You are on page 1of 4

REFLEKSI UMUM Pada umumnya pengalaman 3 bulan pertama di sekolah adalah sangat-sangat berharga dan penting dalam pengadaptasian

guru dengan budaya sekolah dan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) subjek yang ditugaskan. Program Pembangunan Guru Baharu adalah satu inisiatif yang saya kira amat bagus dan melambangkan keprihatian Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua pegawai dari peringkat pusat, ke Pejabat Pendidikan Daerah dan dari sekolah sendiri. Pementoran amat berkesan bagi saya kerana merasakan adanya figure untuk saya merujuk apa sahaja kekusutan dan masalah yang saya hadapi selama saya menyesuaikan diri kerana sememangnya sebagai guru baharu, segalanya adalah baru bagi saya. Pengalaman semasa Rancangan Orientasi Sekolah dan Praktikum 3 bulan semasa KPLI adalah sangat terhad dan tidak merangkumi segala yang guru harus laksanakan secara realitinya di sekolah. Dengan adanya mentor, saya tidak akan merasa malu untuk bertanya kerana mentor sememangnya sedar akan keterbatasan saya. Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan akan memastikan guru berkualiti dapat dihasilkan dan membendung apa-apa masalah adaptasi yang seringkali dihadapi guru baru. Sememangnya mencegah adalah lebih baik dan lebih mudah daripada merawat. Sepanjang fasa orientasi, saya merasakan bahawa saya telah mendapat pengalaman yang sangat berharga dan saya bersedia menjadi guru untuk jangka masa yang lebih lama. Tugas sebagai guru dirasakan amat sesuai bagi saya yang berjiwa keibuan dan mengutamakan keluarga. Pelajar harus dianggap seperti anak sendiri supaya didikan dapat dialirkan dengan ikhlas dan berkesan.

Selain P&P, saya menyedari tugas guru lebih besar dan banyak dari berada di dalam kelas. Kita harus sentiasa bersedia memikul pengurusan sekolah secara bekerjasama kerana kejayaan sesuatau sekolah adalah hasil usahasama semua pihak, bukan hanya pengetua, atau sesetengah guru, atau pelajar sahaja. Semua guru memikul tanggungjawab ini dah harus ikhlas dalam melaksanakan semua tugas yang tidak terbatas kepada P&P sahaja. Ini juga memberi pendedahan kepada saya tentang pengurusan organisasi yang cemerlang.

KEKUATAN / KELEMAHAN / KEKANGAN / HALANGAN / ISU BERBANGKIT Saya merasakan maklumat yang disampaikan tidak selaras dan agak keliru apa sebenarnya yang harus saya lakukan, contohnya folio ini, pada awalnya saya berkefahaman ianya adalah untuk tempoh setahun. Tetapi saya agak terkejut apabila diarahkan menghantar sebelum cukup tempoh 3 bulan kami ditempatkan di sekolah. Tetapi tidak dinafikan taklimat bersama mentor tempoh hari sangat berguna dan padat dengan informasi. Cuma mungkin ada sedikit aspek tentang pengurusan maklumat kepada pihak sekolah perlu diselaraskan dengan lebih baik. Dari segi kekangan, sebagai guru, banyak tugasan sedia ada selain menyiapkan tugasan PPGB ini. Jadi guru mungkin agak tertekan dari segi priority kerja kerana semuanya harus dilaksanakan secepat mungkin. Waktu P&P sudah memenuhi waktu persekolahan/kerja guru jadi masa untuk membuat tugasan lain agak terhad. Tetapi tidak dinafikan segalanya sangat mampu dilakukan oleh guru cuma mungkin tekanan akan timbul.

CADANGAN Saya mengharapkan template laporan disediakan dengan lebih informasi tentang apa yang diingini oleh pihak pengurusan PPGB kerana saya sendiri sedikit keliru apa yang saya harus tuliskan diruangan Bidang/Aspek. Pada keseluruhannya, Program Pembangunan Guru Baharu ini amat bermakna bagi saya kerana saya mendapat perhatian mentor dan pihak pengurusan sekolah serta PPD dan membantu saya dalam menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran sekolah.

You might also like