You are on page 1of 4

BUDAYA SEKOLAH

Budaya sekolah menggambarkan tentang keharmonian hubungan serta sikap warga sesebuah sekolah. Perlaksanaan budaya ini akan dapat mengisi wawasan pendidikan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara. Budaya penyayang diamalkan di sekolah ini. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan baik yang terjalin antara warga sekolah dan juga murid-murid itu sendiri. Guru bersama-sama murid-murid berganding bahu dalam menjayakan sesuatu aktiviti sekolah seperti sambutan Maulidur Rasul. Secara tidak langsung, sikap penyayang dan mesra dapat diterapkan dalam kalangan mereka. Sikap berterima kasih turut diamalkan antara warga sekolah. Budaya berterima kasih ini bukan sahaja diamalkan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, tetapi juga dalam aktiviti sekolah yang lain. Selain itu, budaya hormat-menghormati seperti ucapan salam dan selamat sejahtera kepada kakitangan dan murid-murid turut diamalkan di sekolah ini. Muridmurid amat menghormati guru di mana mereka akan memberi salam sambil menundukkan kepala. Mereka juga menghormati sesama kawan apabila bersama sama melakukan sesuatu aktiviti dan tidak bergaduh antara satu sama lain. Budaya bersalam-salaman antara warga sekolah juga menguatkan lagi hubungan

silaturrahim. Begitu juga dengan pelawat yang hadir, mereka juga akan dilayan dengan sopan dan berbudi bahasa oleh pentadbir, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid. Oleh itu, imej sekolah dapat digambarkan sebagai sebuah organisasi pendidikan yang berjaya memupuk dan menerapkan nilai berbudi bahasa dan bersopan.

Keceriaan sekolah pula dapat dilihat melalui mural-mural pada dinding sekolah yang dilukis cantik dan indah yang berkait rapat dengan ilmu pengetahuan dan pembelajaran mereka. Selain itu, pertandingan keceriaan kelas turut diadakan oleh pihak sekolah di mana anugerah akan diberi kepada kelas yang paling ceria. Keadaan ini mampu menjadikan Sekolahku,Syurgaku di mana mereka akan lebih seronok belajar dalam persekitaran sekolah yang kondusif dan ceria.

GURU SEBAGAI MODEL Guru mampu memegang pelbagai peranan dan watak yang memberi kesan yang cukup kepada anak muridnya terutamanya dalam pembinaan sahsiah diri mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa guru merupakan tunjang utama dalam pelaksanaan FPK dalam memacu kejayaan institusi pendidikan di negara ini. Seorang guru perlu sempurna ilmu pengetahuannya ialah memilik ilmu

pengetahuan yang sahih bermakna ilmu-ilmu yang dimiliki oleh seseorang pendidik itu mestilah berdasarkan ilmu yang dipelajari dengan betul dan sempurna. Kualiti ilmu seperti itulah yang diperturunkan kepada genarasi mudanya. Oleh yang demikian para murabbi merupakan orang yang tidak terpisah dari bidang ilmu. Mereka ini selalunya berusaha meningkatkan ilmu dalam berbagai cara dan jenis. Mereka ini juga mahir ilmu asas, ilmu wajib dan ilmu pengkhususan. Guru sebagai model termasuk dalam amalan FPK di sekolah. Guru-guru di sekolah tersebut menepati masa dengan masuk atau datang lebih awal sebelum subjek pengajaran mereka. Mereka telah menyiapkan bahan pengajaran mereka dan bersedia untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan murid-murid akan lebih berdisiplin serta bersedia untuk belajar. Didalam guru sebagai model juga terdapat sifat integriti. Seorang guru perlu mempunyai sifat integriti iaitu sifat amanah. Sifat ini perlu diamalkan kerana tanpa sifat ini mungkin sesuatu organisasi itu akan runtuh dan hancur.budaya ilmu juga diamalkan di sekolah ini. Antaranya ialah ada guru yang sentiasa belajar walaupun sudah lama bekerja.

Guru yang berketrampilan mampu dijadikan teladan oleh murid-muridnya. Penampilan yang kemas serta sahsiah yang baik mempamerkan ketrampilan seorang guru. Guru-guru di sekolah itu berketrampilan yang mana menjadi contoh kepada muridnya supaya sentiasa berpakaian kemas dan bepekerti mulia. Guru juga berpakaian sesuai dengan profesionnya sama ada ketika mengajar mahupun aktiviti kokurikulum. Guru mempamerkan sikap mesra dan berbudi bahasa sama ada kepada rakan sejawat mahupun kepada murid-muridnya . Guru- guru di sekolah itu berjaya mengamalkan komunikasi berkesan. Komunikasi dua hala berlaku dimana guru telah berjaya melibatkan murid-muridnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga bijak menggunakan unsur kecindan untuk memastikan murid-muridnya tidak mudah bosan dan fokus kepada apa yang dipelajari.

You might also like