://cikguyusof.blogspot.com/2011/04/asal-usul-nasi-lemak.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasilemak. http://Sedapmalaysia.blogspot.com/2011/04/nasi-lemak-resipi-nasi-lemak-bahan.html

Orang Sumber:

Puan Ruslina Binti Maamor, No.2, Kampung Tanjung Jati, 72000, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Buku Ilmiah:

Nasi Lemak, Chef Hanieliza, PTS Millennia Sdn. Bhd. 2009.

ELEMEN 3. KERJA KURSUS SEJARAH 2012 Belilah Barangan Buatan Malaysia Bagaimanakah slogan dia atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita? Barangan buatan tempatan sepatutnya menjadi pilihan utama rakyat di negara ini. Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia telah dilancarkan pada tahun 1998. Hal ini berikutan cita rasa penduduk di negara ini yang lebih sedia dan suka memilih barangan luar negara. Sesetengah penduduk bukan sahaja mengagung-agungkan barangan luar negara, malah apa-apa sahaja yang datang dari luar memang menjadi pilihan mereka. Jadi, Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia memang bertepatan dijalankan. Sepatutnya kempen itu telah lama dijalankan dan perlu terus dijalankan untuk mengubah persepsi rakyat dan semangat patriotisme terhadap barangan negara kita. Rakyat di negara kita tentu sekali mempunyai perasaan cinta akan bangsa dan negara (2). Rakyat yang membeli barangan buatan Malaysia pasti mempunyai perasaan tersebut memandangkan darah dan jiwanya seolah-olah mengalir membawa kepunyaan jenama Malaysia ini. Dalam hal ini, perasaan semangat kekitaan (3) ini perlu ada di dalam jiwa kita. Kita akan berbangga sebagai rakyat Malaysia (1) dengan kejayaan barangan kita yang digunakan sendiri oleh rakyat di negara kita. Apakah kita mengharapkan orang lain untuk menggunakan barangan Malaysia sedangkan rakyat Malaysia sendiri tidak mahu untuk menggunakan jenama barangan buatan tempatan? Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah

mampu berdikari (5) dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagung-agungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara (2) mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama. Lantas produk ini mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu (3) dan sanggup berkorban mempertahankan kedaulatan bangsa dan negar (2). Kita sering disogokkan dengan maklumat rakyat Jepun dan Korea yang begitu kuat jati diri mereka tentang barangan negara mereka sendiri. Mereka sedia berkorban untuk bangsa dan negara (2) mereka sendiri. Semangat patriotisme mereka sangat tinggi. Sepatutnya rakyat di negara kita turut bersemangat berani (2) seperti mereka yang kental dan sanggup menghadapi apa-apa jua cabaran demi negara. Pada hari ini, di jalan-jalan raya, menjalarkan kereta jenama Malaysia. Kita telah berjaya menempa kejayaan tersebut dengan berganding bahu membangunkan negara (5) kita bersama kaum-kaum yang lain. Rakyat telah bekerjasama dan tolong menolong (3) dalam menjayakan projek kereta nasional ini. Jika dahulu kebanyakkan pendudukan di negara kita mencemuh; nah, kita lihatlah hasilnya sendiri! Perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri sangat penting untuk menjamin kejayaan penggunaan produk tempatan ini. Sampai bila-bilapun kita masih ditakuk lama, andainya kita tidak mempercayai kemampuan anak-anak tempatan dan barangan domestik. Puaslah pemimpin mencanang supaya menggunakan produk tempatan, tetapi ada segenlintir masyarakat sendiri bersikap menetang kemajuan tempatan ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar peka pada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara (2).

( ) unsur patriotism.

You might also like